Thursday, March 22, 2012

Hero Malaya



Assalamualaikum  >,<



Rasa lama benar tak up entry. Minggu ni serius busy. Kelas pukul 8.00 pagi sampai 6 petang. Dengan adanya lab, tu yang kelas sampai lewat petang. Baru rasa diri ni student. Hihihi :)


Malam malam pun asyik tidur awal, dah namanya badan penat. Penat pun, dapat jugak layan drama korea kejab. Tengok 5 minit pun jadilah. Tengah layan "Dream High 2". Best best. Lagi satu episod nak habis. Bab citer korea cepat je, bab buat assignment bukan main lagi lembap.  -,-


 Dicekau dari abang google.


Stress stress best pergi pantai kan. Sedut udara nyaman, bunyi ombak yang tak henti henti. Minum plak air kelapa, makan sotong celup tepung dengan sos. Perghhhhh! Hilang stress. Tengok plak layang layang berterbangan di awan biru. Lepas tu tutup mata kejab, rasa cam nak terbang jugak pun ada.. Balik ni semestinya nak terjah Pantai Cahaya Bulan. InsyaAllah :)


Alhamdulillah, hari ni 22 / 03.. Genap 22 tahun 4 bulan. Dan awak plak 24 tahun 4 hari. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin :)


 Hehe. Ni bukan PSP. Kad je pun. Kan suka sangat main PSP ^__^



Hero malaya. Tahniah !


Hero malaya mana plak ni kan ?


Hero ke tiga Pelangi. Tahniah untuk Mie, sebab dapat 8A dalam SPM. Terima kasih buat mama abah dan keluarga gembira dan berbangga dengan kejayaan tu. Adik ni dah memang masuk belajar untuk foundation dekat UTP. Masuk awal sebelum result keluar lagi. Kakak sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik tersayang. InsyaAllah ada rezeki dapatlah nanti biasiswa Petronas. InsyaAllah :)

Mama pun ada call bagitau yang esoknya ada nak buat majlis kesyukuran sikit kat kampung. Dah la buat nasi kerabu dengan daging bakar, ayam percik, lepas tu ada plak pulut kuning. Mana nya tak terliur. Sangat jeles. Aishhhhh ..


Rindu nak makan nasi kerabu dekat kampung. Tambahan plak ada ayam percik. Nenek buat memang terbaik dari ladang. Serius akan tambah nasi. Sibuk duk terbayang nasi kerabu, kepala duk menghitung hari nak balik. Lagi 2 minggu. Tak sabar nak makan itu ini. 


Memang Pelangi manusia suka makan. Mungkin itu sebahagian daripada hobi. Hihihi.. Asyik kena perli jer sebab suka makan.   T__________T


2 minggu lagi, sabar la sikit. Sebelum balik, ingat sikit.. Ada kena present itu ini. Kena pergi kilang dekat Melaka lagi. Aiyooooowww. Esok plak ada taklimat berkaitan dengan company. Tak lama dah kan nak latihan industri. Tak lama jugak nak habis belajar. InsyaAllah :)


Aduhai, masa tak berapa nak cukup untuk blogwalking. Ada masa memang Pelangi terjah blog korang sambil drop komen sedikit sebanyak. Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Hari-hari ada je views, walaupun blog tak seaktif dulu. Masa mencemburui ku. Ewah !


Rindu meowwww :)


xoxo
kiss and big

21 comments:

Innanie | Ariffin said...

tahniah utk semua kebahagiaan tu!!!

tahniah jadi student berjaya.

kelas kita lagi lah sampai pkul 9 tau. nak nanges. tp selalu jugak update blog. hehehe

kura said...

wah. semoga berjaya di UTP utk hero muu :)

nitnot said...

Dandan ingat psp real. haha suspen je.

Ha'ah best kan kalau dapat g pantai peh bunyi ombak angin sepoi sepoi bahasa. Lahai seronoknya.

Tahniah fer your hero. Wah best nya dapat masuk UTP. Good luck yaa ;)

Hanie Dew said...

Waahhhh hero tu sungjuh pandai.masuk UTP lagi..kenduri,kesyukuran tu menu,mrnggiurkan..hahhha..

Masa mmg suke cemburu pastu majok lari laju laju.hihi...

shida'R said...

ingtkan hero malaya..pasal KFCH hehe ^_^

lisa said...

tahniah untuk adik!!hehe suka tengok orang lain cemerlang :) lamanya kelas sis...8 pg sampai 6 petang..

Adylia Qarissa said...

dah jadi lumrah..kalo bab asg mesti paling last nak buat ;p

kakchik@ella said...

KC nak komen psl lepak tepi pantai kala stress. Mmg terapi terbaik la dik.

syafiqakarim said...

ingtakn psp,nak cilok gak.haha
besday sama ke?confused kejap.haha

apa pun,semoga sentiasa berjaya dunia akhirat

merahitujambu said...

bahaha..nyaris igt psp...ceh..XD

cIk JanNah said...

dear kat mana donlot movie korean?? share pls :P

Almade Nespesor said...

waaa.. terer nya adik.. !
tang nasi kerabu tu yang GLUPPP =,=
lapaq teruihh

❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤ said...

tahniah untuk hero ketiga pelangi ..:) ^_^

Namee Roslan said...

namee mati2 ingat psp.. :B serius. hehe. btw, focus study ok ! tak care !! :)

IllyNabila Zanal :) said...

nasi kerabu memang sedap !!

syakey said...

tahniah utk adik. tahniah utk diri sendiri sbb dah membesar :P

Natasya Naslin said...

lama x jenguk si gorgeous sorang neyh.. btw , congrats 4 all the happy stories.. my lil sis lak , baru nak amik spm tahun ni.. hoho.

anyway, have a nice day .. & rajin2 update kay =) setia menunggu .. huahuahua =p tc~~

hafiz hafizol said...

wah.. pelangi sangat.. kite pun suke makan tapi asal badan x besar2 haha -..-"

♥ p a a n i ♥ said...

ohhh.aku rindu lab! lame xmasuk lab. haha

ღKekunangpelangiღ said...

Di bawah laskar pelangi ini lebih indah dari pelangi yang lain.

Kadang bila tahu bersyukur, nikmat itu baru dapat rasa. Kan? :)

fathiahRAIHANA said...

wahh lamanya dr pagi smpai petang --" mmg tak menyempat nk buat bnd lain la kan..


btw, tahniah utk hero malaya tu ^^
hebat betul msuk UTP :)

Related Posts with Thumbnails