Tuesday, January 25, 2011

egokah cinta .

Assalamualaikum dan Salam Cinta  . . . .

mood romantik campur benci. boleh tak agak-agaknya perasaan macam tu hadir serentak ??

tersipu-sipu malu ini (senyum kucing | asyik cakap senyum kambing jer kan. tukar lain plak lahhh). walau dah berminggu-minggu menanggung perasaan sedih. tapi manusia perlu tabah hadapi dunia kan. so, Pelangi cuba untuk seceria yang mungkin. sekarang senyum jer walau hati penuh perasaan yang sukar diperkotak katikkan.

tak nak buang masa. entry kali ni nak cerita serba sedikit pasal drama korea yang telah membuatkan Pelangi asyik berangan sakan. sampai cuti hujung minggu asyik dengan melayan jer tau tak. tu yang sebabnya tak BW korang semua. nanti ada masa Pelangi jejak korang sampai lebam mata ni okeyyy . .

korang, Pelangi dah habis mengadap drama korea "Playfull Kiss" dalam masa 3 hari. dari sabtu ahad dan isnin. petang tadi baru habis. balik jer kelas (7.00pm), ON kan lappy dan layan jiwa romantik kejab. picha itu semua ku curi kat google. thanks abang google .


sweetkan mereka. ni time honeymoon.
alahai, main manje-manje plak. comel kan SJ ngan OHN ni. mereka berdua ada ramai fans kat Uni.
ni part paling sweet. ni time SJ duk ajar OHN cara nak CPR (untuk interview nurse).
peace ! sangat comel. dah la baju tidur sama. nak jugakkkkk !
cinta si ego bersama si gadis idiot :)

jalan cerita dia not bad lah. si hero & heroin asyik bergaduh jerk. si hero (Seoung Jo) suka sangat buli si heroin (Oh Ha Ni). mereka berdua ni satu sekolah (tahun 3). tapi SJ ni budak paling bijak dan genius. memang lah menjadi pujaan ramai gadis di sekolah (termasuklah Pelangi). dan juga si heroin pun salah seorang peminat setia si SJ ni. tapi si OHN ni tak berapa nak bijak la, duk pun kelas yang ke 7 kan. satu hari, si OHN nie tetiba plak cedok idea ayah dia, dan tulis love letter kat SJ. dia selitkan kat locker SJ. satu masa tu kan, SJ datang bagi semula love letter tu kat OHN. OHN mula lah macam nak pengsan, lelaki pujaan datang & bawak love letter. OHN ingat SJ balas surat tu. namun sebaliknya, SJ betulkan tatabahasa dan ayat dalam love letter tu dan SJ tulis si OHN dapat gred D. habis gadis-gadis kat sekolah tu tertawakan si OHN .

pada suatu petang, rumah OHN roboh.dan menyebabkan dia dan ayahnya menetap di rumah kawan baik ayahnya yang sudah lama lost contact. tuptup...anak kepada kawan ayahnya adalah SJ. punyalah si OHN terkejut gitu. mak SJ memang berkenan dengan OHN, dah la sporting gitu. semua benda disediakan terbaik untuk OHN, dah macam anak kandung sendiri dah. lagi pun mak SJ memang mengidam nak anak perempuan. tapi tak dapat. SJ ada sorang adik laki (Eun Jo). OHN ni memang suka berangan taw. memang duk berangan 24jam kerja dia. nak dipanjangkan cerita, mereka berdua di masukkan ke Univercity yang sama (Parang Univercity). di malam yang hujan turun dengan lebatnya, SJ tunggu OHN kat bus stop. sebab dia tau OHN memang tak bawak payung. pastu mereka berdua berjalan dalam hujan dan buat kali pertama membuatkan si OHN terkejut yang cintanya di balas. mereka kiss kiss gitu. dan memberitahu family masing-masing yang mereka nak kahwin. so sweet kan. banyak dugaan dalam mengharungi OHN. barulah dia tau yang SJ pun turut sama mencintainya walaupun tak pernah tunjuk yang dia kasih pada OHN. ego katakan ...

opcozlahh lastly OHN & SJ kahwin kan. lepas kahwin pun SJ still buli OHN. so sweet ! dah la pergi honeymoon asyik ada perempuan gatal tu asyik kacao si SJ. mereka sangat sweet ! SJ belajar dan ambik major untuk doktor dan OHN pun ambik major dalam nursing. cute sesangat. korang tengok lah sendiri. tu serba sedikit jalan cerita Pelangi persembahkan. eheeee :)

xoxo
kiss and big hug

24 comments:

Cikbintang said...

oh....nk tgk jugak r cite ni..hehehhee...^_^

Woofer Storm said...

npa ppuan suka tgk cite korea??ermmm

Cik Tqah said...

wa..beshnye pelangi.. mane dapat?donlod ekk.. donlod ktne?nk tgk jugakk

Nur Farah said...

best... lahi lagi ada sj.. ouh tak sabar nak p bel jugak.. heee..:p

Nuruashia said...

nk juga baju tido tu..!! belikn ehehe..

Dhea Ahmad said...

seyes, mostly citer korea misti heroin cam bodo2 and lurus ckit.... me pn ske tgk citer korea...plg ske personal taste....

eZmALiZa said...

waaa..layan korea jugak eh budak comey ni...ezma xpndai tgk cte korea la... :D

CahayaCintaIlahi said...

cite ni sgt suweeett kan
i lyke this cite lorhh ;)

MiraShila said...

citew ni adaptasi dari mangga kat jepun...try la tgk cte it started with a kiss...drama taiwan...aku pon da tgk..emg best glew laa~...try laa...

syufaa said...

olohhh sweetnye cite nih!

Tuan Cimot said...

dh tgk gak..comel je kan citer ni..heheh

Unknown said...

ooohhh...boyfriend ku yang ensem!!!

laskar rainbow said...

@cikbintang : tengok lah. romantik auwww;) asyik gado jerk..tp best auwwww=))

laskar rainbow said...

@woofer storm : alahai. biasalah perempuan. suka sangat bila citer yang romantik romantik =))

laskar rainbow said...

@cik tqah : amek ngan kawan jerp sayangku mrs lebah :)

laskar rainbow said...

@nur farah hani : okeyhhh! pastikan awak pergi beli cepat2 tawwww;)

sangat best lahhh citer diaaa
=)

laskar rainbow said...

@nuruashia: amboi nak gak dia baju tidor tu. tiru Pelangi la tue kan. kan kan kan ;))

laskar rainbow said...

@nadia arrumaisha : eheee;) biasalah citer korea kan;)) personal taste pon not bad. tp yg nie lg best =))

laskar rainbow said...

@ezmaliza : layan jerk..eheeee=)) ada plak tak pandai nak tengok citer korea. ngadew tol si ezma nie...

laskar rainbow said...

@cahayakehidupan : a'a SANGAT sweet! (kiranya bila dah huruf besar tu maknanye best lahh)..
comel jerk kan si SJ dengan OHN tu=)

laskar rainbow said...

@chuwahei : eak?? tak tau plak di adaptasi dari mangga..;) nanti Pelangi cari crite tu eakk;)

thanks 4 your info ;)

laskar rainbow said...

@syufa : memang sweet lahhhh dear!

laskar rainbow said...

@tika leh : ermmm;) memang comel lahhh;)) rasa nak tengok banyak2 kali lar...;)))

laskar rainbow said...

@ienafazlyna : amboiiii! boleh plak boyprend sesat kat sini eak...hik3;D

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails