Tuesday, May 29, 2012

Blog Masakan



Assalamualaikum   ^,^


Rajinnya up entry hari ni. Tak payah tunggu hujung minggu. Minggu ni minggu terakhir pergi kuliah. Minggu depan dah studyweek, dan minggu satu lagi, haruslah final exam. Ramai je yang kedek-kedek balik rumah studyweek. Tak masuk studyweek pun dah ramai yang kedek-kedek up status "Yeppi dah sampai rumah", "Home sweet home", "Indahnya ada kat rumah, makan best best". Aku je status sedih sebab rindu rumah, bukan tak nak balik, dah memang jenis takkan study la bila ada kat rumah. Memang teruja ya ampun nak balik. Sebab dah lama sangat tak balik. Haruslah rindu  -,-




Rindu jugak dengan sesi masak-masak. Serius, hobi aku sekarang memasak. Mungkin ada tahap, anak gadis jadi obses dengan dapur. Yang mana dulu tolong mama macam nak tak nak je potong sayur. Sekarang, dah makin rajin. Tak payah suruh, dah melekat kat dapur. Kalau dapur kotor, mama potpetpotpet kat aku je. Dah memang aku terajin masuk dapur. 


Okey, sekarang mudah je kan, resepi semua kat internet. Search je nak masak menu apa, semua tersedia depan mata, save duit beli buku resepi. Untunglah kan zaman serba moden nih. Kalau yang rajin sangat, salin dalam buku nota, ataupun diari, yang malas sikit, terus tekan "print" je. Apa susah, kat rumah ada printer. Tak gitu? 


Dah print, tampal lah kat peti ais, nanti senang nak rujuk bila nak masak nanti. Hihi *Ini aku punya kerja bila duk dapur. Kena bahan sebakul dua oleh adik aku wei. Dia plak tolong bacakan. Choiiii.


Dah hobi aku sekarang suka masak itu ini. Kesian bookmark google chrome ni penuh dengan link blog masak. Jadi, aku tambah bloglist "Cooking Mummy" dekat sini. Senang je. Hari-hari aku bukak blog, hari-hari aku scroll down mana resepi menusuk hati. Ada yang blog peveret aku, yang lain tu peveret jugak. Tapi, yang ni aku selalu terjah. Masakan depa awesome sangat. Cubalah tengok. Aku list 7 blog peveret aku :)


Mana yang kaki blogger, wajib kenal dengan blog masakan terbaik ni kan. Setiap hari, ada 3 4 entry, maknanya ada 3 4 resepi. Daripada melepak dekat Pavilion, apa kata pergi pegang sudip ke, kuali ke, tak ke nampak girly sikit ye perempuan kat sana. Hihi. 

Sekarang ni, aku rajin plak komen entry akak ni. Dulu silent reader je. Memang masakan dia pun menusuk kalbu. Dah la tengok gambar pun dah buat aku teruja jadi lapar. Nampak sangat aku mudah terpedaya hanya kerana gambar. Gambar pun dah nampak menyelerakan, rasa lagilah power. Kan?

Blog ni pun sama, aku jadi makin rajin komen. Dulu pun aku hanyalah silent reader yang tengok tengok resepi. Power gitu gambar untuk setiap resepi. Mesti pakai DSLR kan. Hihi :)

Teruja dan terus jadi lapar bila masuk blog akak ni. Semuanya nampak lazat. Eiii dugaan. Kalaulah daripada skrin ni dapat ambik makanan tu, memang setiap kali online, aku akan pastikan cari blog ni semua. Hihi -,-

Memang resepi terbaru akak ni yang bebola daging telor puyuh buat aku lapar sangat. Rasa nak makan je. Comfirm aku tambah nasi. Kenapalah nampak sedap sangat ni? -,-

Secubit garam membuatkan masakan jadi lazat. Yummy. Nak jadi pakar buat dessert cam Kak Nor ni. InsyaAllah. Amin. Ngeee~

Haruslah resepi resepi menusuk kalbu jugak blog ni. Cuba lah tengok. Tak rugi punya. Maaflah kalau awak awak masuk blog ni jadi lapar. Itu lumrah bagi blog masakan ni. Gambar dah menunjukkan kelazatan. KihKihKih  =,=



Terima kasih Nuffnang, sebab ada je iklan baru yang selalu masuk BE. Heeee..Sebenarnya banyak lagi list blog masakan terbaik. Nanti ada masa, nak share lagi. Wink wink wink. Semoga list blog kat atas ni membantu yang mana tercari-cari blog resepi yang best. Jangan risau, blog tu semua, suka update entry. Maknanya setiap hari, ada je resepi. Kita pun tak rugi walaupun hanyalah blogwalking sana sini, resepi ni ilmu jugak kan. Nanti mama sendiri yang makin sayang, sebab pandai masak. :)


xoxo
kiss and big hug

21 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

tak lama lagi nak kawin lah tu yee! hehehe.. blh lah nati wani masak, kita tumpang makan...

Asmara said...

Betul2 suka dgn blog resepi yg gmbr cantik2. Teruja nak cuba kan! :D

Azwa Mohamad said...

awak, kita dah takde kuliah minggu ni tapi tak boleh balik rumah sebab Jumaat ada kuiz... :'(

Fauziah Samad said...

Terima kasih jadikan blog Kjee tatapan.

kura said...

wah. kalaulah semua perempuan di malaysia ni mcm awak. meriah! hehhe

Liza Razak said...

saya pon suka baca blog dapur tanpa sempadan tu..byk resepi best2

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

now byk blogger masakan pic semua superb la....dah mcm majalah dah khen....

asyifamustaffa said...

bagos2...teruskan usaha adik...

kalau dlm seminggu x mencuba resepi yg baru..nnti msti adik jdi ketagih nak masak...hahaha...~ dasat word tu kan...'ketagih' tu....:)

macam akak ler...klau 2 3 hari x buat sesuatu kat dapur...dah rasa cam sumting wrong je....:)

Unknown said...

kdg2 je suka memasak, btw info yg b'gna.. hehe

K.Nor said...

terima kasih banyak2 sbb sudi senaraikan secubitgaram antara blog yg menjadi pebret..

k.nor pakar buat dessert? wahh salah org dah tu kut.. blogger lain lagi hebat dr k.nor ..

teruskan semangat suka memasak.. memasak ni bukan boleh pandai dlm sekelip mata atau dgn satu dua percubaan.. kena banyak try & error.. org kata practice makes perfect kan.. semoga satu masa nanti laskar pelangi akan menjadi salah sorang yg terror memasak :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

saya tak pandai sangat masak, kena la terjah blog ni nampaknya. hihi

Aida Azryn said...

wah.. dah boleh kawen dah ni.. hihi.. =D aida pon masih tengah belajar memasak ni. ;)

FnF Simple Life said...

terima kasih pelangi chenta... terharu akak masuk senarai...

ibundo said...

bundo dulu sebelum kahwin satu hapah pun tak tau. Nak potong bawang pun terkial-kial. Bila dah kahwin, hasben suruh goreng daging bundo potong potong daging gaul gaul dengan kunyit dan garam dan bundo goreng macam goreng ikan. hasilnya, keras berdentum kalau baling ke dinding dinding boleh retak.
Tu semua pengalaman dan pengalaman menjadikan kita dewasa.
memasak tidaklah sesusah yang disangka. Umpamakan ia seperti kanvas putih yang diwarna warnikan oleh asam garam kunyit rempah dan pelbagai bahan masakan.
Terima kasih kerana menjadikan blog bundo yang tak seberapa sebagai blog pilihan laskar pelangi.

Unknown said...

makin mls memask

tp smlm da beli bahan ahakss

eddi said...

suka baca sini

Azie said...

Adik ku sayang, aduish serius kak azie rasa terharu sangat dengan penghargaan yang diberi. Terima kasih sangat sangat.

Azie said...

Aduh adik ku, terharu sangat ni kerana ada yang menyukai apa yang dipaparkan. Semoga kita sama sama mendapat manafaat di dunia dan akhirat. Salam sayang dari Kak Azie

hazanis said...

owh entri ini la yg meletop. :)

sohoque said...

persinggahan pertama di blog masakan ini.. niche blog yg jarang dipelopori oleh kaum lelaki

Nahin said...

Wow apa masakan menakjubkan Anda mempromosikan sini. Cinta banyak dari makanan yang menakjubkan dan resep nya. Terlalu banyak lezat!

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails