Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum .
Happy happy time. Nak buka cerita pasal 'rainbow cake'. Mesti terbayang-bayang, kek yang ada banyak layer, lepas tu colorful, comel gila, lagi buat sayang nak potong dan makan. Kan?
Sempena balik beraya aidiladha yang lepas, memang 26hb Oktober tu besday my abah yang ke-49. Dah la lewat nak order untuk kek, ramai yang dah tolak tempahan. Sedihnya jiwa, sedihnya hati. Dah la memang nak order 'rainbow cake', sebab tak pernah try lagi. Best tengok orang makan, best je tengok orang snap picture kek yang supercomel. Semua yang berkaitan dengan 'pelangi', gua rasa semua comel. Hehehe..
Nasib baik ada satu kakak ni yang ambik order saya, yeyeaa boleh la merasa 'rainbow cake', walaupun sebenarnya kek tu sempena besday abah. Saya plak yang ter-over lebih. Memang dah janji dengan kakak tu nak pick up the cake hari khamis which is 25hb, dah bagitau kakak tu yang saya yang akan pick up kek tu, sebab bertolak dari Bangi awal pagi, bajet sampai dalam tengah hari. Akhirnyaaaaaaaaaa jem melanda jalan wei. Janji hanya tinggal janji, glurp !
Kan sampai Kota Bharu dalam pukul 12 tengah malam, takkan nak kacau orang tidur. Pastu pagi raya tu, dah siap awal-awal nak bertolak balik kampung, memang kebiasaannya kita orang balik malam raya sebenarnya. Tapi, disebabkan saya yang sampai lewat, keterpaksaan bertolak pagi raya. Jadi nak pick up kek tu tak jadi lagi. Kesian akak tu still sms me. Sorry dear.
Malam hari raya tu pun stay kat kampung lagi, sebab ada tahlil untuk arwah pak saudara. Raya kali ni rasa sangat ketiadaan arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Alhamdulillah saya sempat pergi ziarah pusara arwah dan sedekahkan bacaan Yassin. Terkilan tak dapat nak tengok arwah pada hari dikebumikan aritu. Huhuhu -______-
Back to our topic please !
Ok. Ok, so sorry girls and guys. 'Rainbow cake' tu akhirnya berjaya di ambil pada hari raya kedua. Tu pun dah petang, banyak sangat rancangan itu ini kan. Biasalah raya, masa untuk 'the family'. Yeyeahhh jom tengok gambar 'rainbow cake'. Sedapppp sangat. Bila makan , nak makan lagi, rasa sayang nak makan pun ada, sebab comel sangat ! Maaf gambar tak berkualiti, pakai camera phone je, sebab camera tertinggal dekat kolej. (^,^)
Comel je, warna warni :')
Sedappppp :')
Kan raya ke-3 dah kena balik Bangi dah, mama sempat tapaukan 'rainbow cake' untuk kita. Hihi Sebab mama kata nanti tak habis plak, sebab adik-adik semua akan balik uni masing-masing jugak. Buat bekal sikit sorang :')
Alhamdulillah, dapat juga makan 'rainbow cake'. Nak buat sendiri, kena tunggu waktu free, tengoklah cuti lepas praktikal ni. Yeyeaaaa ! Eh, november besday kita la. Duk jauh pada family, kena beli sendiri dan makan sendiri. Ala, tak syoknya. November juga anniversary kita. Thanksssss mewarna warnikan hidup kita. Nah cubitan dekat pipi :')
Kat Bangi ni bila petang je, hujan je. Sempat la kita basuh dan jemur tudung ni. Tetiba nak jemur tudung ikut susunan warna. Comel plak rasa. Hihi :')
Esok dah Isnin.. Oh kerja ;'(
xoxo
kiss and big hug