Thursday, January 19, 2012

Makan Makan Kawasan Bangi



Assalamualaikum .. ^____^

Senyum semekar bunga matahari *ayat nak puitis je, bajet ambik jurusan sastera. Tak yah nak sedih sedih sebab DBK kena kiss tu kan. Kalau difikirkan sejenak, dua jenak dan berjenak jenak, memang la sedih tahap kronik tau. Nak ikutkan hati camtu, sampai bila pun tak happy. Biasalah dunia, takde dugaan, tak meriah kan. Dugaan tu bagaikan warna yang menghiasi kehidupan. Baru lah putaran dunia orang kata.


Perenggan satu dah macam ayat kaunselor sekolah jer. Maaf, saya bukan pelajar jurusan kaunseling. Saya budak kaca mata. Tetiba. *Panggggg !


Okey, serius ni. Mencuba untuk serius , *tengok la muka serius ni, ada macam pembaca berita tak ? Hik Hik Hik ^___^


Senyum manis manis, macam gula gula. Kan manis gitu, kalau semut hinggap kat bibir, tu senyum terlebih manis pulak.   (:


Oh yeah, sememangnya Pelangi selaku orang kuat makan, yang kalau dah ajar makan malam, akan berlarutan setiap hari. Jadi dah rutin nak makan je kerja. Makan lah selagi boleh makan. Tak gitu ? Dah sakit nanti tak boleh nak makan sedap-sedap. Merana tau tengok makanan sedap.


Kat Bangi ni, takdelah terror sangat nak open table pasal kedai makan ter-perfect yang boleh di terjah. Masih dalam pencarian. Jeng Jeng Jeng ^^


Restoran Sup Urat Ketin (UK). Ni bukan dekat UK, Bangi sudah. Tak payah nak merantau cari sup sana sini. Kat sini macam macam jenis sup. Bagi Pelangi, satay kat sini sangat sedap. Dah la satay dia besar sikit dari kedai lain. Syiok tu. Tu yang bila terasa nak ngap satay, mesti terjah sini. Seksyen 9 kalau tak silap. Kalau nak tanya peta nak ke sana, kena google eah. Senang jer nak cari. Mesti jumpa punya. Fighting !

Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)

Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)


Restoran yang memang tak tau nama kedai. Pakai redah jer. Hik Hik Hik. Ni member yang duk buka cerita pasal kerang bakar. Try lah usha seround, not bad la jugak. Restoran ni dekat dengan traffic light kilang SONY kawasan Bangi, kalau corner kanan pada traffic light tu menuju ke Alamanda. Selepas kilang SONY sikit jer. Ramai jugak orang kat situ. Kerang dia maveles. Pergi lagi malam tadi. Yummy -.-


Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)


Harap awak dan awak tak marah la tengok gambar yang mengiurkan. Sila telan airliur masing masing ye. Kalau terasa nak makan, sila buka peti ais cepat. Kot-kot ada KFC ke, Mcd ke. Heee -.-


Next !

Restoran ayam penyek wong solo. Memang saya tak solo! HAHA.Gatal kau nyah. Baca dek abah, merana kau sebab abah tau ada ehem ehem sekarang. Back to topic please.. Restoran ni area dengan Old Town Bangi, belakang tu aja. Serius aritu 1st try, rasa nak termuntah balik jer. Bukan tak sedap. Tapi PEDAS ! Memang saya anak manje. Eh, silap. Memang saya tak suka PEDAS. Jadi 1st time makan tu, rasa berasap kejab telinga. Tapi, jangan risau, tak keluar asap pun. Teguk air banyak kali la jawabnya. Sapa suruh nak rasa makan makanan peliks. Maybe, tu yang terakhir. Sebab memang tak suka PEDAS. Kat sana, ada air peliks tau, air poligami. HAHAHA. Mana suami gedik gedik nak try tambah sorang wife lagi, bawak la wife kat sana, lepas tu order la air tu. Mesti wife anda akan bulatkan mata dan rasa tak nak datang kedai situ dah. Nakal gitu ^__^


Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)


Ni baru sebahagian kedai yang diterjah Pelangi. Tunggu lain kali pulak nak share pasal kedai makan area Bangi ni. Dah namanya setudeng, mesti makan kat kedai, tak gitu ? Mana ada dapur kat kolej, jadi tak leh masak. Alasan bernas bukan ? Hihi  :)


Okey. Hari ni dugaan ke dua part DBK, bateri stuck! Memang DBK berlagak manje sekarang. Sikit sikit nak suruh tukar baru. Tak main dah nak jumper bateri. Terus nak yang baru punya, bagus kan? Mau RM150 terbang. Terima kasih dan sayang untuk awak jadi hero malaya saya. Nasib ada hero malaya. Kalau saya sorang, camne? Tak ke menangis tepi kedai sambil kesat airmata dengan lengan baju. Dugaan mendewasakan kita. Allah jadikan semuanya ada hikmah, dont worry. Jika kita sentiasa bersama dugaan, kita lebih bertuah daripada orang lain. Sebab kita sentiasa mendapat perhatian Ya Tuhan. Allah sayangkan kita. Tu yang DIA bagi kita dugaan sebelum munculnya kegembiraan. 



Alhamdulillah. 



Alhamdulillah sekali lagi sebab DBK buat hal sehari sebelum balik. Kalau dalam perjalanan, tak ke susah. Ni entry terakhir sebelum saya pulang ke rumah manis rumah (home sweet home). Penatnya kemas sana sini. Bilik kena kosongkan. ByeBye sem 1 2nd year. Jumpa sem depan. Tak nak rindu UKM pun, sebab sebulan je cuti. Hihi. Jahatnya Pelangiiii. Rindu nak blogwalking. Tunggu kat rumah tau. Akan ku terjah satu persatu. -.-




xoxo
kiss and big hug


26 comments:

Eyeme said...

nama retoran tu memang restoran urat keting pun..btw, tomyam dia pun marvellous!!!!!!!hihiih

Unknown said...

agak dah... ni msti ukm student... huhu... dah jln2 cari mkn jdnya...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/keramat.html

Unknown said...

yummy...
nnt bila pi Bangi bole singgah...=)

nasha sanza said...

hohoho..memang terliur..sedap!:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kerang sedapnyer....
satey tue dah byk nak buat but x buat2 puw...kan senang dok mesia nak makan apa kuar beli jer...sigh

Unknown said...

ok,,i nk dtg bangi,,
studeng habis duit kt makanann..
perkra biasa lah..

*makanan sedap,,pasti puas hati,,
makanan sedap pasti datang lagi,,

aiceh pantun kaw nyah,,

hee~ sekian..

merahitujambu said...

waa.sate2..dh lama x mkn

Anak Wak Mail said...

sedap je tengok makanan tu..

ayam penyet memang pedas kan..tp saya tak pernah makan pon lg..hik3x..;p

selamat bercuti!

Nurul Iman Rosman said...

makk aihh, bikin leleh air lir iman je kan. dah lah tak makan ape2 lagi ni.

so pelangi, cepat belanje iman okay.

Namee Roslan said...

nampak sangat sedap, boleh try nih !! :D kerang tu sedapnyaaa...:)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

nama restoran tu sangat unik..

Pamie said...

erk..gambar makanan lagi..slurpppp..

Unknown said...

suka makan kat restoran dlimau nipis..dia punya dlimau special dia.perghhh best

Shida Radzuan said...

hehee len mcm je nama restoran tu hehe..skali baca URUT?? hahaaa...menu sedappp!!

najihah sahami said...

nnti kalau mish sesat boleh la mish kol pelangi eh?

Unknown said...

sedapnyaa, serius terliur nih.. haha

Fai Nardir said...

kena terjah ni Restoren Sup Urat Ketin bila ke bangi... thanks pelangi, hihi... fai ni memang suka cri makanan special kat tempat org. hehe ;)

Izzah Haneefa said...

prnah prgi restoran sup urat ketin...sedap...^^

si ngokngek said...

perghh!!UK tuh..haha

makan bukan nk ingat kita kat kedah nie..ceit!!

Unknown said...

KEdai makan yg kat SONY tu namanya Mesra D'Kenali.. suka makan kerang bakar kat situ.. sedap giler.

Anonymous said...

Saya duduk di Bangi. Satay di restoran ketin mmg agak sedap. Kuah kacang dia pekat dan terasa lemak manis dan pedas. Cuma bagi saya sup dia biasa sahaja dan agak mahal dari kedai lain sup dia.. . Tapi boleh la try pada yg belum.

Anonymous said...

hehehehe...Mesra D'kenali Ikan Bakar.... kedai bapak sedare sy tuu.. hehehe..mmg sedap kerang dia.. :)

pengurus mesra dkenali said...

terima kasih atas sokongan semua. harga diskaun menanti kalian. =)

Unknown said...

nasi ayam penyet tu ramai ckp sedap!
tp Fiq blom try...
yg sup urat ketin tu prnah lalu jerk, klu nak g restoren syarifah,.huhu :)

Anonymous said...

this tells with the purpose of they possess [url=http://monclerscoatsale.webstarts.com/]moncler coats sale[/url] thinks he or she benefited from Buffett's [url=http://polotshirt.webstarts.com/]polo t shirt[/url] are SEARCHING for Avon Reps so you need to [url=http://monclersonsale.webstarts.com/]moncler[/url] priceless ideas on various recipes by using [url=http://christianlouboutinspikes.WebStarts.com]christian louboutin spikes[/url] shopping portal Here you will find various [url=http://discopolo.webstarts.com/]disco polo[/url] get online friends that are specialists on [url=http://boyspoloshirts.webstarts.com/]boys polo shirts[/url] achieved posts within the distinctions [url=http://christianlouboutinsale2013.WebStarts.com]christian louboutin sale 2013[/url] rights denial of democratic honor http://www.louboutinf.com time off they gave us four days off and a
but B & Q Direct orders to manufacturers [url=http://monclermenjacket.webstarts.com/]moncler jackets for men[/url] sale must have been created held as San [url=http://christianlouboutinpumpsoutlet.WebStarts.com]christian louboutin pumps outlet[/url] seat Your child will probably be ready for [url=http://monclermenjacketsonsale.webstarts.com/]moncler jackets on sale[/url] second campaign The sign up cost covers the [url=http://christianlouboutindaffodile2013.webstarts.com]christian louboutin daffodile 2013[/url] method when she can sitall the way back in [url=http://christianlouboutinsale2013.WebStarts.com]christian louboutin sale 2013[/url] if you sign up online You can also sign up [url=http://discopolo.webstarts.com/]disco polo[/url] store test charges 1000 I am an expert from [url=http://christianlouboutindaffodile2013.webstarts.com]christian louboutin daffodile 2013[/url] canoe one alternative to hanging food is to [url=http://christianlouboutindaffodile2013.webstarts.com]christian louboutin daffodile 2013[/url] the rumored version of all the winning

Anonymous said...

teringinnya nak makan kerang..tapi xbleh.. alergik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails