Tuesday, November 8, 2011

Musim Menu Daging



Assalamualaikum .... " Selamat Hari Raya Aidil-Adha ".. Masih boleh wish kan? Hari ni kiranya raya ke tiga dah. Maybe ada yang dah mula kerja. Ada yang baru nak bertolak balik ke rumah masing masing dari kampung halaman. Hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Pandu laju asal sampai dengan selamat..


Dah namanya Hari Raya Korban, mestilah menu yang selalu dimasukkan dalam perut adalah daging. Naik muak tengok daging kan ? Bersyukurlah, sedangkan ada orang yang tak diberi nikmat untuk makan daging pun lagi..




Hari Raya Korban dimana 2 hari yang lepas, semestinya Pelangi sekeluarga beraya di kampung. Tak syiok sambut kat rumah sendiri. Raya Aidilfitri pun sama. Memang sambut dekat kampung. Baru syiokk.. Balik kampung pun, dapat merasa makan ketupat dan tapai. Tak kira raya korban pun, nenek pun still buat hidangan wajib hari raya tu. Makan ketupat 3 4 biji, terus kenyang. Sedap kan :)


Di pagi raya, makan plak nasi minyak. Selalunya pagi raya, kita orang masak nasi dagang. Nak tukar selera plak kan. Buat nasi minyak. Tambah nasi tau. Dalam 2 3 hari kat rumah ni pun asyik nak tambah nasi jer. Baru 8 minggu dekat kolej, macam kelaparan plak. Walhal, kat kolej sentiasa makan dan makan jugak. Dah air tangan seorang ibu sentiasa sedap di mata anak anaknya kan..


Sememangnya setiap Hari Raya Korban, mesti mama dan abah akan gilir-gilir untuk sesi korban. Untuk kali ni, giliran abah.. Abah plak suruh Pelangi korban. Adios.. Dengan tak biasa lagi dengan sesi niat nak korban. Bersyukur dah ada pengalaman sedemikian, walau masih bergelar seorang mahasiswi. Kan tak kerja lagi. Mana nak cekau duit kalau abah tak kasi. Heeee..


Dah la niat tu nak versi bahasa kelate punya. Nak terbelit lidah jugak, dah la tak biasa sangat nak lafaz niat tu. Pastu tambah plak guna versi kelate baik punya. Bukan nak kata tak biasa cakap kelate. Tapi bab lafaz niat ni, rasa cam kureng biasa. Hik Hik Hik :)


Siap abah dan mama duk training Pelangi pasal lafaz niat. Mula mula dah confident. Tuptup, depan tuan punya lembu. Dah gemuruh semacam.. Macam sesi akad nikah plak? Hahaha .. Macam ni lafaz niat yang Pelangi luahkan dengan muka geram seribu. Sebab asyik kena bahan dengan adik-adik. Damn!


" Ambo beli sow bahagie daripado tujoh bahagie kerano Allah Taala .."


Tak faham ? Meh nak translate ..


" Saya beli satu bahagian daripada tujuh bahagian kerana Allah Taala .. "


Korang ada pengalaman mengenai raya korban yang lucu or menarik? Jom share share. Bila perkatakan raya korban, memang Kelantan adalah negeri yang paling meriah kot. Semua anak anak yang diperantauan sanggup balik walau cuti tak panjang macam raya aidilfitri. Dah la jalan jem. Memang semua nak balik. Serius meriah. Dah la boleh makan sedap sedap. Biasanya bila raya korban, ada menu daging goreng, daging singgang (daging kukok), perut air asam, dan macam macam.


 Yummy - Dicekau dari abang google :)

Maybe di kalangan orang KL, tak biasa makan menu perut air asam. Perghhhhh! Sedap woooo.. Memang akan ada yang tambah nasi. Heeee:)



xoxo
kiss and big hug

18 comments:

Namee Roslan said...

wah pengalaman yg menarik ni :D saya tej pernah try korban n tak pernah tgk pun. btw, selamat hari raya pelangi :)

najihah sahami said...

kerabu perut pun sodappp!

~azillakhalison~ said...

ya allah macam sedap je perot air asam...pehhh....jangan xtau,kite suke buat air asam ( perahan asam jawe + bawang potong dadu + cili hiris nipis2 + ikan bilis kecik ) campurkan semua..tambah garam n ajinomoto...pehhh xcukop nasi 3 pinggan..hehe\

Daddylicious said...

2 ke 3 hari ni kita makan daging je laa...hehe

Nazifa M.Zali said...

yunk sedap perut lembu cicah asam tue.eheee

E'in said...

raya haji thn nie ibu masak nasi ayam je.. hehe

PinKy MoMMa said...

adik comel..akak dah ketandusan idea nak masak aper ngan daging ni huhuhu..penuk stok daging dalam peti ni ;p

Ain Zulaikha said...

wahhh best2... mak saya cam biasa lah masak rendang je sedap, ayah lak masak kicap hehehehe tapi tak syok laaa sebab hari2 kena makan daging

merahitujambu said...

x lalu dh nk tgok lauk lembu..=_+

eZmALiZa said...

perghh!! boleh naik darah tinggi kalo mcm ni yangg!! kurang2kan makan daging ok? :)

much loves (^___^)v

budak penjara said...

raya mana baru ni??aku pon x raya tanjong chat..raya umah tok aku d pasir mas..hehe

Shida Radzuan said...

salam aidiladha dear ^_^

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kerabu perut powng sedap khen
ai suker la perut cicah ngan ayaq asam...perhhh terangat...but kena pandai cuci khen nanti berbau

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

KERABU PERUT YANG WALLAHHH....

syakirahmn said...

meriah!!

slamat habis raya!! :D

syuxer said...

hahah agak kelakar bila niat royat ko bahase kelate heheh..perut lembu tuh memey akan ada orang tambah nasi heheh

hazanis said...

tliur eh colek perut tuhh...:)

hazanis said...

tliur eh colek perut tuhh...:)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails