Sunday, April 22, 2012

Saya Kembali



Assalamualaikum  >,<


Lama benar tak up entry. Nak kata tengah cuti sem lagi tak jugak. Dah seminggu kat kolej selepas cuti midsem yang lepas. Si sombong pun dah dirindui. Rindu nak kacau sugarglider tidur. Lepas tu main main dengan kucing kesayangan. Mereka terlampau comel bagi aku. Sesiapa yang anti / tak berapa nak suka dengan kucing, tersangatlah rugi. Kucing binatang yang sangat manja. Manja sangat  :)


Dah namanya masuk minggu ke 9 untuk sem kali ini. Busy sikit minggu ni dengan sesi presentation itu ini. Masuk je minggu belajar lepas cuti midsem, ada plak kena hadapi exam. Lagi lah parah. Macam lah baca buku kat rumah.


Cam biasalah, buat balik je buku kat rumah bila cuti. Last sekali, buku tak sentuh pun. HAHA.


Adat bercuti katakan. Nota dalam laptop pun tak disentuh, apatah lagi nota dibuku. Memang aura rajin bila kat rumah, sememangnya tiada. Tiada walau sikit. Hihi  -,-


Nak sedapkan hati, buat balik jugak buku. Tak baca pun kan. Memang camtu sejak zaman diploma dulu lagi. Parah betul. Sampai hari ahad dekat kolej, hari isnin dah exam. Banyak chapter pulak. Memang penat lah. Penat drive lagi. Nak campur penat otak nak kena rush masuk segala jenis chapter. Penat penat.


Harap harap midterm exam tu okeylah semuanya. Walau banyak soalan yang tak dapat jawab. Pakai bedal je, salah betul tu lain kira. 


Semestinya rindu nak up entry dan blogwalking segala. Kepada yang sudi singgah kat sini, terima kasih sangat. Walau tak update entry, korang still datang singgah untuk komen dan follow. Terima kasih daun keladi. 


Projek untuk kelab batik tengah diusahakan. Awal bulan 5 dah ada pameran. Kena cepat siapkan projek berkumpulan dan projek individu. Projek berkumpulan yang diberi tema flora dan fauna. Kita orang bersatu padu nak lukis " Hidupan Dalam Laut ". Kain panjang yang amat. Penat nak canting. Nak warna lagi lah. Sangat leceh ! Semoga cepat siap :)








InsyaAllah nextweek akan siap. ^____^


Amacam progress projek group kita orang ? Masih comot comot lagi ni. Kena recover balik ni minggu depan. Esok akan terjah Melaka plak untuk ke kilang. Semoga berjalan dengan lancar program kami :)


xoxo
kiss and big hug

20 comments:

syakirahmn said...

yesss, teramat lah adat untuk hangkut buku blambak-lambak tapi sentuh nya idak. mmg sejak azali mcm tu. hihi

huishh, comel kain batik tu. lukis sendiri ke? sgt berbakat ^^

Unknown said...

amek kos ape?chumel lah lukisan batik tuh...:)

wecome back yaww!
psstt~jgn stdy last minit ye.bhaya!

Mek Onie said...

nok ngalaaaa ugop awokkkk....

kura said...

nak sedapkan hati kan. bajet je bawa buku balik. hehehh

anie said...

cantik..suppert,follow

Shiema Sufian said...

lawaaaa batik tu. Btw, goodluck untuk program tu (:

ReeneeRaaid said...

hi lovely pelangi!

I would like to invite you to participate in my 1st ever giveaway contest. Many thanks for your participation and kind support. I appreciate it very much. More details: http://reeneeraaid.blogspot.com/2012/04/aprilove-giveaway-contest.html

J.Syazwana said...

at least bila bawak buku balik rumah hati macam tenteram sikit even tak baca pon. ekekeke

aindzaya said...

penat pun berbaloii..
sbb cantik..
bila da jadi pnjang gilerr..
ofsem lah pulak..
hehew

"Moga moga tak jumpa douchebag.".

Hanie Dew said...

ooo..ko ambik Insutrial Computing kene buat canting canting batik ni segala eh..napa tak buat batik digital? ke dah buat.wahh..bole la order batik kat ko kan. aku tgk projek group korang tu dah ada kemersial value dah tu.

tarikh lahir kite dekat dekat la.
<< semu ni aku baca kat header blog. kekekekeke

Hanie Dew said...

oh ya lupa. aku suka kucing tapi aku geli dengan sugarglider. hihiihih.

dhiera zainudin said...

lukisan pada batik tu lukis sendiri ke ape?

jeely jelly said...

adat lah tu, bawak balik buku je semangat, tapi nan membacanya harapan lah.. haha.

Prettywrite said...

cantiknya batik tu..so pelangi!!!:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

cantek la batik tue
tangan seni betui uols smeua

Hanie Dew said...

zaman sekrg masa terlalu cepat berlalu.so normal kalau rasa diri mcm dah tua sgt kan.

merahitujambu said...

cantik la dear lukisan dan warna tu..

Rtp Farra Arisha said...

kalian memang mempunyai jiwa seni yang kukuh! hehe i'm proud of you and the rest. :)

ReramaBiru said...

~hoho..perangai kita sama..
cantik la batik 2

Namee Roslan said...

cantik gila !!! boleh tempah buat baju raya terus. hehe

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails