Wednesday, October 31, 2012

Perjalanan 17 Jam KL Ke KB


Assalamualaikum  ..


Alahai, ingat balik raya haji aritu sempat la up entry. Akhirnya tak sempat jugak, dan up entry kat kolej jua. Selamat hari raya aidiladha, walau dah lepas banyak hari. Nak wish jugak, kalau ada salah silap, mohon ampun dan maaf ye.

Kenapa orang kata kalau raya aidiladha je, Kelantan beraya sakan? Negeri lain tak sakan ke?

Confuse seketika. Ala, orang bandar, mana nak masuk kawasan rumput yang ada pacat, sebab nak tengok lembu kena sembelih. Takde orang kampung, takde lah orang bandar. Tak gitu. Hehehe  (^-^)

Cuti raya aidiladha yang lepas, hanya apply cuti untuk sehari je, hari Khamis. Budak intern nak mintak cuti. Naik lemak la baru intern dah pandai nak cuti banyak hari. Okey redha ! Khamis pagi mula lah bertolak, dalam pukul 7.00 pagi. Bajet nak bertolak awal lagi, sayang kat tidur punya pasal. Jadi janji melayu katakan. 

Dah masuk area Bentong dengan Raub memang jem yang terlalu parah. Selalu memang jem pun area tu, tapi takde lah sampai lama sangat nak tunggu kereta bergerak. Sabar jela kan. Demi nak balik beraya, berkorban apa saje. Lepas tu masuk kuala lipis, Ya Allah..... 4 jam stuck situ je. Memang tak bergerak. Dugaan sungguh. Perut plak duk kriuk kriuk. Nak cepat pagi tu, sempat berhenti beli kuih je. Haruslah lapar.




Tu dia sang burger yang berjaya masuk dalam perut driver yang lapar. Huhu


Bila dah stuck kawasan kampung tu, memang kereta tak bergerak langsung. Idea si kawan nak pergi beli burger, sebab dekat jalan sebelah tu ada kedai runcit dan gerai burger. Sempat beli 4 biji burger dalam jem tu haaa. Ramai orang turun pergi beli makanan. Macam tak percaya semua ni sebab nak balik beraya. Ramai plak tu pakai baju TRW. Minyak pun kena save, tutup aircond kejab, takut nanti minyak habis kan. Dah namanya jem yang tak bergerak. 

Memang pengalaman yang tak dapat lupa. Penat dah duduk 17jam wei. Penat badan, penat mata. Penat sungguh. Bila tiba kat rumah, tak rasa sangat pun penat tu, sebab family punya keceriaan dapat hilangkan stress. Dalam 12.00 malam sampai. Mama mana tak bimbang anak dara dia drive jauh jauh yang jem, lepas tu lewat malam tak sampai sampai lagi kan? Sampai bateri phone habis sebab mama asyik call , sms sebab nak tau anak dia duk kat mana dah. Pengalaman harungi jem yang terbaikkkk ! Siap boleh sembang sembang dengan orang jalan sebelah sana. Sebab dua dua jalan jem. Lagi parah dari jem kat KL. Terbaik!

Dalam kampung pun boleh jem. Ramainya orang Kelate balik beraya.

Gambar tak sempat nak letak watermark, pemalasnya dikau pelangi. Penat tak hilang lagi
*alasan.

Hari Khamis bertolak balik KB, hari Ahad dah bertolak balik Bangi. Kejabnya cuti, tak sempat nak manje manje lama dengan mama. Uhuhu.. Bertolak balik bukan main lagi plan nak lalu jalan Terengganu, sebab confirm confirm jalan dari KB ke KL jem teruk. Otak duk fikir, biarlah jauh sikit kalau lalu jalan Terengganu, tapi daripada jem, tempuh jela jauh jauh pun. Bertolak dari 10.30 pagi, fuyoooooooooooo jalan dari Terengganu, pun sama. Jem yang amat. Penat lah camni asyik jem. Akhirnya sampai kolej pukul 3.00 pagi. Biarlah pengalaman tu, asalkan selamat sampai. Drive sendiri, takde orang tolong drive. Yeay jadi anak perempuan yang gagah perkasa lagi berdikari.  :')

Saje je up entry hari ni, sebab esok dah masuk bulan november. Kesian oktober, sikit je entry. Makin hari makin kurang entry. Uwaaaaaaaaa.. Rindu nak berblogging lah. Penat minggu ni dua hari dah balik lewat, pukul 7 petang baru nampak jalan pulang. Banyak kerja dah. Kerja testing system best jugak. Asyik nak cari kesalahan developer je. Hahaha. 



Hai november. Hai sayang  :')



xoxo
kiss and big hug

23 comments:

Wadi AR said...

lamanyaaa. macam nak flight pastu delay

PinKy MoMMa said...

dik balik sorang orang??? alamak kagum lah..penatnyer akak dapat bayangkan..auto ke manual..kalau manual lg rasa nak meroyankan huhuhu

Hafiz Hafizol said...

len kali balik lah awal konpem x jem... huhu

AisNy said...

mmm... lega rasanya teman tak balik beraya ke Kelantan, kg isteri... kalau tak, confirm stuck macam awak...

♥Nur Ayuni Khalib said...

Assalamualaikum,
mesti penat kan. 17 jam kot. but alhamdulilllah, semua selamat.

syakirahmn said...

ya Allah lamanyaaaa. alhamdulillah slamat jugak sampai.

takpalah. 17jam untuk kluarga tercinta :')

kura said...

jemmm gilooooo.. stressssss! :P

Hafizin Jamil said...

naik flight la cik pelangi tu..haha

Kumbang Jingga said...

teruknyaaa jem..lain kali bawak roti mkn ngn jem hehehe

boni kacak said...

adeh...ni yang buat terfikir nak cari calon isteri orang satu daerah je ni...hehehehe

anna alaui said...

thn ni mmg teruk jem nak balik klate...member2 sume sgkut 18 jam..sebaik kite tak balik tahun ni..;)

tapi tak kesah kn 17 jam pun..janji dpt jmpe family tercinta..:)

Namee Roslan said...

ya allah. tabahnya kamu drive ! jam gila tu ! hehe. kalau namee dah tertidur kot. hehe

cik nana said...

bagusnyaaaa klu kita tak tahan duk jln jauh2 jem lagi -.-'

LuN@_aiDi said...

ye ampuunn sayaang mahu kematu bontot drive selama tuh..
kalah naek flight blk ker auckland neh..hiihih
kaki kompom cramp khen??hihi
tapi xper semangat blk beraya tuh tetap ader^^_

bwarghhhhh said...

beraya sakan no orang kelate ;)

hazanis said...

memey jem sokmo setiap kali rayo..nasib baik la mek cah balik awal..hehe :P

enotots said...

Tumpang iklan ye dik..kalau masih tercari2 produk kecantikan jom singgah http://enotots.blogspot.com/2012/11/beutskin-essence-rm199-murah.html

thanks darl

krole said...

berat mata membaca berat lagi orang yg memandu waktu tu kan~

Unknown said...

Aku duk lipis. rasanya itu hai malam raya tu ramai gila patah balik sbb ada tanah runtuh dekat chegar perah. dekat2 dgn kechau tu

Unknown said...

hehe orang negeri lain tak la beraya sakan la yunk...huhuhuhu

aindzaya said...

amboi jauhnyer..rasanya 8 jam je kan...

wisata bakti alam said...


Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

Aty Fared said...

seronok beraye kat kampung kan..:)
eerr...nak satu hari perjalanan tu yer...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails