Friday, April 27, 2012

Tuhan Jagakan Dia



Assalamualaikum dan Salam Jumaat  >,<


Hari ni, takde kelas. Sepatutnya ada satu kelas, dah dibatalkan. Apa lagi, masa untuk merehatkan diri. Masa untuk kemaskan bilik. Masa untuk berblog pun ada sikit. Masuk sana sini punya blog. Rindu nak blogwalking setiap masa.  -,-

Tudung bawal dua tone & skaf rambut model untuk kali ni  =)


Tajuk entry cam ter-over je kan. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Jodoh tu rahsia Allah. Kita sebagai manusia, hanya mampu merancang. DIA yang akan menentukannya. InsyaAllah, Allah dah menetapkan kita kepada yang sebaiknya untuk kita. 


Phewitttt !


Entry gegatal buat seketika :)


Suka sangat ayat di bawah ni. ^____^


" Sejuta sekalipun orang 'like' di facebook tidak akan menghalalkan 'in a relationship' kalian melainkan setelah direstui Allah dan kedua ibu bapa melalui pernikahan


Nasihat untuk diri sendiri dan tak lupa kepada kawan kawan sekalian  :)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, April 22, 2012

Saya Kembali



Assalamualaikum  >,<


Lama benar tak up entry. Nak kata tengah cuti sem lagi tak jugak. Dah seminggu kat kolej selepas cuti midsem yang lepas. Si sombong pun dah dirindui. Rindu nak kacau sugarglider tidur. Lepas tu main main dengan kucing kesayangan. Mereka terlampau comel bagi aku. Sesiapa yang anti / tak berapa nak suka dengan kucing, tersangatlah rugi. Kucing binatang yang sangat manja. Manja sangat  :)


Dah namanya masuk minggu ke 9 untuk sem kali ini. Busy sikit minggu ni dengan sesi presentation itu ini. Masuk je minggu belajar lepas cuti midsem, ada plak kena hadapi exam. Lagi lah parah. Macam lah baca buku kat rumah.


Cam biasalah, buat balik je buku kat rumah bila cuti. Last sekali, buku tak sentuh pun. HAHA.


Adat bercuti katakan. Nota dalam laptop pun tak disentuh, apatah lagi nota dibuku. Memang aura rajin bila kat rumah, sememangnya tiada. Tiada walau sikit. Hihi  -,-


Nak sedapkan hati, buat balik jugak buku. Tak baca pun kan. Memang camtu sejak zaman diploma dulu lagi. Parah betul. Sampai hari ahad dekat kolej, hari isnin dah exam. Banyak chapter pulak. Memang penat lah. Penat drive lagi. Nak campur penat otak nak kena rush masuk segala jenis chapter. Penat penat.


Harap harap midterm exam tu okeylah semuanya. Walau banyak soalan yang tak dapat jawab. Pakai bedal je, salah betul tu lain kira. 


Semestinya rindu nak up entry dan blogwalking segala. Kepada yang sudi singgah kat sini, terima kasih sangat. Walau tak update entry, korang still datang singgah untuk komen dan follow. Terima kasih daun keladi. 


Projek untuk kelab batik tengah diusahakan. Awal bulan 5 dah ada pameran. Kena cepat siapkan projek berkumpulan dan projek individu. Projek berkumpulan yang diberi tema flora dan fauna. Kita orang bersatu padu nak lukis " Hidupan Dalam Laut ". Kain panjang yang amat. Penat nak canting. Nak warna lagi lah. Sangat leceh ! Semoga cepat siap :)








InsyaAllah nextweek akan siap. ^____^


Amacam progress projek group kita orang ? Masih comot comot lagi ni. Kena recover balik ni minggu depan. Esok akan terjah Melaka plak untuk ke kilang. Semoga berjalan dengan lancar program kami :)


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, April 10, 2012

Hai Sombong



Assalamualaikum  >,<


Senyum semanis jelly. Hihi :)
Nak kata happy la tu, sebab dah berada kat rumah. Tengah update entry kat rumah ni wei. Berapa kali nak mention pasal rumah. Excited sangat. Ish ish ish ..!


Dah 4 hari kat rumah, baru nak up entry. Nampak sangat syiok goyang kaki sambil tengok tv. Dah tak ambik port nak online sangat. Yeppi yuppi yippi. Ngeee  -,-


Dah ada kat rumah, jawabnya makan pun dah bertambah selera. Namanya balik rumah, itu nak makan, ini nak makan. Mama pun asyik hidang benda lazat lazat, sapa suruh. Kan dah terlebih makan. Hihihi


Pendahuluan entry kemain lagi panjang. Macam nak karang karangan tingkatan empat jer. Hew Hew Hew..


Balik balik rumah, tengok ada penduduk baru la dalam rumah ni. Comel macam marshmellow. Tapi, sedikit sombong. Biasalah, tak kenal lagi kan. Nak tau apa yang comel sangat tu ?


Jeng jeng jeng -,-


Sugardaddy la. Eh sugar glider. Nama pun dah comel. Perangai tak berapa comel lagi tu. Suka sangat duk bunyi bunyi bila nak main dengan dia. Dah la suka sangat tidur. Memang hobi dia camtu kot, dah boleh bertanding dengan meoww , sape tidur paling lama. Menang dekat kau lah sugarglider comel. 


Comel tapi suka tidur. Tak berapa nak comel jugak. Ehehehe :)






Ni dia rupa sugarglider yang suka tidur. Rasa nak lenyek lenyek je comel sangat. Telinga kecik je, tapi mata bulat. Tengok orang macam tengok makanan. Hihi :)


Cau cin cau dulu. Syiok syiok duduk rumah. Hari ni nak masak apa plak ye untuk lunch nanti. Ermmmm...



xoxo
kiss and big hug

Thursday, April 5, 2012

Sampai Akhir Waktu



Assalamualaikum  >,<


Muka tengah senyum senyum manis. Orang Kelate kata "senyum sokmo"..
Aura nak balik negeri semakin hangat. Dah tak lama. Rindu rinduan itu pasti. Esok baru nak kemas kemas. Doakan aku selamat sampai ke negeri tercinta.


Setelah 7 minggu bertapa dekat kolej, dapat jugak balik untuk cuti midsem ni. Tapi, seminggu je pun. Tak leh nak rilex sangat la kan. Dah la bukak je sem ni, ada midterm subjek Sains Sosial. Dari bab 1 hingga 7 plak tu. Yang paling terbaik, semuanya fakta. Aigooooo! Baca sikit, tidur plak. Bangun balik, baca sikit, tidur lagi. Kih Kih Kih ..




Hari ni pergi hantar DBK pergi snow wash. Mandi snow la arini dia. Suci bersih gitu. Putih melepak, dah hilang daki daki semua. Yeyeah. Bersih je. Dalam pun dah wangi. Kena sembur perfume lagi dengan abang indian tu. Lain kali datang lagi carwash tu, memuaskan hati je kat situ :)


Nak balik kampung, kena lah kereta bersih kan. Baru lah drive pun dalam keadaan selesa. Sampai rumah ni mesti banyak semula sampah. Yela kan, minum air tin, bukan nak lempar dalam tong sampah terus. Mula lah melekat dalam kereta tin tu semua. Haiyoo. Plastik gula gula lagi. 


Nasib tak merokok je. Kalau merokok. Kotak rokok pun ada. Hihi


Tak sabar nak balik. Rindu semua dekat rumah. -,-



Ada stok baru ni. Jom tengok. Dah banyak yang sold out. Kot kot yang berkenan. Singgah SINI. Trimas ^____^



xoxo
kiss and big hug

Sunday, April 1, 2012

Sperma Cinta



Assalamualaikum  >,<


Hujung minggu kembali tiba. Bila hujung minggu baru rajin nak up entry baru. Maknanya tu tak berjimba jimba kemana-mana la tu. Bosan la tu duduk dalam bilik sorang sorang. Nak bercakap dengan katil, nanti orang cakap tak berapa nak betul plak. Hihihi .


Nextweek, hujung minggu dekat rumah. Bertukar kejab peredaran hari cuti. Kalau kat Bangi ni, hujung minggu hari Sabtu Ahad, kat Kelantan sana plak Jumaat Sabtu. Syiok gitu. Hujung minggu kat rumah sesi tolong mama masak masak. Rindu nak masak plak.


Balik ni, dah aim nak try buat homemade pizza. Nampak dekat resepi, senang macam makan kacang. Buat nanti, baru boleh tau senang ke tak. Semangat ni nak buat :)


Sperma Cinta ? Bukan entry nak kupas mengenai 18sx ke apa ni okey kengkawan sekalian. Tapi, dah tu tajuk buku yang buat aku gelak tak henti henti. Lawak gila. Gila pun tak lawak camtu. Aritu, legen press ada buka booth dekat UKM. Aku terjah jela, sempat beli 2 buah buku. 


Bebear pun nak femes jugak. Winkwinkwin :)


Sperma cinta ni serius lawak. Tak caya, try la baca. Harga buku tu RM20. Takde la tebal pun. Kalau tebal, aku pasti memang lagi power kot. Hihi :)


Sapa dah baca buku tu, sila kenyit mata dua kali. Ngeeeee T_____T


Cotton Paradise ada buat promotion sikit. Kain Japannese Cotton RM85 , English Cotton RM80. Tu tak termasuk Postage. Sebab FREE POSTAGE. Promosi ni hanya untuk minggu ni sahaja. Nak tengok kain comel tu, klik SINI. Trimas  -,-



xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails