Assalamualaikum :)
Senyum semanis puding. *Mentang-mentang dah balik rumah, terus senyum semanis boleh.
Alhamdulillah, dengan selamatnya Pelangi sampai rumah, perjalanan dari Bangi ke Kota Bharu. Rindu sungguh 10 minggu tak balik. Rindu keluarga, rindu sang meoww, rindu katil, rindu makanan kat negeri sendiri. Makanan dan rumah tak dapat dipisahkan bila kita berjauhan. Mesti rindu kan ^__^
Exam habis 18Jan, bertolak balik 19Jan. Penat perjalanan memang tak akan jadi isu bila drive jauh-jauh. Dah namanya drive, sangatlah penat, nak fokus dekat jalan raya lagi, otak tengah fikir indahnya nak sampai rumah dah, macam-macam tengah berangan nak buat itu ini bila dah sampai. Perantau memang cam gini. Berangan lebih sikit. Hehe -.-
Perjalanan balik dalam hati tak sabar nak sampai rumah :)
Semestinya barang banyak. Hik Hik Hik :)
Comel bebear ni. Ni bebear dari bunga yang mama kasi dulu -.-
20Jan cam biasalah melepak kat rumah. Sesi peluk memeluk sang meow. Kacau dia tidur. Lepas tu cubit hidung dia. Kalau dia tak merengek, kacau lagi dengan tarik misai. Sapa suruh kucing ni comel sangat. Comel secomelnya. Walau tak secantik setampan macam kucing baka Amerika, baka China, kucing biasa pun comel tau. Dah la manje, kalau kita sentiasa manjekan depa. Ngeeeewww :)
Tengok! DBK dah merayau di kelate :)
Detik manis bersama awak, dapat minum air carrot bersama. Awak jus carrot susu, saya carrot je. Hihi. Terima kasih sayang rindu cinta. Ececece.. Ngeee -.- memalu :)
Memang spesis suka amik gambar kaki. Hehe ^_^
Hari ni rasa gatal tangan plak nak buat puding kastard berkuah. Yummy. Makin temok la jawabnya. Asyik makan yang syiok syiok kan. Hari ni plak ter-beli 3 novel. Haiyoooo!
Ter-beli fulak. Opssss -.-
Memang la novel tu dalam list. Tup-tup novel dalam list takde, jadi tersyiok ambik novel lain pulak. Mangkuk meggi betul. Novel dulu pun ada lagi yang tak habis baca, still nak beli lagi. Nafsu betul kalau tengok novel best sikit. Hehehe :)
Sekarang tengah layan mata baca novel Gemersik Kalbu. Kan ada drama sekarang, adaptasi novel tu. Memang dah baca novel tu zaman sekolah dulu, jalan cerita dah lupa. Banyak sangat kisah cinta dari novel, dah bercampur semua. ^^
Ramai betul orang kat Popular dekat KBMall tadi. Beratur panjang lebih 20 orang. Tak sanggup kot nak tunggu. Akhirnya beli novel dekat Syarikat Muda Osman je. Memang kereta pun park kat luar je. Memang ramai sesangat orang kat KBMall. Dah macam MidValley, orang macam semut je kalau tengok dari atas.
Suka pulak dengan pepatah cinta ni "Impianku bukan untuk memilikimu, tetapi membahagiakanmu". Jiwang la pulak. Hihi =)
Okeylah, ada masa terluang nak terjah semua yang singgah sini. Kan dah lama tak terjah sana sini. Otak pun fikir nak tukar header baru. Kan tahun baru, nak tukar yang baru. Kasi aura baru la katakan :)
xoxo
kiss and big hug
19 comments:
wah lagi dahsyat dari kita rupe nye,,kita TERBELI 2,,wah gemersik kalbu,,hari tu da nampak da tapi nak tengok dlu kat tv cerita dia macam mana..JOM SHOPPING BAUCER BUKU!!!
ewaahhh ! entri ayat nak bebunge-bunge jew kan ... :D
sronok kan dah sampai umah ... perjalanan jauh pon tak rase cam jauh ... ^^
kat facebook dia pon penuh status pasal balik kampung kan.
sonok bebenor dia dapat balik kampung ye. enjoy your holiday pelangi! :D
silamat ali laya cina....yay holidayyyy~ ><
selamat menjejakkan kaki ke kota bharu.
ambe sampai semalam kat kb ni.
:)
Setuju.. di rumah mmg best. sy kalau balik rumah pun senyuman manis..
semanis gula-gula...
hahahaha
cuti ni confirm abiskan masa baca novel kan. weeee :)
slamat cutiiii!!
;)
slamat bercuti weyh!
heppy bebenor ye die! hehe, aik? terbeli novel? kita serupa la, spesies kaki novel lalala ;p
jemput singgah T___T
LATEST ENTRY : Kenapa Perlu Salahkan Takdir ?
selamat sampai ke rumah, happy holiday :D
leh lak 'terbeli fulakkk' yeee..hahaha
rumah dan makanan tidak dapat dipisahkan..hehe. Selamat bercuti!! dan selamat berdating bersama orang tersayam.. erk..
Kite pun br stat bercuti. hehe. same lah kite. baru nak imbas balik zaman kegemilangan novel gemersik kalbu:)
haha..nanti pelangi citer eh ending citer tu.lambat sangat nak tunggu abis citer tu. ahha
best la dia dah balik umah..tak balik umah lagi sy ni..isk33.. nnti sy shopping baucar2 tu dekat popular..hehehhe...btw nice blog..
do follow my blog yea =)
ehehe,kita pun terbeli tiga juga .hehe
cewah, pergi dating minum air carrot teww. hehe. comel je. happy holiday sweety ! cuti lah puas2 okay.
ada kat kb.. ehh sma laa.. kita balik kampung gak.. dop rmah nie banyak dugaan nye.. yg paling utama makan nak banyak..hehe.. nak g beli novel gak tp hajat xsampai lg..nk habiskan vaucer 200 ya tu.
:)
Post a Comment