Thursday, March 21, 2013

I Love You Stupid !


Assalamualaikum dan salam ceria   :')


Malas membebel. Entry ni nak review sikit pasal novel  "I Love You Stupid !". Asyik-asyik novel, sebab tu boyfriend saya buat masa sekarang. Penawar dikala kebosanan di kolej, dah tak jadi kaki merayap pergi mall, meronda sana sini, hanya leka dalam bilik bersama sang novel. Awwwww baik sikit. Hihihi


Novel ni karya kedua Melur Jelita, yang mana karya pertamanya adalah  "Awak Suka Saya Tak". Nak tengok review novel pertamanya, boleh click SINI. Daripada novel pertama pun dah meletup tup tup. Yang pasti novel kedua, lagi power. Kedua-dua novel mempunyai keistimewaan masing-masing. 


Bila nak kena settlekan proposal fyp, sibuk jugak nak baca ILUS :)

Ini lawak . Hihihihi T___T


Besttttt sangat novel ni. Terasa pedas dengan aksi "abang pedas". Dalam kisah kali ni, terdapat nasihat dan pedoman buat kita, tak lupa berkaitan keagamaan. Itu yang penting. Syabasssss kepada kak Melur Jelita. Moga terus success !


Jom baca sinopsis novel ni .


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Firman ? Iris ? Ermmmmm best sangat ! Tak rugi baca, dapat kenal dunia Kemboja. Oh abang pedas ! Memang novel ni lain dari yang lain, bukannya macam trend novel sekarang yang semuanya nak kawen paksa. It totally different ! Cuba baca online dulu dekat SINI, pasti korang terkejar-kejar nak pergi beli. Yeyeahhhhhh. Nak beli online pun boleh, dapat potongan RM3.00 dan free postage, hanya tunggu abang posmen depan pintu pagar je, senangkan, tak payah bersesak-sesak pergi kedai buku dah, boleh beli dekat SINI. Harga asal novel RM39.00. 


Trimas divasssss !


Rasanya novel ni bakal ada sambungan "My Precious Iris". Nampak ketaksabaran di situ. Bulan April ni bakal terbit. Hurmmmm wajib terjah pesta buku dekat PWTC , April nanti. Heeeeeeee :')


xoxo 
kiss and big hug

11 comments:

Melur Jelita said...

Salam laskar pelangi,
trillions loves dengan review ini. Tkasih kerana menyukai ILUS n ASST. Big hug for you, muahsss

dwatyKNY said...

jom gerak gempur booth karya seni @ PBAKL april nanti... tak sabar nak baca MYPI...

salam kenal...

Unknown said...

BUAT FILEM PUN BEST NIH..:)

Mohamad Fathi said...

wah.. cam bestt.. ^_^

Unknown said...

wah! alhamdulillah,nabila dah baca dua-dua. Dan,dua-dua gempak! ;)

AzianKhalil said...

musim novel cinta sekarang ni...teringat zaman study dulu...duit PTPTN buat beli novel..hehe

combi said...

mangsa br1m yg seterusnya..hahahah

Namee Roslan said...

namee selalu teringin nak baca novel tapi tak dapat fokus end up tak faham. tskk. sobs. tapi kalau novel yang nipis2 ok kot . hihi. novel yang kamu baca ni mcm best je.. :D

Unknown said...

hahaha kwn aku xabis2 dr bab 2

entah bile nk sudah tu

tggu turn nk pinjam dr die je lalalala

Anonymous said...

memerap baca novel lg jimat dari pi sana sini kan haha.blh ketagih woo bila baca.

J.Syazwana said...

bila nak keluarkan novel sendiri?
hahahahahha

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails