Friday, July 27, 2012

Drama Korea I Do I Do



Assalamualaikum .

Annyeonghaseyo (hello in Korean). 
Bajet orang Korea sangat. Haha -,-
Entry ni nak review drama korea "I Do I Do". Kiranya drama terbaru jugak la, sebab disiarkan pada tahun ni. First impression nak tengok drama ni bukan kerana pelakonnya pun, sebab drama ni berkisarkan pasal company high heel. Cam best best je. Tu rajin nak tengok.


Watak utama dalam drama ni adalah Hwang Ji An (lakonan Kim Seon-An) yang berumur dalam lingkungan 30-an yang berada di kemuncak bagi kerjayanya sebagai pereka kasut tumit tinggi. Memang dia jenis yang 'gila kerja', syarikat tu dah dianggap macam anak dia sendiri. Memang ramai anak buah pekerjanya tak suka sangat dengan dia, sebab dia jenis tegas. Dia juga disahkan akan menopause dalam umur yang muda, disebabkan jenis tak jaga kesihatan sangat. Itu juga menyebabkan dia bertekad tak nak kahwin.


Dalam satu hari tu, accident berlaku dengan Park Tae-Kang (lakonan Lee Jang-Woo), dalam 20-an. Disebabkan satu malam dimana mereka mabuk, menyebabkan Hwang Ji An mengandung. Kerana berita itu, banyak konflik berlaku antara mereka berdua, dalam satu babak tu, Hwang Ji An meletakkan jawatan sebagai Director kerana bagi peluang kepada Park Tae-Kang dan ayah Park Tae-Kang dapat kerja di company tu. Park Tae-Kang ni dia baru belajar untuk menjadi pereka kasut tumit tinggi. Part paling konflik, Hwang Ji An merahsiakan kandungannya pada Park Tae-Kang. Ambik masa yang lama baru Park Tae-Kang mengetahui dia adalah ayah pada baby tu.  


T___T


Sampai situ je boleh diberitahu, yang lain tengok sendiri la ek. Hihi.
Nanti kalau diceritakan semua, jadi tak syiok pulak kepada peminat drama korea yang nak tengok drama ni. Biasanya saya suka review cerita, lepas tu letak gambar banyak banyak kan? Okey jom tengok gambar kat bawah ni. Biasanya babak dalam cerita yang dilihat dari gambar boleh buat kita rasa nak tengok sesuatu cerita kan? ;')



'Park Tae-Kang menang contest rekaan high heel'

'Dah dapat kerja dekat company, kerja macam orang gaji je'

'Cantik sangatttt, ada riben lagi'

'Serius best kalau rumah camni'


'Yummy :-)'

'Last episode, comelnyaaaaa'

Okey, dah takde gambar.
Semua gambar dicekau dari abang google.^^
Jaga diri dan selamat berpuasa Ramadhan yang ke 7.


xoxo
kiss and big hug

18 comments:

FnF Simple Life said...

hehehe...dah tau ending cmane... tapi kasut2 tu seme mmg menawan... ;)

aReLaN said...

lama tak layan drama korea....

ZEEQA AJIE said...

Member cakap cerita ni biasa-biasa je tak best sangat.
Tapi saya tetap nak tengok jugak nanti. Hikhik. :D

Unknown said...

nak habiskan 3 drama korea lain dulu baru nk tgk drama ni.. nnti tgk byk sgt satu masa serabut pulak.. hehe

Unknown said...

okey fine mmg rase nk tgk

grrrr

lepas BIG la gni

A.R said...

Macam best. Kat maadu ade tak?

Chuu Muqhlis said...

huwaa mcm twu2 je org tgh cari2 cite korea yg best nk tgk.,

Aty Fared said...

drama korea kalau layan memang besh..!! orang nyer comel2..;p tapi malangnyer..biler dah kawen ni asben cukup hangin kalau ai melayan drama korea..die kate bukan nak tengok cerite..tapi nak tengok pakwe2 hensem..eerr..apekah...huhu

kocix! said...

ehhekk..laki pkai heels!
cambest nih!

LuN@_aiDi said...

besh tak? klu besh nk layan=p
baideway mmg ader kat area bangi neh^____^

Ain Rauna....my official said...

mcm best je...sebab saya peminat kasut...tp xderwlah nak pkai tggi sgt....tp kena habiskan cerita the king 2 heart dahulu bwu nk tgk cete nie....:)

MamaFaMi said...

I don't I don't...
I don't get to watch this movie... very the busy maaa.... hehehe

gigiAriEma said...

hoho. mcm best je
dah la skrg tgh lyn balik cita korea.
nk kena tgk gk la nii. aishh huhu

Unknown said...

sekali sekala layan korea best jugak ni kan..

lama tak tgk citer korea tau!

✿INA AINAA✿ said...

makaihhh!!! byknya kasuttttttttt... perghhhh, ena nak rumah macamtulah nanti bila dah kerja... hikhik... macam menarik cerita ni.. terpikatlak

dak eina said...

mcm best je cte neh!!

Nadia Elena said...

mmg korean fan habis ni.. =D

Anak Wak Mail said...

mcm best je cite ni..tp dah lama sangat xlayan cite korea..hehe..

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails