Friday, October 8, 2010

dugong oh dugong.


.Assalamualaikum dan Selamat Malam Sayang.


waduh. cam mana plak malam ni terasa nak bermanja dengan pelangi chenta. mungkin dalam hati ini penuh dengan segalanya. perlu jugak diluahkan serba sedikit. supaya lega sikit. walaupun seciput. dah la tadi siap tertidur, siap mr spek tak dibuang pun. cam biasalah bila dah *kepenatan. akan menjadi seperti itu. tak kisah walaupun tengah bersama mr spek. sure leh lena. dan terjaga. so, masa untuk bersama dengan my lovely blog. tempat ku meluah kata-kata. terasa takut dengan apa yang telah berlaku di sekeliling. seperti nak *pause kan saja masa. kalau lah boleh. tapi tak boleh. maaf. aku ni suka berangan. ingin saja pause dan cepatkan masa yang penuh dengan kekonflikkan dalam hidup. tanpa ku sedar, telah ku hadapi kehidupan yang makin mencabar di bumi ini. hanya Allah sahaja tempat ku berdoa. wajah mama abah tetap dalam doa ku. walau aku keseorangan di sini. tanpa rakan seperjuangan yang ku rindui. aku masih gagah perkasa. *perasan. buat-buat gagah dan cekal la konon. biar selalu menumpahkan airmata di pipi kan. standard la kan sebab perempuan. *alasan. haha |


.dalam kelas.
minggu ni, dapat plak slip exam. giles cuak. macam baru jerk jejakkan kaki kat uni. dah nak final. cepatkan masa berlalu. tapi. tak sabar nak masuk tahun dua. lambatnya. *ngade. sebab. menci kan aktiviti koko. haha | final kali ini start 25hb oktober hingga 8hb november. 6 paper yang akan ku tempuhi. semoga aku dapat jalani dengan cemerlang dan lakukan yang terbaik. tapi. study malas. cam mana nak terbaik. doakan diri ini lebih rajin ye kawan-kawan. terima kasih. dugong. oh dugong. haha | sape kata dugong itu comel ???. angkat kaki please !! *sengal.

sangat tidak berpuas hati a.k.a. benci-bencian terhadap krisis air yang melanda. membuatkan diri ini makin ketensionan. syabas oh syabas. mana tanggungjawabmu. hahaha | report kat karam singh walia baru tau. terus glamour kot uni. haha | nak basuh baju lagi lah menyeksakan. tak kan nak tunggu baju ku penuh sebaldi baru nak okey bab air. nanti penatlah sesi membasuh. agak melampau lah.

tak sangka jugak baginda. eh eh *sejak bila jadi raja ni. tak sangka plak kelas programming berakhir hari ini. tapi next week ada tutorial lagi. berakhirnya dengan kuiz pagi tadi. macam tak percaya. buat makin takut nak hadapi final. cam mana lah anak mama ni nak jawab exam. mama, doakan kakak eak. rindu mama. rindu abah. rindu masakan mama sangat-sangat. perot ni macam dah tak nak terima / bosan dah dengan makanan kat uni. tapi sekarang anak mama teringin nak makan satay kajang tau mama. make sure before balik cuti nanti, dapat makan satay kajang. insyaAllah.

mak aiii. kenapa panjang plak entry kali ini. macam karangan darjah 6 plak kan. takde plak prof nak kasi markah kan. takde pun dalam final exam kali ini untuk subjek bahasa melayu. haha | sentiasa berdoa untuk si dia. semoga Allah berikan jalan yang lurus kepadanya. insyaAllah takde apa-apa yang buruk kepadanya. seperti adikku sendiri. ya Allah jauhkan dirinya daripada perkara yang tidak diingini. oke lah. mau dream sugar. apa tu. tidur lah. hahaha | *tiru ayat orang tu. esok pagi ada lab programming. macam nak tension jugak hadapi lab tu. huhu. | good night semua. sweet dreams. take care.

.bye.

xoxo
kiss and big hug

1 comment:

shawlipop said...

JOM JOIN CONTEST. senang saja, updatekan entri dengan letakkan gambar anda pakai shawl. xpyh tulis apa2 slogan etc then anda berpeluang menang hadiah dari kami.


http://shawlipop.blogspot.com/2010/10/shawlipop-contest.html

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails