Assalamualaikum .. ^__^
Curi masa walau seciput nak up entry terakhir untuk tahun 2011. Semestinya setiap tahun ada masam manis. Semua tu perasa kepada kehidupan di dunia yang sementara ni. Dalam otak, duk membilang hari weh nak exam. Tapi ...
Kenapa MALAS still melekat dalam jiwa ragaku. Nak halau pun payah. Baca doa selalu sebelum baca nota. Tuptup, 30 minit study. Jari plak duk tekan mouse. Sengal.
Buka sana sini. Macam dunia takde final gamaknya. Bajet cool sangat. Jangan nanti menangis di siang hari. Nak rajin, nak rajin, rajin, sila lah seru saya. Nak saya rajin. Ek ek ek ^^
Ni nak study subjek Open GL dulu lah, sebab tu part mengira-gira. Kira vector, matric dan macam-macam lagi. Nak rajin. Wuhuuuu ..
Sampaikan terpaksa buat jadual pinkpink dan dijadikan wallpaper kat desktop. Nak kasi ingat kat diri yang bakal menghadapi exam. Bukan masanya nak goyang kaki sambil gulung rambut , lepas tu layan Ombak Rindu dulu se-round.
Tu tak nak download movie lagi. Kalau tak jadi camtu. Nak tengok time makan. Boleh plak sambung tengok sampai habis walau nasi goreng dah habis. Ngekkkkkssss ^____^
Ucapan untuk manusia yang akan berperang dengan exam.
Good luck !
Hai 2012. Moga tahun baru ni mendapat aura baru. Aura semakin dewasa dan matang. 2012 juga bakal praktikal. Oh yeah. Dah tak lama lagi nak habis study. Setahun setengah lagi. Insya-Allah :)
2011. Banyak suka duka gembira senyum pilu. Alhamdulillah diberi nikmat bernafas lagi sampai ke akhir tahun 2011. Bersyukur ('',)
Terkesima tak dapat pergi event yang Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam malam ni sempena tahun baru. Takde rezeki. Insya-Allah lain kali lah. *sedapkan hati. -.-
p/s : Jom layan jiwa dengar lagu "Look what you've done" by JET. Love you sayang.
xoxo
kiss and big hug