Monday, January 16, 2012

Malang Tak Berbau.



Assalamualaikum ^____^


Hoho horlick! 
Rasa sebak, rasa nak sepak orang, rasa nak pelempang orang, rasa nak cubit orang, rasa nak tumbuk je dekat muka kasi pecah beribu-ribu. Sedihnya alahai. Redha dan sabar tu yang termampu ku lakukan. Ingat je kat kepala otak ni yang Allah dah suratkan benda tu dah berlaku, manusia hanya insan lemah yang tak mampu nak halang. 


Nak kata putus asa. 


Mungkin lah -.-


Rasa berkecai je dekat sanubari ni. Sabar dan sabar. Tu pesanan orang di sekeliling. Memang berkata-kata itu perkara yang sangat senang. Bila anda dan anda melaluinya sendiri, pasti akan jadi macam saya jugak. Serius. Sapa yang tak sayang kekasih kan ?


Walau ianya bukan kekasih akhir lagi. Secara konklusinya, saya hargai pemberian abah yang teristimewa tu. Banyak tempat dah saya jejak dengan si dia. Sedih gembira kami bersama. Part menangis sorang-sorang masa drive tu memang selalu ada. Pasang plak lagu dengan volume yang kasi tekanan di jiwa hilang. Seronok. 


13Jan, dimana tarikh yang dah memang telah dicatatkan dalam kalendar. Tarikh dimana DBK di-kiss tanpa rela. Malang tak berbau sungguh ..


Dah memang tarikh tu, tak keluar pergi mana-mana. DBK dengan baiknya parking dekat tepi kolej. Dapat inform dari kawan sekolej, dimana DBK di-kiss kiss. Dah tuan empunya yang kiss tu bukan nak bagi notes or tinggalkan nom phone dia. Dasyat !


**dicekau dari abang google.


Dugaan sungguh. Memang saya tak halal sampai mati. Nak kata takde otak. Orang tua dah. Mana sikap prihatin dia kalau dia ada perasaan belas kasihan. Dah rosakkan kereta orang, terus cabut lari. Memang pakcik makcik ada otak, sikap tanggungjawab tu takde. Fail !  -.-


Tak sangka pakcik makcik ada perangai camtu. Ada anak dekat UKM je, tapi pakcik makcik tak berapa nak cerdik lagi. Tak kesian ke saya ni, saya parking kat kolej, means saya ni student sini. Bukan pekerja. Jadi, saya takde money nak settlekan benda ni. Saya sebak lagi sambil taip warkah berlagu pilu ni -.-


Kalau saya ada kat tempat kejadian, mesti saya mintak duit walau seciput. Dah namanya saya student, tak mampu nak repair. Saya tak sanggup nak susahkan mama abah. Nak buat cam mana, semua tu hanyalah angan kosong.

Tergamam lagi tengok gambar ni walau dah 100kali tengok.


Pakcik makcik, saya bukan nak berlaku kejam. Saya juga punyai hati dan perasaan. Bila saya drive DBK tu, dengan automatiknya hati saya sebak. Hati saya merasakan pakcik makcik bangang. Memang saya susah nak marahkan orang. Dah tak boleh sabar. Maafkan saya berlaku tidak rasional. 


Macam pakcik makcik bangang tu baca entry ni. Hehe T_______T


Ni sekadar meluahkan perasaan yang terlekat dalam hati ni. Dah banyak hari saya tahan, disebabkan exam yang melanda. Alhamdulillah dah lepas 5 paper, ada 1 paper lagi 18hb nanti. Pakcik makcik, saya benci Honda Accord. Boleh camtu ?


Pakcik makcik yang guna Honda Accord BF* 9922. Saya akan ingat sampai bila-bila. Bukan nak berdendam, saya juga punyai rasa nak meluah kan. Lagi pun, abah tak bagi buat report polis & claim insuran. Pakcik makcik terlepas. Lagi pun abah cakap takde prove pakcik makcik bangang tu langgar. Lain lah snap gambar or record video. Okey fine abah baik sangat.


Kalau saya buat keputusan. Mesti saya nak tau dan nak bersemuka dengan pakcik makcik bangang. Bangau betul. Eiiii geram ! -.-


Panjangnya sesi meluahkan perasaan. Korang tak baca pun takpe, tak pakse. Blog ni memang tempat meluahkan perasaan. Maaf la entry panjang cecah lantai, dah la emo emo bagai. Yeah tak sabar nak packing barang ,kemas barang-barang, namun hatiku berkecai tak kala DBK luka. ^^


Sampai sini dulu entry berbau emo plak bila difikirkan pasal pakcik makcik bangau tu. Eh.. Sorry. Geram sangat. Bila pakcik makcik mengalami ujian camni, baru tau cam mana perasaan saya. Saya tak halal sampai bila-bila. Kejamnya saya. Biarlah, dah memang tak leh sabar. Tahap sabar saya ada limit jugak. Terima kasih ^_____^


Hari ni mama, abah, adik nombor 4 dan adik bongsu otw ke Perak. Esok adik register dekat UTP. Tahniah Mie. Tak sempat nak jumpa. Jumpa next time. Alhamdulillah anak mama dah 4 orang masuk Universiti. UKM, UTM, UITM & UTP ^___^


xoxo
kiss and big hug

20 comments:

Cik Puan Tqah said...

alala..cian die.. mana gmbr kene kiss tu.. mesti teruk..sbr eaa

saffiya_aleesya @ echa said...

aduii teruk gak sampai tercabut bumper..ermm sabar laa nak buat cmne..tapi kalau saya, dah tau no.plat sume saya buat report jer..kata langgar lari

Izzul Amir said...

hahaha pun boleh. ade pulak game kiss kiss

Eyeme said...

ouh. kalau dah student mmg parah la nk tanggung segala kos tu kan?

btw, tahniah semua adik beradik org2 berjaya~

Unknown said...

claim insuran, dh buat repot polis ke??

Unknown said...

teruk jugak tu..sipenakut mana la yang buat macam tu..penakut,pentingkan diri,tak bertanggungjawab dan tak jujur..uh!!buruknya sikap manusia

Hanis MY said...

mcm mana tahu pakcik dn makcik yg langgar? huhu sabar eh... what comes around goes around...

Shida Radzuan said...

huhu sabar3 jelah pelangi yer huhu... ^_^ cian DBK...huhu

Unknown said...

malang kalau berbau mesti boleh elak,,tapi apa kan day,,kita manusia biasa,,dan perlu redha ketentuanNya

Unknown said...

alaa yekea, hmm habis rosak teruk oh. nak repair mesti mahal kan, tp tula. mmg kena repair jugak, chill ya sis..

Namee Roslan said...

ish teruknya dia langgar kereta awak tu. nak kena ketuk pun dalam ratusan juga tuh. jahta lah pakcik tu. :(

eZmALiZa said...

hmm... bukan semua org tahu beradab ni wanie..sabarlah syg.. mungkin ini dugaan tuhan...tapi kalau ezma, mungkin ezma geram jugak...grrr!!!

Nurul Iman Rosman said...

mak aihh, teruk tu.
kuangjar betol makcik pakcik bangang tu.

kite bako je dia. haha! :D

Cikgu Ma said...

salam kenal...=)
errm, sabar yea...

Aty Fared said...

ppeerrgghhh..teruk gak tu... memang terluke kat hati...terluke part duit agi..saye saye perasaan nyer biler kereta yang ditatang2 tetibe suker2 orang nak langgar...hurrmm..gi carik anak nyer sampai jumpe ley..??

~azillakhalison~ said...

laaa.sianye u dear...nak xnak kene cakap jugak.u sabar banyak2 yer..ishh2 apela nak kiss2 kete org kan..xbek betol...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

sedih nya.. kesian DBK.. sabar ye. kalau jadi kat aiNa pun confirm hangin satu bdn. huhuhu..=)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

sabar byk2 adik ye...

si ngokngek said...

ceit mcm senggal ja...sedih anak dia klau tak makayah dia camnie...

mcm best ja kena kiss,redha ja lar..:))

Unknown said...

mak aih..teruk gak diorang kiss kiss..ehmm..sabar jer la mek ek

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails