Thursday, September 29, 2011

Konvo Vroom Vroom

Assalamualaikum ...



Entry ni paling ringkas. Just nak lekatkan gambar sebutir dua. Heee;)


Next entry, mungkin akan distorykan mengenainya konvo yang lepas, 26 September 2011. Alhamdulillah merasa jugak konvo, walau hanyalah untuk diploma. Untuk degree, coming soon. Belajar masih ada dalam 3 sem lagi. Fighting !






Tak leh nak nak karang panjang-panjang. Nak kena imbas kembali pasal Matrix untuk subjek computerised design. Adui.. Tu zaman sekolah menengah punya. Mana nak ingat dah. Tu la kurang makan kismis.


Cau Cin Cau.. Bunga bunga hadiah untuk konvo masih segar dalam bilik ni. Dah macam taman bunga dah. Celik-celik mata awal pagi, mesti nak tengok bunga. Serius segan bawak bunga bunga tu semua time naik bas aritu. Mesti orang ingat baru balik Cameron Highland kot. Heee :)

Ada masa klik SINI dan SINI. Tak lupa, jom login Nuffnang..Trimas :)
Take care.




xoxo
kiss and big hug

Friday, September 23, 2011

Detik Itu Akan Tiba

Assalamualaikum & Salam Ceria ...



Tak leh nak sedih sedih lagi. Fikir positif. Dan terus berdoa si comel balik rumah cepat cepat. Kami rindu kamu tau comel :)


Esok pagi bertolak pergi Dungun. Oh yeah ! Tak sabar nak bergosip dengan gadis-gadis. Pastu boleh jumpa mama. Rindu mama, walau baru 2weeks berpisah..


Nak bunga. Nak teddy. Kalau lah dapat. Sob Sob Sob ...




Oklah, tunggu entry seterusnya untuk ketahui selanjutnya. Nak pergi melencong kat Pesta Konvo UKM plak kejab lagi. Papai. Take care. Auwww ...


Ada masa, klik SINI untuk lihat dan sertai untuk dapatkan hadiah terbaik. Terima kasih. Jom update biodata kat Nuffnang. Oh yeah, ada BE plak pasal NI kat Nuffnang ..


xoxo
kiss and big hug

Awak Comel Dalam Kotak Hati Ku

Assalamualaikum ..


Mood tak berapa nak kecundang sangat. Rasa hiba dah disimpan dalam kotak hati, muda dan sangkar besi dihatiku, moga ianya mencari konklusi dan walaupun lonely soldier boy, luka mana yang obsesi serta ku mahu kau tahu, dugaannya, bila aku sudah tiada, oh benci dan aku skandal tak kala aku yang asing yang ludah amerika....


Ada yang boleh agak tak disebalik tulisan yang di-bold dan di-italic kan? Hehe .. Ce teka !


Next entry i will describe about that. Cheh ! Sepiking tuh ! #Speaking.




Awak memang sentiasa comel dalam kotak hati ku sayang. Cepat balik. Saya sentiasa doakan awak balik rumah dan teman mama abah kat rumah & sentiasa doakan kami sekeluarga. Kalau awak tak balik, siapa nak makan friskies banyak-banyak? Sebab yang lain makan, tak sama macam awak. Tu awak gebu ..


I Miss You A Lot MyDear. xoxo


Kakak rindu awak lagi. Rindu dan rindu. Kakak tengok video awak setiap malam. Before tidur kakak tengok. Sampaikan bateri phone habis. Airmata kakak pun dah banyak kali mengalir untuk awak. Jadi, semoga awak cepat balik. Kakak tak nak jumpa mama this sunday dengan keadaan mama sedih duk cerita pasal awak. Awak sayang kami kan?



I Heart You .




xoxo
kiss and big hug

Wednesday, September 21, 2011

Kerana Engkau Yang Teristimewa

Assalamualaikum ...........



Mood kecundang macam orang hilang pakwe makwe kot. Hanya doa dan airmata sentiasa bersama dengan ku. Mencuba untuk senyum semanis gula batu. Namun, ianya hanyalah angan-angan semata-mata. Untuk senyum, nampak senyum cam terpaksa saja. Buruk benor !


Pagi-pagi buta lagi hari ni, 21Sept2011 (Rabu), dapat sms dari mama tercinta. Sms mengenai meowwww kesayangan kami sekeluarga sudah hilang. Dari mood mengantuk terus celik tak berkelip-kelip. Try cubit pipi, berdoa agar tu semua MIMPI. Akhirnya, pipi sendiri rasa sakit, maknanya ... Memang REALITI. Bukan ILUSI atau pun MIMPI BURUK.


Tetiba airmata sebak dan segala jenis perasaan sedih muncul. Dah namanya meowwww kesayangan. Makan tidur semuanya depan mata. Membesar plak depan mata 4 bulan aritu. Rinduuuuuuuuu .... Sebak sekali lagi ...


 


Mata biru awak, bulu putih awak, hidung pink awak, ekor panjang awak, suara comel awak, perangai suka kacau orang tidur, perangai lari-lari awak bila nampak tali, perangai cium-cium dan jilat-jilat kaki orang, muka manje awak time mintak makanan, semua tentang awak.... Rindu rindu ....


Moga awak cepat balik rumah. Semua orang risau pasal awak sayang. I Love You So Much ! Please Come Back For Me .. I Really Miss You . Pray for you.  :(


Orang tak manje dengan meowww mungkin tak rasa kehilangan bila meoww takde. Bagi yang sentiasa manjekan si meowww , mesti rasa ter-SANGAT kehilangan ..


Kakak rindu awak Budak! Budak comel..... Awak baik kan? Balik tau. Kakak sentiasa rindu awak. Rindu sangat. Rasa nak balik rumah sekarang, lepas tu cari awak... Awak ...


Budak comel...Tak terkeluar dalam kepala ayat apa nak taip dah.. Maafkan kakak menangis lagi malam ni. Really really need you.. Awak.... Kakak tengok balik segala video yang kakak rakam before datang kolej aritu...Awak ... :(



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, September 20, 2011

Kat Mana Sekali Pun, Selera Negeri Tetap Di Hati

Assalamualaikum & Salam Ceria ...



Masa tak mengizinkan untuk duduk mengadap blog sepanjang minit macam kat rumah. Zon selesa 4 bulan dah berlalu. Zon baru kembali membahang dan meragut waktu tidur dan waktu bersenang lenang. Dah tahun kedua untuk degree, kena lebih fokus. Walhal, dalam kelas petang tadi pun, mata asyik nak tutup tirai je. Dah namanya dalam dewan kuliah ada aircond, mananya rasa nak tidur jerp. Sapa suruh kelas pukul 4 sampai 6 petang sangat. Huu ..


Stop pasal tu. Tension kot bila fikir pasal belajar sem ni. Rasa tercungap cungap jer nak layan segala subjek sem ni. Dah namanya semakin meningkat sem, semakin susah. Takkan semakin senang. Tapi rasa susah sangat kot. Nama subjek pun tak ingat penuh lagi. Haha ..


Kelmarin habis jer kelas, vroom vroom mencari Restoran Yati Ayam Percik. Kalau orang Kelate mesti tau kedai tu femes amous la jugak kan. Kan sekarang ni, orang area KL dah boleh nak ngapngap masakan Kelate tu. Dah ada cawangan kat Bandar Baru Bangi & Kajang kan.


Pelangi punya hidangan nasi kerabu + ayam percik dan air mata kucing :)

Air bandung cincau pun best kat sini. Yumyum :)



Orang Kelate pun tak payah susah hati sebab lama tak makan nasi kerabu. Kan dah ada cawangan tu, apa lagi.. Bawak la awek, pakwe, suami, isteri, anak-anak dan saudara masing masing.


Dah namanya masih baru lagi dengan keadaan jalan area UKM ni, dengan itu. Segala jenis jalan, harap maklum lah, masih tak ingat. Jalan dalam UKM jer dah mahir. Yang luar luar tu coming soon..


Memang dengan gigih search dekat GPS, gigih tau. Nak makan nasi kerabu dengan ayam percik sangat sangat kan. Duduk la kat England ke, Korea ke, dah namanya orang Kelate, mesti tetap sedap dengan makanan dari negeri sendiri. Tok cayo acu tera tanyo ore wak ngaji di luar negaro...


Dah merayau rayau area BBB (Bandar Baru Bangi), insyaAllah dah ingat jugak lah sikit sikit jalan kat sana. Bangi memang gila dengan roundabout eah. Asyik asyik dengan roundabout. Mana lah nak ingat jalan cepat, asyik asyik pening dengan jalan ikut pukul 9 ke, pukul 12 ke pukul 3.. Roundabout punya pasal kasi compius semua jalan. Nak ingat pasal seksyen lagi lah gamaklah susah.


Minggu ke dua, dah rasa malas nak pergi kelas. Dasyat. Buku plak kena beli dalam 5 buah sampai dalam RM300 lebih kena beli sem ni. Lagi teruja tu. Dah la duit semua dari PAMA. Papa + Mama. Lain lah manusia yang dapat pinjaman dan biasiswa. Kaya lah korang. Leh shopping sana sini. Sob Sob Sob.. Jeles!


p/s : Nak tau lokasi restoran ni kat mana? Klik SINI. Ada masa, usha lah Nuffnang. Dah masuk BE baru plak. Temkiu Nuffnang



xoxo
kiss and big hug

Friday, September 16, 2011

Biskut Jacob's Cicah Hot Milo

Assalamualaikum ...



Disini, area Bangi asyik hujan jer sekarang. Bila petang je, terus hujan. Bikin nak teman bantal je selalu. Kalau duduk rumah ni, mesti hujan je, aktiviti kacau si meoww tidur. Bestnya ! Rindunya kat meoww meoww semua. Macam biasalah, sang meoww suka sangat tidur bila hujan. Kan?


Toink - toink ...


Malam ni ber-dinnerkan biskut jacob's cicah milo suam. Sedap gak hirup milo suam dalam keadaan hujan ni. Kalau pekena muchroom soup lagi machuk kot. Yumyum..




Walau homesick singgah dalam jiwa & mental. Tapi selera makan takde plak jadi tahap nak makan nasi pun tak nak. Kali ni, homesick homesick jugak, makan tetap berselera. Hehe :)


Genap seminggu stay kat kolej. Dalam otak, macam dah sebulan kat sini tau. Dalam seminggu ni pun, rasa bahang segala jenis tension untuk subjek sem ni. Baru rasa bahang degree kot. Memang ter-sangat susah kot. InsyaAllah okeynya nanti. Fikir positif !


Nama subjek pun tak ingat lagi. Asyik bertukar-tukar. Nampak sangat susah. Heee ..


Next entry lah pasal subjek subjek comel tu semua. Bila dah jadi student ni, memang biskut cicah airmilo tu dah benda wajib. Sapa yang tak biasa tu, memang rugi. Lagi satu hidangan tahap superb adalah meggi. Meggi yang dmasak pakai air panas je. Tak main lah pakai dapur gas.


Meggi pun nak tak nak je kembang. Kalau tinggal lama sangat, meggi kembang sekembangnya kan? Nak makan pun dah rasa muak gilews.


Kan best dalam bilik ni ada dapur setiap orang, boleh jugak masak nasi dengan goreng telur. Pastu makan dengan kicap. Wooo.. Sedap sangat. Tambah nasi agaknya. Yumyum. Lapar plak dah. Huuuuu..


Dalam pemerhatian empat mata ni, ramai orang balik rumah. Untung lah rumah dekat. Kan cuti 3 hari. Best tu menikmati hidangan kat rumah. Dengan undangan rumah terbuka lagi. Nak buat cam mana rumah jauh. Kalau tak, memang duk bermanja manja dengan mama dah sekarang ni. Damn !


Dalam ketidak-aktifan menaip entry dan berblogjalanjalan. Masuk 2 lagi BE baru. Mekasih nuffnang. Terharu-maru. Dekat berapa minggu tak BW. Heeee.. BE untuk camera comel ni. Kalau kerja dah grap satu ni. Nak kaler Pinkkkkkkk...


xoxo
kiss and big hug


Tuesday, September 13, 2011

Kembali Bertapa. Hai UKM !

Assalamualaikum .. & Salam Keceriaan ...



Fuhhhhhhh ! Dekat 14 hari tak update entry. Mantopsssss habis! Merindui nak baca segala entry best best blog korang. Sihatkan anda sekalian ?


Tiada lagi makanan sedap-sedap, kuih sedap-sedap, masakan mama yang sedap-sedap, TIADA ! fullstop..


Disebabkan Pelangi tengah bernafas di negeri lain sekarang. Tengah bertapa kat Bangi. Cuti 4 bulan sudah berakhir, dan bermulanya sem baru. Dah jadi budak tahun dua kat UKM. Alhamdulillah ..


Cepat masa berlalu tanpa berhenti walau 0.00001 saat pun. Dah 4 hari bermaharajalela kat kolej. Rindu yang menebal pada manusia kesayangan kat rumah sana. Rindu sesangat. Huuuu ..


Walau tiada makanan sedap-sedap yang bikin Pelangi makin temtem. Masih ada kuih raya dari rumah. Pengubat rindu katakan. Ngeeee.. Gambar family pun dah tertampal indah kat board. Bila rindu, tenung je gambar tu semua..

 Kereta padat dengan barang. Grrrr..


Dalam lif,check in hotel, pun nak snap gambar. Walau kepenatan drive dari KB..


Kelmarin, dengan jayanya ponteng kelas. 1st day dah cam gitu. Haish! Bukan apa, mesti takde kelas kan 1st day. Yelakan, semua duk busy pasal nak register subjek. Jadual pun tak tetap mana lagi. Banyaklah alasan bila mood malas datang. Hik Hik Hik ..


Wooo.. Dengan ini, kesayanganku 6767 datang vroom vroom ke uni. Mekasih mama abah bagi kebenaran 6767 jejak sini dan teman kakak pergi kelas. Teman kakak bila sunyi-sunyi, memandangkan sem ni duk kolej bilik sorang.


Menghitung hari nak jumpa mama abah ni. Baru jer berpisah 4 hari dah rindu sesangat. Setiap hari mesej mama. Tula, 4 bulan asyik melekat jer tepi mama. Ni dah jauh, mesti lah rasa sedih. Mama pun mesti rindu nak pergi pasar dengan kakak kan. Wuuuu sebak ... Rasa nak menitis jer airmata..


Mama, abah, demi keluarga ku tercinta, inginku belajar rerajin. Kejayaanku hanya untuk mereka. Love u all..



xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails