Sunday, January 30, 2011

pink itu pelangi .

Assalamualaikum dan Salam Pink . . . . . .

hai korang ! pandang lah lihat lah wajah Pelangi yang sungguh ceria dan tersangat happy. senyum sampaikan tengah makan pun sempat lagi nak senyum senyum kambing bagai. ni bukan kes miang keladi ke hape tau tak. ni kes bawah akta kanun keseksaan. opsssss ! bukan laaaa . . .
Pink itu memang cantik. ;)
.

tapi tapi . . . . . .


Alhamdulillah Pelangi selamat sampai di rumah dengan selamatnya. syukur ke hadratNya. Pelangi sampai rumah dalam pukul 6.00 lebih pagi camtu lah kan. tersangat terserlah kegembiraan ini. sapa yang tak suka balik rumah sendiri kan. rindu betul kat isi-isi dalam rumah ni. rasa nak cium je semua benda yang ada. tapi kalau duk cium, sampai esok lusa pun tak pasti habis kan. so, stopkan idea yang tak berapa bernas tu. . .

i lebiuuuu lahhhhh rumahh ! rumah ku syurga ku kan. . .

lebiuuuuuuuu mama abah jugak. tak lupa adik-adik semua . . .

pepagi tadi pun dah hentam makanan negeri cik ct kembang. dah terliur punyalah mulut ni tau tak.. pagi tadi makan nasi kerabu... dengan ayam bakar.. memang menusuk selera ! sedapppp... petang plak abah belikan Mcdonald... memang ngap big mag plak untuk petang. memang lemak berganda-ganda lah bila kat rumah.. takpe, asal hati senang kan.. untuk dinner plak makan nasi dengan sotong masak merah + ayam goreng. memang duk rumah asyik makan makan dan makan.. mana tak jadi dot dot dot....

okeylah sampai sini sudah entry paling happy ni. nanti ada masa lagi. Pelangi karang lagi eak. ni tengah melayan OST Playfull Kiss.. memang hot lagu-lagu tu semua. best !

babai .

xoxo
kiss & big hug

Thursday, January 27, 2011

menghitung hari .

Assalamualaikum dan Salam Sayu . .

moshi-moshi. sehatkah semua. harapnya sehat walafiat la ye, sekarang musim hujan tak menentu.. tapi tu kat Bangi.. tak tau lah kat sempadan lain.. 

tajuk entry buat masa ni tu bukan tajuk lagu la pakcik-pakcik makcik-makcik kakak-kakak abang-abang adik-adik sekalian... tu tandanya dah kemaruk dah naik bas.. bukan jakun okeyh ! tapi jajan. opssss! merepek sudah.. tak sabar nak sampai detik-detik hari "Jumaat" tau ;)

hati penuh dengan kebun bunga.. bunga kulat kot ! HAHA. Pelangi mana minat bunga bungaan ni. minat kucing lagi. rindunyaa kat si meow kat rumah. memang cam biasalah, dah sampai rumah jerk. pasti cari si meow dulu. pastu belai manje. dan cubit hidung... tu peveretku ! sampai si meow dah naik jemu ngadap Pelangi. sebab Pelangi suka kianat meow tidur la. macam-macam aksi yang Pelangi buat time si meow tidur. mana si meow tak naik marah kan.. eheee |

tuela, memang dah hobi tetap sampai bila-bila. tak leh nak ubah dah rasanya... tu yang Pelangi asyik mengadap si lappy, kekadang si meow datang duk gatal lagi miang depan Pelangi... nak tarik perhatian la kononnya... nak bermanje manje kan. si buat suara manje. dah memang dia tau yang Pelangi akan melayan kerenah manjenya. tu yang dia duk suka kacau Pelangi ngadap lappy.. pastu mula lah nak baring-baring atas lappy.. dia ingat dia tu semut kot. perasan kurus ! 

dialah buah hati saya. a.k.a. teman sepermainan saya.

tapi berat la jugak.. pastu ingat mouse tu tikus la kot. mentang-mentang lah nama melayu mouse tu tetikus kan. mouse yang keluar warna warni. tu yang si meow duk tengok-tengok jerk.. tu tak lagi bab wayar. opcoz lah Pelangi punya lappy berserabut dengan wayar yang macam. dengan externalnya, mouse, kabel speaker, kadang-kadang headphone. memang bersimpul-simpul. memang lah lagi buat si meow nak gigit benda alah tu.. kena current baru tau. tapi Pelangi memang tak kasi dia duk gigit. Pelangi marah kejab. si meow memang tak dengar kata. pulas telinga baru berhenti. padam muka kan !

rindunyaaaa ! makin lah buat tak sabar nak balik rumah kan bila otak ni fikir si meow. sihatkah dia. gemokkah dia. lena kah tidurnya. ada kawan baru tak dia. ada gf baru kew tak. ada bf baru kew tak. rindu tuan dia yang duk jauh ni ke tak. macam-macam persoalan yang nak dipersoalkan...(macam lah dia jawab kan | tapi takpe, selalunya persoalan tu akan ku tanya pada my adek)...

kan best kalau kat dalam bilik ni ada meow. boleh jugak manje-manje.. ni bosan jer ngadap almari, meja, kipas, lampu, dinding... 

my lovely meow ! kakak rindu kamu sayang.. ku tujukan pada Bad dan Vince.. harap kamu makin debab !! dan jangan gatal-gatal nak ada boyprend & girlprend... cukuplah kakak sorang nie haaaa .. lebiuuuuu... :)

see u this saturday ! (aiyooo. macamlah si meow baca blog kan)

xoxo
kiss and big hug

Tuesday, January 25, 2011

egokah cinta .

Assalamualaikum dan Salam Cinta  . . . .

mood romantik campur benci. boleh tak agak-agaknya perasaan macam tu hadir serentak ??

tersipu-sipu malu ini (senyum kucing | asyik cakap senyum kambing jer kan. tukar lain plak lahhh). walau dah berminggu-minggu menanggung perasaan sedih. tapi manusia perlu tabah hadapi dunia kan. so, Pelangi cuba untuk seceria yang mungkin. sekarang senyum jer walau hati penuh perasaan yang sukar diperkotak katikkan.

tak nak buang masa. entry kali ni nak cerita serba sedikit pasal drama korea yang telah membuatkan Pelangi asyik berangan sakan. sampai cuti hujung minggu asyik dengan melayan jer tau tak. tu yang sebabnya tak BW korang semua. nanti ada masa Pelangi jejak korang sampai lebam mata ni okeyyy . .

korang, Pelangi dah habis mengadap drama korea "Playfull Kiss" dalam masa 3 hari. dari sabtu ahad dan isnin. petang tadi baru habis. balik jer kelas (7.00pm), ON kan lappy dan layan jiwa romantik kejab. picha itu semua ku curi kat google. thanks abang google .


sweetkan mereka. ni time honeymoon.
alahai, main manje-manje plak. comel kan SJ ngan OHN ni. mereka berdua ada ramai fans kat Uni.
ni part paling sweet. ni time SJ duk ajar OHN cara nak CPR (untuk interview nurse).
peace ! sangat comel. dah la baju tidur sama. nak jugakkkkk !
cinta si ego bersama si gadis idiot :)

jalan cerita dia not bad lah. si hero & heroin asyik bergaduh jerk. si hero (Seoung Jo) suka sangat buli si heroin (Oh Ha Ni). mereka berdua ni satu sekolah (tahun 3). tapi SJ ni budak paling bijak dan genius. memang lah menjadi pujaan ramai gadis di sekolah (termasuklah Pelangi). dan juga si heroin pun salah seorang peminat setia si SJ ni. tapi si OHN ni tak berapa nak bijak la, duk pun kelas yang ke 7 kan. satu hari, si OHN nie tetiba plak cedok idea ayah dia, dan tulis love letter kat SJ. dia selitkan kat locker SJ. satu masa tu kan, SJ datang bagi semula love letter tu kat OHN. OHN mula lah macam nak pengsan, lelaki pujaan datang & bawak love letter. OHN ingat SJ balas surat tu. namun sebaliknya, SJ betulkan tatabahasa dan ayat dalam love letter tu dan SJ tulis si OHN dapat gred D. habis gadis-gadis kat sekolah tu tertawakan si OHN .

pada suatu petang, rumah OHN roboh.dan menyebabkan dia dan ayahnya menetap di rumah kawan baik ayahnya yang sudah lama lost contact. tuptup...anak kepada kawan ayahnya adalah SJ. punyalah si OHN terkejut gitu. mak SJ memang berkenan dengan OHN, dah la sporting gitu. semua benda disediakan terbaik untuk OHN, dah macam anak kandung sendiri dah. lagi pun mak SJ memang mengidam nak anak perempuan. tapi tak dapat. SJ ada sorang adik laki (Eun Jo). OHN ni memang suka berangan taw. memang duk berangan 24jam kerja dia. nak dipanjangkan cerita, mereka berdua di masukkan ke Univercity yang sama (Parang Univercity). di malam yang hujan turun dengan lebatnya, SJ tunggu OHN kat bus stop. sebab dia tau OHN memang tak bawak payung. pastu mereka berdua berjalan dalam hujan dan buat kali pertama membuatkan si OHN terkejut yang cintanya di balas. mereka kiss kiss gitu. dan memberitahu family masing-masing yang mereka nak kahwin. so sweet kan. banyak dugaan dalam mengharungi OHN. barulah dia tau yang SJ pun turut sama mencintainya walaupun tak pernah tunjuk yang dia kasih pada OHN. ego katakan ...

opcozlahh lastly OHN & SJ kahwin kan. lepas kahwin pun SJ still buli OHN. so sweet ! dah la pergi honeymoon asyik ada perempuan gatal tu asyik kacao si SJ. mereka sangat sweet ! SJ belajar dan ambik major untuk doktor dan OHN pun ambik major dalam nursing. cute sesangat. korang tengok lah sendiri. tu serba sedikit jalan cerita Pelangi persembahkan. eheeee :)

xoxo
kiss and big hug

Monday, January 24, 2011

khurafat berasap !

Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu. . .


halu ! saje je nak post entry kali ini. dah naik tahap kebosanan paras tinggi. boleh dikatakan tinggi lah. anyway, nak habak mai pasal movie yang sekarang tengah tiptop & menggegar wayang dengan laungan masyarakat kat Malaysia ni. hari cuti yang lepas, pada hari Khamis lepas tu. kan cuti untuk Thaipusam. apa lagi, macam biasalah. hariku penuh dengan plan-plan yang dirancang. plan yang membazirkan money memang sentiasa berlegar di minda tau tak. tapi plan nak jadi budak nerd yang mengadap buku selalu & habiskan masa di library, tak pernah nak fikir plak.bila la nak jadi budak pandai kalau asyik merayap ke sana ke mari. masalah-masalah. memang menjadi masalah kan :)

sila terliur cepat :)
memang bila mengisi perot. semua senyap layan satay.
Alhamdulilah. habis sudah. settle bab mengidam satay.

kami ber-tiga. macam biasa lah. (saya selaku Pelangi, mek Atia & cik Rina). thanks korang sudi ON kan plan kita yang begitu cepat kita plan. (plan time dalam lecture hall untuk kuliah asas elektronik. lecturer duk mengajar | kita duk fikir plan untuk cuti). sangat bagus kan.

sebenarnya plan untuk pergi makan satay jer. tapi plan lain cepat terhasil plak. tengok khurafat ! Pelangi lah yang duk mengidam nak makan satay. tu kengkawan ON jerk. baik sungguh mereka kan. campur memang kaki suka berjalan .

kita orang tengok kat Metro Kajang jer. tak leh nak ajak g jauh-jauh. nanti mulalahh merayap tempat lain kan. kita orang tengok pukul 3.00pm. Khurafat sesangatlah best. dari movie seram yang lain sebelum ni. boleh tahan lah. tersentap kejab wei. berderau darah naik ke muka. banyak part yang terkejut. nasib baik takde sakit jantung kan. kalau korang ada unsur sakit jantung, baik tak payah gatal nak pergi. kot-kot sakit kat situ sapa yang susah. eheeee | 

tapi time tengok syok layan movie tu, memang mata duk perhati je kat depan sampai popcorn pun dah tak termakan. fokus orang kata. ada jugak lah part yang membuatkan ku tutup mata. ahaaaa | biasalah tak berapa nak berani kan. siap tanya kawan lagi ada muka yang menyeram ke tak. kalau tak berapa nak seram, baru terkedek-kedek nak bukak mata. eheee | cam budak-budak plak kan. jangan gelak kat Pelangi okeyy. kalau korang berani sangat. pergi lah tengok khurafat cepat !! sementara stok ada lagi .

btw, sangat comel lah liyana jasmay pakai shawl. menawan dan tertawan. sopan jerk kan. tapi part mayat kena usung lagi sopan kot. syamsul yusof dukung jenazah tu bawak lari bersama. memang vogue habis ! hahahahaa | kiranya tak membazir mana lah duit bayar tiket tu untuk movie kali ni. memang berasap lah wayang ! dah la ada makcik mana entah asyik menjerit lah. macam-macam. suara makcik indon la apa la. . .


pastikan anda semua pergi wayang segera. kalau yang tak tengok lagi KHURAFAT (perjanjian syaitan). dan jangan lupa, malam-malam jangan nak drive sorang-sorang. takut nanti anda akan bersama. . .  jeng jeng jeng .

xoxo
kiss and big hug

Saturday, January 22, 2011

mood terbang ke laut .

Assalamualaikum . . . .

tajuk entry kali ini berunsur kesedihan ala-ala drama korea plak kan. tak sah kalau drama korea takde part menitis airmata kan. sesapa penggemar drama korea mesti akan bazirkan airmata untuk part sedih tu kan. tak payah nak malu tuk mengaku la yewww .

|| otak serabut ||

duk merepeat lagu " Showdown " by The Black Eyes Peas. best sangat. memang Pelangi sangat obsesi dengan BEP tu. mereka sangat hot lah. bukan hot sebab mereka gelap la. tapi hot lah. hehee | bila Pelangi dah merasakan diri terasa moody ala-ala terbang ke laut, memang akan cari lagu-lagu peveret & repeat sampai encik speaker mungkin akan kata dah bosan duk ulang benda sama. (tapi itu takkan berlaku | sebab encik speaker takde mulut | damn !) .



kalau kita rindukan seseorang itu, agak-agak dia rindukan kita tak. . . ??

xoxo
kiss and big hug

Friday, January 21, 2011

cinta itu tidak buta. tapi manusia yang membuatkan ia buta .

Assalamualaikum  . . . 

mood tak berapa nak senyum manis kot. tengah penuh 1001 perasaan & gundah gelana. hanya Allah tempat ku memohon kedamaian dan keredhaanNya. amin .

memang dunia ini sangat sempurna. Allah jadikan matahari, bulan, bintang, tak lupa juga si pelangi yang tidak selalu muncul. begitu istimewanya kuasaNya. kita sebagai manusia, yang lemah lagi hina disisiNya. semoga kita semua diberkati dan ditunjukkan ke jalan yang benar lagi lurus. amin .


hari ni. seharian bersama rakan seperjuangan di uni. thanks korang. walau hati penuh hiba. penuh dugaannya kan. biarkan ia tersimpan dalam kotak hati. ku mahu kau tahu, bila aku sudah tiada. dan membentuk pagi yang gelap. dan lepaskan aku. biarkan aku mencari konklusi dan menjadi lonely soldier boy. disebabkan aku masih muda. dan itu adalah obsesi. dan terus menjadi sangkar besi dihatiku. luka mana yang tak sakit kan dalam empayarmu. kuala lumpur bukti kasih kita, tak lupa ludah amerika dan menjadi inspektor remos. terima kasih rindu. terima kasih sayang .

what the hell?? (bagusnya anak dara mama cakap camtu. maaf jadi emo sikit malam ni). 

malam ni macam takde mood nak blogjogging sesama kalian semua. kalau ada mood ni datang, Pelangi pasti akan singgah ke blog kamu semua. 

korang korang semua. perasan tak semua tulisan merah itu adalah lagu band Hujan. 

mereka terbaik ! Pelangi jatuh hati pada muzik mereka sejak mereka masih tidak sepopular sekarang. walau band mereka sentiasa mendapat cacian daripada anak muda time mula-mula dia orang mula meningkat naik. tapi itu tidak menjadi kan Pelangi rebah dari menyukainya. check check rock rock !


xoxo
kiss and big hug

OMP ! oh my pelangi ! 1000 hari lagi nak kahwin .

Assalamualaikum dan Salam Peluk Cium .


hai kengkawan semua (alamak! macam salah rancangan talk show bebudak plak). kangen kuasa lima belas tau dekat sang Pelangi Chenta ni. dah banyak hari jugak tak manjakan jari dengan keyboard ni. hari ini dengan semangat campur dengan cuti kan kan. sape tak suka cuti  kan. sape tak suka cuti angkat kening cepattt ! (sangat comel). trimas semua ! heheheeee |

.mencuba tompok kan awan. percubaan terbaru. :)


pe khabar kalian? harap semua sihat walafiat hendaknya kan. Pelangi tak BW dalam banyak hari disebabkan :
  • badan tak kasi bermanja sangat dengan si lappy ni. Pelangi mengalami demam yang agak teruk kot. menyebabkan asyik nak tidur. walau dah cukup time tidur untuk si baby taw. baby pun tak tidur lama cam gitu. memang sangat power lah demam kali ini .
  • kelas yang begitu padat sangat. siyes duariyes tawww ! ada kelas habis pukul 7petang. mana tak penat kakak abang adik semua. balik-balik nak rest pun tak cukup masa kan. memang sem ni agak penatlah hari-hariku menjalani kehidupan sebagai mahasiswi di uni .
  • pabila ada perjumpaan untuk program dinner kolej. balik bilik dah pukul berapa kan. perjumpaan pukul 10.30 malam. balik bilik korang agak-agak lah pukul berapa. bila dah balik memang duk tenyeh-tenyeh mata. sebab dah ngantuk kan .
  • alamak ! ada tugasan baru la u all. kena masuk taeter untuk kolej plak. adoiya! Pelangi dah la malu-malu cam gitu. boleh kah. (berfikir sejenak dan dua jenak). dah la kena dalam english. bahasa manglish taw ! tugasan ni akan menentukan Pelangi dapat stay kolej sama tak next sem .

banyaknya list kan.tetibe hari ni nak buat list plak kan. akhirnya berakhir sudah Quiz 1 untuk subjek database. study macam tak study taw. sebab dalam zon tak berapa nak okey lagi badan time tu. memang power lah soalan. walau objektif. tapi. sangat buat Pelangi tersengih sorang. main tembak tembak. macam tembak guna pistol yang keluar belon-belon tu. comeyy kan  :)

Pelangi tengah menghitung hari nak balik negeri cik siti wan kembang ni. memang duk tersenyum jer bila duk menghitung kan. tak sabar okeyhhh ! hehe | korang semua, mintak maaf pasal tajuk entry di atas tu. tak tau arini jadi miang keladi kejab. sebenarnya nak ucapkan thanks pada semua yang sudi follow blog Pelangi. dah cecah 1009 dah. thanks! kat sini sudah lah yew. semoga korang ceria-ceria selalu. take care .

xoxo
kiss and big hug

Monday, January 17, 2011

contest blog paling comel, cantik dan kemas.

Assalamualaikum dan Salam Pink. . .


lagu by Imelda - Putus yang terpekik kat encik speaker gemuk lagi debab .

okeylah malas nak buang masa. Pelangi malas nak simpan hutang kawan-kawan nie semua. so, settlekan terus. dapat tag untuk contest kali ini dari 6 orang kekasih gelapku. tipu jerk ! heeee. iaitu dari mrs lebah, abbymira, Izzati, kak hidayati, gadis cinta si nubhan dan cik rara. thanks semua yee. kalau korang ada masa, usha la blog mereka. comel taw ! 

ofcoz lah nak join contest, ada syarat-syarat dia kan. korang pergilah tuan punya blog iaitu farzana. baca apa yang dia nak eak. eheeee :)


jeng jeng jeng. 
siapakah akan bertuah ni. kena tag 5 orang para gadis meletup. tengah fikir ni :)


all the best korang. good luck ! sayang korang .

xoxo
kiss and big hug

Sunday, January 16, 2011

pelangi nak kahwin !

Assalamualaikum dan Salam Kesejukan. . .



lagu yang berkumandang kat encik speaker : MCR - Welcome To The Black Parade

hujan baru mencurah-curah membasahi bumi UKM nie. hujan tanpa jemu kan turun titik demi titik menyegarkan rumput kat bawah. kasi pepohon segar semua. segala apa yang Allah kurniakan ada baiknya kan. pelangi dan hujan tak dapat dipisahkan. sebab tu Pelangi suka tengok hujan turun. kadang-kadang terfikir jugak cam mana hujan turun cam bentuk sama jerk titisan dia. (korang ada terfikir ke? soalan cam budak-budak kan). tu semua kuasa Allah kan .

nak tayang kasut jab. hikhikhik .
tayang muka jab. eheeee.
eh eh eh ! mata korang terkejut ke dengan nama entry kali ni ? hekhekhek| sesaja jerp nak menggatal kan. kalau korang sayang someone or sesapa kan. mesti korang rindu kan. camtulah Pelangi ni haaaa | rindu sesengat ! eh bukann ! rindu sesangat. tapi hanya doakan yang terbaik kan. semoga beliau dilindungi daripada benda yang tidak elok dan sentiasa diberi petunjuk olehNya. amin .

rasa bosan kuasa lima tau hari ni. sejak semalam lagi terbuku mood tu. tapi pendam dalam jiwa nie. pastu duk tilik gambar mama , abah dan adik-adik tersayang. rindu nak balik rumah. nak makan masakan mama. rindu betol !

nieh ha ! semalam kan. siap jerk proses download. (student katakan, tak mampu nak beli vcd original). heee | petang kelmarin siap melayan cerita " aku masih dara ". boleh tahan la jalan cerita dia. suka kat si Asyraf Muslim. hensem kuasa tiga. tapi yang dalam hati lagi hensem kuasa lima belas. amik kauuuu kuasa lima belas. korang kenal ke si Asyraf Muslim tu. tak kenal maka tak rock la korang ni. movie luar negara layan jerk. habis pelakon luar negara korang kenal. kat Malaysia tak kenal. powdahhhhh ! cam mana prestasi dunia seni kat negara kita nak maju? rakyat negara sendiri tak mahu sokong. kan kan kan (gaya upin ipin) .

lepas settlekan movie tu. bergegas ke Dectar. untuk daftarkan diri dalam program kesenian. balik jerk ke bilik. apa lagi. layan movie " 3 idiots ". sumpah BEST ! Pelangi kasi 5 bintang lah. sangat best best ! tau tau nak cakap dah cam mana lagi. korang mesti dah puas nengop kan. Pelangi plak yang baru nak layan. hehe | movie yang membuatkan Pelangi meleleh airmata okeyyy .

hari ni plak kan layan movie " ngankung ". tapi takdelah tengok sampai tercangkung. eheeee | boleh tahan lah cerita dia. suka tengok si Shaheizy Sam. dia pun comel-comel gak. eheeee~ kan? :)

aiyoww ! arini Pelangi pergi daftarkan diri untuk SPR. mama ! kakak dah besar lah ni ? dah boleh mengundi bagai lagi. tapi sebelum pergi, siap sms mama, tanya boleh tak nak pergi daftarkan nama untuk SPR tu. mama cakap orite jerk. tu yang ON terus. tak sabar nak balik rumah cuti nanti. nak makan makan dan makan sampai kenyang. eheeee | nak makan masakan mama. rindunyaaa kat my mama. dah la banyak story nak cerita kat mama. mama memang suka bab dengar cerita dari anak dia yang sorang ni. tu yang mama adalah yang terhebat dan hot ! bukan hot & spicy. tapi HOT lahhhh :)

kat sini sudahlah karangan Pelangi untuk kali ini. harap korang sudi bacalah yee. pastu tinggalkan komen seposen dua kan. buat Pelangi leh beli aiskrim wall rainbow tu. (yummy...sampai menjilat jari) .

xoxo
kiss and big hug

Friday, January 14, 2011

saya pelajar UKM !

Assalamualaikum dan Salam Jumaat

sila senyum manis-manis yee semua. peace !
orite ! ni bukan nak tunjuk lagak mahasiswi uni la. tapi tengah nak settlekan pasal sahabat blogger. macam nice-nice cam gitu. so, pelangi join sekaki. sebab pelangi pun kaki blogger. dah bosan godek-godek semua. apa lagi join. ni sebenarnya daripada BPM (blog pilihan malaysia). kalau korang nak join. mai lahhh =)

Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi .

Mengilham Harapan. Mencipta Masa Depan .

posing kejab. ni kawan seperjuangan. sama-sama dari negeri sama.


kami lagi. hehehee. . .(gelak manje).

universiti yang sudi amik pelangi adalah "Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)" kampus Bangi .

kursus yang diambil adalah "Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Komputeran Industri) .

bila masuk ye. last year. "Julai 2010". masih penghuni baru .

dan insyaAllah akan tamat pada 2013. amin . (doakan semoga pelangi berjaya. thanks ! .)

kenangan manis kat sini eak. boleh selalu jumpa penduduk tetap kat sini. nak tau tak ape dia. "monyet". haha| memang everyday, memang leh jumpa lah. (siap leh salam-salam lagi. sumpah TIPU !). ermmm apa yang manis kat sini yee. kat sini kasi pelangi lebih cekal. dengan takde geng datang sini. thanks kengkawan yang sudi jadi kawan pelangi. (giles ayat skema) .lagi pun masih baru kat sini. nanti ada lagi yang akan menjadi kenangan lagi manis lagi super duper .

kenangan pahit plak yew. ermmmm (berfikir sejenak dan dua jenak). selalu kena duduk sorang diri dalam bilik. tu yang jadi makin manje dengan lappy. asyik bertempek jerk pagi siang malam. heeee !

kat sini dulu lah karya dari karyawan yang tak berbakat ni. sesapa blogger dari UKM. marilah kita berkenal-kenalan (ayat lagi skema kuasa dua). babai .

xoxo
kiss and big hug

Monday, January 10, 2011

ubuntu buat ku buntu.

Assalamualaikum dan Salam Ceria. . .

senyum manis ala-ala gula batu. (buat lawak bodoh la plak). . .
kepala penuh dengan pelbagai jenis masalah yang perlu difikirkan dan disettlekan. harap dapat harungi semester ini dengan penuh heppy sampai tidur pun boleh senyum-senyum (tidur dalam iman). heeee :)

maaf yew kengkawan semua. otak tengah refresh kembali. macam laptop korang lah. ada button kena refresh. kan kan. so, otak pun kena refresh jugak. clean mana yang menyerabutkan sarang-sarang urat saraf. hikhik | nak clean kan otak korang daripada anasir kurang baik bukannya kena install ccleaner okey. tak payah nak cucuk pendrive kat mulut korang lahh. tak kan menjadi punya. (boleh tak nak kata, tetibe otak tak berapa nak betul bila duk cakap benda tak akan boleh menjadi). mana tau kan. kot-kot zaman 2020 nanti mulut korang leh detect pendrive versi baru. cayalahhhh ! sapa nak ganti Bill Gates. leh jadi kaya. pastu jadi femes amesss !

ke main lagi semangat time ni. bila dah cam tak jadi. terus off linux. ahaks. (dah la nak buka linux pun bukan main lama)

adoiyaaaa. dah melalut ke arah lain dah ni. tensi sikit ni. tak berapa ingat step untuk run kan program. ^__^

habis duk godek-godek manual ubuntu. tapi still error. rasa nak maki hamun kat encik unbuntu dan encik linux. kamu semua menyeksa saya tau tak. dah la nak manje-manje dengan korang kena guna coding. adusss! kenapa susah sangat korang nak manje-manje haaa. jual mahal tol korang dengan pelangi kan. takpe takpe. nanti pelangi jual mahal dengan korang ye wahai encik ubuntu a.k.a encik linux. benci kamu kuasa tiga. :)

so, semangat nak buat untuk lab esok jadi lembik macam jelly pelangi tu. (jelly comel kan. dah la sedap). dah rasa malas dan terpesong ke arah meng-update si pelangi chenta plak. okelah nak cau cin cau dulu. sape terror linux meh tolong ajarmu sifu kat sini meh. ;)

tetibe mood merindui kasih dan sayang. tu yang buat duk asyik repeat lagu "pelengkap hidupku". biarlah masa menentukannya. semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepadaku. amin. .

xoxo
kiss and big hug

Friday, January 7, 2011

Adam. Hawa.

Assalamualaikum semua. . .

diharapkan kalian sihat hendaknya. jangan duk asyik main hujan ye dengan musim macam ni. kali ini pelangi nak share pasal Adam dan Hawa. pelangi jumpa info ni dan pelangi share untuk korang jugak. supaya korang sedar dan celik mata luas-luas. eheeee :)

*************

sajew jerp nak femeskan kasut. ;)

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.


Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.


Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.


Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.


Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.


Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.


Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.


Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..

Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.


Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.


Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam. 

nota kaki wangi : terima kasih sudi bazirkan masa anda membaca :)
xoxo
kiss and big hug

Thursday, January 6, 2011

shut up and let me go.

Assalamualaikum dan Salam Senyum Semanis Honey. . .

mood hepyyy. semoga kita semua dirahmati olehNya. amin .okeylah. kali ni nak settlekan banyak tunggakkan yang tak bisa ku simpan lama-lama. nanti makin basi plak kan. so settle jelah malam ni. tetibe rasa nak lasaikan semua malam ni. (senyum ala-ala semanis madu di kedai pakmat).

AWARD PERTAMA . 


 award ni dah berkurun kot lamanya tersimpan elok dalam peti besi. nasib baik ada lagi. ingatkan dah hilang tadi. trimas pada pemberi award ni wahai empunya blog ridzwan. trimas sekali lagi ye. kalau korang ada masa, jom la jelajah blog beliau. maaf ye lambat selesaikan hutang ni. anyway, award tu pasal blog yang "cool". cool sangat ke Pelangi Chenta ni. rasa hot adalah. hekhek :)

trimas sekali lagi yeeew .

AWARD KE-DUA .


my darling syufa. thankx yee for your award tu. kawai jerpp award tu. thankx darling :) award ni pun dapat gak dari si pengetua trimas dear .

1) Do you like my blog ? 
ofcoz ! blog dear sangat cumeil. rasa nak curi jerk. tapi tak leh. uhuuu ^__^

2) What do you think about my blog ? 
perfect ! pink gitu. sangat suka. :)

3) What do you want to say to me ? 
trimas darling. i love yowww lahhh :)

4) Tag this to 3 friends and tell them in their shoutbox 
sesapa sudi amek. meh r grap cepat :)

AWARD KE-TIGA .
 

thankx ye cik manis kasi award nie haa. bertambah-tambah rezeki kali ni. ;) meh la jemput ke blog si manis ni.

AWARD KE-EMPAT .
 

maaf ye sebab lambat update pasal award kamu. sebab kekadang takde masa yang cukup untuk karang bab award niey haa. trimas jugak yee kasi award nie pada si fiqah. smile always.

AWARD KE-LIMA .
 

soalan pertama. ucapan anda ?
(tepuk tangan). hai kawan. terima kasih ye sudi berkunjung dan kasi award ni. nanti kasi lagi yew. ehek ehek. thanks pada si empunya yang sudi kasi award nie ye cik yana. award ni pun ada jugak diberi oleh si saiful   serta encik adib tak lupa jugak si etty . tq

soalan kedua. berikan empat ciri lelaki atau wanita idaman untuk dijadikan teman hidup ?
macam artis plak duk tanye macam tu kan. okeylah nak cakap sikit jerp. ofcoz nak yang beriman kan. yang boleh tolong tunjuk mana betul dan mana yang salah. pastu kena caring gitu. heeee =) sampai situ lah. tak nak duk explain panjang sampai empat point kan. ehee. kalau dah jodoh. tak kemana kan. amin .

soalan ketiga. pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan doa putus cinta ?
ermmm. takde lagi tu. ^__^ eheeee~

AWARD KE-ENAM .
 

pendapat&komen anda tentang blog pemberi award :
sangat mesra. thankx yeew tuan tanah. majulah blogger semua ke arah 2011 ! HAHA.

apakah hasrat blog anda pada tahun 2011?
hasrat yee. mahu lebih gigih mengupdate entry. tapi macam susah pun ada. sebab new semester. new life. sangat busy dengan kerenah-kerenah disebabkan melayan sang buku semua. :) semoga Pelangi Chenta boleh cecah sampai 1k lah untuk tahun baru nie. agak-agak korang boleh kewww . .

adakah hasrat blog anda pada tahun 2010 tercapai?
boleh tahan lahh. hasrat mahu solidkan header. akhirnya boleh tahan. takdelah sakit mata pandang header dulu. eheeeee ^___^

anda senyum ke sedih sekarang?
senyum manis laaaa :)

lama tak load page pemberi award?
tak lama punye. tetibe wifi laju semacam. trimas jadi wifi. ahaksx! *merepek jerkkk. .

anda adalah diri anda atau orang lain?
ape plak orang lain. saya adalah saya. okeyyyy ! nobody can change me :)

apakah yang anda impiakan pada saat ini?
makan makan bersama dengan my keluarga lahhh. kangen bangat !

pejam mata.. apa yang anda terlihat?
nampak HITAM. macam bontot kuali. wahaaaa =D

AWARD KE-TUJUH .
 

heyy cik wannie. thanks sesangat. comel auwww award tu ;)

AWARD KE-LAPAN .
 


thanks yeee comel. heeee ! coz sudi kasi award comel gitu. kelas gitu pakai spek hitam. =)

giles fenat settlekan sal award award nie sekalian. semoga mimpi indah malam ni. tak dapat nak jejak kan warna kat blog korang. esok ada kelas pagi. so faham faham larhh. eheee!

xoxo
kiss and big hug
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails