Sunday, June 30, 2013

Gomo Kelate Gomo



Assalamualaikum      . .


Alhamdulillah ---- Dah settle final exam, segala mak nenek report, draf thesis pun dah hantar, tunggu nak viva je this week, lepas tu unofficially graduate. InsyaAllah dipermudahkan. Takut jugak nak present fyp, walaupun dapat tau pemeriksa tu lecturer yang dah kenal. Harap dia ok ok jer tanya soalan dan pemurah dalam bagi markah.


Hurmmmmmm. . . ...


Nak bukak cerita pasal pengalaman kali ke-2 tengok bola dekat stadium. Dan kali ke-2 jugak lah tengok perlawanan bola. Mana la minat tengok perlawanan bola ni. Memang tak minatttt! Hahaha . Hari Jumaat, 28062013 pergi stadium bukit jalil, semata-mata nak cari tiket. Alahaiiiii ramai giles orangggg. Ingatkan takde orang, sebab hari Jumaat, hari bekerja kan. Dah beratur panjang-panjang, tengok-tengok tiket dah habis. Kecewa disitu. Berpanas, berpenat lelah menunggu, berpeluh jugakkk.




Esoknya, 29062013 baru dapat tiket, tu pun nasib ada tiket. Huuuuu Giles ramai orang kat stadium. Macam-macam aksi ada, ada yang warna rambut la, tampal sticker dekat pipi la, warnakan badan pun ada, ganti baju kononnya. Kreatif benarrrr rakyat Kelate! Hihihi -_-


Second time pergi tengok bola. Nasib menang jugak. Aritu pergi pun, menang jugakkk. Yeayyyyy Gomo Kelate Gomo!



Dah la kelmarin dengar khabar pagar roboh. Giler ganas! Sampaikan masuk dalam stadium free free jer. Patut la ramai giler yang duk tolak-tolak nak cari tempat duduk. Nasib time tu dah memang dah duduk, kesian kot masa tu, ramai yang duk tolak-tolak. Sampaikan ada perempuan tu nangis-nangis. Bahaya betul macam tu. Suka hati je tolak orang. Dah pagar roboh, ramai masuk free agaknya. Tu padat macam sardin. Tengah duduk atas kerusi pun jadi padat. Okey la duduk kat dua-dua belah, kanan kiri, orang yang kenal. Kalau orang tak kenal, rasa macam tak sanggup nak duduk situ. Dua-dua semangat bersorakkkkk. Kita je terhengeh-hengeh pandang orang sana sini. Hahahaha Tak minat nak bersorak sangat. Hanya mampu tengok orang yang semangat je.


Hari ni hantar laskar ku balik hometown. Rinduuuu nak bergaduh 24jam. Kalau depan-depan, ada je yang tak puas hati. Best jugak ada masa kita bergaduh. Baru ada slot muncung mulut-mulut, sambil pandang arah lain. Drama sangat. Hahahaha ^__^


Lepas tu hari ni jugak check out untuk bilik semester akhir. Check in semula untuk sesi luar semester, kan ada join program yang akan bermula esok, 01072013. Dapat blok baru ni, okey sikit. Kereta pun parking dekat je, nak pergi cafe pun lagi dekat. Alhamdulillah diberikan blok ni, walaupun nanti ada roomate. Kejab je pun, dalam 20 hari macam tu. Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan. Bila Ramadhan, memang makin rinduuuuuu dekat rumah. Sedih kot berbuka puasa sorang-sorang, macam tahun lepas. Time tu tengah buat short sem, sahur berbuka puasa, semuanya sorang. Giler sedih. Makan pun tak selera. >,<


Macam mana la nak letak dalam DBK bila balik rumah nanti -,-


3 tahun kat UKM. Barang banyak yaaa ampun. Dah internship pun stay kat kolej. So, barang asyik bertambah-tambah. Harappppp muat la dalam DBK nanti nak balik rumah. Takkan nak buang semua barang. Membazir membazir. Sayangggg semua barang kot. Semua pakai duit nak beli, bukan pakai daun kering. Walaupun nota-nota yang print pun sayang nak buang. Ilmu tu. Huwaaaa~~~


Okey dah. Sampai sini dulu. Masa untuk rehat. Penat berkemas, angkut barang dari sana ke sini. Take care:)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 23, 2013

Last Paper | Last Semester



Assalamualaikum . . . . 


Yeayyyyy update entry lagi. Untuk kenang kenangan bila dah habis belajar. Ada satu paper lagi yang harus dilalui. Last payperrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Wajib excited. Sebab nanti tiada lagi bebanan untuk final exam. Dah habis final exam nanti, nak kena prepare untuk viva plak. Cuak, takut, tidur tak lena -fikir pasal fyp ni. THESIS lagiii lah. Selagi tak jilid, selagi tu duk tambah, buang part itu ,part ini. Harap semuanya berjalan lancar.





27hb nanti last paper, tarikh tu jugak kena submit draf THESIS uollssss! Sekarang ni bila mengadap nota, minda fikir THESIS. Bila mengadap THESIS, fikir exam plak. Selagi tak settle dua-dua tu, selagi tu hidup tak senang bagi budak tahun akhir ni weh. Sebab tu kemuncak dalam masa tiga tahun ni. Kalau THESIS or fyp ni tak lepas, alamaknya extend la jawab dia. Sape la nak extend kannnn. Walaupunnnnnn, fakulti ni bagi masa satu sem je untuk siapkan final year project & THESIS. Kalau fakulti lain, siap dua sem lagi untuk siapkan THESIS. Tapi kita orang, satu sem je. Satu sem tu ada berapa bulan je pun. Awal-awal sem aritu, sibuk fikir tajuk projek lagi. Cabaran sungguh !


Hari ni, jerebu dah mula menyelubungi UKM. Pagi-pagi dah bau asap. Ingat mata ni haaaa yang makin rabun, rupanya jerebu. Tak selesa betul jerebu ni, nak bernafas pun rasa terseksa je dengan bau asap.



-_- 


Ingat nak pergi Bukit Broga lepas habis final exam ni. Macam best. Nanti dah habis belajar, takdenya nak pergi sana. Lagi pun Semenyih dengan Bangi, tak jauh sangat kot. Hew Hew Hewww  (^,^)


Masa untuk mengadap THESIS lagi, siapkan isi kandungan dan segala mak nenek dalam THESIS tu. 2 minggu lagi nak tamatkan zaman bujang. Eh zaman pengajian sebagai seorang student. Semoga dipermudahkan :')



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, June 18, 2013

Final Exam | Final Year



Assalamualaikum    :')


Nomnomnomnomnom. . . .  Alhamdulillah, dah lepas 2 paper. Tinggal 1 paper lagi. Waaaaa tak sabar nak habiskan segala jenis tanggungjawab semester akhir ni. Harap ok ok je la result semester ni. InsyaAllah.


Ni subjek untuk 1st paper aritu -_-


Walau soalan objektif, soalan susah kemain. 100 soalan pulak tu. Tawakal je lah dapat gred apa nanti. Hewwww Hew Hew. . .




Ni plak untuk paper arini (Pengurusan dan Strategi Pembuatan). Banyak sangat kena hafal pasal strategi, harap-harap ok la result untuk subjek nih. Sesaja nak mengada update pasal ni, buat kenangan. Nanti dah habis belajar, baca entry-entry lama. Best wooo. Mengimbauuuu kenangan katakan . Hahahaha ^^


Okeyyylahhh masa untuk rehatkan minda sambil melayan THESIS. Selagi tak hantar draf, selagi tu lah tak tenang jiwa pasal THESIS nih. Miss youuuuu awak ! 


Okbye! Hihi



xoxo
kiss and big hug

Monday, June 17, 2013

Semangat Yang Hilang



Assalamualaikum  . Eh haiii. Tetiba rajin nak update blog. Seriously, rasa macam takde mood nak study dah. Dah la ada 2 paper lagi yang kena lalui untuk final exam untuk final year nih. Mentang-mentang dah final year, takde mood nak study konon. Konon je laaaaaa   -___-


Bukan apa, dah jarak setiap paper tu jauh giles. Sebenarnya ada 3 paper je untuk final exam kali ni, tapi dah lepas satu paper, lastweek. Tiga paper, dalam minggu yang berbeda. Eh, berbeza. Memang la ok kan kalau tarikh exam ada gap, membolehkan study smart and rilex sikit. Tapiii, dah masuk sem akhir, rasa macam tak sabar nak habiskan final exam, sebab nak fokus pada THESIS plak nih.




Sebenarnya, dua hari lepas supervisor dah attach semula THESIS yang dia dah betulkan. Kan dah kata, lama sangat tak mengarang, amik kauu thesis banyak kena perbetulkan ayat. Ayat ke lautttt dah tu. Nasib dia tak complain dalam email tu yang ayat macam budak sekolah rendah. Kiranya senang kerja je, just betulkan balik part mana yang dia highlight kan. Kena siapkan esok la, lepas exam. Nak ngadap THESIS hari ni, hati rasa gundah gelana plak, fikir exam esoknya. Bila nak ngadap nota, fikir THESIS lagi.


Memang pegang itu tak kena, pegang ini tak kena. Hahahaha . . . . .


Ok lah masa untuk study. Harap esok dapat jawab dengan tenang dan segala ilmu yang diajar dan dibaca boleh diluahkan pada kertas jawapan esok. Esok paper - Management and strategy of manufacturing. Seronok belajar subjek tu sebab pasal manufacturing, tapi memang banyak kena ingat dan faham.

Lebih kurang 3 minggu lagi nak kena hadapi sebelum mencapai masa untuk MERDEKA kan diri dari belenggu THESIS, REPORT, FINAL EXAM, PRESENT FYP.. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan sabar hadapi cabaran..


Dan, pasti akan merindui saat ini, bila dah masuk alam pekerjaan nanti   :-)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 16, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum .


Tahniah dan alhamdulillah dia dah berjaya habis latihan. Tahniah sekali lagi. Tak beli bunga or bebear pun, rilek la, kata masuk tentera udara, mat askar tak main bunga-bunga ni kan. Takpe, dah bawak coklat cadbury dan kitkat. Kesiannya, sebab dah cair. Cuaca panas, letak dalam handbag pun still boleh cair. Kalau letak dalam kereta, lain lah. Tunggu jumpa nanti, kita makan snickers banyak-banyak. Tak sempat nak cari kedai aritu.


Lololo.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin :-)


Ini dia gambar-gambar kat sana -Institut Tentera Udara, Ipoh.


Ni awal-awal, semua cari anak-anak masing-masing. Alololoo rindu lama tak jumpa kan.

Robot sangat .

Terbaik lah kawad depa. Semua sama. Macam tengok robot. Hahaha


Pertunjukan waktu akhir-akhir. Perghhhh hebat. Lompat sana sini.

Nomnomnom :')

Kasut berkilat kemain. Bagus disiplin cam gini. 

Tahniah awakkkk   :')


Okey dah boleh start study dah. Fokus untuk exam plak. Tak sabar nak habis final exam yang ada dua paper je lagi ni, 18hb dan 27hb, semoga diri ini sentiasa rajin dan dimurahkan rezeki, cepat-cepat dapat kerja plak. Amin  :-)


Dah jumpa pun still rindu rinduan. Happy dapat attend majlis macam tu, tak pernah lagi tengok depan mata majlis hebat camtu. Thanks kerana sudi jemput , lepas tu dapat kenal family --oh hooo sedikit malu disitu, eh bukan sikit, banyakkkkk. Malu gila. Dah la tak pandai nak sembang-sembang secara serius. Hahaha Btw, everything ok , family dia pun ok ok jer, asyik suruh bergambor sama-sama je, maluuuu kot. Hihihihi Cepat keluar, nak ajak suruh belanja mekdi plak nih. Lalalalalaa~~ Masa untukkkk studyyyyy   -__-


Tunggu saya konvo bulan 10 plak . Heeeee....



Fightingggggggg !


xoxo
kiss and big hug


Wednesday, June 12, 2013

Bila Hati Berbunga Riang



Assalamualaikum .


Senyummmmmmmm sampai penat. Hihihihihihihihi   : )

By the way, rasa macam nak menjerit dekat pantai. Hohoiiiiii Alhamdulillah dah siap taip-taip THESIS. Berapa malam tidur dua tiga jam je, adat orang berstatuskan S T U D E N T. Kan? Lebih-lebih lagi tahun akhir, banyak kerja uols. Projek tu kena hantar, assignment ni kena hantar, THESIS kena proceed untuk bab tu bab ini. Takpelah, redha je, kan tak lama lagi dah nak habis belajarrrrrr.


Seronok sangat . Heyyyy hati. Rasa lega je bila THESIS dah hantar kat supervisor untuk dia check. Tunggu apa nak diperbetulkan jelahhhhh. Harap banyak tak salah. Semua pakai bedal je taip, lama gila tak buat karangan skema cam tu kan. Tabah je lah -____-


I miss youuuuu so much .


Dah tiba masa THESIS dah dihantar ke supervisor. Dia plak call, apakah. Inikah jodoh. Saat hati lega bila kerja dah settle, dapat plak bercakap dengan dia. Hurmmmm double happy nih. Rinduuuu sangat. Dekat enam bulan tak bergaduh. Rinduuuu nak sembang sembang. See you this saturday.


Dia kata nak bagi hadiahhhh nanti. Mulut ni kata tak nak , tak payah susah-susah konon. Kononnya. Hati kata nakkkkkkk! Hahahaha.   Siap pesan suruh bawak coklat plak nanti. Okeyyy saya beli coklat best best untukkkkk awak. Jangannnn kongsi dengan kawan ok. Just for youuuu. Kekekeke~



Much love .


xoxo
kiss and big hug

Friday, June 7, 2013

Detik Terakhir



Assalamualaikum . . . Moshi-moshi  !

Detik terakhir sangat. Boleh dikatakan --- drama sangatlah kau. Anyway, sekarang ni waktu kemuncak student tahun akhir, tiada lagi istilah nak ambil angin kat shopping complex, nak gelak sambil gosip itu ini, nak bazirkan masa dengan tengok drama korea dan seangkatan dengannya. Itu semua terbantut. Ini kerana THESIS. THESIS. THESIS. All about THESIS !


Kiranya ni saat-saat terakhir student fakulti saya. Fakulti teknologi dan sains maklumat. Waktu ini tiada lagi istilah nak rilex sambil makan popcorn depan laptop, tidur pun berapa jam je, masa itu penting untuk siapkan THESIS masing-masing. Final exam pun bakal menjelma, study pun tidak lagi. Studyweek diisi dengan menyiapkan THESIS. InsyaAllah dipermudahkan. Think positive !







27hb nanti kena submit draf THESIS dah. InsyaAllah sempat siap dalam masa terdekat sebelum exam pertama menjelma. 11hb ni dah start exam, good luck untuk diri sendiri . Tak sabar nak siapkan THESIS, lepas tu boleh bebas kejab, rasa lega kot kalau dah siap. Sekarang tengah mengarang untuk bab 4 - bab yang penuh dengan hasil kajian dan analisis data. Berpuluh-puluh page kat situ aje, masak lah kalau THESIS tebal sangat. Harap ok ok je. I love you , THESIS. Hihihi .


I love mama abah too. Also love my siblings. Actually love him too  (>,<)


Happy for 19 dear. Take care. Imy .





Much     l o v e .
xoxo
kiss and big hug


Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails