Friday, November 18, 2011

Memandu Dalam Perjalanan Jauh



Assalamualaikum .... dan salam ceria kepada manusia manusia alam maya. Moga semuanya baik-baik saja. Walau tuan yang menaip ni tengah dalam keadaan separa sihat, selsema dan batuk menjelma dalam diri. Sangat membuatkan hari-hari tidak seceria pelangi. Mana nak ceria kalau setiap masa nak batuk, lepas tu selsema. Dalam kelas sibuk nak pegang sapu tangan je. Kalau lah ada hero datang kasi sapu tangan dia. Tak ke terus sihat kan? Hehe .. Berangan je kerja si Pelangi ni... Dah pergi Pusat Kesihatan, doktor kata demam. Memang makan ubat lah kerja ku setiap malam dimana sebelum tidur.


Back to the topic pleaseeeee...


Okey. Stop pasal sapu tangan, hero dan sebagainya. Intro panjang yang amat. Hohoho horlick ..



Ni gambar hari ni. Area UKM. Memang bila petang je. Mesti jem. Haish !


Nak share apa benda yang patut korang buat bila korang nak drive jauh jauh. Jauh tu bukanlah dalam jangka masa sejam je. Tapi berjam-jam. Lebih kurang 4 hingga berjam - jam. Macam tu. Faham tak murid-murid comel sekalian? *senyum sikit, kan manis tu*.. Antaranya adalah ... (Ni edisi Pelangi punya pengalaman)


Baca doa. Tu semestinya bagi umat Islam. Memang selalu ingat pesan mama tu. Baca doa supaya kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. InsyaAllah segalanya berjalan dengan lancar.


Pastikan kenderaan anda dalam keadaan bersih. Itu sangat perlu okey. Takkan nak teruskan perjalanan yang jauh dalam keadaan kereta yang sampah yang bersepah sana sini. Bikin tak selesa je. Bila dah bersih, tenang je nak drive kan?


Minyak kereta kena full tank. Kata nak teruskan perjalanan yang jauh. Takkan nak biar kereta mati tepi jalan, lepas tu mintak tolong abang kacak belikan minyak. Jadi, kena lah isi minyak kasi penuh terus. Senang. Tak payah menyusahkan manusia lain bila kereta dah terlantar tepi jalan. Hehe ..


Check bahagian kereta dengan sebaiknya. Check la tayar okey ke tak. Paras air kat enjin tu dah cukup ke ataupun kurang. Persiapan ni semua penting untuk memastikan perjalanan kita nanti dalam keadaan baik dan selamat.


Stok air nescafe yang mencukupi. Ni bagi pemandu pemandu semua yang rasa diri dia akan ngantuk. Beli lah yang dalam tin punya. Ni wajib bagi Pelangi bila nak drive jauh. Memang sebelum memulakan perjalanan, akan singgah di seven eleven. Habiskan duit sikit untuk 2 tin nescafe original / mocha. Minum tu kasi lebih stamina. Kalau laki biasanya suka redbull. Oh yeah. Tu pun Pelangi pernah try. Memang lagi superb segar ! Haha ..


Lagu-lagu peveret dah siap sedia masuk dalam pendrive. Ni pun salah satu benda wajib bagi Pelangi bila nak drive jauh. Segala jenis lagu yang best dimasukkan dalam pendrive. Biarlah penumpang kat sebelah tak minat pun lagu yang kita minat. Kan kita selaku pemandu. So, kena ikut la kan? Haha. Gila kejam.. Bukan apa letak lagu ni. Dah masuk zon radio takde siaran, takkan nak sunyi sepi jer dalam kereta tu. Serius bosan. Dah la syiok drive, lepas tu sunyi sepi. Memang kasi ngantuk. Tu fungsinya kereta ada port USB, boleh cucuk pendrive bila perlu. Memang Pelangi bila dah drive sorang, akan pasang lagu kuat. Tu akan mengurangkan stress tau. Lepas tu, leh karok sorang-sorang. Tu lagi syiok ..


Kak G perlu ada. Kak G ? Tak tau yea. Kak GPS. Bukan GPRS tau. Ni untuk sesiapa yang tak berapa nak sure jalan. Ataupun dengan kata lain, tak tau jalan. Memang jantung berdegup kencang bila tak tau jalan. Mata pun dah kelip-kelip dengan cepat sebab duk baca signboard. Susah nak bergantung 100% pada signboard kalau tidak tau jalan dengan sepenuhnya. Kemungkinan jalan yang nak kita masuk tu ada banyak cabang, tetiba signboard plak takde. Takke cuak macam tu. So, habiskan duit sikit dengan membeli kak G. Sekarang takde lah mahal sangat kan? Nak guna peta pun boleh. Hahaha. Jakun plak duk tilik peta. Ngee..

****************

Itu je lah tips sempoi dari Pelangi. Mungkin awak-awak boleh tambah lagi. Buat masa kini, Pelangi pernah drive dari Kuantan ke Kota Bharu sorang-sorang. Sekarang, dari Bangi ke Kota Bharu plak, tapi ni berteman. Alhamdulillah disetiap perjalanan jauh tu, takde berlaku apa apa yang tidak baik. Walaupun memang setiap perjalanan Pelangi tu, ada jer nampak kes kemalangan. Nak pecut laju pecut la jugak. Tapi, papan tanda tu jangan buat tak endah. Sat lagi masuk rekod saman sebab speedtrek. Padam muka ! Hehe.. Padam muka sendiri la jugak sebab dah kena 2 speedtrek kot. Tapi tu naik nama nama abah.. Hik Hik Hik..



xoxo
kiss and big hug

19 comments:

.eypgonzales. said...

sume tips niey eyp gne kan ..!! pling jao penah drive dari perak kew pahang jew .. ikot genting highland , mmg gler extreme kot ..! :)

tp tak pena gne GPS sbb slaloo maen redah jew .. hak3 .. XD

btw , berhati2 ye ktike memandu wahai sys DBK .. ^^

sergeant keroro said...

tgok signboard jek, hehe..

nescafe 3 tin :p

syamsid dhuha said...

satu lagi lupe .. jgn lupe bwak teletubies bersame anda . hehehehe

Diana @ bilakukatacinta said...

kalau kami balik johor..akak akan pastikan tak tidor...nt kesian kat hubby memandu sorg2... Kena ada bekalan utk dikunyah, biar dia tak ngantuk.. dan yg paling penting REDBULL kena ada.. Baru POWER

Ct Aja said...

ermmm nescafe tukar dgn milo leh tak..hihi

ღ Nurrul said...

wee... seronoknya ! semua tips boleh digunakan..

Umie Artoqiemie said...

makan ubat cepat sihat tak perlu awok bagi sapu tangan hahaha. area ukm sangat menguji kesabaran setiap insan haha.

Namee Roslan said...

terima kasih for the tips. itu satu peringatan. selalunya benda2 tu kita anggap remeh je.

Syazwan Che Deraman said...

wan tak pernah lagi drive jauh macam tu.
paling jauh, dari kemaman, ke kota bharu..
tak nak bagi bosan dan mengantuk.
rehat di r and r.

wan kalo drive, air mineral pun dah cukup..berhenti tepi jalan..sapu muka..

semoga selamat sampai ye pelangi :)

Hizami Rahim said...

setuju dengan semua point kat atas. :D

msrh's said...

semua point kt atas mmg patut di jadikan panduan! hehe :)

Saiazuan said...

klu drive, aku kena minum redbull.. x berkesan klu minum nescafe

hana nabihah said...

setuju2 >_<

tapi bese duk belakang je dan tidoooooooooo -_-

Anak Wak Mail said...

haha..siap bawak nescafe lagi tu!

アヌムちゃん said...

igt kak g ape lat.heeeee

Syuxer said...

hahah bab part red bull tuh kelakar..;p..

speed trap kena saman,abah naik nama hahaha mesti dia geleng kepala heheh..

GPS kadang2 ada wat lawak hehe..

Muhammad Al-Afiq said...

yg penting ada partner kat sebelah tolong teman berbual spya x ngantuk dan picit-picit...picit bahu ye.! okbai....

Nurul Iman Rosman said...

wah wahh,

semua tips2 tu iman pon gune pakai jugak.

yg penting sekali kena ngap2 something n dengar muzik. hehe ;)

Liyana Zahim said...

Waaa pemandu berhemah ni.. Huhuhu..

Related Posts with Thumbnails