Wednesday, June 30, 2010

bila sedih menitik airmata

Assalamualaikumm..

ape yer nak lakarkan kt sini. cam takde mood giler2..
dunia nie mne ade org yg hepy spjg life dia knn..
mesti ade jgakk kesedihan menimpa beliauww
jd samalah ngann aku skunkk
dlm kesedihan !
chot chot chot
akuu dh la xske lynn perasaann
aku hpuskan feeling tu ngan psng lagu
siap cari dvd lgu2 lama yg tlh aku burn time dlu2
feelingg abis mlyn lagu "Pretty Boy"
by M2M
bestt giler lgu tue. sl0w jerkk
xdew arggh saket tlnge aku lynnn
cam duniaku tanpa warna skunkk
biar r firefox aku pnye themes
kalerp0l like rainb0www
cam duniaku kaler klabu asaaappp
asappp r0kok k0t..
huahuahuaaaaa
mane perginya warna2 laennn nie...
jgnlah lari darikuuu
im alone nowww
really need u
ku pejamkan mataa
tuk tenangkan hatieyy
Allah, bantulah hambamu yg lemah ni
taknak demammmm...
miss my colour !!!
i want to touch u

xoxo
kiss and big hug

Monday, June 28, 2010

merah jambu itu pink

Assalamualaikum..


moshi moshi
(brjangkit dgn citer korea td "Tree of heaven"..)
ahaaa! today! kerja aku dk ngadap citer tu. sampaikan leh jd episod 7 dah skunk...
biar lah bru start td pon..HAHA

punyelah B0SAN kan melepax kt rmhjdi luangkn masa dngn berpaedah!
berpaedah ke tueh??? Hehehe. NO KUMEN !
pagi2 dh mangun arini.bgs tak? Hehehehe =D
siapp prgi beli nasi kt pasar Siti Khadijah ag wo0o0o..
dngan semegahnya aku smpt lg order milo ais large pnye kt MCD
HAHA =D
pg2 dah makan ais
itu PEVERET ! heee~agagagagaga...
nset sony p0n dh msuk icu
esok nak pg melawat =)
kangen bangat sama beliauwww
emmmuaaahhh kt beliauwwww!!!
hari ni keje membungkusss! ahaaa

photo2 nie smua aku grap dri pakcik google. comelkan =)
gerammmmm!!!

alamakkkk! dah lari topik asal..
pinkkkk
merah jambuuu
chantek kannn!
klau kaum "perempuan"..
kebykkan minat gilerrrr argghh knntp klau kaum "lelaki"..
tak slh if korang nk minatt
kan kan kan
warna yg lembut
blh dikatakan brng2 kesygan aku kaler PINK
PINK itu JIWA kutime memilih bju tshirt lg lahh..
plan2 nak beli kaler len. last2 tersngkut jugakk dngan PINK
ahakssss
siap kdng2 tu ade jugk kne mbebel ngan mama
asyk2 kaler PINK
takde kaler laen dah kewwww..
Hehehehe..
nnty sesape nak kasi aku adiahh kn
kasi la benda alah kaler PINK
baru aku terujaaa! ahahaha..
seb bek kulit xleh tukar
lau x.dah transform jd PINK
power rangers pink
heee~

AKU, PINK & BAJU TIDUR BELANG
motto hari ni. kih3

xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 27, 2010

bila bosan saya berangan. HAHA

Assalamualaikum...

haloooo there! hrp2 kowang2 semua dlm keadaan sehat walafiat la yew..
fuhhh! (melepas penatttt). arini trase nak update si bl0g. ngeh ngeh ngeh
0keyh! entry kali nieyh. aku crite pasai aku pg Dungun ari Selasa lpas (22Jun2010)..
untuk settlekan pasai dokumen tu lah. (surat pengesahan abis bljr...)
aku smpai sane p0n dlm k0l 12lebiyh kot. dah lupe. heee~
kejutan dibuat. ter-gamam seketika.. btw. thanks yea..
seb bek aku ni tak trjun jerk longkang. haha
punyelah pelik kan. plan lain. tetibe ada dpn mata
si baju belang biru
HAHA


dlm pkol 5lebiyh k0t aku brt0lak kuantan. punyewlah rase rindu kt kuantan..
HAHA
dulu dah bosan kan. dah lama tak melepakkan diri. jdi camtulah..
terus balik rumah aina. thanks yea aina sngg0p kasi roomate ko still jd roomate kejab
nak terus balik kb. tak larat d0l. jd stay saneee..
es0knye aku siap g wyg ag.
akhirnya. dpt jugak tgk "Lagenda Budak Setan"
memang romantikkkkk...!
kasi 4bintang. HAHA
sebab dia tukar wajah. tak sukaa..
nak lisa surihani jugakkkk..
cinta yg suci.. akhirnya ttp brsama.
besttttnyewww~
kan best cmtu..
tp cinta dia org byk halangann. bencii azmi (que)
dah la suka pukul perempuan...dayussss ! hoho0o0..
24Jun2010 ari khmis. aku selamat smpai kb =)

pabila b0san tlh melanda diri
tak tau nak bt pew dah
(0.o)

xoxo
kiss and big hug


Thursday, June 24, 2010

bila ROMANTIK itu datang

Assalamualaikum
HAHA =D

entry ni untuk 18 tahun ke atas! HAHA. takdewlah sesaje jew tampal photo gatal nie
like this shoot. vintage ~ (sape bebudak lg yg maseh "belum baligh" kasi ttp mata.he3)
photogedik di ats takde kena mengena antra id0p ngan matiey. just utk tontonan seketika
.xoxo.orite guys.xoxo.


title of the entry tak bleh blaaa.. kih3
lepas jerk neng0p si LBS (lagenda budak setan)
dia setan TAPI bukan saya.. hahahatu nama movie. semua orang confirm tau kan.OMG (oh my grandfather).. bukan lah.
ok ni yang betul punye (Oh My God)semua orang PASTI ada berangan kan dalam kepala h0tax masing2
ofcz sama ngan aku jua
fikiran romantik !
HAHA~ sengal kan . . . (malu...)
selalunya romantik ni jgk dikaitkan dengan "bunge" si gadis pasti suka bunge. jd jejaka hadiahkan bunge.. fulamak! melayang duit. kan3. dah la bunge tu nnty akan layu pastu buang.. aku jgak kureng bab membunge2 nie baik kasi benda alah laen kan.. dslr ke. HAHA (berangan..)


arini aku takde mood nak kasi cow2 (bukan lembuuuu kt ladang ok) kat belog.
sikit2 suda
simpan tuk esok plak. kn kn kn
jari ni tak terasa nak menari dengan "jayanya"
ayat mant0p!haha~ waduh!
anywayaku so kepenatan
nak tau tak knapew.....
.
.
.sebab today aku drive dari quantan sampailah ke negeri cik ct wan kembang
kasiiiii tinggal jejak sikit jew kt belognie duk berabuk tanpa entry baru
heeee~
owite!nieyh hah aku tampal gambar2 romantik
gatai tol. suka suki lah yewww~ suke neng0p!
=)

anywy. aku gilak kt photo kt ats nie. ada aura sihh..
kan3 agk simple tp aku suke. peduli hape kowang tak suke..hehe
nmpk ikhlas & oke lah.

OMG! the lipstik. oh la la la. terjumpe photonakal sebegini. haha~
romantik jugak la photo ini. suke riben tuh!


notakaki : sygilah dirimu sebelum menyayangi org lain. thankx babe!

xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 20, 2010

JOM berhibur dengan lagu Adira =)

Ku Ada Kamu --> Adira AF8


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Chorus
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakinDan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Ulang Chorus
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Ulang Chorus

Selagi ku ada kamu


notakaki : ahaaa. lagu blogku pun dah bertukar dengan lagu Adira nieyh. layannn..

xoxo
kiss and big hug

Bagi Perempuan Diluar Sana | Cara-cara Mengekalkan Kemudaan :)

Assalamualaikum...

korang mesti tak sabar kan nak tau..

ok. Jom usha sama-sama =)
.
.
.
..
.
.
.
.
1. Relakkan minda anda. Senyumlah tidak kira masa. Hidup adalah pendek masanya. Hiduplah dengan bermakna. Lupakan masa lampau, dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah.
2. Tidur and bangun awal. Tidur yang nyenyak membantu membina tenaga.
3. Hobi. Seseorang yang mempunyai hobi adalah menghiburkan.
4. Kepada wanita yang sudah berpunya, adalah baiknya untuk anda beraktif dalam aktiviti seks dengan suami. oh ini untuk bacaan 18 tahun ke atas. hekhek~
5. Sentiasa mengawal keberatan anda.
6. Memastikan minda anda cergas dan aktif, padahal duduk dalam kelapangan mudah membina fikiran negatif.
7. Buatlah kerja yang baik/ menderma untuk melepaskan ketegangan.
8. Membuat keputusan sendiri.
9. Bersenam selalu, elakkan memakan makanan berlemak, dan makanlah buah-buahan.
10. Elak daripada mengambil sejenis aktiviti pemakanan. Cubalah cara pemakanan yang berbeza untuk keseimbangan badan anda.

selamat mencuba semua :)

notakaki : thanks kepada yang sudi menerjah entry nie..

xoxo
kiss & big hug


Thursday, June 17, 2010

PART 1 : Buah-buahan dan Khasiatnya ..

Assalamualaikum..
hari ni saya nak jadi pakar buah buahan plak.. kih2

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
Delima- Hilangkan Masalah Cacing. Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Kurma - Hindar Gangguan Usus. Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang - Merawat Kudis dan Luka. Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Mangga - Penawar Penyakit Hernia. Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulatNanas - Penawar Penyakit Batu Karang. Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.


Belimbing - Merawat Kencing Manis. Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Lemon - Berkesan Merawat Tonsilitis. Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

nota kaki : ok. sekian untuk kali ini. thanks yg sudi baca ;)

TO BE CONTINUE..

xoxo
kiss & big hug

edisi 120:) Oh Result ! Akhirnya. Aku Bebas Dari Diploma. Thanks For All. Jasamu Dikenang Selamanya..

Assalamualaikum

yeaaaaa. ni post yang ke 120. terkejut gak cepat masa berlalu. rasa cam baru jerk dalam dunia blog nie. selamat pagi semua. syukur padaNya. aku dapat keputusan peperiksaan akhir untuk sem 6 yang okelah. walaupun math yang menghampakan. its oke, asal semuanya tidak terkantoi (repeat). kalau repeat, memang nahas lah. alhamdulillah la. berakhir lah dunia ku di PSMZA yang terletak di bumi Dungun. selama 3 tahun aku habiskan masa untuk DTK (Diploma Teknologi Komputer) atau nama baru dia, Kejuruteraan Elektronik (Komputer).

pahit, manis, masin, kelat, tawar dan semualah aku harunginya dengan penuh sabar. berbagai masalah & rintangan yang hadir dalam kehidupanku di sana. tapi semuanya sudah menjadi kenangan terindah dalam ingatanku. dengan apa yang terjadi sebelum final exam baru ni, yang berakhir pada 24/06/2010, semuanya terbuku dalam jiwa. dengan perangai aku yang sentiasa mengadap si lappy walaupun time esok ada paper. hehe syukur dengan result yang aku dapat. thanks semua kasi aku support untuk terus hidup seperti biasa. jasa korang takkan ku lupa sampai bila bila. love u all

bila terkenangkan masa dulu, rasa sekejab jer masa berlalu. sekarang aku sudah habis belajar. gambar menjadi pengamit memori kami bersama. dari sem 1 hingga sem 6 harungi dengan gagah. hehehee

|| hidupku bagaikan pelangi ||

xoxo
kiss and big hug


Wednesday, June 16, 2010

Snorkeling Itu Mengembirakan. Melihat Si Ikan Menari di Dasar Terumbu Karang. Jelajah Pulau Redang Destinasi Kami..

Assalamualaikum semua..

moshi moshi
firstly, aku nak story pasal trip ke Pulau Redang. first time lah aku ke sana. aku pernah jelajah pulau tioman & langkawi jer sebelum ni. kiranya ni aku tak pernah jejak kaki ke sana lagi lah. aku stay kat Merang untuk semalaman, and pagi esoknya naik bot ke pulau. aku sebenarnya bukan melancong untuk cuti cuti Malaysia, tapi follow abah (atas urusan kerja). kami berlima (aku, adik no 2, adik no 4, adk bongsu & abah). tak complete family kita orang kan (mama & adk no 3 tak ikut).

pagi selasa 15/06/2010 - kita orang shopping baju dulu. heee~ s h o p p i n g time ! beli baju sorang satu. heee~ nak beli topi gedik. tapi cam malu plak. hehe bila dah naik bot. cam nyesal lak tak beli topi gedik. sebenarnya "malu".. dengan tak de geng kan. hehee lama jugak naik bot...
peace ! sebelum bot bertolak, pose dulu kejab. yeahhhhhh!

wah ! pemandangan yang cukup menawan & fresh

ikan oh ikan. kamu sungguh comel time ni. kalau lempar roti. terus berebut tau..

sungguh indah dunia ini di lautan. yang penuh dengan air yang membiru. itu semua milik Allah. kita hanya hamba yang lemah disisiNya..




sampai jer di jeti, terus pergi kedai makan untuk lunch pada hari itu. dan petangnya terus ke Taman Laut. yang amat bosan menunggu nak pergi Taman Laut. amik kesempatan ni untuk mandi manda. pantainya yang cantik, air yang membiru. cantik sangat. rasa tak tau nak cakap cam mana. cantik sangat. sungguh indah bumi malaysia..


time to snorkeling ! pertama kali ku snorkeling. cuak gak mula-mula. biasa lah kan tak membiasakan diri lagi. akhirnya, dah ok lah. dapat tengok ikan comel dalam air. tangkap tak dapat. hehe nampak jugak ada ikan pari. dengan ada batu karang. tapi mandi tak best. mata kabur :D

oh sejuk! mandi bersama si bintang :)

lepas mandi manda. bertolak balik ke jeti. dan balik kemas kan diri untuk tidur. malam tu. tidur punyalah awal. penat punya pasal. muka pun dah jadi cam udang kena bakar.. heee~

pengalaman yang menyeronokkan :)





xoxo
kiss and big kiss

wachaaa! dpt award lagi lah =)

hey hey hey..

alhamdulillah
dapat award lagi. anyway thanks pada yang sudi memberi
thanks hargai blog yang tak seberapa ni. iaitu cik etty kita~
heee~ thanks dear..


1. What do you feel to know that you got this award..
mestilah happy kan. ade jugak orang hargai blog yang tak seberapa ni. thanks a lot dear..

2. List down 7 blogs that deserve this award..
sape yew.. masih terfikir-fikir sape yang bertuah...

sis Nadia Bayu yg sweet
fyka cayang
balqish
datin puteri ifa pinky
syafaza
irine yg cute
si ahmad nakal

xoxo
kiss and big hug



Sunday, June 13, 2010

Dalam dunia kita yang hari ini. penuh dengan segala gejala sosial yang tidak mengenal usia.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam..?? fikirkan..

Assalamualaikum semua...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki belajar menjadi imam! kan..
sama sama berubah ke arah kebaikan..

insyaAllah semuanya diredhai olehNya
. amin

petikan di atas aku copy paste dari artikel yang berkaitan

xoxo
kiss & big hug

Fast Food.Makanan yg sentiasa menjadi pilihan orang sekarang.McDonalds,Big Apple Donut, KFC,Pizza Hut...

FAST FOOD !!




Ramai antara kita yang suka memakan makanan segera ataupun "fast food". Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai kelazatannya.
Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalau kita bukannya penggemar makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kita. Tetapi jika sebaliknya, awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar dan pelbagai jenis kanser yang lain.
Pada masa sekarang ini, kebanyakkan budak - budak sudah diajar dengan memakan makanan segera ini. Namun makanan segera ini, cepat disediakan. Harganya pun tak dewlah murah mane. standart la kan. ditambah plak dengan tag harga. boleh dikatakan mahal jugak la kan..
tapi remaja sekarang lebih suka kan fast food ni kan. bila nak melepak. suka melepak restoren fast food berbanding dengan kedai yang menjual nasi or masakan panas. heee~

Bagi korang lah kan. fast food mane yang menjadi peveret ???
heee ~
jom kongsikan bersama..
yummy :)

xoxo
kiss and big hug

Saturday, June 12, 2010

Kalau orang melayu dengan nasi lemak. orang india dengan capatinya. orang cina dengan sup. mamat punye orang dengan nasi beriani...

moshi moshi
selamat petang semua !
oh yeaahhh bersemangat sungguh hari ini.. ( senyum kambing )
bukan senyum kat kambing tau. jangan salah faham. hahahaa..
hari ini. tidur lewat. tapi bangun awal. awal sikit jerk. kihkihkih
ayuhhhhhh ! ke dapur...mama panggil camtu lah tadi
mengajak si anak dara tunggal nyer menolongnya kat dapur
mama cakap arini nak masak "Nasi Beriani"..
korang kenal tak ape kebenda nasi beriani tu. bukan nasi berani tau
hekhekhek (makanan tuk jadi berani..) melawak jew..dah lama mama tak masak camtu..rindu jugak lah mama masak nasi tu
walau ape2 pun yang anda semua makan kan
mesti anda lebih suke. lebih gile2kan masakan mak/ibu/mama/umi korang kan..
itulah. air tangan ibu lebih bermakna
bukan main lagi aku duk dapur hari ni
tak tau nape jadi rajen gile arini
selalu tak cam ni
tak perlah yew. hekhek
mama pun tadi ngajar masak "Dalca"..
hidangan untuk hari ini
antaranya :
nasi beriani
dalca terung
pajeri nenas
ayam masak merah
arca timun

bab arca timun tu aku buat sorang auw. aku tlg buat air blackcurnt ag..
hehehe
best jugak la makan tadi..
tapi tak leh makan banyak.. nasi dia muak kan.heee
korang plak amacam? suke tak dengan nasi beriani...???
:)


xoxo
kiss and big hug


Related Posts with Thumbnails