Tuesday, May 1, 2012

Jalan Jalan Pusing Melaka



Assalamualaikum  >,<


Selamat Hari Buruh ye semua. Kepada para pekerja dan tak lupa pada student, korang pun bercuti sekali la kan. Seronok je bila asyik cuti. Ehehe  :)


Sebenarnya jalan jalan pusing Melaka, berita tu dah basi kot. Sebab pergi sana 23 April yang lepas. Tak sempat nak karang entry dalam masa terdekat. Tu yang hari ni baru muncul edisi terjah menerjah Melaka. Yahooooooo! 


Seriously, memang dah lama tak melancong dekat Melaka. Maybe dalam 4 5 tahun yang lalu kot pergi sana dengan family. Dah semuanya masuk universiti, cuti pun dah lain dengan budak sekolah, jadi jadual untuk melancong ke sana ke mari tu dah terbuku indah menjadi sejarah. Memang family saya suka sangat melancong, sangat seronok ada family camtu. 


Namun, disebabkan adik adik ada yang dah habis sekolah, lepas tu masuk universiti. Percutian tu semua jadi angan-angan. Biasanya sekarang ni bila kita orang satu family bersama, selalu arrangekan buat BBQ kat pantai.  Memang tu aktiviti wajib family kita orang sekarang. Shopping ayam, hotdog, daging dan makanan ringan dekat Tesco, lepas tu pergi bakar ayam kat pantai. Syiok tau. Asal dapat bersama dengan family, semuanya terbaik. Makan bukan banyak sangat pun, lebih kepada nak main bakar ayam. Tu lah perangai saya. Lepas tu paksa adik ambik gambar. HAHA.


Okey memang dah tau daripada ayat kat atas tu semua, menandakan saya rindu family. Lambat lagi nak balik cik kak oi. Tapi, insyaAllah akhir bulan 6 nanti nak balik rumah. Biar lah cuti 4 5 hari je. Tak mampu nak bertahan tak balik rumah dalam 3 4 bulan. Rindu okeh!


Tengah layan perasaan update entry, sekarang tengah hujan lebat plak dekat UKM. Bestnya kalau minum hot milo. Perut dah kenyang, lupakan segala jenis minuman dan makanan. Asyik makan je!




Eh! Balik pada cerita kat Melaka. Sebenarnya ada rancangan untuk melawat kilang Infineon di Batu Berendam bersama ahli kumpulan dalam 4 orang. Biasalah, habis sesi melawat masuk kilang semiconductors tu, apa lagi. Jalan jalan pusing Melaka la sebelum bertolak balik. Lagi pun, DBK first time jugak round kat sana. Cuaca kat sana time tu sangat panas. Parking kereta dekat MCD Dataran Pahlawan, lepas tu jalan pergi sana sini. Sangat penat. Fuh!

Tak dapat nak beli banyak. Beli satu dua keychain je. ~.~

Dah la kena saman sebab tak beli sticker parking. Banyak cantik kan. Dah mana la aku tau kena guna sticker parking kat situ. Orang yang selalu datang Melaka pun takde cakap. Redha jelah. Terbang RM10, nasib baik RM10 je. Hihi :)


Kita orang pun sempat terjah Zoo Melaka. Macam lawatan budak sekolah plak kan. Takpe, seronok jugak. Tengok binatang tu semua. Yang paling best, main dengan telinga kuda. Hihi  -,-


Abang belang yang garang. Grrrr!
Burung yang tak habis habis duk bising. Haha..
Kesian tapir takde geng. Dah la kurus..

Masa jejalan kat Melaka, baru lah terfikir kat mana tempat menarik kat sana. Kalau google awal-awal kan tak lah bazir masa nak cari tempat menarik. Ehehe. Mungkin lain kali kita dapat berjumpa lagi ye Melaka. Ngeeeewww ..


Sampai situ dulu lah hikayat ke Melaka. Ermmm. Babai. Jaga diri. Hujan lebat. Off laptop dulu. Wuuuu~


xoxo
kiss and big hug

20 comments:

kura said...

woo. sy dah 2tahun dok melaka, belum jejak lg ke zoo melaka. hehehh.

telinga kuda ke telinga pony? haa.

dhiera zainudin said...

sekarang ni dah selalu pergi melaka sebab adik saya belajar sana. hehehe

Rtp Farra Arisha said...

arisha sudah bertahun lamanya tidak jejakkan kaki ke melaka. i miss that country as well! hehe raja rimba terlihat garang dari jauh...

Shida Radzuan said...

wahhh zoo melaka...kan..best nih :)

Lea Isnawi said...

gelang gelang tu comel!

Lysa said...

tak pernah pergi lagi..huhu terbang rm10 tu banyak tuu :D

saffiya_aleesya @ echa said...

jalan2 melaka mmg best..g jenjalan mana lagi selain zoo ni sis??

hamzah ian said...

fuh,... lama tak pi melaka, last darjah lima.. =(

Unknown said...

alaa yg kene saman tu xpyh bayar xpe.. bukan selalu g melaka pun kan.. diorang x cari laa.. hehe

Sunah Sakura said...

bestnye~ tak berpeluang lagi nak jenjalan kat melaka~

allyarifff said...

melaka mmg byk tmpat berjalan. lama jugak tak jejak ke sana. btw, dah lama jugak tk balik rumah. dah 6 bulan. huhu. senasib laah kita :3

saya pun suka melancong!! :D

Cik Semut... said...

taw takpe..penah kene saman gak masa pergi ngan family harituh..sabo je la.. =.="

ReramaBiru said...

~bestnya jalan2..dah lama tak melawat melaka..:)

ainul.zmrs said...

uuuu uu harimau laa hihi

Nurrul Hazieqah said...

HMM , DAH LAMA TAK PERGI mELAKA...
lagi2 zoo Melaka..

*dulu masa sekolah rendah selalu pergi.. ikut rombongan.. -,-

Shiema Sufian said...

Shiema pergi zoo melaka yg latest pun hujung tahun lepas.

Sarah Mnasir said...

teringin nye nak g melaka.. xpnh smpai lgiii

Annisa Mulia Razali said...

Awesome trip..
The bracelets are beautiful..

http://annisamulia.blogspot.com/

mimie.. said...

wahh..jalan sakan dia ye.. ^_^

bestnyeee g melaka kan..tempat bersejarah! ^_^

Namee Roslan said...

seronoknya. hehe. rasa macam nak gi umbai melaka makan ikan bakar. hehe:))

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails