Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum  .

(^-^)
Selamat Hari Raya untuk semua. Serius lama sungguh tak update entry, lepas tu singgah sana sini untuk komen entry masing masing. Masa mencemburui kita katakan. Hihi.


:')

Aritu sebelum balik untuk beraya, sibuk settlekan assignment la, presentation la. Namanya shortsem, memang rasa tepu je otak nak siapkan kerja dalam masa terdekat. Alhamdulillah semua settle sebelum balik beraya. Syukur juga sampai rumah dengan selamat, walaupun dekat pukul 12 malam sampai rumah. 


Sempat jugak berpuasa dan sahur dekat rumah. Alhamdulillah.


Raya tahun ni, busy sikit, sebab ada cousin yang kahwin. Jadi, sesi tolong menolong kat dapur. Kat kampung, tak pakai catering, jiran jiran datang menolong, tu yang susah nak cari zaman sekarang ni. Sambil sembang-sembang, kan lama tak jumpa. Biarlah makcik makcik dah pangkat nenek sekalipun, pastu share pasal petua itu ini. Memang seronok !


Ni adik-adik kita. Tema oreng tahun ni =)

Dalam duk beraya, kucing kesayangan kita orang mati.Umur dia dekat 4 tahun lebih.
Serius sedih. Rindu dia. Memang dalam seminggu sebelum dia mati, tak makan nasi pun.
;'(


Ada blogger yang hantar kad raya. Terima kasih awak awak. Tak sempat nak balas, insyaAllah tahun depan kita berbalas kad raya. Okey  ;')


InsyaAllah raya tahun depan dah habis belajar. Semoga dipermudahkan urusan mencari kerja nanti. Amin. Fuh raya kali ni pun ramai yang melangsungkan perkahwinankan, banyak tempat jugak lah teman mama abah pergi wedding. Perut pun meragam, sebab dah bercampur gulai. Bahaya gak musim kenduri ni, gulai yang ntah elok ke tak , kita tak tau kan. Kesian perut  -_____-


Hari ini, kalau ada masa free, nak pergi beraya dengan kengkawan. Baru ada kesempatan nak pergi bersama. Dua tiga hari lepas, sibuk kat kampung dengan kenduri cousin tu. Saya bila lagi ? Ramai benar yang tanya. Malu eden .

HikHikHik.


Tahniah my lovely bff sebab dah jadi tunangan orang. Semoga awak dan si dia bahagia selalu dan cepatcepat kahwin. Love you  ;')


xoxo
kiss and big hug

13 comments:

kyoshi_sousuke said...

selamat hari rayeee..hehe

Wani Zamri said...

Selamat hari raya maaf zahir batin awak! ^_^

Nurul Husna Mohd Hassan said...

dah raya ke-6 dah, jap je masa :'(

boni kacak said...

wah..comelnya semua. serba oren.. selamat hari raya aidilfitri ye :)

najihah sahami said...

feewit...pinjam carlo rino sat....haha...

selamat hari raya pelangi. ceria sokmo baju raya dia..

fifie said...

Salam lebaran pelangi :)

Iffah Afeefah said...

slmt hari raya jugak

azalia hjsalleh said...

selamat hari raya maaf zahir batin =)
baguslah raya bertema..
warna oren cantik =)

nazirah said...

wah selamat hari raya
wah mmg nmpk bz benar ekh..
neway.. smg sumenye
dipermudahkan dan berjln lncr
aamiin :)

Namee Roslan said...

selamat hari raya si comel!!! :D

Namee Roslan said...

selamat hari raya si comel!!! :D

Liza Razak said...

sedih pulak bila baca pasal kucing sis mati tu..anyway selamat hari raya sis!!

sal ya said...

selamat hari raya selagi syawal masih ada...

Related Posts with Thumbnails