Wednesday, February 13, 2013

Sahabat


Assalamualaikum .

Moshi moshi   :')
Cuti semester hampir ke penamatnya bagi pelajar degree. Kalau cuti hampir berakhir, mesti tak boleh terima kenyataan. Cepatnya masa berlalu, dah nak dekat 3 minggu kat rumah. Kalau kat kolej, alahai lama je rasa nak habiskan setiap minggu tu. Orang lain cuti 4 minggu, kita intern aritu pun habis lewat, jadi cuti 3 minggu je, berapa la markah industrial training tu. Nak A, nak A ! Amin  -__-


Semalam hang out dengan kawan baik yang kita orang belajar sama sama waktu nak SPM. Rindu sangat saat tu, semua sama sama habiskan masa berjam jam nak mengadap soalan addmath. Alhamdulillah semua sedang sambung degree, dua orang akan habis belajar bulan 6 ni dan lagi dua orang tahun depan. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila, bukan senang nak cari kawan yang susah senang bersama. Tak bermakna setiap masa kita berubah tempat belajar / tempat kerja, kita akan bertukar kawan baik.



Hargailah kawan kawan kita yang selalu sokong kita bila susah senang. Jangan menyesal kalau kita kehilangan orang yang sedemikian. Zaman sekarang ramai yang jenis 'makan dalam', depan baik je alahai, belakang kita, habis dia sebar cerita yang tak baik kat orang lain. Orang macam tu tak leh dibuat kawan baik, kawan biasa biasa je dah cukup. Heeee :-)



Dulu bila bersembang masa zaman sekolah, semua berangan nak masuk universiti, lepas tu pergi kelas pakai baju biasa means dah tak pakai baju sekolah. Kan masa tu, bosannya pakai baju sekolah, dah tinggal waktu tu, baru nak rindui balik pakai baju sekolah. Lepas tu, berangan nak drive kereta sendiri, bajet dewasa sangat la kot kalau boleh drive sendiri. Hihi Lawak plak rasa bila diimbas kembali   :')


Dah tiba masa untuk sambung belajar dalam diploma masing-masing, semua duk rindu nak pergi sekolah kembali, nak jumpa cikgu cikgu, dan habiskan masa sampai petang kat sekolah sebab buat study group sama sama. Oh indahnya kan :)


Bila dah dalam diploma, impian nak habis belajar cepat-cepat, dan kerja, ada juga cita-cita nak sambung degree kan. Rasanya percent nak sambung degree tu tak banyak sangat, sekadar isi UPU secara suka suka. Sebab rasa belajar diploma pun dah lama, tiga tahun jugak. Berangan nak kerja, lepas tu shopping sakan. Ish, tak patut. Hahaha .

*semua gambar di-google :)

Dah habis diploma, rezeki masing masing dapat sambung belajar untuk degree pulak. Alhamdulillah geng kita semua diberi rezeki kan. Dah tiba dalam degree, masing masing dah berangan nak cepat kahwin plak. Peredaran waktu mengubah matlamat dan cita-cita plak. Ada je nak berangan lebih lebih. Jodoh tak ke mana, insyaAllah semoga kita berempat dapat melalui hari-hari dengan senyuman :)


Terima kasih geng pakatan korea. 


Kita orang ber-empat, zaman sekolah ramai panggil pakatan korea, sebab semua minat korea. Sampai sekarang kot, ada rezeki, kita pergi holiday kat sana sama-sama. Bawak hubby masing masing. How sweet !


Hargai kawan di depan kita :)
Jom layan lagu 'SAHABAT' by Najwa latif . Lagu yang comel comel gitu .



xoxo
kiss and big hug 

21 comments:

Hanim Irsyad said...

hehe. hargai la mase bersama. naty da kawen. susah nak jmpe kawan-2 daa kan. hehe

mizzura said...

waktu memula kerja dulu..selalu rasa rindu nak belajar...zaman2 tak de org nak kisah kena dtg kerja awal bla bla..hargailah setiap masa..enjoy life to the fullest..

Salam singgah :-)

cik nana said...

hehe betul tu. eh tapi kn mcm kite dulu sebelum habis nak cepat2 habis dah penat blaja kononnye lepastu skrg dah habis degree rasa rindu nak belajar semula. tapi taknak sambung master, malas. kehkeh..

Kina said...

untung la masih becuti, uia dh nk masuk 2 mggu dh blaja,...huhu,..xsempat nk rasa cuti,..hehe

Keknis said...

Anis pun nak pergi korea. Harap2 ada rezeki nanti ^_^

Rin Saharina said...

yep.indeed. jg best friend sebaiknya. coz bestfriend are hard to find, but when one comes along, they will make life worthwhile =)

lieyalatif said...

SO SWEET!! bace entry ko ni dik, buat akak tingat zaman2 study kat uitm dulu...owhh rindunyer...

so nikmati hidup sbg seorg student betul2 key...lepas ni dah keje dah kawin semua akan berubah.....

ejaiphoto said...

betul....hagailah kwan anda

Unknown said...

hehhe.. sahabat tu penting dl hidup seseorg kan? tp tu lah, tak ramai sahabat menangis..
sbut pasal lagu tu, in shaa Allah 22. Feb 2012, kat IPG fiq ada Malam Puisi Riong Berita Harian-IPG KPI.. najwa latiff pun ada.. jemput dtg yer :)

Anonymous said...

If yοu are going for finest contеnts like myself, ѕimply pay а vіsit thiѕ web site еverydaу
becauѕe it оfferѕ quality contents,
thanκs

Also visit my blog post homeopathic hcg
Also see my website :: hcg diet drop

Unknown said...

salah satu rasa bahagia, bila boleh bergelak ketawa bersama2 :)

kakrose said...

betul tu..hargailah orang2 di sekeliling kita sementara mereka masih ada..

Farhanah Mokthar said...

nice entry dear..
jom singgah sini http://anakincikmokthar.blogspot.com/2013/02/shawl-halfmoon-sakura-long-dress-tribal.html

idafirdausi said...

Betul. Hargailah persahabatan yang ada. Bersahabatlah dengan ikhlas, insyaallah akan kekal selamanya :)

Azhafizah MN said...

sahabat is sahabat.by the way,All the best dear (:

Liza Razak said...

kawan susah senang paling susah nak cari kan

Unknown said...

bila belajar jauh2 dari family, mmg kawan je yg paling rapat :') susah senang semua sama-sama. Goodluck in ur studies :)

Mek Onie said...

kawan2 espiyemmmmm onie ada kat kelate nuh,payoh nok jupoooo :(

Shahada Fauzi said...

best kan ade kawan baik yang betul2 baik dan ada masa susah senang..(^_^)

p/s:: suka sangat dgn lagu sahabat tu..fevret!

Liyaa Mf said...

Biasa la. Kita akan rindu benda2 yg kita pernah lalui dulu. Masa kita lalui tu, macam2 yg kita nak rungutkan. Pastu harap2 sangat phase tu cepat2 berlalu, sbb nak rasa lalui phase laen pulak. Tp pastu, mula rasa phase yg dulu tu lagi best. Hehe. Normal la tu. Hargai je setiap fasa dalam lyfe kita kan? Just enjoy it, sbb one day nanti itu la yg akan kita kenang2. Masa terus bergerak ke depan, takkan pernah bergerak ke belakang :D

FnF Simple Life said...

akak yg dh kawen dan dah ada anak2 ni pun rindu zaman2 sekolah n zaman u...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails