Tuesday, June 26, 2012

Pelangi Comel




Assalamualaikum..

Moshi-moshi (-,-)
Fuhhhh! Nak dekat 2 minggu tak terupdate blog. Seharusnya aku rindu nak luahkan perasaan kat sini. Rindu  nak godek-godek resepi yang akak akak comel kita yang selalu update. Kadang-kadang jenguk jugak 2 3 blog bila stress tengok slide. Tapi, tak menyempat nak komeng. Grrrr !


Alhamdulillah dah habis final exam untuk semester ini. Tunggu bulan 8 pulak. Final exam shortsem. Oh sangat rajin gitu buat shortsem. Kalau lah ada dua pilihan, memang tak hingin nak buat pun. Baik lepak-lepak kat rumah, berpuasa kat rumah, syiok gitu sambil buat biskut raya. Tahun ni biskut raya tak sempat nak buatlah ye. Harap-harap ada masa nanti, nak buat biskut cornflakes madu, yummy..


'Haruslah cari kamera bila bosan tengok buku' ;-)

'Ni sms dari mama aku, duk muahmuah sebelum lastpaper'

'Subjek yang buat aku kritikal kejab'

'Buku-buku masuk paperbag ye, kita balik rumah'

'Dah musim exam, jadi memalas nak kuar beli makanan'

'Kata semangat-bajet orang korea'

Seharusnya sem ni, paper sangat susah. Paling susah subjek Numerical. Rasa nak pengsan bila nak jawab. Failkah aku? Sedihnya. Susah sangat sape suruh. Usaha dah usaha, dalam dewan tu kiranya tawakal jela. Hanya berserah. Malas nak fikir dah pasal paper tu. Sakit sendi kalau fikir. Ahaa -____-


Esok dah balik Kelantan. Semoga selamat sampai. Hanya 4 5 hari je kat rumah, awal bulan 7 dah start shortsem. Takpe lah kan, pergorbanan (sedapkan hati).


Dah 11 minggu tak balik rumah, haruslah rindu. Rindu family, rindu meow meow. Tak sabar nak terkam meow petang esok. Hihihi. 


Hari ni dan kelmarin, penat kemas barang dan angkut barang. Kelmarin dah settlekan barang, simpan kat umah mak sedara. Yang malam ni, barang yang banyak tak perlu, jadi bawak balik rumah semula. Perempuan ni, bila sana sini, beli itu ini, pastu mula lah almari penuh barang. Ohoi, nak kemas pun penat. -__-


Nak terjah sesapa yang singgah Pelangi Chenta. Ada la jugak yang singgah sini setiap hari. Terima kasih awok awok. Ni bukan blog retis, aku manusia biasa yang ada dua mata, tapi disebabkan rabun, jadi ada mata empat. Kah Kah Kah (aku tiru mama style gelak dalam sms)  ;')


xoxo
kiss and big hug

Thursday, June 14, 2012

Bintang Hati




Assalamualaikum  (",")

Ter-rajin nak update entry hari ni. Kelmarin dah lepas 1 paper, tinggal 4 paper lagi. Adududuuu.. Soalan kelmarin overall alhamdulillah boleh jawab. Tapi, part 20markah tu rasa cam dapat berapa sen je. Tak tau nak olah camne bila suruh terangkah kaedah nak buat 3D isometric. *blur.

Froggy. Kawan baik DBK aku  ;-)

*padahal aku penggeli katak.

Next week masih ada 3 paper dan minggu satu lagi ada 1 paper. Paper minggu depan yang ter-stress lebih ni. Paper hari Isnin ni subjek Sains Sosial. Terasa begitu mengantuk bila baca buku. Dah macam subjek budak kaunseling. Semua pasal persekitaran dan sosialisasi. Baca dua tiga mukasurat, dah nguap. Dah teguk air nescafe pun masih ngantuk. T_____T


Tak sabar nak habis exam, padahal baru lepas 1 paper. Bongek!


Paper subjek Numerical yang rasa terstress sekali weh. Banyak method kena ingat, subjek kira-kira ni. Subjek ni subjek pilihan ataupun elektif, ramai yang tak hingin nak ambik subjek ni. Sebab sangat susah dan akan memeningkan kepala dengan segala jenis formula. Awal sem aritu, memang tak pilih pun subjek tu. Duk gatal nak ambik webprogramming. Alahai, ada clash pulak dah subjek tu dengan subjek wajib fakulti. Ohoiiii terseksa kejab.

Tak sabar nak balik Kelate..


Lepas tu nak ambik subjek web grafik, adudududuuu clash jugak. Clash dengan subjek tahun tiga. Aku gatal kaki nak ambik subjek elektif tahun tiga sangat. Habis pilihan aku tersekat. Akhirnya keterpaksaan ambik Numerical tu hah. *pasrah jela. Hahaha

Stress mengadap nota Numerical T___T


Lagi pun, ada dalam 20 orang je ambik subjek tu, sebab Dr yang menganjar tu pernah ajar kita orang semester lepas. Dia superduper baik dan jenis slumber je. Tak akan rasa stress sangat dan senang nak belajar. Disebabkan semester lepas kita orang jenis hantar assignment COPYPASTE je. Dia rajin bagi assignment sekarang. Balas dendam dengan kes sem lepas. 


Banyak benar kerja yang kena present. Haruslah dia ambik iktibar daripada sem lepas. Sapa suruh rajin sangat sem lepas. Haaa ambik kau setiap minggu ada jer projek tu, projek ni. Dah la subjek ni tersangatlah method. Nak faham satu satu method tu ambik masa. Apatah lagi, nak kena present sorang-sorang kat depan. Haruslah present tu benda yang Dr tak ajar. Kena buat rerakan faham. Haruslah susah. Hahaha..


Nak faham untuk diri sendiri pun sampai rasa nak cekik je sapa yang reka method tu. Berbelit-belit punya jalan kira. Semua method belajar dari internet je, mana yang ada dalam youtube tu senanglah nak faham. Mana yang takde, parah otak nak faham. Bab kira-kira ni susah sikit kalau belajar sendiri. Lainlah yang jenis semua baca je.. Kan  >,<

Ambik dia. Ni jadual exam sem ni weh   -,-


Panjangnya aku merepek kali ni. Nak sambung tengok cerita 'Chow Kit' lah, tadi tengok separuh je. Terseksa mata tengok awal-awal cerita tadi. Seksi benar  Y____Y 


Macam mana kalau adik aku tengok cerita tu. Mestilah dia akan tengok. Movie melayu kot. Arghhhhhh nape la cerita melayu camtu sekarang. Tak perlu nak dedah benda tu. Kalau bebudak tengok, tak ke akan membuat si budak tu fikir 18sx. Ish.... Melampau!


Cau dulu. Good luck pada rerakan blog yang tengah final exam sekarang. Kasi buat terbaik untuk final exam, lepas ni cuti, cuti lah sepuasnya. Fighting fighting ! Xoxo~


xoxo
kiss and big hug

Monday, June 11, 2012

Tolonglah Senyum



Assalamualaikum.........(",'')

Comelnya main dengan icon icon ni ha. Entry kedua untuk hari, time rilex takde kerja pun aku tak rajin cam gini. Ni musim exam wei. Sedar sedarlah Pelangi oitttt.. *tampar pipi kiri.


*tampar pipi kanan.


Hati tak senang. Biasanya suka ambik wuduk kalau stress. Sejuk je hati bila dah wuduk. Hoho. Saat susah senang, kena ada bersamaNya. Bukannya bila susah baru nak mengadap Ilahi. Itu tak betul. *iye,aku bukan ustazah. lagi bukan ustaz. 

Again I said that, "you always be my rainbow".


Hati gelisah. Rindunya rumah. Walau aku stress camne sekalipun, aku akan ingat dekat family. Imbau memori bersama, memori bakar ayam sesama, berlari lari kucing dengan adik, makan ayam bakar bersama. Rindunya dekat family. Tiada yang lagi indah selain mereka. Mereka jantung hati. Tanpa mereka, hidup tak bermakna. Walau aku sering gaduh or perang dengan adik-adik. Biasalah adik beradik. Ada part yang tu tak puas hati, yang ni tak puas hati. Semua nak bergaduh manje dengan kakak dia. I know it. Love you my sweetheart. Ada 4 orang sweetheart, semuanya hero malaya. Bakal ada 4 orang adik ipar perempuan lah aku. Nak tackle adik, kena tackle hati kakak ipar jugak. Tak gitu? Hahaha  ;')


Hilang stress sikit ingat memori bersama sang adik yang ganas serta lasak. Tahun ni, tak dapat kakak nak buat biskut raya lagi. Ada shortsem. Tahun lepas, seronok je tengok adik-adik makan biskut aku buat. First time buat. Buat biskut cornflake madu, dekat 3 4 kali jugak before raya sebab asyik habis je. Hihihi...


Stop sini dulu weh. G baca nota. Exam 13hb ni, semoga berjaya semua  T____T


"Ketika hati bersedih kita perlu memilih. Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram. Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar" Jadi, senyumlah. 


Aku tak share pulak entry ni dan entry sebelum ni kat group fb. Tapi, ada yang sudi singgah. Thanks tau yang sudi baca dan kasi aku semangat. Tak lupa yang sudi komen. Hargai sangat. Thanks again (:


with love, i will smile  ;')


xoxo
kiss and big hug


Itu Yang Terbaik




Assalamualaikum ... (''.)
Curi masa sedikit untuk up entry kali ni. Dah bosan tengok notes semua. Saja nak hilangkan stress sikit. Kalau area Bangi ada pantai, dah lama aku terjah. Tak macam kat Dungun dulu, bila stress tengok buku, pergi pantai hirup udara segar sambil makan keropok goreng. Indahnya  T______T



You always my rainbow. Dont worry :-)


Tak best jugak kan kalau kita rasa kita ni terlalu mengonkong orang yang kita sayang (berapa banyak kita dah ni). Sebenarnya, kita tak merasakan ianya sebagai suatu kongkongan pun, tapi care pasal dia. Ataupun ambil berat. Iyelah kan, kita tak boleh nak paksa orang terima kita 100%. And I know I have weakness, and I know everyone have weakness, nobody perfect. So, never blame me when I worry about you. Although you do not feel that matters like important for me, when I not here with you, maybe you gonna miss it. 


Ayat carca marba sungguh.


Okey final exam dah nak bermula, 13hb sampai 26hb Jun. Semoga berjaya untuk diri sendiri dan rerakan yang lain. Aja-aja fighting !


with love, ily



xoxo
kiss and big hug

Saturday, June 9, 2012

Happy Moments




Assalamualaikum ...... ('',)

Rajinnya update entry, exam dah tak lama la tuan empunya jari. Lagi 4 hari nak tiba. Bosan lah tengok nota, tengok laptop tak bosan pulak. Nak exam, ada ada je lah aktiviti nak rilex. Kalau lah boleh halau perasaan malas dan sikap ingin rilex 24/7, kan best. Tu semua kena ada semangat yang kental kot.


Kemain lagi tajuk dalam english. HAHAHA *gelakkan diri sendiri.


Terima kasih kasih sayang. Cecece... Miang keladi. Belajar tak habis lagi, gatal nak berkasih sayang konon. Glurpppp.. Yela.... T_____T


Lagi setahun nak habis belajar, lepas tu dah boleh kan? Kan kan kan??  :)

Maaf. Tulisan agak "cakar kucing".

Tengah sibuk baca nota itu ini, semestinya ada perasaan cepatlah exam. Nak habis cepat, lepas tu boleh balik rumah. Dekat 9 minggu tak balik. Rindu sangat. Sesangat. Perut ni pun tak sabar nak makan makanan kat rumah. Jemari ni dah gatal nak masuk dapur. Dah banyak bookmark ni, semuanya resepi apa yang aku nak masak. Gigih tu. Hobi sekarang suka masak. Okey tak camtu. Nampak ke girly-an. HikHikHik..


Hari tu ada terjah kedai komputer dalam UKM ni je, kedai tu ada lah jual novel orang putih murah-murah. Aku pulak sibuk duk usha segala jenis novel, member plak duk tengah ngadap orang kedai untuk repair laptop dia. Yeah aku beli novel tu, "The rise and fall of a yummy mummy". Entah rasa terdetik nak beli yang tu. RM5 je weh, murahkan, sebenarnya RM7, aku duk mintak kurang. Ahakssss ^____^


Time aku dah sakit mata tengok nota, aku rajin plak baca novel tuh. Eiii tak sabar nak habiskan. Serius best. Jalan cerita seorang mummy dalam usia muda. Wotwot.. ('',)


Tak sempat nak usha usha blog orang time nak exam ni. Sorry lah mana yang singgah, ni pun sempat update je. Lepas exam, ada 4 5 hari kat rumah, akan ku terjah sorang-sorang. Terima kasih sebab sudi singgah sini selalu. Setiap hari ada je keywords "Biodata Aaron Aziz" sesat masuk sini. Dulu, memang aku ada share pasal tu. Memang setiap hari, ada je yang rajin nak baca biodata AA. Huhuu  -,-



Hati ini rindu dia. Ye mama. Miss you  (^,^)


You number one for me. Only you... Promise 

Spesis suka ambik gambar kaki. Binggo!
 Nasi kegemaran. Aku rasa semua nasi jadi nasi kegemaran. Damn!
Sedap sedap! Akok tu aku telan 3 ke 4 biji entah. Haha. 


Tiga gambar kat atas ni, time pergi Makan Malam untuk Anak Kelate di UKM pada 6/6/2012. Sebenarnya, Sultan Kelantan ada untuk majlis tu, tapi beliau tak hadir. Kita hanya mampu merancangkan. Lama tak balik rumah, dapat lah makanan memang dari Klate, hilang sikit rindu. Ohhh Kelate...

Sampai sini dulu, ada masa, aku update lagi. Hari ni tak makan lagi, malam kang lah pergi makan. Dah ada kat bilik, tak pergi mana-mana. Nak keluar pergi cafe pun rasa malas. Exam oh exam. Harap semuanya dapat dijawab dengan tenang. Amin  (-:


Ada BE baru lagi. Oh yeah Nuffnang. Thanks awak sudi baca. 

xoxo
kiss and big hug


Tuesday, June 5, 2012

HAHA Running Man



Assalamualaikum  >,<


Hari ni dah 5 Jun 2012. Ada lebih kurang 8 hari untuk berperang dengan final exam. Wish me luck ye. Dalam tengah orang lain sibuk bersenang lenang dekat rumah, biasalah studyweek ramai yang balik rumah. Gamaknya nak study kat rumah. Aku jugak yang tak balik.

Yoona dengan HAHA   :)
Gary, Kwang Soo,HAHA 

Running Man? Siapa pernah layan? Dan siapa yang tergila-gila dengan RM ni semua? Ahaaa.. Aku takde lah hardcore punya minat, biasa-biasa je. Adik aku yang peminat betul-betul, setiap episod semua dia ada. Kalah aku yang peminat drama korea punya orang. Hihi  -,-


HAHA?


Ni bukan gelak ataupun tengah gembira sebab exam tak start lagi. Tu salah sorang dalam RM. Yang kecik cute comel dan pakai spek takde cermin. Hek Hek Hek.. Dia kan penyanyi. Jom tengok video kat bawah. Hari-hari weh dengar lagu tu, suara dia power betul. Serak serak cam gitu. Aigooooo !




HAHA ataupun nama Ha Dong Hoon, yang selalu buat movie sendiri bila ada mission. Lucu weh. Tak caya pergilah tengok RM sekarang. HAHA dalam video ni pun dah buat sakit perot kena gelak selalu. Hilang stress kejab sebab nak exam. ^__^








Next entry nak terjah pasal Kwang Soo plak. Hihi :)
p/s: Gambar tu semua dicekau dari abang google ^^


xoxo
kiss and big hug


Saturday, June 2, 2012

Love Rain



Assalamualaikum  ^,^
Hello. Hello...


Yeay, update lagi. Rajinnya sekarang weh nak update entry. Hoho horrey. Entry ni nak review drama korea. Rasanya dah lama tak review drama korea. Kali ni nak kongsi pasal drama "Love Rain". Kalau yang like page blog ni, pasti sakit mata duk tengok sebab aku suka sangat upload gambar pasal drama ni. Kalau aku tengah ngadap drama tu, mesti aku rajin upload gambar kat page. Hihi. Sorry lah, kalau menyerabutkan wall korang. Jenis suka upload gambar comel.   -,-



Drama "Love Rain" ni ada 20 episod. Heronya, Seo Jun & In Ha yang dilakonkan Jang Geun Suk (JGK) dan heroinnya Yoori Hana & Yoon He yang dilakonkan Yoona Girl Generation. Yoona yang super duper lemah lembut, dia jugak mempunyai ketinggian 168cm. Tinggi kan. Comel lorh fesyen rambut JGS di awal cerita. Ala-ala klasik gitu. Drama ni haruslah LOVE kan. Tak sah drama korea kalau tak love love kan? Ahakssss  ^.^


Ni In Ha :) Zaman 70-an..

Sebenarnya, drama ni bermula dengan kisah In Ha (ayah Seo Jun) yang dilakonkan oleh JGS juga. Tapi, dari segi fesyen dan suasana tu dalam tahun 1970-an. In Ha dan Yoon He (ibu Yoori Hana) ni belajar dari kampus yang sama, dah telah jatuh cinta secara tak sengaja. Akhirnya mereka berpisah, disebabkan Yoon He telah ke luar negara untuk menghilangkan diri disebabkan penyakit yang dihidapinya. Masing-masing berkahwin dengan pasangan yang lain.   (-,-)


Bermulalah tahun 2012, tanpa disangka-sangka anak masing-masing mempunyai mirip wajah yang sama. Seo Jun dan Yoori Hana telah berjumpa, dan akhirnya berputik cinta. Ayah Seo Jun, In Ha memang dah tinggal separate dengan ibu Seo Jun kerana hatinya masih mencintai dan sentiasa menunggu Yoon He. 

Diamond snow (T,T)
Ketika Yoori Hana asyik gaduh gaduh dengan Seo Jun


Suatu hari, In Ha telah berjumpa dengan Yoon He ketika hujan. Cinta mereka sentiasa dalam keadaan hujan. Ehehehe (T__T) Mestilah In Ha terkejut, cinta pertamanya masih hidup. Dia ingat kekasih hatinya telah mati. Bermulalah detik-detik yang sedih. Yoori Hana dan Seo Jun bercinta, ibu dan ayah mereka pun turut bercinta. Terpaksa Yoori Hana dan Seo Jun berpisah, demi cinta ayah dan ibu masing-masing. 


Ayah Seo Jun, In Ha yang tengah :)

Pada In Ha dan Yoon He sudah menetapkan tarikh kahwin, In Ha melihat Yoori Hana dan anaknya, Seo Jun bersama. Dan mengetahui yang anak masing-masing saling jatuh cinta, serta tidak sanggup melihat anaknya mengulangi kisah cinta dia, lepas tu memutuskan untuk tidak melangsungkan perkahwinan mereka. Akhirnya, Ibu Yoori Hana, Yoon He disahkan akan buta dalam suatu jangka masa.  (T-T)


 Seo Jun ni photographer. -,-

Untuk 30 tahun menunggu cinta permata, In Ha terpaksa melepaskan Yoon He apabila mengetahui pasal anak mereka. Yoon He balik United State untuk bertemu dengan keluarga, sebelum menjalankan pembedahan mata. In Ha pun telah ke luar negara apabila mengetahui cinta pertamanya telah pergi jauh darinya. Happy ending, Seo Jun kahwin jugak dengan Yoori Hana. 

Alololo.. ^__^

Drama korea yang lain dari yang lain. Tak sangka jalan cerita dia camtu. Boleh tahan lah. Tapi, sedikit slow lah. Kadang-kadang tu ada jugak yang cepatkan dekat part yang cam slow ya ampun. OST drama ni semua best. Dah lama buat ringtone untuk message dengan call. Ngeeee (^___^)


Yoona comel sangat dalam drama ni. Kecik molek je. JGS tetap comel dan suka buat muka dalam drama ni. Heeeee T_____T


Yeaaaa Nuffnang bagi BE lagi. Minggu ni masuk 2 BE baru. Wahhhh ^_^ BE yang selalu keluar, ini dia, tekan SINI. Omomomo dah nak masuk study week. Sibuk duk layan drama korea, lepas tu running man pulak. Hehehe. Ganjaran sebab tak balik rumah ^^


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails