Saturday, December 29, 2012

Penukaran PTPTN ke Sistem Ujrah



Assalamualaikummmmm semua :')


Macam happy semacam je tuan blog. Phewitttttttt. Kena happy baru 'aura' happy datang selalu, kalau sedih sedih, kucing tengok pun takde mood nak kacau kita. Hai kucinggggg ! Saya rindu kucing kat rumah. Rindu banyak banyak, banyak macam rumput di padang bola. *tiba tiba jadi macam kanak-kanak terlebih riang.


Hari ni gigih bangun awal sikit, biasalah weekend sepatutnya teman bantal sampai rasa dah puas tidur. Hari ni dah set nak kena bangun awal, lepas tu drive kejab untuk ke stesen UKM. Memang senang la budak-budak UKM nak merayap pergi KL, naik KTM pun dekat sebelah UKM je pun. Yang mana takde transport, memang ada bas khas untuk ke KTM, untunglahhhhhhh kan jadi student UKM. Dulu takde kereta, memang naik bas je pergi KTM, tak payah bazir duit naik teksi. Sekarang ni, park je kereta dekat kawasan UKM tu,  senang dan cepat. Tak payah drive sampai KL, naik tren berapa ringgit je, dah la tak payah lalui jem. Mudah gitu. 

Tak semua orang akan ikhlas berkawan dengan kita. Jadi, sabarlah :')

Dah memang rasa nak tukar PTPTN kepada sistem ujrah. Tapi, macam tak faham sangat pasal tu. Buntu wei , buntuuu. Takde orang nak bagitau pasal ni, jadi banyak info datang dari sesi meng-google aje. Nasib baik ada yang baik hati duk story panjang lebar pasal ni. Tanya jugak akak-akak yang buat ujrah ni. Adalah jugak kebaikan sistem ujrah ni. Dah la lastday untuk buat penukaran ni , 31 Disember 2012. Ni dah 29 Disember 2012 la. Lagi nasib baik, one step center dekat KL Sentral buka hari Sabtu dan Ahad. 


Pagi tadi pergi submit borang penukaran sistem ujrah tu. Akak tu kasi plak surat perjanjian baru yang perlu diisi dan disubmit selewat-lewatnya 31 Disember 2012. Dah la nak setem hasil dua keping. Mana nak cekau setem hasil, dekat KL Sentral macam takde pejabat pos. Sedih ohhhh. Macam takde rezeki je nak buat sistem ujrah. Banyak je halangan. Sabarrrrr jela waktu tu -___-


Tunggu tren dari KL Sentral nak balik UKM pun lama, pukul 10 lebih baru datang. Dalam hati, macam pejabat pos buka hari Sabtu. Jadi sampai je dekat stesen UKM, terus pecut ke pejabat pos. Dah berdoa ni biarlahhhh pejabat pos buka. Fuhhhh fuhhhhhh ! Alhamdulillah pejabat pos buka, jadi boleh beli setem hasil. Kiranya ada rezeki lagi nak tukar kepada sistem ujrah. Fotostat dokumen mana yang perlu. Jadi, pagi esok naik tren lagi untuk ke KL Sentral, untuk settlekan borang tu. Semoga dipermudahkan. 


Ingatkan dah last minute camni, takde orang kan. Dan memang assume yang orang tak ramai kot nak buat sistem ujrah ni, sampai ke one step center KL Sentral, ramainyaaaa orang nak buat sistem ujrah. Hihihi :')


Pinjam untuk 3 semester je, sebenarnya around RM7500 je, sekarang jumlah semua dalam RM8272. Begitu mudahhhh PTPTN dapat duit pentadbiran yang semakin meningkat. Sob sob sob.. Tu yang nak tukar kepada sistem ujrah. Hop hop horrey !


Bagi mana mana yang nak check dia boleh ditawarkan atau tidak untuk sistem ujrah, KLIK SINI. Terima kasih daun keladi. Okey lah, sampai sini dulu celoteh saya. Jaga diri. Bubyeeeee! 


xoxo
kiss and big hug

6 comments:

che mija said...

first time dengr sisitem ujrah tu ^_^

KeluangMan said...

tak sempat nk tukar... alahai.. sya dh berkeja.. xde masa plak..

wah.. blog berdomain sendiri.. tahniah..

Wadi AR said...

sori tak dapat nak bantu sebab tak penah pinjam ptptn. heee

Rtp Farra Arisha said...

the very first time i heard sistem ujrah. apapun, semoga semua dapat teratasi dengan segera dan baik. ;)

Rtp Farra Arisha said...

the very first time i heard sistem ujrah. apapun, semoga semua dapat teratasi dengan segera dan baik. ;)

boni kacak said...

first time saya dengar sistem ujrah ni..

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails