Monday, May 28, 2012

Putrajaya Punya Pasal



Assalamualaikum >,<


Kat Putrajaya ada event Himpunan Belia kan, lepas tu ada Jom Heboh. Dah namanya UKM ni tak berapa nak jauh dengan Putrajaya. Memang la nak try singgah, apa yang ada kat sana. Tengok dekat website sana sini, banyak program jugak untuk belia. Daripada bosan kat bilik, singgah la jugak akhirnya. 


Nak sampai sana, memang lah tidak jem. Semestinya seronok jalan kawasan Putrajaya, sebab jalan tak jem. Pemandangan pun cantik gitu. Bangunan pun moden je. Bila part nak sampai kat tempat yang ada event tu, nak parking kereta pun amik masa. Ya ampun banyaknya kereta. Dah pusing sekali, lepas tu u turn sana plak. Banyak cobaan betul. Dah namanya banyaknya kereta, manusia pun lagi lah ramai.


Fuh, memang banyak la booth yang dibuka. Disebabkan banyak sangat, sampai aku tak berapa rajin nak jejak satu-satu. Stage pun banyak, stage untuk kpop tak kpop la, jepun lah. Masa aku duk jalan sorang-sorang, ada plak minah jepun seksi duk cam cakap-cakap atas stage, ramai benar orang tengok. Tang seksi, semua nak cuci mata, ye dak? Wahaha. 


Jalan sorang-sorang kes merajuk sebab delete gambar. Perkara kecik pun aku ni amik hati. Memang spesis manje ke apa aku ni weh. Semua nak sensitif bagai. Aku terjah la sana sini sorang-sorang, balik baru cakap-cakap. Spesis sensitif kuat sangat. Dah aku jenis suka benar amik gambar jalan raya, bangunan, nak buat camne kan? Habis semua dideletenya. Aigo aigo aigooo!


Bermulalah drama king disitu. Sesi luahan perasaan dalam kereta, hentak tangan dekat streng sambil drive laju sikit. Tanda tunjuk protes. HAHA. Molek benar anak dara mama sorang ni. Lepas tu mula lah sesi lap lap air mata pakai tisu, dengan tangan sebelah lagi kawal stereng. Babak tragis seketika. Mau orang tengok, buat malu.Tapi, masa tu tak fikir pasal orang lain. Lantaklah, semua orang ada airmata. Watpe nak malu. Hihihi  -,-

Ni dah lepas makan. Baru ada mood nak ambik gambar. Hihi


Dah la aku ni tengah badan tak berapa nak selesa. Kes termakan roti yang dah expired date. Waklu rasa nak muntah, lepas tu sakit perut. Mongok punya perut. Hiew Hiew Hiewww


Sebelum balik kolej, berhenti makan dekat Restoran Sup Urat Keting, dekat seksyen 7 Bandar Baru Bangi, nak tau pasal restoran tu, klik SINI. Aku bab makan, tak tolak. Dalam kereta punyalah kata tak selera, dah ada kat kedai, boleh plak order itu ini. Licin pinggan habiskan nasi dengan sup daging. Lapar rupanya. KihKihKih..


Merajuk ke apa ke, bab makan jangan tolak weh. Rugi. Nanti kelaparan akhirnya. Heheheee..


Eh.. Malam tu pergi lagi sekali kat Putrajaya, tengok Search dengan kumpulan Wings tengah nyanyi. Gila ramai manusia. Tak tengok sampai habis pun, boring. Lepas tu pergi kenyangkan perut lagi. Ngap mee goreng. Yummy :)


Mana yang perasan, kita dah tukar header lah. Rasanya header kali ini lebih ceria dari yang dulu. Tapi, macam simple kan. Rilex lah, tak suka lah header yang sarat sangat. Santai sudah. 


xoxo
kiss and big hug

25 comments:

Ijah EmoTemo said...

wah pergi jgk ek? ijah igt nk pergi jgk tp tak sggp nk bersesak-sesak hehehe..

shanteeeek header baru! :D

Zul De Alexis said...

Patut sM masuk td ada rasa benda yg lain tapi tak perasaan lah header..

alaaaaa..ada awek jepun kat kat situ? rugi x pi..kih2

SM x pi pon sebab jauh mls lah..:)

Hafiz Hafizol said...

lah, kamu kah yg nanges dalam kete haritu?? kahkah..lawak lawak.. ingat awek mana.. :P

Liza Razak said...

comel header tu !! saya x pegi pon putrajaya sebab takut jam dan susah nak cari parking..hehe

budak kecik said...

sape yg delete gambo tu? same la kita. kdg2 tu, sensitip x brtempat gak. kesian org sekeliling kna layan karenah ak yg tak brapa btul ni. haha

Anonymous said...

wahh bestnya dapat pg,nak pg tapi ada hal lain..
wahh cntik headr :)

INNANIE ARIFFIN said...

comeynyaaa header dia....

MizzTina said...

akak lalu je..xmsuk event tu pun.. sesak!!

eira hamzah said...

i pon pefi jugak nyah..tapi ramai sgt manusia, so I relax3 then balik...

puas hati i nyah..heheh

ibuhebat said...

akak ni walopun dok putrajaya, tapi tak sanggup nak pegi. depan opis je pun gerai2 tu. huhu

hazanis said...

aah header baru la..cantik..

kita pun pergi jugk putrajaya under uitm...hoho kita rasa kosong jer kat sana sebab kita xsuka tempat2 mcm tu..:(

Mr. Asada said...

semangat nak jalan sorang-sorang bawa hati.. hihi :P

Unknown said...

xpa la depa dekt2 nk p sana hehe..
fatin jauh nak smpai kat sana :(
hurmm...memang sensitip gila nih hihihi..sampai lepas perasaan time driving hehe

FnF Simple Life said...

seyes cantek sgt header tuuu... fnf like ^^

Lysa said...

Masa lisa round2 malam jumaat tu pun dah sesak..kereta banyak walaupun pukul 1 pagi! hehe so hari sabtu ahad tu tak pergi..yeah,konsert tu boring :D

Muna rahimah said...

Cantik header . sukasuka ! ^^

Izzati Tatie said...

mula2 niat nak pegi jgak ptrajaya..tp,cnfirm rmai org.lpas tu jd mlas trus.hee...eh,cantik r header awk.suke!

Izyan Masri said...

HAAH.BARU NAK CAKAP,HEADER COLOURFUL.MERIAHH NAAA. HIKHIK XD

* Jubah colourful,korean fashion RM31,handbags,heels.di EZ BROWNIES.LIKE dan beli :D
https://www.facebook.com/EZBROWNIES

jelah said...

colurful header....i like it

saffiya_aleesya @ echa said...

majuk tapi makan tak pulak majuk ekk hhehehe

Sarah Mnasir said...

mula2 masuk tdi da perasan header baru. hehe..

perghh cna leh tgerak ati mkn roti expired tu ? hehe

Unknown said...

mesti best kan hari himpunan belia masa tu. btw akak ni kelakar dan comel sgt bila cerita part nangis tu. hahaha haish ;D

Unknown said...

nmpk comel je header tu.. hihi

Leeya Hezlin said...

Comel la header tu..
Untung la kalau kreatif..
Xmacam saya ni..hieee..:)

syakirahmn said...

like sangat-sangat-sangat dengan header latest ni! ;)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails