Wednesday, January 30, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum  ;')


Dekat 3 minggu tak update. Hurmmmm. Hai hai hai :)
Akhirnyaaaa boleh jugak buka blog ni haa. Kan ada problema yang dot my punya. Ni pun kira free je kat rumah, dah habis internship. Alhamdulillah, setelah 20 minggu habiskan masa dekat Fujitsu, tu pun rasa tak cukup nak tambah knowledge dan pengalaman. Bukan mudah nak berjaya. Tak gitu?


Report akhir untuk internship pun dah siap hantar dekat fakulti. Boleh la cuti dengan riang ria raya katakan. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Heeee :')


Baru dekat 5 hari dekat rumah, rasanya badan ni dah naik sekilo. Tula, jadi tukang masak, lepas tu jadi tukang makan. Mana tak naik. Takpela, balik kolej, turun la sikit nanti. Alasan kena kukuh bab nak makan dan makan. Hihihihi -__-


gambar yang di-google :)


Hai cinta, rindunya. Dah boleh terima yang kita sabar hadapi cabaran ni kan. InsyaAllah semoga dipermudahkan segalanya. Walau kita jauh, hati kita dekat, lagi pun kita dibawah langit yang sama. Amboi ayat, tak boleh jiwang lagi. Hahaha. 


Lawak plak rasa jiwang jiwang ni. 


18hb Februari nanti dah masuk semester akhir untuk tahun akhir weh. Cepat je rasa masa ni. Tahun ni pun umur dah 24 tahun. Moga baik-baik je untuk semester akhir dan boleh konvo dengan riang ria raya bersama keluarga tercinta dan awak tersayang. Eh eh!



Bye Fujitsu! Rindu plak nak kena drive awal pagi ke Cyberjaya :)


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, January 15, 2013

Indah



Assalamualaikum  :')


Hai ;)
Thanks sudi baca dan sudi singgah sini. Mekasihhhhhhhhh. Aummmmmm ! InsyaAllah minggu depan minggu terakhir untuk internship. Semoga dipermudahkan segalanya. Hati nak cepat balik rumah dah, dekat 3 bulan tak balik. Rindu meow meowww. Lamanya tak kacau dia tidur. Rindu sangat. Family pun super rindu ni. Balik ni nak manje manje dengan mama . Yeayyyy..


Rindu dia jugak. Hurmmmm (-,-)


Esok nak kena pergi ambil barang pos. Terima kasih pada si kawan dia sudi susahkan diri poskan phone kekasih hati saya. Daripada tak guna, baik bagi guna. Lepas tu buat macam harta sendiri. Molek sangat. Hihi Macam laptop ni, harta dia jugak. Harta sendiri dah rosak. Tunggu duit jatuh dari langit la kot baru beli laptop baru. Nak laptop ke, nak dslr? Confuse. Dua dua boleh?  Heeeee ;')


Weekend nanti ada nak pergi wedding developer kat department. Hurmmm  rasa cepat lak masa berlalu, kejab je dah nak habis intern. Mesti saya rindu nak bangun awal pagi, lepas tu pukul 8 lebih dah gerak pergi kerja. Banyak pengalaman dah saya capai kat sana, kalau ada rezeki, tak kemana, boleh la tulis pengalaman tu dekat resume. Pengalaman, bukan suatu yang dapat kita bayar. Ada indah, ada sebaliknya.


Biasalah, dunia. Lumrah dunia. Tak semuanya manis, tak semuanya pahit. Adakala nya masam. Semua tu asam garam kehidupan, membuatkan kita lebih tabah nak hadapi dunia yang semakin mencabar. Go go go !


InsyaAllah juga, semester depan - semester akhir. Harus gigih sikit. Demi masa depan. Dan InsyaAllah bulan September nanti, boleh konvo sambil lompat pegang topi. Tak payah nak berangan sangat, belajar kasi gempak dulu sem depan. Final year project kasi power ! InsyaAllah  :)


Terima kasih sudi baca. Smile always :-)


xoxo
kiss and big hug

Sunday, January 13, 2013

Makan Makan Kawasan Bangi Part 3



Assalamualaikum  ;')


Ehem !
Entry ni kena terus ke misi sebenar, tak nak merepek banyak. Jom usha kedai kedai yang boleh isi perut  korang dengan riangnya. Jeng jeng jeng.. Kedai makan mana yang terpilih untuk kali ni. (kelip kelip mata)


 Austin Steak House

Pernah cuba? Yummy. Mana yang tak pernah lagi cuba, boleh la cuba, bagi peminat masakan western. Harga pun berpatutan, takde lah mahal sangat. Mampu milik orang kata. Hihi. Air buah dia pun murah je, dalam RM3 jeee. Dah la gelas besar, seriussssssssssss best ! Memang berbaloi baloi punya..

Hari tu pernah order 'Chicken golden blue' & 'Chicken merryland'. Sedap la jugak. Slurppppp ada cheese kat dalam. Cuba jangan tak cuba. Decoration kedai tu pun cantik cantik je. Harusss try ;)

Celebrate birthday untuk diri sendiri last november ;')

chicken merryland ;')



hasil google. sorry tuan gambar. hihi

Restoran Austin Steak House
No. 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor


Restoran Sharifah

Kedai ni pun best jugakkkkk! Pertama kali try aritu, rasanya minggu tu pergi dua kali kot. Nampak sangat rasa nak cuba menu yang lain plak. Serius banyakkkk sangat menu dia. Menu yang membuatkan korang pening nak order yang mana, sebab nak yang tu, nak yang ni jugak !

Kalau ikutkan nafsu makan, semua nak. Hihi. Kedai ni banyak cawangan, aritu pergi dekat Seksyen 7. Ada yang cakap situ Sekysen 8, mana satu entah. Kedai tu area dengan kedai Satay UK (Urat keting). Belakang tu je, pusing pusing situ, mesti jumpa punya. Area situ, ada dua cawangan Restoran Sharifah. Harga pun berpatutan, makanan pun sedapppp la ;')

Dah namanya dah dua tiga kali pergi sini, jadi harga dia mampu milik. Kalau mahal sangat, student macam kita ni tak mampu nak pergi banyak kali. Eheeeee -___-

Kawan try Lemon D Vanilla rasanya namanya, sedapppp. Macam makan aiskrim. Tak sempat nak snap gambar, sebab terus minum. ^___^

Roti john sardin special. *rasa macam pizza dah. slurppp!

Air barli sejuk + roti john sardin special .

 Nasi goreng morocco. *sedapppp! 

Yang mana nak tengok review kedai pada entry yang lepas, boleh klik dekat bawah. Terima kasih sudi baca. Take care  ;')




xoxo 
kiss and big hug

Thursday, January 10, 2013

Harus Terpisah



Assalamualaikum  ;')


Menaip sambil buat buat senyum. Hurmmmmm tetap rindu, dan takkan hilang rindu, sampai bila bila. Semoga Allah tabahkan hati saya menghadapi dugaan dan cabaran untuk kita ni. Bukan senang nak bahagia kan. Back to topic. Tak nak sedih sedih lagi. Nanti orang menyampah. Okey, senyum sikit. Alololo comel :)


Terima kasih sudi senyum. Manisnya senyum. Comel macam meow meoww (^,^)



Dua tiga minggu ni radioooo asyik pasang lagu ni je. Memang kalau suara serak serak basah ni, I likeee gitu. Nampak macam macho dan kejantanan itu ada. Chewah ! Asyik dengar lagu ni separuh camtu je, biasanya dengar radio bila dalam kereta je kan. Sambil drive, sambil nyanyi. Feeling kau artis sorang sorang. Bukan orang dengar pun kan. Kereta masing masing. Hihihi

gambar dari google .


Pagi pagi memang pendengar setia Radio Era, sebab ada Johara. Mereka serius lawak. Gelak je sorang sorang. Pagi pagi pun dah happy, macam tu la bagus. Bila part iklangggg je, tukar radio Suria plak, macam tu la. Bila lagu radio tu tak best, tukar channel lain. Tapi, radio Suria je pasang lagu suara serak serak basah ni. Lagu baru gamak dia, radio lain tak masuk carta lagi. Hurmmmmm.. Hancur harapan nak tau apa tajuk lagu ni. Sampailah terjumpa jugak lagu ni hasil google tadi. Senyum je dengar. Suara dia ,saya suka la! Lagu pun best. Eiiiii betul lagu dia best. Jom dengar lagu ni. Siap nak kasi lirik ni, boleh nyanyi sama. Jom download jugak. Student, mampu download je -___-


Lirik Harus Terpisah - Cakra Khan  :)


Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertabah
Bertahan untuk terus bersama ku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi 
Kau coba 'tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. Bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi 
Kau coba 'tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali


Ku coba meraih mimpi 
Kau coba 'tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu



Alololo tak sangka muka jambu camni, suara alahai serak serak basah. Tadi kata I likeee sangat. Dah tengok sapa nyanyi. Fikir empatpuluhlima saat. Boleh tahan muka dia. Hensenggg. Henseng dia lagi. Heeeee


Ni lah 'Cakra Khan'. Hurmmmm ;')
Tak cukup satu, nak letak dua gambar dia. Hishhhh!


Haruslah letak mp3 lagu ni dalam pendrive, lepas tu esok pagi nak pergi kerja kan, cucuk dekat radio. Aummmm layan pagi pagi. Bestnyaaaaaaaa dah jumpa lagu ni :)  Nak layan korean drama 'I miss you'. Dah sampai episod tiga dah. Take care kengkawan :)
xoxo
kiss and big hug

Sunday, January 6, 2013

.

Assalamualaikum ..


Cuba untuk senyum. Yes, I can do it. Sabar wahai hati, bukan bertahun pun, beberapa bulan je pun. Tumpukan pada report akhir plak. Hanya doa pengikat kasih sayang kami sekarang. Tak mahal pun sabar tu, percuma je, kena pandai pandai bawa diri. Sebelum dapat sesuatu yang kita impikan, kena harungi cabaran kan. Dia kena harungi cabaran tu, saya plak kena harungi cabaran semester akhir yang bakal tiba bulan februari nanti. Okey, fightinggggggg !


Asal tajuk entry hanya ada 'dot' je  (-__-)


Entah, tak tau nak taip apa. Buntu seketika.

Tetiba jadi mama bear dengan papa bear plak. Ingat drama 'Full house' ke. Hee

First time pergi tengok bola kat stadium. Takkan pergi dah. Huhu -,-

*Mereka inspirasi saya. Setiap hari tenung lama lama :)


Tak sabar nak habis internship, lagi tiga minggu. Lepas tu boleh happy happy dekat rumah. Kat rumah masa untuk membusykan diri kat dapur, untuk cuba resepi itu ini. Lepas tu pergi pasar pagi-pagi, dan bila tengah hari sibukkan diri di dapur untuk masak nasi untuk adik-adik. Untuk suami lambat lagi, kalau ada rezeki, cepat la sikit. Masa tu kita semua tak tau, kalau dah jodoh tak ke mana. InsyaAllah   :')


Suka ayat ni, yang di-copy paste dari facebook :)


"Langit dan bumi menjadi saksi setiap detik yang berlalu. Setiap manusia pasti akan diuji dengan apa yang dicintainya"


Jadi, kita kena banyak bersabar menghadapinya. Memang senang je nak cakap bersabarlah, bersabarlah. Bila masa untuk kita bersabar, susahkan nak cuba bersabar. Biasalah manusia, cuba lah untuk kuat. Setiap manusia ada cabaran yang tersendiri. Semoga kita sentiasa tabah menghadapi segalanya. Jangan menyerah. Syukur apa yang kita dapat, dan melakukan yang terbaik. Jangan putus asa. Good luck  ! 


Terima kasih sudi baca sampai penamat. 


xoxo
kiss and big hug

Friday, January 4, 2013

Hai Rindu



Assalamualaikum ...  (^,^)


Hurmmmmmmmm. Tak tau nak taip apa.. Nak ucap 'Alhamdulillah' je, akhirnya pagi tadi dah settle pasal presentation untuk industrial training tu. Semuanya berjalan lancar, walau rasa sedikit cuak. Dan tak payah present di fakulti dah. Alhamdulillah  :')


Lagi best, dapat supervisor fakulti yang baikkkkkk sangat. Pangkat Dr pun boleh sempoi macam tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan tu. Siap boleh sembang sembang macam dia tu bukan pangkat Dr. Biasanya yang selalu jumpa bila pangkat Dr, mesti kena hati-hati sikit bila nak cakap dengan dia. Takut kot. Tapi Dr ni serius baik, siap kata saya tak kisah awak present dekat meja pun, means bukan dalam bilik meeting. Baik sangat. Kalau dapat dia jadi mentor untuk projek kan best. Nak buat macam mana yang dia handle orang yang amik phd je. Hurmmmm. 


Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. InsyaAllah urusan awak kat sana, dipermudahkan juga. Hanya doa pengikat kasih kita. Moga jaga diri dan sihat sentiasa. Hati dah boleh sabar, tak de babak tangis menangis dah bila rindu. Mungkin tu cabaran dan dugaan buat kita kan. InsyaAllah, next 3 months kita dapat contact macam biasa. Kita tak nak nangis, sebab orang tu dah ugut, kalau nangis, nanti dia tak sihat. Saje je nak suruh kita tahan airmata kan. 

Comel :) Rindu sangat manis sebelum beli si comel ni :))


Lagi sebak bila dia suruh kawan yang kita pun kenal, call tanya khabar kita bila ada masa free. Kita rasa segan dia buat caring macam tu. Semoga baik baik sayang di sana. -____-


Dah habis minggu ni. Bila dah start masuk minggu ke dua tahun dua ribu tiga belas, jadi tinggal lagi dua minggu nak habis intern. Tak sabar nak balik rumah. Tak sabar jugak nak tunggu berita dari awak. 

Terbang duit. Mudah sangat beli novel online -___-


Nasib 3 novel dah sampai. Boleh la baca bila boring boring. Rindu lah ('',)


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, January 1, 2013

Entry Pertama 2013


Assalamualaikummm si manis, si comel, si cantik, si hensem, si kacak ..



Dah masuk 2013, cepatnya masa berlalu. Awal-awal tahun, semua nak list azam baru untuk tahun ni. Banyak punya list, kalau tak usaha, tak jadi jugak, kan.. Semoga tahun baru ni dapat memberikan diri sendiri  kejayaan yang berganda-ganda dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Usaha lebih untuk semester akhir nanti. 



Hari ni celik mata je pada 1/1/2013, dapat mesej daripada orang yang tersayang. Satu mesej dari mama yang tersayang dan yang kedua dari si dia. Alhamdulillah dapat berita gembira. Semoga awak baik baik saje di sana. Ada rezeki, kita jumpa next 6 months. Fightinggggg ! I will miss you  :'(


Syukur sangat awal tahun dah dapat berita gembira. Okey, buka semester nanti, fokus pada study dan final year project. Hurmmmmm mesti boring tak boleh mesej, dah memang selalu share every single things kat dia. Dah dekat 6 bulan tak boleh contact sangat. Cuba bersabar wahai hati. Untuk masa depan jugak kan. Hurmmmmm okey, cuba sabar  :)


2013 juga bakal habis belajar dan insyaAllah akan konvo pada bulan September. Moga dimurahkan rezeki dan cepat dapat kerja la nanti. 


Berdebarnya wahai hati, 3/1/2013 supervisor fakulti nak melawat kat office, lepas tu kena present. Cuak bin takut. Semoga baik-baik je. Kalau dah present kat company, tak payah present dekat fakulti dah. Jadi 26hb nanti boleh terus balik Kota Bharu. Indahnya dapat jumpa family. Yang pasti suruh mama masak sedap sedap. Anak perempuan sorang lama tak balik rumahkan. Tak sabar :')


Babai kawan kawan. Terima kasih sudi baca. 


xoxo 
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails