Sunday, May 13, 2012

Sayang Mama Setiap Saat



Assalamualaikum  >,<


Fuyoooo! Sekarang ni pesen update entry bila muncul hari minggu. Dulu, dalam sehari boleh lah update 2 3 entry. Sekarang sifat malas datang menjelma dalam diri mak jemah. Kih Kih Kih  ^___^


Hari ni semua status kat facebook duk cerita pasal ibu / mama / emak / mummy. Janganlah disebabkan hari ni Hari Ibu baru korang nak sayang ibu masing masing. Setiap masa, setiap saat, setiap detik, wajib sayang ibu kita. Dahulukan ibu daripada pakwe makwe korang. Ibu adalah segala-galanya. Aku panggil mama dekat ibu. Celik celik mata dah mama ajar duk panggil " ma ma ma.. mama ". Hehe  :)


Sorry mama tak dapat nak peluk cium sempena Hari Ibu. Kakak duk jauh dari mama. Balik nanti kakak peluk tau *macam lah mama baca blog. Ngeeewww -.-


Gambar dicekau dari abang google :)


Aku bertuah dapat jadi anak perempuan tunggal. Semua mesti nak judge aku ni manje keledek, eh manje kededek. Tau ke manje kededek tu apa? Tak tau, sila google cepat. HAHA  


Sekarang aku peluk cium mama kan. Nanti 3 4 tahun lagi, ada rezeki, aku plak dicium oleh anak-anak. Amboi, jauhnya berangan. Rezeki jangan ditolak, kan? Masa cepat je berlalu tanpa kita sedari. Sekarang pun aku terpana bila fikir kembali, "Cepatnya masa berlalu.."..


Dulu zaman sekolah, aku and the geng, suka sangat berangan. Berangan nak masuk universiti. Akhirnya aku menjejakkan kaki ke universiti. Alhamdulillah. Walaupun bila degree baru boleh sambung masuk Uni. Dalam jangka masa sebelum masuk Uni, banyak cabaran dan dugaan yang Allah bagi kat aku dan sekeluarga. Tapi, aku tak pernah nak salahkan takdir. Allah uji kita, sebab DIA tau kita boleh hadapi. Tak semua umatnya Allah bagi dugaan. Sayang keluarga tercinta, walau masalah melanda, kami bersatu padu bekerjasama untuk hadapinya. Sayang abah, mama, fiq, rif, mie dan adik sangat-sangat. Ye, adik saya semua laki laki. Hero malaya saya, nanti saya ada empat adik ipar perempuan. Untunglah kan ? Hihi .


Nak tampalkan gambar aku dengan mama tercinta ni. Mama adalah idola aku weh. Nak jadi macam mama. Tabah menghadapi segalanya. Dah kahwin nanti pun, aku rasa mesti nak manje manje jugak dengan mama. Tak kira tak kira!

Ada yang kata kami macam adik beradik. Haish. Jadi aku ke nampak tua? Glurp!

Teringat plak segala aktiviti bersama mama. Pergi pasar sama-sama, gosip sana sini. Aku bersyukur dapat mama yang sporting dan tercantik di dunia. Kakak sayang mama sangat. Sayang abah jugak. Hihi :)


Pagi pagi aku gigih karang sms versi jiwang dekat mama. Selalunya tak jiwang macam hari ni. Hari ni special sikit. Tuptup, mama mms gambar. Ingatkan gambar apa, rupanya gambar mama. Moden gitu mms gambar. Because she know that I miss her so much, so she send me the picture. Thanks my love :)


Terima kasih lagi sekali buat Nuffnang, sebab ada BE baru lagi. Aigooo! Terima kasih. Hihi. Ada barang comel comel la kat SINI, cupcakes pun ada. =)


xoxo
kiss and big hug

18 comments:

Anonymous said...

Haihai,, kamu mirip sekali sama mamamu,, sama2 cantik hihii (O̴̴̴̴̯͡ .̮ O̴̴̴̴̯͡)

Lea Isnawi said...

tayang la gambar mms mak tu

hehehe

GadisNotaPelekat said...

mom's , everyday is your day .. selamat hari ibu mama ! hek3 .. same2 cantek ... mane tumpah nye kecantikan mama tu kalau tak ke anak .. hek3 .. =P

J.Syazwana said...

tak lah. mama yang nampak mude *sedapkan hati* hahaha :P

Lady Milo said...

hak ah la..
macam adik beradik..
sebab mak nampak muda kot... hurm..

Lysa said...

Lisa pun anak perempuan tunggal jugak pastu semua cakap anak manja lah ape lah..ishh kena buat kerja rumah tahu tak!! geram je hahahaaha..

eh mcm adik beradik lah..tp sis lagi comel ^__^

fifie said...

Kita sama anak perempuan tunggal, mesti manja dengan ibu kan. hikhik.

syakirahmn said...

masa skolah berangan nak masuk universiti.

masa universiti berangan nak???? hahaha.

haa. kawen jangan lupa jemput! mesti dekat kelantan. kte slalu g klantan. weee :P

nak wish selamat hari bakal ibu lah :P

Anonymous said...

mama nampak muda la..jelesnye...@_@

nti kirim salam pada mama ye? mama dah tahu mms, jgn tetibe mama cakap, "mama dah baca blog kamu syg" hahahah...

budak penjara said...

mama mu ke tu tpi??aku ingatkan mu mama, dia anak..haha

Unknown said...

wah sportingnya mamanya..best2..mama macam kawan kan...

selamat hari ibu auntie..

puteri kasih said...

best sangat bila jadikan mama best friend kan :)

widiea azira said...

bestnye jadi anak tunggal. .muka pun dah manja kededek dh pon. . :p

syafiqa said...

keluarga je ada waktu susah senang,
hargai.

aindzaya said...

anak mama..rindu mama..
anyonyo..swettnyer ^^

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

afzalsukasuki said...

tak baik tipu..takkan la mama tu?muda rumaja je muka

dhiera zainudin said...

eh,memang macam adik beradik~ muka iras2..

Shida Radzuan said...

BE? wahhh tahniah dear...amboi mama mcm mmber jerh hehe..cun!

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails