Sunday, May 26, 2013

Jalan Jalan Semester Akhir



Assalamualaikum . Macam tak percaya je, dah nak berakhir sesi kuliah untuk semester akhir. Lebih kurang 3 tahun pengajian untuk degree dah nak sampai penamatnya. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menuntut ilmu. Walaupun pada awal-awal sem, ada masalah sebab dapat course yang tak sama apa yang dipilih. Dorongan mama abah, belajar je la. Terima kasih mama abah sentiasa doakan kejayaan kakak. Jasa mu tak dapat ku balas, hanya Allah yang dapat balas. I love both of you. Forever and ever   :')


Ok stop pasal layan perasaan.

Fakulti kami - 

Dah semester akhir, memang stress ---- mana nak fikir pasal final year project, mana nak siapkan thesis, mana nak siapkan segala projek / assignment untuk setiap subjek. Awal-awal sem aritu, takde lah rasa stress sangat. Dah saat-saat akhir ni, makin stress. Nak buat kerja ni, teringat kerja sana. Biasalah dunia pelajar tahun akhir. Jadi, rakan kelas plan untuk trip ke Port Dickson, lepas tu adakah bbq. Kan dah semester akhir, nanti bila plak nak bersama kan. Bila dah habis belajar, semua ada jalan masing-masing. Bukannya semua dalam negeri sama, negeri lain-lain, lagi lah susah nak jumpa. So, 18 May yang lepas berpusu-pusu ke Port Dickson, dalam 6 buah kereta jugak. 


Indah indah. Romantika sangat .

Ni apartment tu - siap ada astro. Kita orang layan masterchef lagi. Hewhew~

Dari beranda- buka pintu, indah je tengokkkk pantai. Kannn?

Buat masa sekarang, bab pengangkutan tak jadi masalah, sebab kebanyakkan rakan kelas ada kereta sendiri. Jadi, part nak ke sana sini, tak jadi masalah. Kat sana, kita orang sewa dua bilik kat apartment, satu untuk gegadis dan untuk the boys. Sewa apartment, sebab nak senang untuk masak-masak, segalanya ada kat situ. Jadi, tak payah nak bawak dapur ke apa, kan senang tu. Bilik pun selesa, luas sangat, everything complete. Stay kat sana satu malam je, nak lelama kat sana, time tu kerja berlambak-lambak. Tak boleh nak bercuti sangat lah kan. 

Dah sampai bilik, boring jugak lepak bilik. Petang tu naik bot kat Pantai Teluk Kemang !
Super ganas abang tu bawak bot. Saje je kan .

Best moments :')

Much love . 


Kat apartment tu pun, keluar je dekat beranda, nampak pantai. Indah sangat. Part paling takut malam tu, dalam pukul 1 pagi kot, angin kencang, macam ribut, dah la duduk depan pantai, mesti la ada perasaan cuak takut, sape tak takut tengok pokok kelapa macam nak tercabut je, kuat sangattt angin malam tu, ombak pun menakutkan, otak fikir -tsunami. Nak tidur pun tak lena malam tu, takut kejadian yang tak diinginkan tu berlaku. Angin terlampau kencang sampai bunyi, walaupun duduk dalam bilik. Selipar semua nak kena masukkan dalam bilik jugak, sebab nanti terbang dibawa angin. Sapeee tak takut kalau macam tu, first time lalui kejadian macam tu wei. Kuatkan hati, fikir positif.


Malam tu kan, sebelum part angin kencang tu, ada bbq. Makan sampai padat perut, makanan banyak sangat. Kata nak berseronok- jadi perut turut seronok sekali. Dah lepas makan tu, saya dengan geng berlima ni, saje je duduk dalam bulatan, buka sesi tentang masa depan. Masa depan kauuuu! Heee~


Masanya untuk tanya kawan-kawan dengan lebih serius , tentang kekasih hati. Chewah! Dalam kelas, tak sempat nak sembang secara serius. Maybe! Kalau sembang hal personal camtu dengan kawan baik, takde hal punya kan. Nak sembang pasal personal tu dengan kawan yang so so tu, rasa sedikit segan, dan macam tak perlu sangat kot. Hihi .. Bila kita berlima ni duk gelak sakan, lepas tu sorang-sorang sengih gembira duk cerita pasal hero malaya masing-masing, tetiba masuk sorang-sorang budak kelas lain dalam bulatan gembira kita orang. Takde lah masuk serentak, mula-mula sorang, lepas tu dua tiga orang, akhirnya semuanya dalam bulatan gembira. Memang saya dah agak, mesti semua akan join bulatan gembira - yang mana setiap orang perlu bercakap benar apabila ditanya soalan. Nampak tak daripada lima orang, terus jadi bulatan gembira yang besar-besaran. Hihi . Seronok jugak dengar cerita masing-masing. Masa depan itu perlu diangankan, tanpa angan-angan, semuanya takkan berlaku, dalam angan-angan tu, perlu la berusaha. Mana nak menjadi realiti angan-angan tu kalau tak usaha kan. 


Rasanya detik bulatan gembira tu la yang paling seronok malam tu. Sebab masa tu kita tau rahsia hati setiap orang. Takdenya kita nak menyoal semua rakan kelas bab hati dan perasaan. Lainlah kita dah rapat dengan semua orang. Sebak pun ada malam tu, bila la dapat berkumpul lagi macam ni kan. Mesti dah habis belajar, masing-masing punya agenda tersendiri. Mungkin ada yang sambung belajar, ada yang kerja, ada yang akan kahwin. (Y___Y)


Okey sampai sini sudah karangan kali ni. Tunggu settle kerja, baru up entry lagi. Take care. Have a nice day. 



xoxo
kiss and big hug


Saturday, May 18, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Assalamualaikum . Kembali menaip, tetiba rasa takde mood nak mengadap segala jenis kerja. Okey , nak buka cerita pasal "Sebenarnya saya isteri dia". Eh ! Saya tak kahwin lagi, tu tajuk novel dan drama yang tengah HOT dekat tv3. Peminat drama ni kemain lagiiii excited nak tengok bila hari Jumaat malam. Semua mesti mengadap tv la masa tu, yang mana kena berebut remote dengan adik-adik or anak-anak tu. Pasrah je la.. Hihihihi .


Tengok dekat page penulis novel tu, boleh dikatakan macam semua peminat drama tu mesti dah baca novel dia. Setiap orang siap boleh bagitau part mana yang tak sama dengan novel, part mana yang missing, part mana yang ditambah dan dot dot dot lagiii. Semua jadi pengarah katakan. Seronok jugak bila excited camtu. Ohhhh Firash .

:)
Ni episod awal-awal lagi haaa ^^

Yang ni episod minggu minggu lepas punyaaa -_-

Ni yang episod hari ni. Kekeke~



Sebenarnya dah ada entry sebelum ni yang review novel tu kat SINI. Memang kebanyakkan keywords yang masuk sekarang ni pasal novel tu. Terima kasih sudi singgah sini. Ime acih anyak anyakkk  (^.^)


Baca novel ni pun sebelum drama tu diterbitkan lagi. Sebab tengok review orang pasal novel tu yang best, tu yanggg habiskan masa hanya 2 3 hari je baca novel tebal tu haaa. Buku belajar tak habis plak baca. Walau sekarang ni dekat kolej, sanggup kau tengok tv online semata-mata untuk drama tu. Nampak tak semangat tu. Tiz Zaqiah cantik je kan bertudung, Izzue lagi lahhh menawan kalbu. Kito anok kelate kan ! Hihi




Esok berjimba-jimba ke PD dengan budak kelas. Ok. Sambung buat assignment.


Peminat SSID, give me five sekali. Heeeeeee~


Tata titi tutu . . . . . .


xoxo
kiss and big hug

Monday, May 13, 2013

Feel This Moment



Assalamualaikum.. Blog takde lagi entry untuk bulan Mei, hey hey hey. Selamat datang Mei, walau dah minggu ke tiga dalam bulan tu. Lagi dua minggu je tinggal nak habis bulan Mei. Cepatnyaaaaa awak berlalu pergi wahai masa. Kiranya lagi dua minggu lagi untuk pergi kelas, rasa sebak, sedih, hiba pun ada ni. Dah nak berakhir masa selama tiga tahun untuk sesi mendapatkan degree. 


Tinggal dua minggu lagi untuk siapkan segala jenis assignment, projek bagi setiap subjek. Lepas tu, projek tahun akhir lagi. Harap semuanya baik-baik je lah. InsyaAllah dipermudahkan olehNya.  :')



Buat masa sekarang, korbankan waktu tidur. Tidur kejab-kejab je, kerja berlambak-lambak. Nak nangis pun ada. Nakkkkkk mama. Bila dah kerja berlambak, haruslah level of stress tu ada. Think positive ! Think positive !


Nak sesuatu yang kejayaan tu, kena usaha, usaha dan usaha lagi. Bila kita dah usaha pada tahap yang termampu, tawakal adalah jalan yang terakhir. Tak sabarrrr nak habiskan sem yang mencabar ni, lepas tu dapat senyum lega seketika, sebab mampu buat yang terbaik demi abah dan mama. Dah habis belajar nanti, usaha cari kerja la pulak kan. Pasti ada rezekinya nanti kat mana-mana kan  :-)


Nanti dah habis belajar--saya kembali jejak jejak di blog rakan sekalian. Sabar sabar sabar. (-__-)

Sabar menanti dengan penuh rindu. Semoga baik-baik sayang. Much loveeeeeeee




Aja-aja fighting .


xoxo
kiss and big hug


Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails