Monday, April 25, 2011

Merdeka !!!

Assalamualaikum ...

* tepuk tangan laju-laju .. *

fhewit !! saya sudah bebas . boleh dah tubuh parti sendiri ni. agak-agak nak kasi nama apa ni haa..

parti pelangi ?? parti tutatutetittt ! Heeee.. sengal disitu right ..



ni bukan kes nak berpolitik okey.. mentang-mentang hari tu join program pasal politik.. politik tak kotor okey.. tapi otak orang yang cakap politik kotor tu yang tersumbat tauhu sumbat yang basi..


kalau korang hayati, mesti korang rasa membara jer nak teguhkan hak korang.. dah la kita orang Melayu.. walau makin mundur dek kaum lain. tapi kita ada kuasa veto dari segi politik.. kuasa dari segi lain kita dah hancusss.. Pelangi cakap camni sebab ..



korang ada fikir tak yang sekarang kaum cina dah menjuarai dari segi PENDIDIKAN ...

kaum cina menjuarai dari segi EKONOMI ..

semua kaum cina nak bolot.. so, mana letaknya Melayu dalam malaysia nie .. fikir fikir kan lah ..


*******

hanya pada POLITIK ... kalau politik kita hancusss, dah dibaham oleh kaum cina..


agak-agak korang selesa tengok PM orang cina ... selesa kah???


tup tup, semua hak kita dalam perkara 153 dibubar kan.. perkara 153 adalah mengenai hak keistimewaan orang Melayu ye kawan - kawan ku yang dikasihi.. * macam cikgu sejarah dah ...* nak tau lebih lanjut, cari buku sejarah okey :)


cop cop ! ni bukan nak jadi Perdana Menteri duk merepak rabai pasal politik.. tapi itu yang terlintas di kepala otak ni haa.. walau dalam otak selalu fikir, whathefish lah politik ni ..


fuh ! bersemangat waja betul kan.. sebenarnya tengah hari tadi paper Hubungan Etnik.. tu yang semangat lebih.. campur dengan memori pasal kem aritu lah yang Pulau Pangkor tu haa.. dalam entry ni ..


stop pasal semua tu.. nak bagitau yang Pelangi selaku mahasiswi di ukm sudah habis final exam.. happy gilesss tau tak.. nak balik negeri.. tak sabar dah nie. aduhai.. rindunyaaaaa kat mama :)


sesapa yang baru musim exam tu, good luck ye korang.. jangan malas-malas nak study.. jangan duk sibuk baca entry, bukan baca buku * mentang-mentang dah habis la kononnya kan ..*


apa komen korang pasal politik di Malaysia ni .... ??? tak payah malu dan segan.. saje nak tau jerp.. lagi pun Pelangi takde la tahu menahu mana bab politik.. (=.=)





muka demam ni kalau nak tau.. dekat seminggu demam time tu.. dah la minggu pertama final exam.. study pun nak tak nak jer. demam punya pasal.. mata asyik nampak bantal. jangan tengok lelama.. malu .. heeee ..



kat bawah ni nak iklan something kejab... :)

iklan tak berapa nak komersial kan.. agak-agak boleh kerja dengan SPR tak .. Heeee~

xoxo
kiss and big hug

Saturday, April 23, 2011

Pulau Pangkor. muntah pink.

Assalamualaikum .. dan Selamat Malam Semua ...



Haish ! jari ku  cam kejang la plak.. !! nampak sangat dah lama kot weii tak update blog.. kalau lah labah-labah hidup dalam blog.. memang dah bersawang si pelangi chenta.. kesian betol .. bukan salah ibu mengandung .. tapi salah daku yang mem-busy kan diri dengan macam-macam kerja .. sebagai student korang faham-faham lah ..


Dah la sekarang musim final exam.. dah namanya kurang pintar.. kena lah berkawan dengan buku.. tapi, yang ku rasa paling rapat bukan buku.. tapi "mukabuku".. memang duk bertenggek depan facebook lama dari belajar.. kalau abah baca kena jugak sekeh kepala ni.. hehehehe :)


Before study week, aritu ada Pelangi join program pemikiran al-falah.. first time join program macam tu.. cair otak pikir pasal politik negara.. wtfish !!


Tapi best weih pergi program tu.. sebab kat pulau.. dalam hati penuh taman semualah masa tu.. taman orkid sudah.. walau Pelangi ni tak suka bunga.. rock beb ! tak main lah bunga bunga ni. macam lembik jer..


Pulau pangkor tau.. sila jeles di situ. makan dah la 6 kali sehari.. makin belon lah Pelangi ni haa.. terlampau cukup makan.. kan best kalau kat kolej pun macam tu.. makan free jer.. macam tu lah student, bab makan free suka jer.. ish ish ish.. dasat !


Korang pernah ke wei pergi pulau pangkor  a.k.a PP .. malas kot nak taip panjang-panjang. kasi singkatan lah. bazir je taip panjang.. kesian keyboard nie ha.. mesti dia penat kan.. sengal di situ.. hik hik hik ..


Orang sibuk layan pasal itu ini.. Pelangi sibuk duk berangan.. berangan bila nak ada rumah kat pulau.. fuh ! best. boleh tengok matahari terbenam.. memang syok ! pastu duk terbaring tepi pantai time tu, sambil hirup air kelapa bersama jelly.. warghh ! sejuk tekak menelannya.. kat sebelah plak ada jejaka hensem.. dan dan jerk ada jejaka hensem... pakai plak spek hitam.. pewit ! rasa HOT kejab.. kejab jeee...


Tajuk entry tu macam dah lari ke laut dah tu kan..sebenarnya nak habak mai yang pelangi tak mabuk laut pun haa naik ferrero.. eh! naik feri.. siap berdiri kat belakang feri, konon nak amik angin laa.. ingat diri tu puteh sangat kot. berjemur la tu. dah la tengah hari macam tu.. kan comey kalau muntah pink.. agak-agak comey tak?? *sengal gileeeee ...*


amacam .. ada bakat jadi model tak. siot gilewww kan.. model tandas je boleh laa..


Dah la time kat jeti tengok plak pasangan baru kawin .. sumpah jeles ! dah inai kat jari.. comfirm baru kawin kan. korang nie agak-agak la tuduh Pelangi ni sibuk hal orang. dah ada depan mata, pandang jela. jelesnyaaa. bila plak eh Pelangi nak macam tu .. *belajar ntah kemana...ada hati mau kawin... calon pun takde lagi nie..*
 


Cari mana satu Pelangi.. malu malu.. rasa nak menyorok bawah katil..hehehe .. ni lah geng bas sekolah. eh! bukan bukan. tapi geng ukm. tak silap dalam 9 universiti join this program (tetibe cakap omputeh..yerkkk!)


Ni time ada kerja lapangan kena buat.. kena tanya pasal cara hidup orang kat pulau.. orang duk buat kerja.. sempat lagi tu pose ..time nie dah la baru sampai, pastu dah kena settlekan tugasan pertama dah.. 



Tengoklah muka disebabkan mandi tengah panas.. semuanya pulau punya pasal. rentung okeyyy ! gilesss.. dah la gelupas fuhhh ! dekat seminggu dua jugak .. kalau duk tengah panas, memang muka cam nak terbakor.. orang kata muka macam udang kena goreng.. kena goreng ke eak.. entah !! ikut la apa-apa pun, asal ada bunyi sikit udang udang tu.. mesti jejaka hensem dah tak ramai nak.. berangan lagi.. pang !!! adessss...


Sob sob sob ... tahan sedih .. tak pela.. kalau dah jodoh tak kemana kan.. aduhai ...

Setakat ni sudah la entry kali ni, lain kali plak eah.. lepas exam nanti.. memang comfirm banyak Pelangi nak mengarut .. sekarang tak cukup masa beb.. ni nak layan jiwa sedih.. sedih takde calon.. sob sob sob...


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails