Tuesday, March 27, 2012

Latihan Industri



Assalamualaikum  >,<


Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 6 untuk semester 2 tahun 2. Cepat masa berlalu. Bermakna, sudah 6 minggu aku berjauhan dari rumah. Sangat rindu itu ini. Lebih lebih lagi makanan kat rumah. Asyik makan jer. Bila nak kurus tak tau.  -,-


Dicekau dari abang google. 

*Nampak menyelerakan, tapi rasa sayang nak makan pun ada. Comel sangat. Dah comel, kena lah rasa sedapkan. Baru puas hati beli mahal-mahal :)


Minggu depan dah balik wei, tak sabar. Dan aku akan pastikan DBK mandi buih sebelum balik. Kena bersih bersih nak berjalan jauh kan. Baru selesa. Tengok DBK pun suci bersih, lagi lah bersemangat nak balik. Duk sebut pasal DBK, 6 minggu jugak lah DBK tak mandi buih. Asyik mandi hujan.


Kejam gila tuan kau DBK. Seksa mata jugak tengok daki sana sini. Dah la warna pearl white. Kan sekarang mandi hujan, bazir money money je kalau pergi carwash. Kan ..


Habis sem ni, kena plak bertapa kat UKM untuk 7 minggu. Short sem punya pasal. Orang lain tengah bercuti sakan dekat rumah, aku lak tengah merindui masakan mama. Tak sanggup nak bayang lagi. Dah la time tu tengah berpuasa. Lagi parah. Dugaan la tu kan.


Habis je short sem, dah kena pergi Latihan Industri. Kejabnya masa berlalu. Dah tak lama nak habis belajar. Tengah fikir jugak ni nak praktikal kat company mana. Tapi, area Bangi je. Memang tak nak buat dekat Kota Bharu pun. Terpaksa berjauhan lagi dari rumah. Jumaat ni pun ada taklimat pasal Latihan Industri. Last week pun dah dengar talk dari company eProtea.


Kakak rindu meowww. Biasanya bila lama tak balik rumah, dah sampai rumah. Meoww dari jauh lagi berlari lari kucing pergi dekat kereta. Dia tau bau tuan dia kot. How sweet. Walau berbulan bulan tak jumpa, meowww tetap tak lupakan kakak. I miss u sayang.


xoxo
kiss and big hug

Sunday, March 25, 2012

Warna Warni Pelangi



Assalamualaikum  >,<



Hujung minggu je, tak tau nak buat apa. Nak siapkan assignment, mood malas datang bertandang. Tengok la esok lusa baru ku sentuh dikau ye assignment semua. Hati ni rindu nak balik Kota Bharu dah. Dah masuk minggu baru kan hari ni. Jadi tinggal dekat seminggu lebih lagi nak balik. Rindu sangat. 


Dapat tau, mama nak datang KL minggu ni. Boleh la aku manje manje sikit kan. Nak makan itu ini. Yeyeaaa.. Hilang rindu sikit. 


Arini breakfast makan roti yang disapu dengan tuna. Best. Makan 2 3 keping dah kenyang. Tambahan plak rajin kacau air kopi Mahkota Dewa. Memang menusuk perut. Gejala malas nak pergi cafe untuk beli makanan adalah salah satu kesan bila hari cuti camni. Makan apa yang ada je la. Asal isi perut comel ni. Comel ke? Hihi


Cantik tengok si kak Irma bertunang. Berseri-seri. Kalau orang bertunang, memang semua berseri seri ye. Aku nanti berseri ke tak eh. Gatal benar bunyinya bila aku nak berseri bila dah bertunang. Tak nak lah bertunang, kahwin terus. Jimat duit. Hihi


Belajar kasi dapat dulu segulung ijazah dulu cik mek weh !

Lepas tu kerja , dapat beri duit kat family. Baru fikir untuk kahwin. Amin :)

Memang aku suka sangat google sana sini pasal wedding. Biasalah umur ke arah tu kan. Lumrah dunia, tak gitu? -,-


Bestnya makan dessert ni. Tengah sedih pun, terus jadi happy kan :)

 Ceria bak pelangiii. Seriusssss cantik !

Gambar tu semua dicekau dari abang google.


Ada tak kat Malaysia buat wedding warna warni camni. Ceria je aku tengok. Bila dah dalam gambar, mesti cantik gila kan. Semua nak pelangi, dasyat lah kau Pelangi. Jangan beri nama anak nama pelangi sudah. Pelangi kan istimewa, tu aku suka. Dan semestinya aku ni special dalam family. Sorang je gegirl. Kiranya aku ni macam pelangi dalam keluarga. Istimewa la kan. Hihi :)


Byebye semua. Rajin nak terjah blog korang arini. T________T



xoxo
kiss & big hug

Thursday, March 22, 2012

Hero Malaya



Assalamualaikum  >,<



Rasa lama benar tak up entry. Minggu ni serius busy. Kelas pukul 8.00 pagi sampai 6 petang. Dengan adanya lab, tu yang kelas sampai lewat petang. Baru rasa diri ni student. Hihihi :)


Malam malam pun asyik tidur awal, dah namanya badan penat. Penat pun, dapat jugak layan drama korea kejab. Tengok 5 minit pun jadilah. Tengah layan "Dream High 2". Best best. Lagi satu episod nak habis. Bab citer korea cepat je, bab buat assignment bukan main lagi lembap.  -,-


 Dicekau dari abang google.


Stress stress best pergi pantai kan. Sedut udara nyaman, bunyi ombak yang tak henti henti. Minum plak air kelapa, makan sotong celup tepung dengan sos. Perghhhhh! Hilang stress. Tengok plak layang layang berterbangan di awan biru. Lepas tu tutup mata kejab, rasa cam nak terbang jugak pun ada.. Balik ni semestinya nak terjah Pantai Cahaya Bulan. InsyaAllah :)


Alhamdulillah, hari ni 22 / 03.. Genap 22 tahun 4 bulan. Dan awak plak 24 tahun 4 hari. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin :)


 Hehe. Ni bukan PSP. Kad je pun. Kan suka sangat main PSP ^__^



Hero malaya. Tahniah !


Hero malaya mana plak ni kan ?


Hero ke tiga Pelangi. Tahniah untuk Mie, sebab dapat 8A dalam SPM. Terima kasih buat mama abah dan keluarga gembira dan berbangga dengan kejayaan tu. Adik ni dah memang masuk belajar untuk foundation dekat UTP. Masuk awal sebelum result keluar lagi. Kakak sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik tersayang. InsyaAllah ada rezeki dapatlah nanti biasiswa Petronas. InsyaAllah :)

Mama pun ada call bagitau yang esoknya ada nak buat majlis kesyukuran sikit kat kampung. Dah la buat nasi kerabu dengan daging bakar, ayam percik, lepas tu ada plak pulut kuning. Mana nya tak terliur. Sangat jeles. Aishhhhh ..


Rindu nak makan nasi kerabu dekat kampung. Tambahan plak ada ayam percik. Nenek buat memang terbaik dari ladang. Serius akan tambah nasi. Sibuk duk terbayang nasi kerabu, kepala duk menghitung hari nak balik. Lagi 2 minggu. Tak sabar nak makan itu ini. 


Memang Pelangi manusia suka makan. Mungkin itu sebahagian daripada hobi. Hihihi.. Asyik kena perli jer sebab suka makan.   T__________T


2 minggu lagi, sabar la sikit. Sebelum balik, ingat sikit.. Ada kena present itu ini. Kena pergi kilang dekat Melaka lagi. Aiyooooowww. Esok plak ada taklimat berkaitan dengan company. Tak lama dah kan nak latihan industri. Tak lama jugak nak habis belajar. InsyaAllah :)


Aduhai, masa tak berapa nak cukup untuk blogwalking. Ada masa memang Pelangi terjah blog korang sambil drop komen sedikit sebanyak. Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Hari-hari ada je views, walaupun blog tak seaktif dulu. Masa mencemburui ku. Ewah !


Rindu meowwww :)


xoxo
kiss and big

Saturday, March 17, 2012

Hot Air Balloon Putrajaya


Assalamualaikum  >,<


Terima kasih daun keladi sudi singgah sini. Yang datang tinggal komen, lagi lah berterima kasih. Riang ria raya kalau nak bukak cerita pasal belon panas. Nape la belon panas ni warna warni. Comel sangat. Memang wa *saya tak leh nak pandang benda yang warna warni. Terus kata comel. Padahal tang mana comel pun tak tau kan?


Kalau lah benda tu murah, dah beli lah. Rasa stress je, naik belon panas. Merayau kat laluan udara, tak payah kena bayar tol. Dah la tak jem. Seronok tu  :)


Event yang diperkatakan kat sini adalah 4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012. 15 Mac hingga 18 Mac je event ni. Nak tau lebih detail pasal ni, boleh klik sini. TQ  -,-


Wa pergi sana kelmarin, mentang mentang takde kelas kan. Pergi awal la sikit, nanti hujung minggu ramai orang. Ingatkan pergi hari Jumaat tu takde orang sangat. Memang dah ramai orang. Glurpppp !


Pening tengok manusia ramai sangat. Dah la berpusu pusu untuk beli tiket untuk naik belon panas. Lama sungguh nak tunggu beratur. Akhirnya wa GIVE UP. Sedihnya la. Kempunan nak naik benda comel tu. Tak nak naik yang warna biru, nak naik yang warna warni tu. Yang kaler macam pelangiiiii tu !


Sabar je la kan. Haiyoooooo .. Sedih sebenarnya. Awak, kalau kita kaya, kita beli belon panas tu ek. Rasa nak merajuk ke gaduh ke, saya boleh panjat belon panas tu. Lepas tu awak cari la kat udara ek. Hihihi *berangan.


Tak nak cerita dah pasal ni. Jom tengok gambar yang sempat wa dan member snap sana sini. Wa sedih lagi ni. Malam ni ada lawan bola kan, kelate Vs perak. Gomo Kelate Gomo ...


Nak naik belon tu   -,-


Cantik kan ? Tu yang wa teringin sangat nak naikkk -,-

 Time ni hujan, tu yang segala jenis belon angry bird duk berteduh. Hihi..

 Tengah tunggu traffic light hijau, sempat lagi wa snap kiri kanan..

Ni pun sama, tengah tunggu lampu hijau. Wa gatal jari..

 Ni macam kat kota London kan. Padahal kat Putrajaya je pun. 

 Double comel lah. Takde rezeki lagi nak naik. Wuuuu.. >,<

 Yang ni tak berapa comel. Sebab tak warna wanie -,-


Tengok buletin utama pun sebut pasal belon panas kat Putrajaya. Makin rasa sedih. Tak dapat nak naik. Kecewanya alahai ...


Awak, esok birthday awak. Selamat hari lahir yang ke 24 sayang. Nanti kakak belanja makan best best tau. Semoga awak dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia & di akhirat kelak.. Amin :)


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, March 14, 2012

Awak Suka Saya Tak



Assalamualaikum  >,<


Kembali tiba edisi review novel. Novel bertajuk "Awak Suka Saya Tak", hasil karya Melur Jelita. Serius paling terbest dalam koleksi buat masa kini. Dan akan menjadikan tersangat rugi kalau awak dan awak tak beli ataupun tak baca. Ni bukan nak sesi nak promote ke apa, tapi sememangnya realiti.  :)

Novel keluaran karya seni dan pengedar tunggal fajar pakeer sdn bhd. Harga : RM35. Tebal tau 1056 mukasurat. Dah start baca nanti, korang tak rasa 1056 tu banyak. Pasti nak lagi dan lagi. Hihi  -,-
Jom baca serba sedikit sinopsis novel ni :)




****


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya. Seorang hamba Allah yang penuh dengan kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku.. Sifuku.. Kekasihku.. Kembalilah...

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, disini ...." Hilman Yong.


"Dont worry, I won't kiss you. Saya tak cium sebarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha, saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can see it. From your eyes, your lips.. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan gadis biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.." Damien Yong.


"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien. Saya tak menyembunyikan perasaan saya. Tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium, tetapi hanya di dinding kaca.. Ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan, walau cuba dipecahkan, pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam.. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubunga. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.." Intan Zulaikha.




****

Menarik kan jalan cerita ni. Memang bukan novel Islamik, tapi bagi Pelangi ianya seakan novel Islamik. Sangat sangat menyentuh hati. Nak dapatkan novel ni aritu pun, punyalah susah. Asyik habis stok. Akhirnya dapat memilikinya dan berjaya dijadikan koleksi setelah membeli di MPH Alamanda.


Sampai sekarang watak Hilman Yong dalam bayangan. Pinangan novel ASST. Hihi :)


Hilman Yong ni ibarat si pelakon korea nama Daniel Hanney. Peminat novel perlu terjah kedai buku berhampiran untuk dapatkan novel yang sangat sangat terbaik ni. Kalau tak silap kan, ni hasil penulisan novel kak Melur Jelita yang pertama. Percubaan yang sangat sangat the boom. Sangat terbaik. *berapa banyak sangat dah kali ni. winkwinkwink  T_____T


Kak Melur Jelita pun ramah jer. Suka, suka. Pelangi pun pernah chat dengan beliau. Ada masa, InsyaAllah nak jumpa. Rupanya kak Melur Jelita stay kat Kelantan. Lastweek, beliau ada sesi bertemu peminat di KB Mall. Jelesnya alahai. Kalau Pelangi ada kat sana, sememangnya nak jadi nombor satu yang pergi tangkap gambar. Hihihi. Terexcited lebih pulak. :)


Dalam novel ni juga banyak menceritakan pasal kuda. Rasa minat nak belajar naik kuda la plak. Tak nak cerita lebih lebih. Nak tau selanjutnya. Beli novel ni cepat. Tak rugi punyaaaaa. Nak cuba baca serba sedikit pasal novel ni, boleh baca kat sini. Terima kasih  :)





 
 Video gambaran ASST :)



xoxo
kiss and big hug
 

Saturday, March 10, 2012

Cotton Paradise

Assalamualaikum :)


Toink toink toink ..
Bukan entry personal, tapi untuk sesi jual beli. Jom terjah page Cotton Paradise dekat SINI..


Terima kasih daun keladi >,<




Mari mari cuci mata dengan pelbagai corak kain cotton. Semestinya berkualiti. Kain yang tebal. Serius tak tipu. Memang sangat berkualiti. Warna yang ceria. Harga yang sangat berpatutan. Yang penting..


FREE POSTAGE !!


English Cotton
RM85. FREE POSTAGE !

Japannese Cotton
RM 90. FREE POSTAGE !

Japannese Cotton
RM 90. FREE POSTAGE !

English Cotton
SOLD OUT

Japannese Cotton
RM 90. FREE POSTAGE !

English Cotton
RM85. FREE POSTAGE !

Ini baru sebahagian daripadanya. Untuk lebih lanjut, serbu SINI. Trimas ye. Harga terbaik dari ladang. Ladang gandum. Hihihi :)


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, March 6, 2012

Awak Suka Saya Tak




Assalamualaikum   >,<


Ni bukan entry nak jiwang dan berbunga bunga dalam taman hati. Entry yang menunjukkan betapa rajinnya Pelangi nak up cerita walau penat sikit. Baru je balik dari meeting dengan pegawai kesenian dan kebudayaan. Pengerusi dan S/U perlu datang, untuk cerita lebih lanjut pasal kertas kerja & learning contract.


Alhamdulillah ada pengalaman sem lepas, hadapi segala jenis document mengenai kertas kerja projek. Sem ni lain lagi, kena upload kertas kerja & learning contract. Tak payah nak print lagi. Jimat kertas. Jimat duit. Hihihi  :)


Rindu makanan kat rumah.


Rindu nak masak masak bila tengah hari.


Rindu nak semua lah pasal makanan kat rumah.


(",)  Sabar je la. Bulan April nanti baru cuti seminggu. Huuuuu~ 



Awak suka saya tak ?  


Jawab jangan tak jawab. Sebenarnya, tengah baca novel tu. Novel karya Melur Jelita. Serius best. Tak rugi lah beli. Tebal tau, 1056 mukasurat. Baca buku pelajaran, asyik ngantuk jer ye. Tapi, bila novel tebal tebal, boleh plak tahan mata. Pelangi oh Pelangi  !


  
 


Dalam proses nak habiskan novel tu. Nanti dah siap baca, Pelangi review tau. Bila lenguh mata ngadap novel, layan drama korea plak. Dream High 2. Best best  :)


Awal awal sem la boleh rilex sikit. Hihi :)


Korang, meh la terjah SINI. Terima kasih daun keladi  -,-


xoxo
kiss and big hug

Saturday, March 3, 2012

Menu Breakfast Student



Assalamualaikum     >,<



Senyum manis-manis, semanis gula batu. Kalau senyum manis sekali pun, tak kena kencing manis punya. Hihi.. Ilex la, senyum itu sedekah. Muka kalau dah masam mencuka, nak tegur pun takut. Kucing pun takut nak manje manje tau.  


Straight to the point please .


Tengah takde idea, nak jugak up entry. Suka hati lah, bukan kena bayar pun. Free je pun. Tak payah nak gelabah sangat kan. Ngewww Ngeww Ngewww  *macam bunyi kucing pulak.


Iye, seriously. Saya rindu kucing !


Kucing dengan saya dah macam isi dengan kuku dah. Memang manusia yang tak reti nak takut kucing. Tak reti nak geli dengan kucing, tak reti nak alahan dengan kucing. Memang jenis suka tahap dewa dewi punya, tahap tinggi lah. Hehehe  -,-


I think, it is out of topic right ?    Hihihi  :)


Arini breakfast dengan se-mug kopi mahkota dewa dan biskut Jacob's sebagai probe untuk sesi patahkan, celup dan makan. Senang bukan? Makan 3 keping pun dah rasa kenyang. Hirup kopi yang suam suam tu, nikmatnya. Macam nak buat iklan dalam tv jer.  *merepek !


Kopi tu memang buat Pelangi tahan lapar. Ni tengah hari tak telan nasi lagi tau. Nanti nak pergi pasar malam dekat seksyen berapa entah kat Bandar Baru Bangi. *manusia jenis yang tak hafal ni seksyen berapa, pakai redah je, asal tau port tu ada kedai apa. Itu dah mencukupi.


Nak tau pasal kopi tu, usha kat SINI. Mama Pelangi jadi stokis tau. Eh! Jadi promoter pulak dah. Kot-kot ada yang terasa nak try. Mana la tau kan?  Hihihi  :)


Memang sejak ada kopi tu, dah tak minum nescafe dah. Satu family minum kopi ni. Best ! -,-


Sampai sini dulu. Jaga diri , jaga iman :)



xoxo
kiss and big hug

Thursday, March 1, 2012

Selamat Datang Mac



Assalamualaikum  >,<



Alhamdulillah dah masuk bulan Mac untuk tahun 2012 ni. Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Rumah kata pergi, kubur kata mari.  


Dah minggu 2 minggu masuk belajar untuk sem baru ni. Ni pun masih terkapai-kapai, macam tak berapa nak sure lagi dengan subjek elektif yang nak pilih. Haishhh !


Sem ni pun tambah satu subjek elektif dari tahun tiga. Tahun tiga nanti kan akan busy dengan final year project, tu yang beratkan sem ni sikit. Sem ni insyaAllah ambik 20 jam kredit. 


Pejam celik, pejam celik. Bulan Mac kembali tiba. Melabuhkan tirai bulan Februari. Bulan Mac, bulan cinta hati. Eh eh! Dalam bulan Mac, birthday orang yang Pelangi sayang. Bestfriend forever :)


Pelangi hati pun akan meningkat usia bulan ni. Makin matang ye awak. Tak boleh nak buat perangai macam budak budak darjah lima tau. Kena matang. Heee   :)


Semalam ada perjumpaan dengan pegawai kesenian dan penyelia penyelia kelab dan persatuan untuk bahagian kesenian dan kebudayaan. Malam tu juga, student akan jumpa penyelia kelab masing masing untuk discuss mengenai carta organisasi, aktiviti dll. 


Pelangi memang maintain lagi dengan Kelab Seni Batik. Tiga sem la kiranya masuk kelab tu. Ngewww Ngewww   -,-


Dah namanya nak create carta organisasi baru untuk semester baru. Memang dah set dalam otak, tak nak dah menyerah diri jadi orang atasan. Nak jadi ajk, ahli jong kalut bagi bahasa Kelate nya. Hihihi  


Panggggggggggggg !  *tutup muka.


Tuptup member cadangkan Pelangi jadi Pengerusi lagi. 


Rasa nak bom je bangunan time tu. Tapi, apakan daya, penyelia memang setuju. Uhuk Uhuk Uhuk .. Kiranya dah tiga sem berturut turut juga lah Pelangi jadi Pengerusi. Pengerusi yang tak berwibawa kot. Hahaha. Pengerusi yang selalu buat ikut suka. Pengerusi yang suka datang lambat.  Ngeeee..


Lagi sekali akan sibuk , dah la sem ni ada bengkel lagi untuk Pengerusi dan S/U kelab. Best kan. Huh! Rasa macam aduii malasnya nak naik turun pejabat, nak settlekan pasal kertas kerja. Takpela, terimalah dengan seadanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak gitu ?   *sedapkan hati.


Sampai sini dulu edisi luahan perasaan. Jaga diri  T__________T



xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails