Wednesday, June 16, 2010

Snorkeling Itu Mengembirakan. Melihat Si Ikan Menari di Dasar Terumbu Karang. Jelajah Pulau Redang Destinasi Kami..

Assalamualaikum semua..

moshi moshi
firstly, aku nak story pasal trip ke Pulau Redang. first time lah aku ke sana. aku pernah jelajah pulau tioman & langkawi jer sebelum ni. kiranya ni aku tak pernah jejak kaki ke sana lagi lah. aku stay kat Merang untuk semalaman, and pagi esoknya naik bot ke pulau. aku sebenarnya bukan melancong untuk cuti cuti Malaysia, tapi follow abah (atas urusan kerja). kami berlima (aku, adik no 2, adik no 4, adk bongsu & abah). tak complete family kita orang kan (mama & adk no 3 tak ikut).

pagi selasa 15/06/2010 - kita orang shopping baju dulu. heee~ s h o p p i n g time ! beli baju sorang satu. heee~ nak beli topi gedik. tapi cam malu plak. hehe bila dah naik bot. cam nyesal lak tak beli topi gedik. sebenarnya "malu".. dengan tak de geng kan. hehee lama jugak naik bot...
peace ! sebelum bot bertolak, pose dulu kejab. yeahhhhhh!

wah ! pemandangan yang cukup menawan & fresh

ikan oh ikan. kamu sungguh comel time ni. kalau lempar roti. terus berebut tau..

sungguh indah dunia ini di lautan. yang penuh dengan air yang membiru. itu semua milik Allah. kita hanya hamba yang lemah disisiNya..




sampai jer di jeti, terus pergi kedai makan untuk lunch pada hari itu. dan petangnya terus ke Taman Laut. yang amat bosan menunggu nak pergi Taman Laut. amik kesempatan ni untuk mandi manda. pantainya yang cantik, air yang membiru. cantik sangat. rasa tak tau nak cakap cam mana. cantik sangat. sungguh indah bumi malaysia..


time to snorkeling ! pertama kali ku snorkeling. cuak gak mula-mula. biasa lah kan tak membiasakan diri lagi. akhirnya, dah ok lah. dapat tengok ikan comel dalam air. tangkap tak dapat. hehe nampak jugak ada ikan pari. dengan ada batu karang. tapi mandi tak best. mata kabur :D

oh sejuk! mandi bersama si bintang :)

lepas mandi manda. bertolak balik ke jeti. dan balik kemas kan diri untuk tidur. malam tu. tidur punyalah awal. penat punya pasal. muka pun dah jadi cam udang kena bakar.. heee~

pengalaman yang menyeronokkan :)





xoxo
kiss and big kiss

2 comments:

Miss Eyda said...

best nya...lama dah tak pergi pulau. takde main banana boat ke? syoookkkkkkkkkkkkkkkk tau. hehe

laskar rainbow said...

mmg best..lau ada geng ag best...hehehe..
sini xdew plak banana boat ;) syok ek? tp tkt jatuh x? hehe

Related Posts with Thumbnails