Tuesday, March 19, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Assalamualaikum .

Sila jangan terkejut dengan tajuk entry. Tu tajuk novel ok. Buat masa sekarang saya bukan isteri siapa siapa lagi. Harap maklong. Hihihi .

Ni nak review novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia !". Bestttttttttttttttttttttt sangat ! Sangat-sangat. Memang tak boleh nak siapkan assignment, asyik nak cepat habiskan je, sebab tak sabar nak tau ending. Seriously, tersangatlah best. Macam manalah penulis novel tu dapat idea, novel yang kadang kala buat pembaca sedih, rasa nak menitis airmata, lepas tu senyum pulak, tak lupa plak duk gelak-gelak. Menceriakan hari hari plak rasa. Waaaaaaaa bestttttt !








Novel ni ditulis oleh Zura Asyfar, terbitan karya seni. Harga RM30.00, sila dapatkan di kedai buku berdekatan anda. Sangat tak rugi kalau anda beli dan jadikan simpanan peribadi. *senyum manis*


*senyum manis lagi*

*dan lagi senyum manis manis*

:-)

Asal suka ayat ni "Aku tak nak duit. Aku nak kau boleh?" Hihihi 


Jom baca sinopsis serba sedikit. Sila tarik nafas dulu, lepas tu hembus la ek. Jangan tak hembus pulak. Ok jommmm baca ;')


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Hurmmmm ada rasa macam menarik tak untuk beli? Cek duit dalam purse dulu, ataupun beli je online. Kan sekarang, semuanya online. Kalau beli kat KaryaSeni, boleh diskaun RM3 tau, tak payah bazir duit nak isi minyak kereta untuk pergi kedai buku. Hanya tunggu abang posmen datang. Kan senang. Klik SINI untuk beli. Trimas !

Haaaa lagi satu nak bagitau, ada drama yang adaptasi novel ni yang bakal muncul di tv. Mesti best, kalau betul betul follow jalan cerita dari novel. Drama tu lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqiah. Tak sabar nak tengok sebab ada Izzue . Heeeeeee .



Comelnya :) 
*dicekup dari page facebook drama ni .



Mana tak baca lagi novel ni, jom beli cepat novel ni. Seriusssss tak rugi weiiiiiii :)


Asal banyak kali duk ulang "Tak rugi. Tak rugi". Macam tokey jual novel pulak. Hurmmm tak tau nak cakap apa dah. Sila baca cepat novel ni. Sebab best . Meooooow !

xoxo
kiss and big


15 comments:

Unknown said...

sedappm sungguh ni..byk kali ulang sedap ni..hehe

tp nens x suka bc novel..hehe,tgk citer xpe..naseb bek ade pengarah yg rajin buat drama..leh org mls baca ni layan..ehehe

Anonymous said...

Okay, nak beli! Confirm. Kalau dah hantu novel, macam ni la. hehe

Rozita Ceritaita said...

dulu ada lulu caldina review novel ni.. mcm best kan..? tapi tak sempat nak baca novel tunggu cerita kat tv je la...

✿INA AINAA✿ said...

ena tak minat novel.. huuuuuuu... kalau komik buat cerita ni kan SYOOOKKKK weeeeeeee

✿INA AINAA✿ said...

ena tak minat novel.. huuuuuuu... kalau komik buat cerita ni kan SYOOOKKKK weeeeeeee

asHa Zain said...

dh lma tengok buku ni,tp tak tergerak nak bca lagi..hehe..kna baca gk nh!hehe

Akupenghibur.com said...

dah bce dah hehehe .. wow ke drama pula?

Azie Kitchen said...

Catchy title. Saya pernah baca kisah benar yg ditulis dlm majalah yg membuatkan saya menangis teresak esak. Masih terasa rasa sehingga kini wp artikel itu dah lama tidak dijumpai. Kalau drama pula, drama Anissa yg membuatkan saya tersangat sebak. Saya sgt terkesan dg kisah kisah isteri yg dikhianati

Unknown said...

hoh! bca entry ni,rasa mcm nak beli sekarang. dah lama nabila tak baca novel.

Unknown said...

mcm besy je tak sabar nak beli dan baca. Yg drama tu tak sabar dan sabar nak tgk!! ohoho

J.Syazwana said...

oi buat fyp lah. kakakaka :P

Fairuz Zainal said...

oi kau buat sambungan cite ni la hahaahha kemain kemaruk :p

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

yeke best.. wajib beli ne wajib tgok tiz zakiah

dwatyKNY said...

salam kenal... saya pun suka novel ni... tak sabar nak tunggu drama nya lak...

Namee Roslan said...

tapi bila novel dah jadi drama ada yg jadi tak best pulak kan. hopefully best lah. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails