Saturday, September 14, 2013

Dunia Baru



Assalamualaikum    :')


Dunia baru, tiada lagi istilah assignment, kuliah, kuiz, final exam, nak kena study. Alam pekerjaan bermula sudah. Betapa sibuknya hari-hari, bila dah start kerja. Nak cari pengalaman bukan senang kan. Bersabar dan terussss maju ke hadapan. Pasti ada yang terbaik untuk kita di hadapan sana. Wait and see je....


*google*


Sebenarnya, dapat kerja tu untuk 3rd interview. Dapat offer kerja pun on the spot, lebih kurang 15 minit lepas interview, masa tu dah vroom vroom nak balik Kelantan dari Petaling Jaya. Masa tu tengah sembang-sembang dengan mama. Share pasal soalan apa yang ditanya interviewer. Lepas tu, bunyi phone call, terus berhenti kereta tepi jalan, dapat offer kerja tu. Mestilahhhhhh happy kan. Tak sia-sia mama apply cuti kan. Thanks for everything , my family.


Dah tau dapat kerja, masa on the way balik tu, drive sambil senyum dan happy gituuu. Sape tak happy kan. Nanti boleh ringankan beban family, boleh belanja adik-adik sekali. Rezeki dapat kerja awal-awal. Bersabar itu indah  :-)


Bulan depan konvo, cannot wait to see my mama abah :")


Raya macam tak dapat balik. Beraya kat sini je la jawab dia. Seriussss sebak!



Okbye!




xoxo
kiss and big hug

Saturday, September 7, 2013

Mula Terasa Dewasa



Assalamualaikum   :')


Baru rasa dewasa. Selama ni stok remaja-remaja lagi. Alhamdulillah, 2nd September 2013 yang lepas, dah start masuk kerja. Rezeki kerja dapat awal, sebelum konvo lagi. Tak sempat nak jadi penganggur lama-lama. Ni semua jasa mama abah dan keluarga, tanpa mereka- siapalah saya ni  >,<


Btw, baru minggu lepas datang KL untuk interview. Lepas tu awal minggu ni dah kena lapor diri dah. Ada masa tiga hari lebih je kat rumah lepas interview aritu. Semua nak cepat, settle kan pasal medical checkup lagi, segala mak nenek barang-barang. Part nak packing baju dan barang-barang, tu yang SEBAK, MALAS, RASA NAK JADI PENGANGGUR lagi.


Bila jadi penganggur, hari-hari kau usha pasal jawatan kosong. Bila dah dapat, merungut itu ini. Manusia ni ada jer nak merungut. Ahahaha .


Bila tengok mama abah happy anak pertama dia dapat kerja. Diri sendiri pun rasa happy. Dah happy happy tu, part paling tak suka, kena berjauhannnnnn lagi. Mampu tak mampu. Dah rezeki kat situ. Cari pengalaman dulu kat sini, ada rezeki, balik kerja kat negeri sendiri plak. Takpe, tunggu kerja lama sikit, boleh balik setiap minggu. Flight ada kan. Kata dah kerja kan. Ekekekeke~


Sekarang dah jadi pekerja. Rasa dewasa sikit. Takde lagi masa nak enjoy enjoy tanpa buat kerja. Bila dah kerja, dah ada komitmen dengan kerja. Semoga sentiasa rajin nak buat kerja dan sentiasa belajar dari orang yang berpengalaman.

my lucky shoes :)


Dah kerja kat Petaling Jaya, memang tak dapat lari dengan jalan jemmmmm. Wajibbbbb hadapppp setiap masa. Mana tak stress. Semoga dipermudahkan nak cari bilik untuk sewa ni. Stress je rasa bila tak jumpa lagi bilik untuk disewa. Miss you, family!


Alhamdulillah, tahun 2013 beri kegembiraan dari segi kerja kat kita berdua. Moga diberkati olehNya. Dalam gembira, ada kala kesedihan yang telah kita lalui bersama. Jangan give up. Dugaan dan cabaran sentiasa datang bersaing dengan diri kita. Fighting! :-)


Happy 22 months, much  l o v e.

xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails