Assalamualaikum kawan kawan . . . (nada ceria lagi senyum sampai telinga)...
masuk masuk terus menipu plak. haish! ampun pak ! ampun bukk ! pasal senyum sampai telinga tu memang tak betul tau. tak pasal-pasal korang duk kata Pelangi over la plakk ^__^
tak nak melalut banyak sangat. ni haa nak buat review sikit pasal drama korea. kalau yang anti mesti cakap cam nie :
" adussss perempuan nie, tak habis habis drama koreaaaaa . . . . " (muka tension..)
" macam takde benda lain kewwww nak tengok kann.. " (muka double tension...)
okey, disini Pelangi akan jawab :
" biasalah perempuan.. nak feeling lebih.. romantik gituuuuu. auwwwww ! " (gelak manjew..)
sekian sudah sesi cakap dan cakap. fullstop . . .
okey, ni nak review sikit pasal drama " You're Beautiful ", drama tu sesangat best ! rugi banyak lah kalau korang tak tengok lagi kan.. walau drama ni mesti ada yang dah lama layan.. kot-kot Pelangi dah ketinggalan dek zaman kan. drama ni kalau tak silap Pelangi dari tahun 2009 lagi..
jalan cerita dia camni, ada band femes amosss (Anjell) yang nak cari ahli baru group kan.. dan manager Anjell tu mendapati bahawa Go Mi Na yang terpilih.. tetapi disebabkan Go Mi Na tak dapat join Anjell buat masa sekarang atas sebab dia pergi Amerika untuk pembedahan hidung.. manager tu mendapat tau yang si Go Mi Na ni ada kembar seiras. adik dia ni baru duk training jadi sister kat gereja.. lama jugak la manager duk pujuk kembar si Go Mi Na untuk menyamar jadi abang dia.. abangnya nak jadi artis terkenal nak cari ibu kandungnya yang telah menghilangkan diri. itu adalah motif abang dia.. dengan apa yang manager bagitau motif abang dia kepada kembar si Go Mi No, adik Go Mi No iaitu Go Mi Nyu menerima tawaran menyamar jadi lelaki a.k.a. Go Mi Na ..
pasal Go Mi Na palsu ni sebenarnya tidak diketahui oleh presiden dan group Anjell.. hanya manager dan coordinator je yang mengetahuinya.. namun, salah sorang dari Anjelll iaitu Kang Shin Woo sudah mengetahui dari awal lagi yang Go Mi Ho yang dikenalinya adalah perempuan.. dalam jangka masa yang pendek juga, ketua Anjell juga mengetahui iaitu Hwang Tae Hyung.. Hwang Tae Hyung memang mempunyai sifat ingin tahu apabila dia mendapati Go Mi Ho adalah perempuan.. lama kelamaannya, Go Mi Nyu menceritakan segalanya mengenai kenapa dia menyamar menjadi abang.. pada part paling klimaks. dimana Jeremy (salah seorang band Anjell) mengetahui Go Mi Ho yang sentiasa bersama dengan mereka adalah perempuan.. di mana ketiga-tiga menyimpan perasaan kasih dan sayang (love love loveeee) dengan si Go Mi Nyu... tapi, dalam hati Go Mi Nyu terselit perasaan cinta pada si lelaki ego, Hwang Tae Hyung.. banyak babak comel antara mereka berempat :)
korang tengoklah sendiri lah untuk dapat feel lebih kan.. Pelangi tak nak cerita semua... nanti sampai esok malam pun belum tentu habis kan ..
walau Pelangi tak cerita sampai habis. tapi Pelangi ada tampal gambar kacak mereka !
jom ushaa ! please jangan duk nak goda-goda Hwang Tae Hyung (Jang Geun Suk)... :)
|
Go Mi Nyu. comel bersama si scooter. ni part first. ni otw pergi gereja. |
|
Go Mi Nyu menyamar jadi abang kembarnya. |
tu lah bila Go Mi Nyu menyamar jadi sang abangnya, Go Mi Na :)
|
konsert time ! |
|
part Go Mi Nyu tidur dalam bilik Hwang Tae Hyung |
|
Go Mi Nyu berpakaian si gadis =) |
|
Go Mi Nyu bersama Jeremy yang comel .. |
|
ni lah baru betol betol Go Mi Na :) |
|
|
|
time masak masak. sangat comel lahhhhh ^__^ |
|
photoshoot :) |
|
si romantik. lebiuuuu lahhhhhh. :) |
|
part awal yang paling comel :) |
|
ANJELL :) |
|
barisan hebat "you're beautiful.." |
amacam... lenguh mata tak tengok si kacak dan si cantik kat atas. memang ni entry yang paling banyak gambawww kan. rasakan lahhh ! heheheee | takpe kan... sebab kacak kan :)
kalau yang dah tengok drama ni.. bagi lah komen sikit-sikit kat bawah ni haaa | nak tengok gak amacam kata-kata korang kan pasal this drama. meletop ke tak letop langsung ^__^
|
hensem ! mimpi indah kejab. eheee ! already jadi profile picha kat fb. heee! |
thanks pada yang sudi bazirkan masa tengok gambar kacak kat atas sana tu haaa | nak bagi hadiah apa ni yee. okeylah percutian di rumah sendiri selama lamanyaaa :) bubyeeee !
xoxo
kiss and big hug