Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum  .

(^-^)
Selamat Hari Raya untuk semua. Serius lama sungguh tak update entry, lepas tu singgah sana sini untuk komen entry masing masing. Masa mencemburui kita katakan. Hihi.


:')

Aritu sebelum balik untuk beraya, sibuk settlekan assignment la, presentation la. Namanya shortsem, memang rasa tepu je otak nak siapkan kerja dalam masa terdekat. Alhamdulillah semua settle sebelum balik beraya. Syukur juga sampai rumah dengan selamat, walaupun dekat pukul 12 malam sampai rumah. 


Sempat jugak berpuasa dan sahur dekat rumah. Alhamdulillah.


Raya tahun ni, busy sikit, sebab ada cousin yang kahwin. Jadi, sesi tolong menolong kat dapur. Kat kampung, tak pakai catering, jiran jiran datang menolong, tu yang susah nak cari zaman sekarang ni. Sambil sembang-sembang, kan lama tak jumpa. Biarlah makcik makcik dah pangkat nenek sekalipun, pastu share pasal petua itu ini. Memang seronok !


Ni adik-adik kita. Tema oreng tahun ni =)

Dalam duk beraya, kucing kesayangan kita orang mati.Umur dia dekat 4 tahun lebih.
Serius sedih. Rindu dia. Memang dalam seminggu sebelum dia mati, tak makan nasi pun.
;'(


Ada blogger yang hantar kad raya. Terima kasih awak awak. Tak sempat nak balas, insyaAllah tahun depan kita berbalas kad raya. Okey  ;')


InsyaAllah raya tahun depan dah habis belajar. Semoga dipermudahkan urusan mencari kerja nanti. Amin. Fuh raya kali ni pun ramai yang melangsungkan perkahwinankan, banyak tempat jugak lah teman mama abah pergi wedding. Perut pun meragam, sebab dah bercampur gulai. Bahaya gak musim kenduri ni, gulai yang ntah elok ke tak , kita tak tau kan. Kesian perut  -_____-


Hari ini, kalau ada masa free, nak pergi beraya dengan kengkawan. Baru ada kesempatan nak pergi bersama. Dua tiga hari lepas, sibuk kat kampung dengan kenduri cousin tu. Saya bila lagi ? Ramai benar yang tanya. Malu eden .

HikHikHik.


Tahniah my lovely bff sebab dah jadi tunangan orang. Semoga awak dan si dia bahagia selalu dan cepatcepat kahwin. Love you  ;')


xoxo
kiss and big hug

Saturday, August 4, 2012

Iftar bersama Tersayang



Assalamualaikum   .


Salam Ramadhan yang ke-15.
Cepatnya masa berlalukan, dalam dua minggu lagi nak masuk Syawal. Alhamdulillah  :')


Ramadhan ke-14, iftar bersama yang tersayang dan tercinta.
Yang tiada siapa dapat tukar ganti, walau diberi emas ataupun segunung duit. Bestnya sangat dapat berbuka puasa sama-sama, sambil gelak tawa bersama. Seronok lagi bersembang. Bersyukur sangat diberi peluang berbuka puasa sesama. Nak tunggu balik hari raya nuh nanti, lama jugak la lagi. Rezeki bulan Ramadhan. Happy sangat sangat.


**gambar dicekau dari abang google.

Berbuka puasa dengan ikan siakap tiga rasa, udang celup tepung, tomyam campur, kerabu sotong, telur dadar dan fresh orange. Yummy sangat. Tak bermakna pun sebenarnya kalau makan best best tapi kalau takde si dia. Love love love  :)


Lepas solat maghrib je, terus pergi KLIA sebab nak hantar yang tersayang tu. Alhamdulillah yang tersayang selamat sampai walaupun flight delay, dekat pukul 10.55pm baru dapat fly. Tak sabar nak balik rumah. Rindu lagi. Sampai bila-bila saya rindu. Sampai bila-bila saya cinta. Dialah kekasih hati, dialah kawan baik, dialah tukang masak, dialah tempat mengadu susah senang, dialah ibu, dialah mama, dialah ratu hati, dialah idola saya. Semuanya dia. 

**gambar dicekau dari abang google.

Terima kasih ya Allah bagi kesempatan berbuka puasa sama-sama dengan my mama. Tak sempat nak bawak mama pergi jejalan dekat Alamanda, masa mencemburui kami pulak. Kan ada bagitau entry lepas, yang mama datang KL untuk interview. 


Tahun ni, kain baju raya, semuanya mama belikan. Iyelah kan anak dia duk kolej, tak dapat balik. Sekali dengan kain, lepas tu tudung bawal lagi. Tak sabar nak tengok corak camne mama belikan. Tak sabar nak balik. Huu ^___^


Hari ni iftar bersama mak saudara yang kat Puchong pulak. Tidur sana malam ni. Yeppi.. Nanti malam ni nak belajar masak kek karamel. Kalau menjadi, boleh try buat untuk hari raya nanti. Yummy..


Minggu depan busy sikit, ada mock exam, presentation lagi. Go go fighting !




xoxo
kiss and big hug

Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillah




Assalamualaikum  .


Result sem lepas dah boleh check, alhamdulillah naik la sikit. Biarpun tak tinggi mana pun. Syukur itu perlu. Usaha lagi shortsem ni. Fighting fighting !


**gambar dicekau dari abang google.


Bila tengok result, mulalah nak motivasikan dirikan. Berjanji nak rajin study, kurangkan facebook la, nak fokus belajar dah, tak nak main-main dah la, kurangkan layan running man, kurangkan drama korea, tu bila tengah check result. Bagus betul, kalau mama abah dengar, sejuk hati tengok anak dah berubah jadi super rajin.


Tapi !


Dah start sem baru, mula mula tu memang la fokusnya alahai, rajinnya baca nota malam-malam, bila dah pertengahan sem, semangat yang hilang melayang pergi mana entah. Kalau boleh ikat semangat, dah lama nak ikat dekat leher, biar asyik semangat nak study dan study. No more korean drama  -____-


Okey shortsem ni usaha lagi. InsyaAllah  ;')


Alhamdulillah juga sebab dah Ramadhan yang ke-12. Hari ni pergi bazar,(macam lah hari ni je pergi, tiap tiap hari pergi bazar), beli lah kuih cara. Ala yang comel comel tu, yang warna hijau. Belilah RM2, sebab hari tu beli RM1, macam tak cukup je. Huhu . Bila nak makan, alahai pakcik kasi yang hangit. Kita memang la tak tengok pun time dia masukkan tadi, nak kata tadi kuih tu dah nak habis, macam banyak je. Pakcik pun kalau nak berniaga, jaga lah hati pelanggan. Sedihnya pakcik kasi yang hangit-hangit. Macam yang reject dah. Yela nanti saya dah tak nak beli kat pakcik. Beli kat orang lain dah Y___Y


**gambar dicekau dari abang google.


Kesian dapat kuih comel yang hangit. Kalau mama beli, mesti tengok dan check kot-kot dia kasi yang hangit ke apa ke. Saya percaya, tu yang tak check, ala kuih RM2 je pun. Akhirnya masuklah tong sampai wahai kuih comel.  ;'(


Hai Ogos !
Hari yang ada kisah sedih dan gembira. Takpe, sabar dan senyum selalu  -,-



xoxo
kiss and big

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails