Assalamualaikum ..
Alahai, ingat balik raya haji aritu sempat la up entry. Akhirnya tak sempat jugak, dan up entry kat kolej jua. Selamat hari raya aidiladha, walau dah lepas banyak hari. Nak wish jugak, kalau ada salah silap, mohon ampun dan maaf ye.
Kenapa orang kata kalau raya aidiladha je, Kelantan beraya sakan? Negeri lain tak sakan ke?
Confuse seketika. Ala, orang bandar, mana nak masuk kawasan rumput yang ada pacat, sebab nak tengok lembu kena sembelih. Takde orang kampung, takde lah orang bandar. Tak gitu. Hehehe (^-^)
Cuti raya aidiladha yang lepas, hanya apply cuti untuk sehari je, hari Khamis. Budak intern nak mintak cuti. Naik lemak la baru intern dah pandai nak cuti banyak hari. Okey redha ! Khamis pagi mula lah bertolak, dalam pukul 7.00 pagi. Bajet nak bertolak awal lagi, sayang kat tidur punya pasal. Jadi janji melayu katakan.
Dah masuk area Bentong dengan Raub memang jem yang terlalu parah. Selalu memang jem pun area tu, tapi takde lah sampai lama sangat nak tunggu kereta bergerak. Sabar jela kan. Demi nak balik beraya, berkorban apa saje. Lepas tu masuk kuala lipis, Ya Allah..... 4 jam stuck situ je. Memang tak bergerak. Dugaan sungguh. Perut plak duk kriuk kriuk. Nak cepat pagi tu, sempat berhenti beli kuih je. Haruslah lapar.
Tu dia sang burger yang berjaya masuk dalam perut driver yang lapar. Huhu
Bila dah stuck kawasan kampung tu, memang kereta tak bergerak langsung. Idea si kawan nak pergi beli burger, sebab dekat jalan sebelah tu ada kedai runcit dan gerai burger. Sempat beli 4 biji burger dalam jem tu haaa. Ramai orang turun pergi beli makanan. Macam tak percaya semua ni sebab nak balik beraya. Ramai plak tu pakai baju TRW. Minyak pun kena save, tutup aircond kejab, takut nanti minyak habis kan. Dah namanya jem yang tak bergerak.
Memang pengalaman yang tak dapat lupa. Penat dah duduk 17jam wei. Penat badan, penat mata. Penat sungguh. Bila tiba kat rumah, tak rasa sangat pun penat tu, sebab family punya keceriaan dapat hilangkan stress. Dalam 12.00 malam sampai. Mama mana tak bimbang anak dara dia drive jauh jauh yang jem, lepas tu lewat malam tak sampai sampai lagi kan? Sampai bateri phone habis sebab mama asyik call , sms sebab nak tau anak dia duk kat mana dah. Pengalaman harungi jem yang terbaikkkk ! Siap boleh sembang sembang dengan orang jalan sebelah sana. Sebab dua dua jalan jem. Lagi parah dari jem kat KL. Terbaik!
Dalam kampung pun boleh jem. Ramainya orang Kelate balik beraya.
Gambar tak sempat nak letak watermark, pemalasnya dikau pelangi. Penat tak hilang lagi
*alasan.
Hari Khamis bertolak balik KB, hari Ahad dah bertolak balik Bangi. Kejabnya cuti, tak sempat nak manje manje lama dengan mama. Uhuhu.. Bertolak balik bukan main lagi plan nak lalu jalan Terengganu, sebab confirm confirm jalan dari KB ke KL jem teruk. Otak duk fikir, biarlah jauh sikit kalau lalu jalan Terengganu, tapi daripada jem, tempuh jela jauh jauh pun. Bertolak dari 10.30 pagi, fuyoooooooooooo jalan dari Terengganu, pun sama. Jem yang amat. Penat lah camni asyik jem. Akhirnya sampai kolej pukul 3.00 pagi. Biarlah pengalaman tu, asalkan selamat sampai. Drive sendiri, takde orang tolong drive. Yeay jadi anak perempuan yang gagah perkasa lagi berdikari. :')
Saje je up entry hari ni, sebab esok dah masuk bulan november. Kesian oktober, sikit je entry. Makin hari makin kurang entry. Uwaaaaaaaaa.. Rindu nak berblogging lah. Penat minggu ni dua hari dah balik lewat, pukul 7 petang baru nampak jalan pulang. Banyak kerja dah. Kerja testing system best jugak. Asyik nak cari kesalahan developer je. Hahaha.
Hai november. Hai sayang :')
xoxo
kiss and big hug