Sunday, May 30, 2010

++ AWARD !! ++


Assalamualaikum

firstly nak ucap, thanks a lot untuk si gadis merah jambu. hehe si putri barbie.bukak jerk blog, dapat mesej pasal award. disebabkan anugerahkan my blog sebagai list dalam "beautiful blogger award". thanks a lot sayang. dah la first time dapat award-award cam nie. hehe

1. Thank & link the person that gave you award :
of coz la si putri teddybear. yang suke pinky & bear. si specky jugak. sgt chantek

2. Pass the award onto 5 bloggers you're recently discovered think are fantastic :
anyway... susah jugak nak bagi kan siapakah yang bertuah !
jeng jeng jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
1) cik etty chomeil
2) syafyka shasha be
3) cik fyka psp
4) ezmaliza yg baru dapat dslr
5) norly ~ chocolatebodyshop

3. Contact said blog & let them know they've won the award :
orite. after post this entry la i inform mereka mereka semua
okey. emuah!

4. State 5 things about yourself :
  • mengidam nak DSLR sangat sangat
  • obses dengan sang pelangi
  • laptop & me tak dapat dipisahkan. fullstop. hehe
  • im only girl dalam my siblings
  • sangat degil punya orang

Lastly, speech by winner :
uik ! ada plak nak kena bagi speech. macam award AIM plak. kih3. anyway. happy jugak la ada orang tengok blog ni, walaupun tak seberapa kan. thanks again dear. luv u


30may2010sunday
xoxo
kiss and big hug

tesco oh tesco


moshi moshi
hai semua ! rasa rajin plak nak update si blog malam nie. hehe post kali ni aku nak story pasal arini la. tak kan esok plak kan. hehe arini dari pagi duk rumah jer. dalam pukul 5lebih tadi jer kuar. kuar dengan mama, abah & adik. ermm. plan memang nak pergi tesco. mama nak cari barang hadiah untuk wedding kot. ngee~ sambil tu nak shopping untuk barang dapur. kami pergi ber 4. naik si DAH97. hehe ramai jugak la orang kat sana. mungkin disebabkan hari minggu kan. beli macam macam. aku siap pau baju tshirt hitam. hekhek :D pastu mama belikan blous warna grey. thanks mama. harap harap aku pakai lah yea. sebab aku kureng sikit dengan blous. lebih selesa dengan tshirt jer. nampak sempoi & boleh lar.. pergi beli donut kat big apple. ngeee~ pastu makan kfc. ayooo. kenyang. alhamdulillah :) aku siap bergambar lagi. thanks to my bro. jasamu dikenang. chewah! hehe


29may2010friday
xoxo
kiss and big hug

Saturday, May 29, 2010

12 Aurat Wanita


DUA BELAS AURAT WANITA
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
- Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Friday, May 28, 2010

baby comei

assalamualaikum
halu semua. hari ini. balik kampung. ada majlis cukur untuk baby kak na, afiq aiman. si tomei. pastu solat hajat. dalam petang camtu baru balik rumah semula. best nyew sekarang, tak fikir pasal buku buku. merdeka kejab. hehe anyway, rindu memory kat dungun plak kan. 2 tahun setengah la menetap kat sana dari sem 1 hingga sem 6. alhamdulillah selamat habiskan dengan gagahnya. hehehehe...adoiya. today. aku still layan lagu "Jangan Menangis Lagi" by Kangen Band. tak bosan bosan layan lagu tu. sedih jer rasa dengar lagu tu. rasa cam nak nangis plak. nak dekat 30 kali duk dengar. tak bosan. hekhek ~

cau cin cau

29may2010friday

xoxo
kiss and big hug

Thursday, May 27, 2010

first day - loc : home sweet home

assalamualaikum
wachaaaaaaaaaaaaaaaa!! yeahhhhh <lepas geram.. haha> alhamdulillah selamat sampai rumah. sampai dengan selamat sekali. hari ni baru rasa nak update si blog ni. kelmarin tak larat. sorry sayang ek. now, im free without study. jadi leh alwayz with u. oke. sayang blog! hee~ fulamak. kelmarin balik kb dari dungun kan, dengan barang penuh kereta. kecian tengok dbk. semua sudut ada jerk barang. tak de port yang tak de barang. full beb! sekali sekala, kan kan. bawak kereta pun memang macam bawak "gajah" jerk. berat semacam. dengan bagasi, meja, almari buku, campur barang lain lah. tapi yang buat aku cam sedih sikit sebab tak sempat nak peluk cium budak budak ni. adoiya. nak nangis jerk rasa. nak buat cam mana kan dah tak sempat. i gonna miss u all. miss all of memory that we create as friends. i love u all. dah lar malam tu, aku tidur alone :] hu~ selasa 25may2010. aku pergi kuantan. bersama firdaus. thanks a lot auw. akhirnya. dapat gak ketemu sama handset ku~ oh my darling, i miss u. emuaaaaah! hehe (sebab dah lama berpisah). tu pun dah last pergi kuantan buat masa ni. hehe kita orang pergi ecm. tengok robin hood. pastu lepak kat TC kejab. amik angin kejab.thanks kepada tuan spek nie. hekhek [betty pelangi]



first day kat rumah. lepak jerk rumah. malas nak keluar. baju dalam bagasi tak kemas lagi weiii~ cam mana nak keluar. tadi sempat kemas barang kecik jer. siap letak comei comei barang dalam almari buku. hehe thanks to my bro coz tolong pasang. bwekkk~ tapi tadi keluar jugak kejab. teman mama g pasar. nak out sat. mandi time =)

thursday27may2010

xoxo
kiss and big hug

Monday, May 24, 2010

double happy

moshi moshi
haluuuuu~~ first day of K E B E B A S A N. HAHA kebebasan untuk BELAJAR. untuk sementara waktu. fulamak. alhamdulillah syukur dapat habiskan 6sem dengan baiknya. alhamdulillah. semuanya berkat doa mama abah jugak. love u alwayz. emuaahh! pagi tadi paper last kita orang, paper sistem komunikasi. dari pukul 8.30am-10.30am. dah jadi hepy sangat-sangat dah nie. ngeh ngeh. tadi. teman si firdaus dengan shahir beli beli untuk bbq malam ni. cam mana bbq malam ni. dah la hari nak hujan tu. uwaaa. lagi pun. dbk pun baru di cuci. rugi lah cam nie. kui3
tak sempat nak update belog lepas dinner aritu. nak gak upload pic sedikit sebanyak kan. hehe sebagai pengamit memory bersama katakan. event tu memang cayalahhh! tak kan dilupakan. harap leh buat macam tu lagi next time. ;)

24may2010monday
xoxo
kiss and big hug

Saturday, May 22, 2010

pagi yang gelap kini sudah hujan

hari ni. cuaca mendung mendung manje katakan. sekarang dah hujan, membasahi bumi dungun. ke sebab aku layan lagu band HUJAN pagi tadi. bangun jerk tidur terus layan lagu ahmoi chantek. hujan membuatkan nyaman rasanya. tapi membuatkan mood malas untuk mengadap si buku. tapi rajin mengadap si muka buku. ahaaaa ;) hujan yang rintik rintik. best nie kalau tidur. lalalaa. perut kenyang. hati senang. cuaca mengizinkan. jadi. macam nak ketiduran jer. hehe malam ni ada dinner dengan dak-dak class DTK6-S1. kat Rumbia, Paka. dan tak lupa bersama PA kita orang, En. Isamuddin. macam malas jerk nak attend majlis tu. sebab rasa. huh! malas nak story kat sini. tak dew guna lau story story. buang masa. HAHA (gelak evil) adoiya. tak study lagi. jawapan dalam kertas final pun tak cari cari lagi. kenapalah jadi malas camni. jangan lah malas malas. nak abis belajar dah pun laskarpelangi. hadiah untuk dinner ni pun tak terbalut lagi. siapakah yang akan dapat hadiah dariku ni, yang tak seberapa. hehee =) pic kat bawah tu. antara editing aku yg mode m a l a s. sebagai gambar untuk hadiahku nanti. hekhek...
22may2010saturday

xoxo
kiss and big hug

Friday, May 21, 2010

abadikan ia sebagai kenangan

firstly aku nak story mory sal hepy mode. hehehe. horeyyyyyyyyyyyy! berjaya tamatkan minggu yang memenatkan kepala otakku. fuhhhhhhhhhhhhhhh!!! 4 paper dalam seminggu. cabaran yang menakjubkan. kan kan. HAHA byebye 4modul~ hanya tinggal 1paper lagi. tak sabar nak end kan ia. insyaAllah berjaya. amin. dah banyak hari aku tak update kan. sorry la. tak de mood dua tiga hari ni. tak tahu kenapa. malam ni baru rasa rindu rinduan kat pelangi chenta ni. tu yang sempat menconteng skit kat sini. hekhek. anyway. baru jerk balik dari mesramall. heee~ ;] mungkin kali terakhir kot buat masa ni. tak lama lagi. pergi meninggalkan dungun yang indah dengan 1001 kenangan manis & pahit. i will miss my sweet memory here. a lot ! :)

21may2010friday
xoxo
kiss and big hug

Tuesday, May 18, 2010

2 paper sudah BERLALU. 3 paper AKAN DATANG

assalamualakum
fuh!! lega. paper data comm dah lepas. syukur. esok math plak. adoiya. kasi otak tepu kejab. hoho sem yang mencabarkan. huhu~ alhamdulillah boleh jawab jugak la tadi. aku ni tak study pon. haha syukur syukur. entah lah. jiwa nak bermalasan je tau.

cau cin cau


tuesday18may2010

xoxo
kiss and big hug

Monday, May 17, 2010

second day of raining dayz

moshi moshi
orang lain study. ni duk rilex berblog. hikhik malas dah mengadap kertas final. tapi terpaksa baca jugak la. sebab esok ada test kan. wish me luck oke. thanks. pagi tadi mama call, r i n d u sangat sangat. tak lama dah nak balik kan. i also will be miss my friends. nanti memang susah la nak hang out sama sebab korang duk jauh kan. huuuu. .
study + facebook
okey tak ?? haha

out dulu
nak pergi pasarmalam. teringin nak beli yong tau fu! ahaaaa. :)


monday17may2010

xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 16, 2010

akhirnya hujan yg turun membasahi bumi Dungun


bangun bangun jer tidur dengar hujan turun dengan bestnya. wahwah!! selalunya cuaca panas jerk. dah lama tak hujan kan. redup kejab. baru menarik. menyegarkan rumput rumput kat halaman rumah tu. biar jadi hijau sikit, ni duk warna kuning. hehehe sejuk kejab bumi Dungun ni. cool cool :)
teringat zaman kecik kecik, masa hujan lah paling bahgia. sebab leh mandi hujan. basah jer baju kan. pergi round satu kampung time hujan sambil naik basikal. suka betol zaman dulu dulu. tak risaukan pasal demam pun. pastu mula lah selsema la apa la kan. hekhek the memory always in my ROM (read only memory). memory yang tak boleh diubah ubah dah. dah jadi WAJIB dalam life ku. kat kampung, bila time hujan. memang nyaman habis lah. dengan rumput kehijauan. pokok pokok getah yang segar sentiasa lah. memang pandangan yang menarik lah. rindukan masa itu. tapi masa tak kan dapat berulang. hanya kita sahaja yang akan mengimbas kembali memory itu.
i love hujan ;]

malam ni makan nasi lemak + nescafe ais. yumyum. sedap air je. nasi tak abis. hu3 already buat lagu soko as a ringtone sms. hikhik ;]

tonight : harus. bukan sunat. untuk study data comm. tapi m a l a s :)

16may2010sunday

xoxo
kiss and big hug

first day of EXAM. otak TEPU bak tepung dalam gandum

assalamualaikum

alhamdulillah first paper untuk this sem. last sem. paper ic design (rekabentuk litar bersepadu). byebye polisilikon & fotolitografi. HAHA sudah berakhir pada pukul 10.30am. syukur sangat. see tajuk post (mengarutkan saya..) hehe anyway.syukur sekali lagi. satu beban sudah jatuh dari bahuku, hanya tinggal 4 beban lagi. harap-harap semuanya berakhir dengan tenang. pray for that. a m i n :]

sudah berapa hari aku tak menconteng dalam blogku ni. hikhik nak kata study. TAKPUN! haha duk leka jer kerja. 3 paper lak nanti. insyaALLAH pasti BOLEH. insyaALLAH. dah la 3 hari berturut-turut. masak jugak otak ku. tak pe la. cuti nanti rest lama-lama. yahuuuuuu ! rindu rumah la rasanya. nak makan masakan mama. i love it. rindukan ayam pedas. sedapnya. sabar jewla. dah tak lama lagi wahai laskarpelangi. TODAY ! aku tak tahu kenapa TERLAMPAU RAJEN. haha sanggup cari-cari template baru untuk blog. saja. bosan bosan. hehe yang ni nampak retro & disko dansa (sama macam nama partition hard disk lappy ku). habis dengan themes mozilla pun dah bertukar. hehe bosan bosan bosan. anywy i luv that song. "take my heart" by soko. nice song

16mei2010sunday
xoxo

kiss and big hug

Friday, May 14, 2010

...no idea...

hoho

final sudah DEKAT




lagi 2 hari untuk ku menghadapinya

this sunday ! !




;]




Wednesday, May 12, 2010

new themes !

assalamualaikum semua
tadaaaaa!


new themes! amacam ??? okey tak? hehe harap-harap okey lah yew. pink tetap dihati kan. jadi tema pink la pulak. hekhek. anyway. themes tu macam masuk jer dengan jiwa ku sebab ada gambar cam keyboard & mouse. hee cam aku lar, laptop dengan ku tak dapat dilupuskan. noktah!

hari ni. malas sangat-sangat. duk membaringkan diri adalah. hehe ada ke patut. final dah next week jerk. ada 3 hari lagi menjelang final. cuak yang amat. tapi malas. cam mana tu. hehe
bila nak laskarpelangi nak insaf ni. duk main fb. adoiii ~
helppp me. . .
rasa nak makan aiskrim coklat. yummy ;) sedapnya !! sapa nak belanja aku ni
takpewlah. sabar jewla. balik KB nanti lah. heee~
rindu mama

sedapnya aiskrim ni. terliurnya. . . .

xoxo
kiss and big hug

Tuesday, May 11, 2010

akhirnya ;D

assalamualaikum. . .

bermood ceria + kenyang :)
hehe baru jer balik. tadi pergi mesramall. pergi beli air kat starbuck. best yang AMAT. berbeza la dengan ais blend kat pasar malam. harga pun berbeza. hehee kita orang pergi ber-empat (laskarpelangi, daos, aina & yaya) tadi pun makan nasi goreng kampung. kenyang. alhamdulillah. mood nak study cam hilang jer malam ni. ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini. amin.



hatiku cam nak gegar jerk. haha lawak pulak rasa. kuangkuangkuang. biarkan lah orang yang kepala otak masuk air tu hidup dengan duniawi dia. asal dia bahgia. bahgia ke? haha lantak ko lah! ada aku kesah !! haha =D hidupku tiada kaitan dengan hidup dia. buat pa nak amek tau sal orang tu. bikin buang masa. bestnya minum air tu yang kat starbuck. lau leh minum selalu kan best. hehe ;) yummy. . .
anyway.thanks mama send pic. rindu mama sangat-sangat tau. sampaikan buat gambar tu wallpaper lappy. luv u. emuaah!
tuesday11may2010
11.11pm

xoxo
kiss and big hug

malam yg kelaparan!

toink toink ;)
moshi - moshi

wah. akhirnya berjaya gak update belog malam nie. haha waduh, malam ini sempat buat sikit je math. tu pun cam dah bosan mengadap kertas final, biar kepala otak takbijak pun. kui3 tadi. fuhhh! lapar gila. lapar yang amat kot. hakhakhak dak-dak nie semua study, takmao r kacao mood mereka an. last-last kak nana ajak keluar. tapi lewat sikit la, dia ada kejew. sambil tunggu dia siap buat kerja. aku buat math dulu. dalam nak dekat pukul 10 jugak kot keluar. lupe tengok jam. hehehe anywy. thanks kak nana belanja makan. hehe ;) nanty belanja ag. ek3 ;D

xoxo
kiss and big hug

Monday, May 10, 2010

monday yg hot. aku jadi teramat lah pemalas. kenapa yew semua...

title tak leh tahan. hakhak anyway. arini hot day. hoho rasa nak berendam dalam air milo ais. hehe bestnya ;)) (berangan...) malasnya nak study study. nak main-main jer kerja laskarpelangi sorang nie. dah la dah sem 6. ouh tuhan. rajinkah lah laskarpelangi ni. dushdush kepala laskarpelangi. kuang3 ;D

esok masih ada ! HAHA

jom BERMALASAN !!
dilayan si laskarpelangi tak kehabisan.

kasi cuak jerk nak final dah. jadual baru dapat tadi. mama! doakan kakak
love u ! emuaaahh!
anywy, hepy bufday syarif. my bro nom 3. good luck for your SPM. u can do it dear. semoga tahun ni membuatkan rif lebih tabah dan lebih matang & cemerlang dengan jayanya SPM :)
HEPY BUFDAY yg ke 17 =) (dah besar adik kakak)..

xoxo
kiss and big hug

final ?? coming soon

huh! malasnya nak study. stado adelah. wahahahaha.. nie duk buat soalan final je. cuak gak. next week da strt final. wish me luck oke;)

bila la sang laskarpelangi mau RAJIN ??
kalau result rendah. abah marah. huahua ;(
tak mahu kena marah. huk3 ;(
semoga aku RAJIN. RAJIN & RAJIN ;))
insyaAllah
chayok. chayok !

RAJIN lah LASKARPELANGI

disitu ada laskarpelangi disitu ada laptop
=D

berakhirnya final. yahooooooo! MERDEKA (berangan. . .final tak habis lagi)


p/s : pasti rindukan memory bersama teman-temanku. emmuah!

xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 9, 2010

hari yg PANASSSS!

moshi-moshi semua !
hari yang panas. cuaca bikin aku malas nak buat kerja. huhuhu kertas final tak terbuat lagi. adoi. tu pun nasib pagi tadi rajinkan diri basuh dbk. huhu malasnya. bila la nak rajin ni. huhuhuhu plan nak pergi pulau. cancel ! huhu~ xpela, next time, panjang umur. dapat kita pergi bersama ye kawan-kawan. tadi cakap kat adik pasal plan nak bercuti with member tak jadi. digelak-gelak pulak. takpe.takpe. huh! pastu dia cakap abah nak pergi pulau perhentian. yeaaah! jadi kena balik awal sikit. huhu ~ hari ni duk mengadap si kertas final. sudah penat nak buat. adoiya. hukhuk


anyway. happy mother's day !
mama! rindu nak peluk cium lah. sy bhgia bersamamu!
luv u sampai mati ~
kaulah segalanya buatku. hidupmati ku bersamamu
emuahh !

xoxo
kiss and big hug


Friday, May 7, 2010

jom layan ! baek punya. haha

apa pasal malam ni tetibe dengar lagu "Politeknik Malaysia". . haha lagu dia bolehhh laaa.. rancak! hehe. ni kes dengar time majlis akj perdana. hehee.. jangan aku buat ringtone sms sudah. hekhek ;D kat politeknik lah aku belajar. thanks semua!

p/s : kenapalah selsema ni tak baik-baik. taklarat dah nie. tak selesa nak titow. ;(
ni hah lirik lagu "Politeknik Malaysia"

politeknik adalah warisan kita
membekal tenaga bidang teknikal
bersama membina kemajuan negara
malaysiaku tercinta

akhlak mulia asas jaya
itulah amalan hidup kita
di mana sahaja politeknik berada
harapan tetap sama

politeknik ku sanjung jasa-jasamu
mencipta lembaran sejarah
harapan impiankan menjadi nyata
tetap taqwa usaha penentu arah

maju politeknik ayuh maju
semangatmu merestui perjuanganku
teknologi teras pembangunan negara
politeknik malaysia







hekhekhek ;D aina sampai geleng kepala


xoxo
kiss and big hug

AKJ time.membosankan.8am-12pm.air coklat & sandwich!

moshi-moshi !

sawadikap. kap-kap motor kapcai. hehe =)
alhamdulillah arini leh update lagi blog yang tak seberapa jer ni. post kali ni. apa lagi. nak story pasal akj la. akj yang berlangsung 6may2010 dekat dewan besar psmza (politeknik sultan mizan zainal abidin). tahniah semua. kelas kita orang just 7 orang jer dapat (aku, aina, norly, yaya, jar, ain & na) tahniah sekali lagi ! bosan betul majlis tu. hui3 aku pakai baju kurung pink time tu. hehe semua orang chantek-chantek! fuyoo0o0o...


semoga berjaya untuk semua !
=)




xoxo
kiss and big hug

Thursday, May 6, 2010

bersantai & menghirup udara pantai lagi...


moshi-moshi semua !

hekhek ! entry kali ini pun pasal bersantai kat pantai lagi. hekhek tak bosan budak-budak ni bermandi-manda, jadi kelmarin kita orang pergi lagi. berbekalkan vanilla coke dengan goreng pisang & keropok goreng. hik3 merindui saat-saat itu. riang gilew! bestnya kalau boleh sentiasa bersama. macam takde masalah jer dalam life. happy jer. semoga persahabatan kami sentiasa dirahmati dan hingga ke akhir hayat. insyaAllah. thanks to be my friend. luv u all. emuaah! :)
hari kami tak sah kalau tak capture pic bila bersantai . klik. klik !



*
*
*
anyway, malam semalam kita orang pun ada kena pergi poly. ada raptai untuk akj (anugerah ketua jabatan). dah la dapat tahu yang akj untuk semua jabatan. majlis akj perdana. fulamak! cam makin bosan plak kan. hehe dah la pergi raptai pun awal. hahahaha last-last start raptai dalam pukul 9 kot. haha memang sorang-sorang muka dah bosan tunggu lama sangat. hekhek akhirnya kita orang keluar awal. haha


ni nak cerita pasal pantai lagi. hehe best giler lah time tu. dengan aku ni lemas. hahahaha lawak rasanya. semata-mata nak selamatkan handset. aku jadi lemas. sampai aku dah nak demam dah rasa ni. malam ni kena mam ubat. adusss! ni pun dah selsema. tak sukanya selsema. mesti malam ni tidur tak lena. huwaaaaa... harap-harap esok sudah baik. amin :)

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, May 5, 2010

"ke pantai kita berseronok & bermandi manda ! ayuhhhhh!!"



assalamualaikum & selamat petang semua !

arini. rilex time! class pagi tadi jer. hehe best.best! post kali ni aku nak lakarkan kisah pasal story kelmarin. kita orang bersuka ria di pantai. best sangat-sangat. rasa cam happy je. aku akan rindukan time-time macam tu bila dah duduk berjauhan. itulah memory yang paling berharga. sayang korang sangat-sangat. kami ber-empat. (laskarpelangi, yaya, aina, norly). aku pun basah kuyup dibuatnya. seksis. hahahahaha ;D location kita orang dekat pantai teluk bidara, dungun terengganu. pemandangan yang cukup menyamankan jiwa. angin sepoi-sepoi bahasa. wah! bersastera la pulak. toink-toink. jom layan pic-pic kat bawah. yang sempat kita orang abadikan bersama emmmuaaaahhhh !! jom! semua sudah bersemangat nak mandi manda

apa tunjuk-tunjuk nie aina? chanteq bangat ka si pantai. hehe

seronoknya bersama



persahabatan itu indah jika keikhlasan terukir
bestfriendsforever

bff ~



wednesday05may2010
4.25pm


xoxo
kiss and big hug:)

Tuesday, May 4, 2010

arghhh! akibat tidur yang panjang..

haa.. entry aku kali yang entah pape. hahaha tidur ?? peveretku time dah takde kerja. kelmarin. aku memang tidur punyalah lama. campur dengan duduk rumah tak cukup tidur. jadi topup balik lah. tidur leh main topup eak? haha wtever. haha semalam punya lah sakit kepala ni. sakit yang amat. tak pernah lagi sakit sebegini rupa. hanya Tuhan jer tahu. lepas mandi la jadi macam tu. lepas solat terus baring. letak minyak kat kepala, berdenyut-denyut jer kepala nie. arghhhh! sampai aku basuh muka dengan air bacaan ayat al-quran. ermmmm.. pastu makan panadol sebijik. dalam pukul 12 lebih kot aku terbangun. kepala dah okey sikit la time tu. alhamdulillah. bangun-bangun aku siapkan kerja dan kerjakan solat isyak. lepas tu tidur balik. haha. . . hari yang penuh dengan tidur =D

tuesday4may2010
2.40pm

xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 2, 2010

" say goodbye KB !! "

Assalamualaikum
alhamdulillah selamat jugak sampai ke destinasi yang membosankan. haha oh dungun. lalalala. . . arini rasa liat jer nak bangun. sebab rasa tak puas lagi nak berdrama atas katil. huhuhuhu rindukan sang dayang jugak. i gonna miss u sayang. pagi tadi pun mama yang kejutkan solat subuh. sebab si kakak tidak sedar dari tidur, betapa lenanya tidur tanpa selimut. semalam pun tertidur. selimut pun tak. hehehe penat sangat kot. bangun-bangun terus duk fikir pasal kena balik dungun. malasnya nak balik dungun. tak bersedia lagi. sekarang sedia untuk enjoy-enjoy bersama family. kemas barang yang sepatutnya. dalam pukul 12 tengah hari camtu la aku bertolak. ayu tumpang aku. thanks mama sediakan barang-barang yang nak aku bawak. hehe sayang mama sangat-sangat. siap mama tempah kuzi dengan roti jala. semata-mata sebab aku nak bawak dungun. thanks again dear. abah yang suruh. hehe rindu mama, abah & adik-adik sangat. huhu tak puas lagi nak bergurau senda. hukhuk rindu bad jugak. si gemok plak pregnant lagi. haha subur betul dia. dah la garang nak mampos. hehe

sunday2may2010
6.25pm

xoxo
kiss and big hug

"Alhamdulillah.Hidup Ini Makin Hari,Makin Gembira"




Assalamualaikum & good morning !
semalam tak sempat nak intai-intai di blog, arini baru berkesempatan. semalam pun tidur awal. hekhek ngantuk siot mata nie. huhu kelmarin sampai rumah pun dalam petang. hoho sebab dari tok bali, kita orang balik Machang. ada kematian. semoga roh arwah dicucuri rahmat. dan di tempatkan di tempat orang-orang beriman. amin:) gembira sangat kelmarin. hidup ni semakin berbunga, dimana sebelum ni layu dek masalah. sekarang semuanya sudah selesai. syukur pada yang Esa. amin. i love both of u. dah la malam jumaat, malam dimana kita orang tidur kat sana. tidur pun dalam pukul lewat. duk berbual sama-sama. tu pun masuk bilik dalam pukul 12 lebih malam. tapi abah dalam pukul 2.30pagi kot. hekhek masuk bilik sebab ada nyamuk. kui3 duk sembang sampai tak ingat jam pukul berapa. happy sangat sekarang! thanks God ! aku akan sentiasa mengingati detik-detik kita bersama. emmmmuaaaah ! arini dah kena balik Dungun. arghhhhhhhh !! rasa malas yang amat-amat. haha kenapa cepat je masa berlalu bila duk kat rumah. rasa tak bersedia lagi nak mulakan belajar. nak rest kat rumah lagi best ! ni pun nak bertolak lewat sikit. malas nak bertolak pagi-pagi. hehehe rindu kan rumah nanti. huhuhu
ni sedikit pic yang sempat aku snapkan =)




ni bersiap-siap nak balik machang

loc : taman rehlah, pantai bisikan bayu, Bachok
date : 30april & 1may2010
6kereta~

sunday2may2010
8.30am

xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails