Saturday, February 26, 2011

social dance club .

Assalamualaikum dan Salam Sabtu....



arigator ! (dah berjangkit wabak jepun....)

halu... halu... semua :) 
sekarang tak sempat nak blogwalking selalu dan dalam masa yang panjang.. disebabkan banyak sebab yang munasabah serta munasarawak... eheeee. | sekarang musim mid term melanda kan.. lepas tu plak this monday (28 Feb 2011) adanya dinner untuk kolej.. dan Pelangi plak selaku ajk bahagian protokol.. tak sabar nak habis cepat event ni.. cuak pun ada nak kena jadi usher.. sob sob sob ...

dah la wifi tak boleh sejak petang semalam.. ni nasib baik boleh plak bila pakai kabel.. kalau tak mati ketandusan internet la plak.. kui kui kui..

title tu takde kena mengena Pelangi nak menari bagai laa... tapi Pelangi baru lepas habiskan masa layan drama jepun.. dalam masa nak exam pun, sempat lagi duk layan cerita.. huhu.. macam ni lah kes kurang kasih sayang teman-teman.. haha | 

drama tu bertajuk " Gakko Ja Oshierarenai ".. korang boleh sebut tak tu.. tetiba nanti terbelit lidah.. tak pasal-pasal tak boleh makan plak kejab lagi.... heeee :)

best best best :)

cerita tu best la jugak.. pasal budak-budak sekolah.. bila 5 jejaka mendaftarkan diri kat sekolah perempuan.. memang banyak masalah lah setiap budak-budak laki tu haaa | pastu cikgu homeroom dia ni nak tubuhkan social dance club.. tapi tak dapat persetujuan lagi dengan pengetua.. so, dia buat club tu secara haram.. secara senyap senyap ..


memang setiap episod ada permasalahan masing-masing.. best la jugak kan.. last sekali, memang club tu ditubuhkan jugak.. dan ramai la yang nak join.. drama ni jenis budak sekolah dan komedi :)


setiap pasangan dalam social dance club semua fall in love dengan partner menarinya.. so sweet !

angau kejab tengok drama ni.. perasan nak menari-nari dengan partner jugakkk ! adehhhhh 

sapa dah tengok drama ni sila angkat jari cepat :)

xoxo
kiss and big hug

Friday, February 25, 2011

you're my love .

Assalamualaikum dan Salam Cinta...



moshi moshi. rindu rinduan nak intai Pelangi Chenta.. tak sempat nak intai selalu sekarang.. nak kata rajin study tak jugak.. tapi duk rilex semacam jer.. ni pun tadi baru lepas paper "rekabentuk aturcara & penyelesaian masalah".. subjek sambungan buat Pelangi lagi biul kejab.. lagi complex dari programming.. nasib baik ada jugak boleh jawab pasal linked list tu.. tapi bab betul salah.. tu kemudian hari fikir kan.....

alahai, lagi rindu dibuatnya bila asyik jer asyik repeat lagu sama jer.. dari tadi lagi duk pasang lagu "Diri Ambo" dari Halim Yazid.. lagu yang banyak nasihat ! dengar lah ye kawan-kawan.. tapi korang paham ke nanti bahasa kelate... hehe :)

title pada si entry kali ni miang sangat ke .....??

tu sebenarnya nak tujukan pada my beautiful mama :)
i love u so much ! i miss more dear......

happy birthday my lovely mama.. !
today is her birthday .. 24 February :)
u always in my heart.. u're the best for me:)




my love :)


kami ada macam adik beradik tak. ni mama ku yang tercantik dalam dunia. thanks God :)

xoxo
kiss and big hug

Sunday, February 20, 2011

gomo kelate gomo .

Assalamualaikum.. dan Selamat Bercuti-cutian di Hari Ahad ..



sehatkah kamu semua . . .? nak singgah blog kekorang selalu tak boleh sangat.. sorry morry yew.. line slow macam siput sedut jerk. kasi tension jerk...

ni tengah bosan haaa | tu update plak.. rajin nak mengarut.. so, berkarya kat sini..

abang , kakak , adik , pakcik , makcik semuaaa !

ini entry bukan sifat " kenegerian ". tapi saja gatal tangan nak buat tajuk cam gitu.. lagi pun :

" saya orang kelantan .. bangga yuppppp! " ..sambil kibar bendera merah putih :)

maaf ye semua , Pelangi tak minat bola.. tahun ni banyak plak kan negeri cik siti wan kembang asyik menang kan.. tahniah tahniah yee pada pemain bola TRW (the red warriors).. Pelangi kangen nak sedut udara negeri tempat ku dilahirkan.. rindu pada mama.. mama ada call semalam.. hilang ciput peratus kerinduan itu... mama rindu anak dia jugak rupanyaaa :)

Pelangi kat uni masuk kelab batik. gelak nampak ! mesti korang cakap tu kelab tak pemes amous kan.. kan kan kan.... biarlahhhhh.. takde lah tension mana masuk tu.. tu pun masuk sebab nak kena habiskan 8 jam kredit.. kat ukm ni haaa... ada 8 jam kredit untuk ko-k.. banyak kan kan kan... sem lepas dah tolak 2.. so , sem ni tolak dengan kelas batik tu lagi.. dah takde choice nak masuk benda alah lain.. apa lagi , tulis jela nama kat kelab tu.. dah la siap kena jadi " ketua ". yaaa ampun ! jadi ketua , tapi " datang lambat ".. haha | otai la sikit , tak suka skema skema ni.. tak macho kan :)

kat bawah sini ada beberapa picha , korang layan lah ye.. kalau tak nak tengok " tutup lahhh mata ! "..

ni hasil buat pada hari ni.. habis tangan jadi kalerpul...
nie lah tangan Pelangi yang jadi cam pelangi dah.

ni time kelas semalam.. makan pun dah kena pakai sudu.

korang semua , tau tak.. warna warna tu lama giles nak hilang.. dekat seminggu cam gitu lah.. tu pasal kena makan pakai sudu.. sebab warna tu bahan kimia.. habis tak cantik jari jari niey haaa.. tu la sebab tak beli lagi sarung tangan.. ni pun jari dah bergelupas habis.. kes warna ni kot.. kan bahan kimia.. nanti next week baru nak pergi beli sarung tangan ala-ala dalam cerita korea tu. nak beli kaler PINK :)

bus stop .
sekarang musim nak mengundi.. esok kena mengundi. habis jalan raya penuh dengan banner masing-masing. promote lah macam-macam.. esok nak pangkah apa ni yeww.. agak-agak ada tak petak untuk pangkah parti payung ?? HAHA .. perasan tak tulisan Pelangi Chenta dah berubah.. sebab bosan dah pakai tulisan yang selalu pakai , so guna tulisan besau sikit ni haaa.. bubyee. . .

xoxo
kiss and big hug

Friday, February 18, 2011

episod kasih .

Assalamualaikum dan Selamat Malam semuaaaa...

hyeee ! *lambai-lambai macam dalam movie hantu kak limah balik rumah. .

apa khabaw semua . . .?? harap sihat semuanya lah yew. jangan miang keladi nak main hujan bagai. nanti demam.. susah plak kena makan ubat kan. ;)

oh yeah oh yeahh ! rindu sesangat nak luah meluah kat sini tau takkk. . . tapi disebabkan hari-hari yang tidak menggalakkan diri ni berkarya.. so terbantut segala bagai kata-kata.. dah la tinggalkan entry yang panjang sampai cecah lantai.. bak kata cik ezma kita tue.. dah macam si model dah dia sekarang yup. sangat menawan dan cute !  

ni bukan drama nur kasih ke hape.. tapi episod start Pelangi mula jadi busy busy-an kat uni.. walau tak study.. baik tak saya.. kalau mama baca.. pasti senyum sinis nie.. heee ! takpe takpe.. mama paham anak dia cam mana kan.. lebiuuu lahhhh mama ! 

melompat lebih tinggi kejab ni haaa ! jom la sesama kita bermuafakat bagai.. kan 1 malaysia.. ni bukan kes nak tunjuk betis cantik la woi.. tapi satu paper mid term sudah berakhir dalam beberapa minit lepas.. subjek calculus.. kasi otak Pelangi berputar ligat-ligat.. nasib baik urat tak bersimpul.. kalau bersimpul comfirm masuk wad.. haha | saya sudah melalut la kawan-kawan.. otak tengah refresh ni dari segala bagai limit, function, graph... nyaman giles tadi balik kolej jalan kaki.. dah la keseorangan.. tapi sedikit gelap lah.. boleh dikatakan cuak setiap langkah kiri kananku.. dalam hati baca ayat.. so, Alhamdulillah dah selamat sampai dan takde apa-apa yang berlaku..  bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian ... (macam pakar termotivasi plak)..

kat bawah sini, Pelangi tampal gambau buku-buku yang sentiasa menemani ku di kala ku menelaah.. (bajet rajin).. memang bosan study mudy, Pelangi akan habiskan masa dengan klik sana klik sini. pastu conteng sana sini.. study tak seberapa pun.. leka jer sebab takde orang nak ketuk kepala ni haaa.. (kesian kan ...)


ni lah sang buku yang asyik ku peluk cium buat masa sekarang. tapi sekarang sudah bersiap mau simpan rapi kembali.
meja yang berselerak. sila lah tengok. ada ciri-ciri pelajar rajin tak. haha

perghhhh ! malam ni perut ni duk jadikan maggi sebagai dinner.. tapi memang tak habis pun makan tadi.. dah naik jemu tengok maggi bentuk sama camtu.. kerinting jer kannn. haha..
korang semua.. tetibe Pelangi arini masukkan lagu plak kat Pelangi Chenta kan ;) 
takpe kan kan kan.. lagu tu best !

xoxo
kiss and big hug

Sunday, February 13, 2011

you're beautiful .

Assalamualaikum kawan kawan . . . (nada ceria lagi senyum sampai telinga)...

masuk masuk terus menipu plak. haish! ampun pak ! ampun bukk ! pasal senyum sampai telinga tu memang tak betul tau. tak pasal-pasal korang duk kata Pelangi over la plakk ^__^

tak nak melalut banyak sangat. ni haa nak buat review sikit pasal drama korea. kalau yang anti mesti cakap cam nie :

" adussss perempuan nie, tak habis habis drama koreaaaaa . . . . " (muka tension..)

" macam takde benda lain kewwww nak tengok kann.. " (muka double tension...)

okey, disini Pelangi akan jawab :

" biasalah perempuan.. nak feeling lebih.. romantik gituuuuu. auwwwww ! " (gelak manjew..)

sekian sudah sesi cakap dan cakap. fullstop . . .
okey, ni nak review sikit pasal drama " You're Beautiful ", drama tu sesangat best ! rugi banyak lah kalau korang tak tengok lagi kan.. walau drama ni mesti ada yang dah lama layan.. kot-kot Pelangi dah ketinggalan dek zaman kan. drama ni kalau tak silap Pelangi dari tahun 2009 lagi.. 

jalan cerita dia camni, ada band femes amosss  (Anjell) yang nak cari ahli baru group kan.. dan manager Anjell tu mendapati bahawa Go Mi Na yang terpilih.. tetapi disebabkan Go Mi Na tak dapat join Anjell buat masa sekarang atas sebab dia pergi Amerika untuk pembedahan hidung.. manager tu mendapat tau yang si Go Mi Na ni ada kembar seiras. adik dia ni baru duk training jadi sister kat gereja.. lama jugak la manager duk pujuk kembar si Go Mi Na untuk menyamar jadi abang dia.. abangnya nak jadi artis terkenal nak cari ibu kandungnya yang telah menghilangkan diri. itu adalah motif abang dia.. dengan apa yang manager bagitau motif abang dia kepada kembar si Go Mi No, adik Go Mi No iaitu Go Mi Nyu menerima tawaran menyamar jadi lelaki a.k.a. Go Mi Na .. 

pasal Go Mi Na palsu ni sebenarnya tidak diketahui oleh presiden dan group Anjell.. hanya manager dan coordinator je yang mengetahuinya.. namun, salah sorang dari Anjelll iaitu Kang Shin Woo sudah mengetahui dari awal lagi yang Go Mi Ho yang dikenalinya adalah perempuan.. dalam jangka masa yang pendek juga, ketua Anjell juga mengetahui iaitu Hwang Tae Hyung.. Hwang Tae Hyung memang mempunyai sifat ingin tahu apabila dia mendapati Go Mi Ho adalah perempuan.. lama kelamaannya, Go Mi Nyu menceritakan segalanya mengenai kenapa dia menyamar menjadi abang.. pada part paling klimaks. dimana Jeremy (salah seorang band Anjell) mengetahui Go Mi Ho yang sentiasa bersama dengan mereka adalah perempuan.. di mana ketiga-tiga menyimpan perasaan kasih dan sayang (love love loveeee) dengan si Go Mi Nyu... tapi, dalam hati Go Mi Nyu terselit perasaan cinta pada si lelaki ego, Hwang Tae Hyung.. banyak babak comel antara mereka berempat :)

korang tengoklah sendiri lah untuk dapat feel lebih kan.. Pelangi tak nak cerita semua... nanti sampai esok malam pun belum tentu habis kan .. 

walau Pelangi tak cerita sampai habis. tapi Pelangi ada tampal gambar kacak mereka ! 
jom ushaa ! please jangan duk nak goda-goda Hwang Tae Hyung (Jang Geun Suk)... :)

Go Mi Nyu. comel bersama si scooter. ni part first. ni otw pergi gereja.
Go Mi Nyu menyamar jadi abang kembarnya.
tu lah bila Go Mi Nyu menyamar jadi sang abangnya, Go Mi Na :)

konsert time !
part Go Mi Nyu tidur dalam bilik Hwang Tae Hyung
Go Mi Nyu berpakaian si gadis =)
Go Mi Nyu bersama Jeremy yang comel ..






ni lah baru betol betol Go Mi Na :)

time masak masak. sangat comel lahhhhh ^__^
photoshoot :)
si romantik. lebiuuuu lahhhhhh. :)
part awal yang paling comel :)
ANJELL :)
barisan hebat "you're beautiful.."
amacam... lenguh mata tak tengok si kacak dan si cantik kat atas. memang ni entry yang paling banyak gambawww kan. rasakan lahhh ! heheheee | takpe kan... sebab kacak kan :)

kalau yang dah tengok drama ni.. bagi lah komen sikit-sikit kat bawah ni haaa | nak tengok gak amacam kata-kata korang kan pasal this drama. meletop ke tak letop langsung ^__^

hensem ! mimpi indah kejab. eheee ! already jadi profile picha kat fb. heee!
thanks pada yang sudi bazirkan masa tengok gambar kacak kat atas sana tu haaa | nak bagi hadiah apa ni yee. okeylah percutian di rumah sendiri selama lamanyaaa :)   bubyeeee !

xoxo
kiss and big hug

Saturday, February 12, 2011

bicara tentang cinta .

Assalamualaikum. . .


boleh tak nak cakap malam ni rasa sungguh sayu.. rasa blank !!      =.=

walau dalam hati ini, memang sentiasa mengingati Yang Maha Esa.. walau kita dalam senyum atau sebaliknya.. kita mesti ingat pada Tuhan Yang Maha Kuasa.. bukannya time susah baru nak terhegeh-hegeh nak ingat agama kan..

semoga kita semua dilimpahi dengan rahmat dan nur daripadaNya. amin...

ni pun asyik jer duk merepeat lagu "what should i do".. lagu tu lagu korea.. ost you're beautiful.. baru jer abis layan drama tu dalam beberapa minit lepas.. nanti Pelangi buat review sikit pasal drama tu dalam next entry ye..

tunggu tau !

memang perangai Pelangi, bila dah rasa hiba & gundah gelana... mesti rasa nak update jer selalu entry.. 
ni haaa lirik lagu tu.. tapi lagu tu dalam bahasa korea la.. ni translate dia lahhh. sangat bermakna ayat dia...

suka time Jang Geun Suk nyanyi bila konsert tu ^___^



What should I Do?


When I let you go one step further, my eyes overflow with tears
When you walk away one step further, more tears are falling
As you move away to a place where I can’t reach you, even if I reach out my hand
I can’t catch you, I can only cry
What should I do? What should I do? You’re leaving
What should I do? What should I do? You’re leaving me
I love you, I love you, I cry out to you
But you can’t hear me, because I am only shouting in my heart
All day long I try to forget you, but I think of you again
All day long I try to say goodbye, but I think of you
Although you went to a place where I can’t hold you, even if my hand reaches out for you
I can’t find you, I can only cry
What should I do? What should I do? I can only see you
What should I do? What should I do? I love you only
I am sorry, I am sorry, can you hear me?
Please come back to me, if it’s not you, I can’t go on
What should I do? What should I do? I only have you
What should I do? What should I do? You’re leaving
What should I do? What should I do? You’re leaving me alone
I love you, I love you, I cry out to you
But you can’t hear me because I am only shouting in my heart



pinjam dari abang google.

xoxo
kiss and big hug

Friday, February 11, 2011

eh ! dah 8 minggu .

Assalamualaikum dan Salam Jumaat . . . .

semoga kita semua dirahmati olehNya di hari Jumaat yang mulia ni.. amin..
moshi moshi. semoga ceria ye segenap pelusuk makhluk alam maya.. eheeee | jari ni haa dah lama rasa nak tekan keyboard ni lama-lama.. dah banyak hari gak tak buat kacau kat blog korang kan.. nanti Pelangi muncul, jangan plak korang buat muka malu-malu nak tegur ye.. jangan sombong tau. nanti jadi ikan kembong. mauuu ke jadi ikan..?? nanti kena makan oleh Pelangi. aummmmmmm !!

rindu bebenar nak tinggal jejak warna kat blog kengkawan.. disebabkan masa yang mengizinkan Pelangi bermanje dengan Pelangi Chenta.. tu yang tak boleh nak update bagai.. hanya mampu melihat dari jauh jerp karya cik adik cik kak cik abang sekalian.. amacam header baru..?? rasa makin hensem dan kacak tak Pelangi Chenta..?? sebab ada model sanggup turun padang.. hik hik hik ^__^

comelkan model Pelangi Chenta.. korang please lahhh jangan duk cair dan jatuh hati kat model tu.. :)

dah 8 minggu untuk sem baru ni.. cepat jer masa berlalu pergi.. tapi rasa cam dah berbulan-bulan kat sini walau baru jer duk stay sini lepas cuti raya cina aritu. sehari di bumi uni bagaikan seminggu jer rasanya.. adat hidup di perantaun (cheh! buat ayat sedih bagai....).

minggu ni Pelangi duk memvengongkan diri dengan coding... oh no !!! Pelangi tak suka tau. kasi Pelangi dah mabuk coding-coding.. rasa nak buat sup jer dengan buku programming yang tebal gedabak dan debab tu.. tapi nasib baik kat kolej takde dapur.. kalau tak, dah lama buku tu jadi hidangan makan malam free.. hua..hua..hua.. ari selasa lepas, ada plak sesi soal menyoal antara student & lecturer pasal data structure, tanya sorang-sorang plak tu. dah la ada markah kan. . memang gawat & gawat lahh bagi mahasiswi macam Pelangi ni.. dah la ada sifat M (malas), pastu tak reti nak usaha lebih.. asyik duk tambah lemak jer tau..

rasa nak nangis jer.. dah malam sebelum hari tu kan. tidur cam tak lena dek berdebar nak hadapi hari tu kan. bila tiba time Pelangi kena disoal-soal.. memang kejab lah. nasib baik.. biar lah markah berapa-berapa pun.. asal dah lepas.. hehehehee...

di malam yang penuh dengan debaran dan dup dap dup dap (tu bunyi dalam jantung). eheee!
korang tau ke apa nie? meh ajar Pelangi mehhh ..
tulisan cakar kucing kan?? bila belajar. ada jerk sesi lukisan..
tu lah buku yang tebal, yang rasa cam nak dibuat hidangan makan malam free..

sapa rindu Pelangi yee selama Pelangi tak muncul kan diri.. (adoi, macam lah ada orang nak rindu kan... )..

sampai sini dulu cerita ceritu dari Pelangi.. kalau ada salah silap, Pelangi mohon ampun maaf yee.. nak mintak maaf tak payah tunggu hari raya tauu :)

jaga diri dan jaga kata-kata mu wahai sahabat. tiada kata secantik bahasa :)

xoxo
kiss and big hug

Friday, February 4, 2011

mary stayed out all night .

Assalamualaikum and Good Tak Berapa Nak Morning ....


hai kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sekalian alam... Pelangi menyepikan diri dari berblogjogging ni bukan sebab dah benci nak usha blog korang laaa... tapi, Pelangi mengalami penukaran statistik udara dalam pernafasan... pergggghhhhh ! bajet doktor.. Pelangi tak berapa nak sihat bila sampai rumah.. so, lemahkan diri dan sekarang sudah sihat lagi bugar .. syukur   ^__^

dalam proses lemahkan diri dan tambahkan lemak di setiap penjuru badan.. Pelangi habiskan masa dengan melayan drama korea tau... tajuk dia "Mary Stayed Out All Night".. drama baru juga ni .. best dan best tau... korang wajib tengok ! memang the best lahhhh ! romantik gitu.. dah la hero & heroin yang sweet lagi comel loteyyy.. 

drama ini berkisarkan ayah kepada si gadis (Mae Ri).. nak kahwinkan MR dengan anak kepada kawan ayahnya disebabkan perjanjian sejak anak mereka masih kecil.. tapi MR ni jatuh hati dengan jejaka yang dia langgar tu. yang kacak lagi comel jerk muka dia.. jejaka tu selalu panggil MR ni marry christmas. sangat comel.. dah la jejaka tu penyanyi band indie..

comfirm korang jadi obses nak tengok bila usha gambar-gambar kat bawah ni haaa. Pelangi tak nak lah story panjang-panjang kat sini jalan cerita dia.. tak best lah bagi korang yang tak tengok lagi.. korang tengok dan nilai sendiri tau.. :)

ni lah hero dalam drama ni. sangat comel kan? ini kekasih gelap Pelangi tau. eheee!
ni lagi kacak kan. rasa nak cium2 jerk gitar tu. wahaaa..
ini lah jejaka kacak tu. MR dengan jejaka ni asyik bergaduh-gaduh jer.. mereka berdua membuat penipuan yang mereka sudah berkahwin.. disebabkan nak lari pada idea ayah MR yang inginkan MR kahwin dengan anak kepada rakan lamanya..

sweetlah mereka ! rasa teruja tak nak tengok drama nie ??
empat pelakon utama MSOAL (Mary Stayed Out All Night).
belah kiri, tu lah anak kepada rakan lama ayah MR. tak kacak kan? heee!

pelakon Mae Ri (MR) iaitu Moon Geun Young sangat chantek dengan stail rambut camtu. berbanding dalam drama Cinderella Sister.. 

time ni bila chenta mula berputik. sangat sweet ! sangat jeles ;(
memang terbaik time ni. ni bukan kahwin betol-betol. tapi just nak amik pic kahwin sbb nak MR nak kasi kat ayahnya. bukti dia sudah kahwin. =) 



comelkan mereka ! 






ada sinar nak tengok drama ni tak?? sangat romantis dan gelak tawa okeyyy :)




memang comel kan gandingan hero & heroin tu;) Pelangi pun dapat tau yang mereka berdua dapat Best Couple Award (Moon Geun Young and Jang Geun Suk)
dalam 2010 KBS Drama Award. congrats ! semoga korang tak sabar nak layan drama ni.. saja je kan Pelangi ni buat korang jeles macam tu.. :)

sapa dah tengok drama ni. tinggalkan kata-kata manis kalian pasal drama ni kat kotak komen yeee..
maaf lah entry kali ini penuh dengan gambar comel... thanks for reading !

Pelangi asyik repeat OST drama ni dah beratus-ratus sekali.. Jang Geun Suk buat Pelangi cair macam aiskrim rainbowww dahhhh. lebiuuuu lahhhh :)

xoxo
kiss and big hug
Related Posts with Thumbnails