Friday, October 28, 2011

Cinta Hancurkan Cita


Assalamualaikum ....

Apa yang penting bagi korang ? Cinta or Cita ? Suatu persoalan yang hanya diri sendiri boleh jawab. Jangan nak tanya orang lain plak untuk jawapan diri sendiri. Masing-masing ada jawapan tersendiri. Bukannya nak tunjuk lagak or whatever. Sama - sama muhasabah diri, mana baik kita sentiasa dahulukan. Yang tak berapa elok tu, kita ubah menjadi lebih baik. Ambik masa sejenak, ataupun berjenak-jenak untuk korang hayati dan muhasabah diri. InsyaAllah semuanya dipermudahkan :)


Apa yang dikatakan cinta hancurkan cita ? Bukan nak kutuk, bukannnya nak pandang serong dengan awak awak yang bercinta. Ni hanyalah pandangan diri Pelangi dan nak share pasal ni. Untuk jadikan teladan dan pengajaran buat kita yang sentiasa leka dek dunia yang semakin ke akhir zaman..


Ketika cinta masih berputik indah. Semuanya manis dan cantik. Kalau lah awak bunga, saya lebahnya kan sweet camtu. Yang sentiasa bersama awak hidup dan mati. Last-last, awak si gadis mati sorang-sorang. Sebab bunuh diri, si jejaka seronok dengan gadis lain..


Bila dilamun cinta, semuanya manis. Mungkin peluh pun korang kata wangi macam perfume. Dah tak nampak keburukan dan kelemahan masing-masing dah. Semua nak cantik jer di mata. Tak salah tu semua. Tu akan bagi korang semangat yang utuh untuk korang lebih berjaya, dan sentiasa dan sentiasa untuk majukan diri. Nak cepat-cepat habis belajar. Naik pentas, amik segulung ijazah dan pakai topi konvo. Lepas tu, masuk ke alam kerja dan kahwin. Memang semuanya best bila berangan tu semua, sebelum capai masa depan, berangan tu perlu kan?



Bila dah berjumpa yang disayang. Sanggup ke lautan api. Sungai pun tak pernah lepas pun, ada hati sanggup nak berenang ke lautan api...


Angan-angan akan naikkan semangat kita untuk lebih berjaya dan rasa ingin cepat cepat masa berlalu dan boleh kecapi nilai kebahagian. Itu semua kehendak manusia. Semua manusia nak bahagia dan berada di samping yang tersayang. Namun, mungkin.. ada yang terbabas ke zon yang kita semua tidak pinta. Yang kasi kita hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Bila dah menyesal dikemudian hari, maka, rosaklah segalanya..


Ni bukan nak jatuhkan maruah sesiapa. Hanya kongsi apa yang rasa benda penting. Dan untuk pengajaran diri sendiri, yang kadang kala leka dibuai arus dunia. Entry ni, sepertinya lebih serius daripada biasa. Ada masanya kita serius, kita gelak tawa, kita bersedih dan macam - macam perasaan lagi. Itu dah lumrah manusia.


Tapi, Pelangi sentiasa mendoakan si mangsa sentiasa diberi petunjuk olehNya. Walaupun, Qiqi (bukan nama sebenar) adalah manusia yang tidak mempunyai pertalian darah dengan Pelangi. Dan semestinya mempunyai pertalian hubungan atas dasar cucu cicik Adam. Walau kita tak sebagai seorang kakak dan adik yang rapat. Dalam masa singkat, semuanya tinggal kenangan bersama ..



Bila semuanya berakhir, si jejaka hilang kemana, si gadis merana sorang diri. Tu yang ada kes bunuh diri la. Macam-macam. Fikir pun dah tak rasional. Yang semuanya manis dah bertukar jadi pahit dan kelat mungkin?






Indahnya lagu ni.. Bawalah jalan pulang kepada mereka yang sentiasa sesat & diri ini. Dan berikan hidayah dan petunjuk dariNya .. Amin .



Di kesempatan ini, tak terluah di fikiran nak cerita overall jalan ceritanya buat kali ni. Maybe, ada part II dan seterusnya. Segagah mana kita pun, iman wajib gagah juga. Dunia kita yang semakin membuatkan kita sebagai manusia yang beragama Islam semakin hanyut. Ramai yang Islam atas dasar dalam IC. Disini Pelangi meluah perasaan ni, bukannya nak berlagak yang diri ni sentiasa perfect dan boleh jadi ustazah. Ni semua juga sebagai nasihat dan pedoman pada diri Pelangi sendiri...


xoxo
kiss and big hug

Thursday, October 27, 2011

GAME : Tag, Tanya dan Jawab

Assalamualaikum .....



Uhuk uhuk uhuk.... Sedih sikit, sebab hari ni dah start kuliah. Tapi petang ni baru ada kuliah, pukul 4 petang. Malasnya. Rasa nak ponteng. Haish! Takleh ajar ponteng-ponteng. Okey okey Pelangi pergiiii.. Huu..


Dah lama tak main sesi tag tag pasal tanya soalan. Seronok gak kadang-kadang. Dapat baca kisah korang dan sebagaimana. Ni kes di-tag oleh si Rain. Korang WAJIB terjah blog dia. Memang suka panggil dia Rain. Hik Hik Hik ...


Dicekau dari abang Google :)


Ada 11 soalan dia tanya. Banyak tu. Jom jawab menjawab. Macam nak jawab soalan final exam plak :)


1. Apakah perkara yang paling korang benci ?
Perkara yang dibenci? Memang tak suka manusia yang muka talam. Bukannya muka depa ada talam yang boleh buat hidang air time hari raya tu. Tapi, depa ni jenis yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Apa motif nak ada perangai camtu tak tau. Macam la kita ni bodoh kot. Lastly, dia akan terperangkap jugak dengan kisah dia yang bercabang. Dah macam ular. Hik Hik Hik :)


2. Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan ?
 Aktiviti cam biasalah. Duk diam-diam dalam bilik sambil berangan. Berangan untuk masa depan? Perlu la kan. Ngeee.. Bila sorang-sorang, memang tiba masanya bersama blog :) Memang duk sorang pun sekarang. Bilik sorang punya. No roomate :)


3. Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan ?
Apa ye... Haaaa...Maybe nak tukar sikap pemalas kepada rajin dan rajin. Ni asyik malas nak study. Bab mengadap laptop tak malas plak. Fuh fuhhhh.. Jadilah rajin please. Heee :)


4. Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan ? Kenapa ?
Semestinya keluar dengan kawan. Kawan the best lol. Kenapa? Sebab kawan adalah segalanya. Kalau keluar dengan pasangan, bila fikir balik. Macam membazir masa jer. Rugi plak masa terdahulu diisi dengan pasangan. Chewah ! Sekarang ni single mingle :)


5. Korang suka baca komik tak? Kalau ya watak apa yang paling korang suka ? Kenapa ?
Komik ? Suka jugak la, tu semua zaman sekolah dulu la. Sekarang takde plak nak layan komik. Lebih suka komik ala-ala romantik gitu. Jiwang la sekali sekala. Komik unsur lawak jenaka pun serius best gila. Takde la sambil nak gila. Gelak gelak sudah ..


6. Korang nak pasangan yang macam mana ? (Selain beriman, hormat ibu bapa, bekerja dan blablabla.. -jawapan cliche)
Ewah ! Soalan.. Tak menahan nak soalan cam gini. Cam mana eh? Ok la, tak nak memilih milih kan.. Dah boleh terima Pelangi dengan seadanya pun dah syukur tau. Kalau boleh nak yang pakai spek. Memang terpikat dengan boy pakai spek. Nampak comel la, walau nampak sedikit nerd. Ehehehee..


7. Korang suka cerita genre cam mana ? Kenapa ?
Phewittt ! Mesti lah nak yang romantik.. Syiok woo layan yang romantik. Pastu berangan  3 4 saat. Tu pasal suka sangat layan drama korea. Mereka sweet maca gula gula tau. Dah la muka comel comel jerk.


8. Korang  ni sensitif tak ? Apa yang mudah membuatkan korang terasa hati ?
Takde lah sensitif macam budak manja. Nak cubit sikit dah menangis. Tapi ada la perasaan sensitif tu. Kalau bab kawan tu jenis cakap menipu memang bikin gua terasa hati wei. Lebih lebih lagi kalau kawan baik buat camtu. Kita ni dah la ikhlas punya berkawan, depa duk suka menipu nipu. Macam boleh hidup lama dengan segala penipuan. Tak ke mana gak wei. Kan ? Ce fikir :)


9. Korang terjumpa RM100. Apa yang korang lakukan ?
RM100 ? Ambik buat beli MCD. Eh eh gurau jer.. Takde lah nak jadi pelahap cam gitu.. Usha kanan kiri, kalau ada orang sekitar situ. Tanya lah, kot-kot depa punya kan. Baik tak Pelangi ? Sengal puji diri sendiri.


10. Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama ?
Pasangan masa depan takde lagi. Masih kekosongan. Sapa nak isi kekosongan tu. Sila buat resume ye. Hik Hik Hik :)


11. 1st impression terhadap Rain ?
Rainn !! Aku rasa nak suruh ko belanja makan bila nampak muka ko.. Sebab ko dah kerja. Lagi pun rumah ko dekat jer kan dengan UKM. Jahat tak ? =)



p/s : Sapa nak jawab soalan tu semua. Sila sila lah ye. Share is caring :)


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails