Tuesday, February 26, 2013

Kampung Girl


Assalamualaikum  .


Yea yeaaa nak share novel 'Kampung Girl' dari Karyaseni yang dikarang oleh Umi Kalsom. Harganya RM21 je. Best sangat novel ni, ada lucu sikit sikit. Bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Dah la cover depan warna pink, semangat je nak baca novel bila warna pink lagi lagi comel je cover depan. Wehaaaaa :)


Jom baca sinopsis novel ni. Nak baca full, mohon beli novel ok. Hihihi  -,-

***
Perkahwinan diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

***

Amacam? Baca sinopsis, ada rasa macam nak beli tak? Hihi Tak rugi lah kalau beli, sebab best. Lagi pun nanti ada drama kat tv3 yang adaptasi novel ni, mestiii lagi best, sebab Akim berlakon sebagai Ashraf Khairi. Hurmmmm tak sabar nak tengok! 


*gambar dari facebook & google :')

Bagi yang masih ragu ragu nak beli novel ni, boleh cuba baca online kat SINI. Ada la beberapa part, takde lah semua part. Heeeeeee  :')

Kalau beli kat web Karyaseni, dapat diskaun RM3 tau, tak payah susah susah pergi Popular, MPH ataupun kedai buku yang lain, hanya transfer duit dan tunggu abang posmen hantar je. See, senang kan? Jimat masa, jimat minyak kereta. Dah la dapat diskaun RM3 pulak. Best best ! Nak beli, klik SINI. Terima kasih :)


xoxo 
kiss and big hug

Wednesday, February 20, 2013

Tahun Akhir. Semester Akhir



Assalamualaikum . . .

Selalunya update entry, mesti nak senyum manis manis la, riang ria raya la, macam-macam. Ni masam mencuka je muka ni, tak nak senyum lah hari ni. Simpan senyuman untuk esok plak. Baru balik UKM, dah moody bagai, lepas tu 'homesick' pulak. Macam macam lah kau ni syazwani. Ohh tetiba publish nama sendiri. Ada juga yang tertanya tanya nak panggil apa kan, asyik gelarkan diri 'pelangi' je kan. 'Pelangi' la sangat. 



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :)



Dah masuk ke tahun akhir dan semester akhir. InsyaAllah semester akhir. Semoga dipermudahkan segalanya. Walau semester ni ada 4 subjek dan final year project (fyp), rasa cam berat jugak. Bukan senang nak senang. Ya Allah, tenangkan dan tabahkan hati hamba mu menjalani hari hari dengan sebaiknya. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.


*google

Dah semester akhir, kena tumpu perhatian lebih sikit, tak boleh nak main-main dah. Fokus fokus! Kasi cuci ini semester, buat terbaik. InsyaAllah  :')


Terima kasih juga pada keluarga yang sentiasa support. Mama sentiasa pesan macam-macam, terima kasih mama nasihat mama semua tu. I love you so much ! InsyaAllah, kakak akan buktikan pada mama yang kakak boleh :-)


*google

Tak sampai seminggu pun lagi berpisah dengan mama, dah rasa rhinduuuuuu, dan seharusnya homesick itu wajib. Kota Bharu dengan Bangi takde lah jauh sampai beribu ribu kilometer, tapi hanya dalam 400 lebih kilometer, tapi saya rhinduuuuu jugak. Tiada tempat yang lebih baik dan lebih gembirakan saya, selain rumah sendiri dan bersama keluarga tersayang. Rhinduuuuu, sila pergi jauh jauh :)


Dah letak gambar mama dekat meja study dan gambar family dekat board, moga kurang rasa homesick tu. Doa dan nasihat daripada mama, tetap terpahat di hati kakak . I can do it for this semester, fightingggg!


Aja - aja fighting .  *nak jugak kekorean tu.


Ok babai. Selamat menjalani sem baru pada mahasiswa mahasiswi degree. Good luck !


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, February 13, 2013

Sahabat


Assalamualaikum .

Moshi moshi   :')
Cuti semester hampir ke penamatnya bagi pelajar degree. Kalau cuti hampir berakhir, mesti tak boleh terima kenyataan. Cepatnya masa berlalu, dah nak dekat 3 minggu kat rumah. Kalau kat kolej, alahai lama je rasa nak habiskan setiap minggu tu. Orang lain cuti 4 minggu, kita intern aritu pun habis lewat, jadi cuti 3 minggu je, berapa la markah industrial training tu. Nak A, nak A ! Amin  -__-


Semalam hang out dengan kawan baik yang kita orang belajar sama sama waktu nak SPM. Rindu sangat saat tu, semua sama sama habiskan masa berjam jam nak mengadap soalan addmath. Alhamdulillah semua sedang sambung degree, dua orang akan habis belajar bulan 6 ni dan lagi dua orang tahun depan. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila, bukan senang nak cari kawan yang susah senang bersama. Tak bermakna setiap masa kita berubah tempat belajar / tempat kerja, kita akan bertukar kawan baik.



Hargailah kawan kawan kita yang selalu sokong kita bila susah senang. Jangan menyesal kalau kita kehilangan orang yang sedemikian. Zaman sekarang ramai yang jenis 'makan dalam', depan baik je alahai, belakang kita, habis dia sebar cerita yang tak baik kat orang lain. Orang macam tu tak leh dibuat kawan baik, kawan biasa biasa je dah cukup. Heeee :-)



Dulu bila bersembang masa zaman sekolah, semua berangan nak masuk universiti, lepas tu pergi kelas pakai baju biasa means dah tak pakai baju sekolah. Kan masa tu, bosannya pakai baju sekolah, dah tinggal waktu tu, baru nak rindui balik pakai baju sekolah. Lepas tu, berangan nak drive kereta sendiri, bajet dewasa sangat la kot kalau boleh drive sendiri. Hihi Lawak plak rasa bila diimbas kembali   :')


Dah tiba masa untuk sambung belajar dalam diploma masing-masing, semua duk rindu nak pergi sekolah kembali, nak jumpa cikgu cikgu, dan habiskan masa sampai petang kat sekolah sebab buat study group sama sama. Oh indahnya kan :)


Bila dah dalam diploma, impian nak habis belajar cepat-cepat, dan kerja, ada juga cita-cita nak sambung degree kan. Rasanya percent nak sambung degree tu tak banyak sangat, sekadar isi UPU secara suka suka. Sebab rasa belajar diploma pun dah lama, tiga tahun jugak. Berangan nak kerja, lepas tu shopping sakan. Ish, tak patut. Hahaha .

*semua gambar di-google :)

Dah habis diploma, rezeki masing masing dapat sambung belajar untuk degree pulak. Alhamdulillah geng kita semua diberi rezeki kan. Dah tiba dalam degree, masing masing dah berangan nak cepat kahwin plak. Peredaran waktu mengubah matlamat dan cita-cita plak. Ada je nak berangan lebih lebih. Jodoh tak ke mana, insyaAllah semoga kita berempat dapat melalui hari-hari dengan senyuman :)


Terima kasih geng pakatan korea. 


Kita orang ber-empat, zaman sekolah ramai panggil pakatan korea, sebab semua minat korea. Sampai sekarang kot, ada rezeki, kita pergi holiday kat sana sama-sama. Bawak hubby masing masing. How sweet !


Hargai kawan di depan kita :)
Jom layan lagu 'SAHABAT' by Najwa latif . Lagu yang comel comel gitu .



xoxo
kiss and big hug 

Monday, February 4, 2013

Alhamdulillah Februari




Assalamualaikum. Moshi moshi semua :')


Dah 4 Februari baru nak update blog. Memang la tengah seronok cuti semester, sambil goyang kaki bawah kipas. Ohhhh syiok sungguh! Tu yang berat badan dah naik. Bahagia katakan, makanan cukup lengkap. Takde makanan, pungpangpungpang kat dapur. Tu yang perut asyik diisi. Heeeee.. (^__^)

Asal suka ambil gambar ni? -__-

Sekarang ni suka suki je ambil gambar camni.

Dah tak suka ambil gambar syok sendiri depan camera. Haha :)

Bila sayang nak beli dslr ni ? :') *kenyit kenyit mata


Lagi pun jadi tukang masak kat rumah, lepas tu jadi tukang makan jugak. Mana tak temtem. Pasrah jela. Tunggu balik kolej plak kita kurangkan makan. Nomnomnom :-)


Rasa macam kejab je cuti ni berlalu, dah masuk second week kat rumah dah. Ada 1 week to go. Lepas tu dah kena balik kolej dan mulakan hari-hari sebagai mahasiswi tahun 3 semester 2, insyaAllah semester akhir. Lepas tu, bulan 6 dah habis belajar, jika dikurniakan rezeki, bulan 9 boleh konvo. Amin :')


Semoga semester akhir berjalan dengan lancar. Mesti busy dekat final year project lagi kan. Hurmmmmm masih blur, tiada idea untuk itu. -________-


Sekarang ni, dalam seminggu dapat la jugak khabar berita. Rasanya setiap malam dia ada contact. Alhamdulillah, hilang rindu sikit. Moga baik-baik je dia di sana. Balik ni datang jumpa mama abah okey. Heeeee :')

ily 

Rasa blur nak taip apa weh! Lama sangat tak blogwalking, ni nak start slow-slow semula. Ermmm, alhamdulillah dah februari 2013. Kiranya sebulan dia dah kat sana, dah sebulan saya cuba bersabar dan tenang. Yeayyy moga lebih tabah.


Kat sidebar blog kita, kita letak yang instagram punya. Heeee Kita masih baru dalam dunia instagram. Mana yang dah follow, thanks awak. Yang mana tak nak follow, takpe. Kita tak paksa :))


xoxo
kiss and big hug

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes



Assalamualaikum :')


Hai. Rajin tak , rajin tak? Kita join segmen blogger terkenal lah. Phewittttt :)
Mari mari kita join segmen ni. Lama sungguh tak join segmen. Nak sokong member, kita wajib join. Ehehe :)


Nak join segmen ni, tekan banner kat bawah ni. Thanks (^,^)



Banner pun dah comel. Eiiiii comel comel :)


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails