Sunday, May 6, 2012

Suatu Masa Yang Lalu



Assalamualaikum  >,<


Alhamdulillah diberikan nikmat masih boleh bernafas. Kita semua dah masuk bulan Mei la kan. Cepatnya masa berlalu. Lagi 7 bulan nak habiskan tahun 2012, dan mulakan tahun 2013. Ye umur pun makin bertambah, dan InsyaAllah 2013 aku akan konvo. Masa tu yang aku tunggu. Doakan kerja cari aku, bukan aku cari kerja. Amin.


Entry sebelumnya, panjang lebar duk cerita pasal terjah Melaka kan. Terima kasih lah yang sudi datang baca dan komen. Mana yang datang singgah je pun, nak ucap terima kasih daun keladi. Hihi  :)


Okeylah tak nak berhuha huha pasal benda lain. Nak bukak cerita pasal aritu ada pergi carwash, biasalah bila tengok si DBK tu kotor dengan daki, memang terpaksa bawa dia main snow wash. Mummy dia tak leh nak mandikan kat kolej ni, bukan macam rumah sewa dulu, everyweek aku mandikan dia. Memang sekali snow wash dan terbang RM10. Takpe lah, dapat bagi rezeki dekat uncle India tu. Ngeee -,-


Sampai je dekat snow wash tu, cam biasalah mesti duduk goyang kaki sambil baca surat khabar. Kali ni aku pergi sorang je, malas nak menyusahkan member untuk teman bagai. Bila aku duk pandang sana sini, uncle Chinese tu senyum je. Aku memang jenis manusia suka balas orang senyum. Dah uncle senyum, aku senyum balik. Hihi :))


Bila dah senyum, dia tegur plak asal Kelantan ke? Aku iyekan je la. Uncle tanya maybe sebab tengok plat kereta aku tu. Bila aku jawab je soalan dia, uncle tu bukak cerita pasal dia pernah stay Kelantan around two  years, tapi dah lama, tahun 1980 camtu kot. Aigoo, time tu aku tak wujud lagi lah. Ngeee..


Sedang enak berbual bual, aku tanya lah pasal uncle suka tak makan makanan Kelantan. Surprise mak kau! Uncle tu ter-excited je nak jawab, dia kata I like Kelantan's food very much. Eh? Aku lagi terkejut, uncle Chinese boleh minat masakan Kelantan.


Uncle cakap la yang dia minat Nasi dagang. Mak aiii, aku duk fikir macam tak percaya je. Dah memang dalam kepala otak aku ni, orang Chinese suka makan nasi dengan sup je. Tak suka lah kan gulai bagai ni. Tapi uncle ni dah mengubah tafsiran aku. Haha.


Uncle cakap dulu time dia stay Kelantan, everyday dia akan pergi kedai jual Nasi dagang kat Tumpat, dengan gulai ayam kampung. Wow! Macam tak percaya. Kan kan ? Dia kata antara nasi dagang Kelantan dengan nasi dagang Terengganu, dia suka yang Kelantan punya. Uncle tu pun duk kata dia pandai makan nasi dengan Ikan tongkol kat Kelantan lah. Dia suka sangat gulai Ikan tongkol. Ermmm. *terliur.



*Gambar dicekau dari abg google :)


Aku pun dah telan air liur dengar pasal makanan. Memang tak leh cerita pasal makanan. Mesti terliur. Hihi. Takpe, aritu balik rumah, dah bedal nasi dagang. Haha~


Pastu aku tanya la uncle makan tak nasi kerabu? Nasi kerabu kan ada banyak ulam. Maybe orang Chinese tak suka sangat. Kan? Tapi, andaian aku tak betul. Uncle tu kata suka sangat. Dia kata nasi tu best sangat. Ulam ulam banyak, ada ayam bakar la , ada budu lagi. Bukak part budu, dia kata sampai sekarang makan budu. Wooooowwww!


*Gambar dicekau dari abg google :)



Aku tak makan budu. Uncle plak makan budu. Dia cakap sampaikan anak-anak dia sekarang pun nak makan, mesti ada budu. Glurp! 


Uncle ni kata yang dia selalu pergi tempat nama apa ntah, tempat yang memang situ orang Kelantan jual makanan di Kajang kot, tapi aku lupa dah nama tempat tu. Dia kata selalu la makan area situ. Dia asyik puji je negeri Kelantan makan sedap sedap, dah la murah. Memang sedap pun makanan kat Kelantan. Tu yang aku suka makan. Dasyat ! Hihihi.


Uncle tu umur dah tua camtu lah, dalam 50 tahun kot. Hihi :) Kereta uncle tu dah siap cuci. Dia siap lambai tangan dan senyum sebelum pergi. Oh yeah, buat aku rindu Kelantan je bila bercakap dengan uncle tu. Ngeee~


Korang biasanya makan makanan apa dari Kelantan? Kelantan ada banyak jenis kuih muih. Slurpppp! Sedapnya. Pernah makan kuih lompat tikam?  :))

*Gambar dicekau dari abg google :)



Mesti ada yang terliur lepas tengok gambar tu semua kan. Ehehee.. Alhamdulillah, Nuffnang ada bagi BE lagi untuk kali ini. Walaupun aku ni jenis tak update blog dah sekarang, BE ada masuk jugak. Terima kasih :) 


xoxo
kiss and big hug


26 comments:

AMMAR YASIR said...

Lama tak makan nasi dagang. Sedapnya. Huhuhu

Ardini Izzati said...

Aishh orang kelantan ke? Saya orang kelantan jugak. Tak makan budu jugak. Malu ngn uncle tuhh --"

kura said...

wooo. terliuq terliuq. uncle ni mmg ohsem lah!

Kazen said...

semalam bru makan nasi dangang beli kt pasar mlam seb baek org kelantan yg jualll perhhh best :)

Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"

shera haifa said...

sedaknye makene2 kelate.. yum3xx

Tasha said...

walaupon bukan org kelantan,blh mkn nasi dgang,nasi merabu,laksam. perut ni tolak batu n kayu je..keh3

Mizz ErMa said...

uhh..terliur betul tengok lompat tikam tu..yummy~ hehe

.eypgonzales. said...

saya anak jawe feveret budu ! alergic dengan tempe .. hik3 ..

ASaDa RyutaRo said...

entry ni memang saje nak bagi terliur. paling suka nasi kerabu kelantan! sedappp!!

uncle tu mesti sangat suka orang kelantan, sbb tu dia terus nak tegur ajak sembang bila jumpa orang kelantan.

fifie said...

Kalau tengah diet pun rela tak diet dah pasal nak makan nasi dagang. one of my favourite. hehe.

mimie.. said...

woooo..sedapnye nasi kerabu itew..
terliur taw..huuu.. >_<

nasi dagang kureng sikit sebab nasi dia macam pulut2 sikit kan.. ^_^

Anyyss Shuhaimi said...

selamat berkonvo awak!

Anyyss Shuhaimi said...

selamat berkonvo awak!

J.Syazwana said...

semalam baru lepas makan nasi kerabu kat yati ayam percik. hehehe.

nasi dagang kureng sikit.

syakey said...

penah sekali je makan nasik dagang. kesian kan? :D

Annisa mulia said...

Looks delicious.. Owh saya tiba-tiba lapar :p

Followed you too, dear. Thank for visiting, commenting, and following me :*

Teesaz said...

tulun la air liur ku nak meleleh ni uhu~

atiqa aris said...

jgn pandang uncle tu pada chinese nya.kite pon suke makan kari yg asalnye masakan india. 1 malaysia la katekan.hehe

si ngokngek said...

makanan kelantan mmg sedaplah,nk pulak nasi kerabu..pergh!!!
lama weh tak makan..

dapurCikWan said...

terliur tengok nasi kerabu tu.. =)

Liyana Zahim said...

Knp entry ni bnyk mknan? Ciss!

~azillakhalison~ said...

nasi dagang xsuke..suke nasi kerabu n laksam..nyum nyummmm

lisa said...

makanan kelantan lagi sedap daripada yang terengganu punya :) even lisa pun suka nasi dagang kelantan daripada yg ganu punya :)

dhiera said...

terbayang nasi kerabu. sedap ye...

Namee Roslan said...

hihiih...saya pun gemar makan Kel Food ni..sedap. nasi dagang mmg fav saya n nasi kerabu. sangat2 best!! hiih. dah lama sgt tak makan. tapi dulu pernah ke Kelantan..gi pasar jelawat. banyak sgt kuih sedap2!! :))

Lovarica de Bueno said...

sedapnya mknan tu.
terliur kite melihatnya. hihi^^

lgi sedap mkn ikan goreng panas cicah budu. waah! terbaikk !!

Related Posts with Thumbnails