Friday, June 4, 2010

DBK Mula Menjejaki Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur

Assalamualaikum

sudah banyak hari tak update si blog. rindu jugak sama kamu wahai si blog. hehe post kali ni. tengok title dah tau kan. anyway. aku baru jer sampai Kota Bharu pukul 2 petang macam tu lah. alhamdulillah..

sebenarnya aku bertolak pergi KL hari selasa (1June2010). katanya abah nak bertolak pukul 4pagi. last-last terbabas, jadi dalam pukul 4lebih baru bertolak. hehe aku pun masa tu, punyalah ngantuk. yewla kan, tidur pun lewat. nak bangun mesti liat sikit. paham paham jewla kan. bangun terus mandi. kasi badan segar sikit kan. dalam pukul 6lebih kot, baru sampai perhentian R&R kat gua musang. aku dengan mamai (tidur dengan lenanya di part belakang beralaskan bantal kecik yang aku bawak siap-siap dari rumah). berhenti untuk solat subuh. lepas tu breakfast dengan nasi lemak(peveret !!) dengan teh o beng (teh o ais). awal-awal, sebenarnya abah suruh aku drive dari KB. tapi abah plak drive. jadi aku boleh merehatkan diri (tidur). bila sampai merapoh, abah suruh aku drive. pastu berhenti minum kat Raub, dan terus menyusur ke KL. First time aku drive pergi KL. Yeahhhhh! selama ni asyik pergi Terengganu & Kuantan. Pergi jauh sikit la plak. hehehe sampai KL dalam pukul 11pagi camtu. abah nak settlekan kerja dia, jadi pergi JPJ kat wangsa maju. punyelah susah nak cari JPJ. last-last jumpa jugak, bersebelahan dengan Puspakom. abah tak boleh nak settlekan kerja lagi, disebabkan Pengarah JPJ takde kat office. dalam pukul2 petang baru ada. jadi kita orang pergi makan kat kawasan tu. lepas jerk makan, kalau check in hotel awal-awal. nanti susah nak datang sini balik, sebab jalan jem. jadi kami rehatkan diri kat masjid depan sana & tunggu untuk solat Zohor. aku punyalah bosan duk sorang-sorang. kih3 sampailah pukul 2 lebih baru aku dengan adik pergi JPJ untuk cari abah. lama jugaklah duk menanti punyalah menanti. dalam pukul 3lebih baru siap. alhamdulillah. lepas jerk semua tu, kita orang otw cari hotel. mula-mula nak check in hotel Quality. tapi full. hotel tu dekat dengan Sogo. tu yang nak mengatal tidur situ. pastu tanye kat Hotel Plaza. pun sama. fully. last-last hotel Grand Continental yang ada bilik. jadi booking awal-awal. perut pun dah lapar. abah bawak kita orang nak makan kat nasi lemak antarabangsa. tapi kedai dah tutup. nasi dah habis kot. akhirnya berhenti jerk kedai sekitar dengannya. aku makan kuih jerk (bungkus nasi...hehe). kita orang pun check in lah hotel. tingkat 18. hotel dia not bad mana. ok lah. cuma tak cukup suis. nak pasang laptop lagi, nak charge phone lagi, nak panaskan air lagi, untuk peti lagi. heheee rehat untuk legakan kepenatan seharian dalam kereta. aku gak yang terlentuk bila dah bertemankan si bantal. aku terkejut disebabkan adik aku kejutkan aku untuk solat asar. bila dah bangun, terus mandi manda & solat. lepas maghrib. aku, adik dan abah jalan kaki tau pergi Sogo. penat lah jugak jalan macam tu. hehe kalau kat KB, lambat lagi nak buat macam tu kan. kat KL kena sanggupkan sebab kalau naik kereta pun, jalan punyalah jem. lagi lama adalah nak sampai sana. kan. masuk jerk Sogo. banyak jugak Sale!! 20, 50% , 70% untuk barangan Polo, dan macam macam lah. terbeliak mata kejab. tak tahu nak pilih mana satu kan. sempat gak terbeli 2 baju tshirt. lama jugak lah memilihnya, sampaikan adik dah naik jemu teman aku. heheee. balik jerk dari bilik. terus tidur. ngantuk dan kepenatan. adoiya..


2June2010 (Rabu). bangun dan siapkan diri. lepas tu pergi breakfast kat bawah. kenyang dah perot. sedap sangat cream butter tu. menusuk perotku. kih3 pastu kita orang check out dari hotel. pergi ampang, abah nak siapkan kerja lagi. kejab jerk kat situ. dan terus bertolak pergi Genting Highland. mula mula nak naik kereta kabel, tapi kereta kabel ditutup buat sementara waktu. jadi terpaksa drive naik ke puncak sana. sampai jerk sana, pergi makan MCD. semua perut sudah kelaparan. sejukkknya dengan aku pakai dress yang tangannya 3suku. huk3 memang lah tak habis aku makan, abah order BigMag. haha macam lah perot aku perot shrek. kui3 lepas makan jerk, pergi beli tiket untuk outdoor punya. aku berdua jerk. dengan adik. abah memang tak nak masuk. padam muka adik aku. asyik kena amik gambar untukku. dah namanya kakak suka bergambar. sorry la. heheheee.. memang ramai lah orang time tu, kebanyakkan orang India dengan Cina. adoiya. naik coaster. fuhhhhhhhhh! ingatkan dah nak mati dah aku. haha punyalah cuak time tempat tinggi, pastu dia turun lajuuuuu yang amat. macam aku tengah bawak kereta, pastu masuk dalam gaung yang dalam. huhu gerun kan. hahahaha dah la aku tak biasa mana naik benda alah tue. memang kita orang dah janji dengan abah. pukul 4petang kita orang akan jumpa. bila dah jumpa. otw balik dah. aku lak drive dari Raub ke Gua Musang. memang mencabar gile++++ la drive malam-malam kawasan tu. dengan selekoh jerk yang merbahaya. jalan pun gelap gelita. campur dengan lori balak. memang tension gak bawak kereta. kena lebih peka & berhati hati. sampai Gua Musang pukul 10.30malam. check in hotel fully in. perut sudah menyanyi. jadi makan dulu untuk dinner dengan tomyam ayam, udang celup tepung, kailam ikan masin & telur dadar. kenyang sangat. alhamdulillah.. masuk bilik, kemaskan diri pastu mengadap laptop kejab. hehe sebab ada wifi. lastnya, tertidur dibuai mimpi.. zzZZZZ
3June2010(Khamis)- kemaskan diri, breakfast & bertolak balik KB. dalam pukul 10.30pagi. ngantuk yang amat. aku tidur lagi best kat belakang. sebab abah yang drive. hehe finally, sampai di kota bharu.

xoxo
kiss and big hug


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails