Friday, March 8, 2013

Mungkin Itu Ada Hikmahnya



Assalamualaikum .


Lama rasa tak aktif update entry. Makin lama, makin sunyi blog. Makin lama tak singgah blog kawan kawan. InsyaAllah bila update entry, saya akan jejak kawan kawan. Yippi. Tak payah yippi sangat, okey hari ni saya tak sihat. Banyak fikir. Banyak stress. Banyak fikir negatif pada positif. Hurmmmm.

charge energy.


Mana saya tak fikir. Final year project ! Fikir apa yang dibuat, proposal nak kena submit dan present nextweek. Risau. Takut. Seram. Rasa nak balik rumah. Macam mana tak stress, semua nak fikir. InsyaAllah semuanya berjalan lancar. Go go go go ! Heheheee ;')


Sakit antara penghapus dosa dan peningkat darjat.


Demam dah okey, pening pun dah mula hilang. Badan rasa cam tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Cepat sihat ye badan, kesian saya sorang sorang nak layari hari bila demam. Lainlah kat rumah. Dah 3 minggu untuk semester akhir. Tinggal berapa bulan lagi. Pejam celik pejam celik, nanti sampai penghujung semester. 


Glurppp!


Walau pernah ada pengalaman lalui semester akhir bila diploma yang lepas, untuk degree rasa lain macam sikit. Tahap ke-susahan tu bertambah. Dulu, bila stress mengadap final year project, siap siap lepas tu start enjin kereta, pergi pantai. Hurmmmm tengok pakcik bawak anak main air pantai, makan makan keropok dengan air kelapa, angin yang sepoi sepoi bahasa. Hilang la juga stress. Indahnya kenangan di Dungun dulu.

kotak comel. warna pink lagi.


Sekarang, mana nak cari pantai dekat Bangi ni? Nak pergi pantai bagan lalang, jauh jugak tu. Tak berbaloi katanya. Alhamdulillah hujan turun dengan riangnya. Ayat nak puitis habis. Hihihi. Dah dua tiga hari tak hujan, kesian bumi Bangi panas je, sekarang sejuk la jugak lepas hujan. Rumput dah cantik menawan warna hijau. Hilang stress tengok hujan dan sang rumput menghijau :)


xoxo
kiss and big hug


18 comments:

J.Syazwana said...

jom hilangakan stress kat bagan lalang. pekena seafood duluuuuuuuuu. kekekeke

Arai Lekir said...

dekat area bangi-ukm banyak bulatan gembira disana-sini

Wadi AR said...

jom lah jumpaa. weeee

Anis Athia said...

sekarang cuaca agak panas kan... huu..
bestnye jalan2 kat pantai..mesti tenang je tengok ombak..

the malay male said...

utamakan yang utama

Innanie | Ariffin said...

jom kita dating. maybe boleh hilang stress!! kan kita dkt pantai. pantai dalam! ;) hehehe

may Allah give you strength wani!

adzairdawati makdara said...

semoga cepat sembuh dan happy selalu ya :)

hana hadi said...

xda pantai kat bangi..hehe

Syida Rasyidah said...

Tak pe, study elok2, tukar wallpaper dekat lappy gambar pantai, insyaAllah boleh membantu sikit-sikit :)

ANISRAHIM said...

biasalah kan, degree lebih mencabar, hehe sah2 la xde masa nk bloggging kan, final year lagi tu,moga dipermudahkan segala urusan ye =)

syakey said...

jangan stress stress. berlatih bertenang nak hadap FYP ni. chaiyokk! ;)

Nasuha said...

Apa mknn kegemaran awk? Jom join segmen nib http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D

afzalsukasuki said...

pantai kat bangi?hospital pantai boleh dikira pantai tak?

アヌム said...

bukit pantai bole? dkt bangsar tu hihi

syafiqakarim said...

pantai dkt bangi?
errrrrr ada ke.
tasik ada la hihi



stay kuatttt

Hans said...

insyaallah boleh :-)

mizzura said...

keep it up! memang degree susah sket dr diploma..yang best tu..master lagi senang..so cool n enjoy sisa2 terakhir sebagai student..hehe

Namee Roslan said...

take care ok. buat yang terbaik ok. saya doakan kamu :) nikmati zaman study betul2, nnti dah kerja rindu nk study :)

Related Posts with Thumbnails