Friday, October 28, 2011

Cinta Hancurkan Cita


Assalamualaikum ....

Apa yang penting bagi korang ? Cinta or Cita ? Suatu persoalan yang hanya diri sendiri boleh jawab. Jangan nak tanya orang lain plak untuk jawapan diri sendiri. Masing-masing ada jawapan tersendiri. Bukannya nak tunjuk lagak or whatever. Sama - sama muhasabah diri, mana baik kita sentiasa dahulukan. Yang tak berapa elok tu, kita ubah menjadi lebih baik. Ambik masa sejenak, ataupun berjenak-jenak untuk korang hayati dan muhasabah diri. InsyaAllah semuanya dipermudahkan :)


Apa yang dikatakan cinta hancurkan cita ? Bukan nak kutuk, bukannnya nak pandang serong dengan awak awak yang bercinta. Ni hanyalah pandangan diri Pelangi dan nak share pasal ni. Untuk jadikan teladan dan pengajaran buat kita yang sentiasa leka dek dunia yang semakin ke akhir zaman..


Ketika cinta masih berputik indah. Semuanya manis dan cantik. Kalau lah awak bunga, saya lebahnya kan sweet camtu. Yang sentiasa bersama awak hidup dan mati. Last-last, awak si gadis mati sorang-sorang. Sebab bunuh diri, si jejaka seronok dengan gadis lain..


Bila dilamun cinta, semuanya manis. Mungkin peluh pun korang kata wangi macam perfume. Dah tak nampak keburukan dan kelemahan masing-masing dah. Semua nak cantik jer di mata. Tak salah tu semua. Tu akan bagi korang semangat yang utuh untuk korang lebih berjaya, dan sentiasa dan sentiasa untuk majukan diri. Nak cepat-cepat habis belajar. Naik pentas, amik segulung ijazah dan pakai topi konvo. Lepas tu, masuk ke alam kerja dan kahwin. Memang semuanya best bila berangan tu semua, sebelum capai masa depan, berangan tu perlu kan?



Bila dah berjumpa yang disayang. Sanggup ke lautan api. Sungai pun tak pernah lepas pun, ada hati sanggup nak berenang ke lautan api...


Angan-angan akan naikkan semangat kita untuk lebih berjaya dan rasa ingin cepat cepat masa berlalu dan boleh kecapi nilai kebahagian. Itu semua kehendak manusia. Semua manusia nak bahagia dan berada di samping yang tersayang. Namun, mungkin.. ada yang terbabas ke zon yang kita semua tidak pinta. Yang kasi kita hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Bila dah menyesal dikemudian hari, maka, rosaklah segalanya..


Ni bukan nak jatuhkan maruah sesiapa. Hanya kongsi apa yang rasa benda penting. Dan untuk pengajaran diri sendiri, yang kadang kala leka dibuai arus dunia. Entry ni, sepertinya lebih serius daripada biasa. Ada masanya kita serius, kita gelak tawa, kita bersedih dan macam - macam perasaan lagi. Itu dah lumrah manusia.


Tapi, Pelangi sentiasa mendoakan si mangsa sentiasa diberi petunjuk olehNya. Walaupun, Qiqi (bukan nama sebenar) adalah manusia yang tidak mempunyai pertalian darah dengan Pelangi. Dan semestinya mempunyai pertalian hubungan atas dasar cucu cicik Adam. Walau kita tak sebagai seorang kakak dan adik yang rapat. Dalam masa singkat, semuanya tinggal kenangan bersama ..



Bila semuanya berakhir, si jejaka hilang kemana, si gadis merana sorang diri. Tu yang ada kes bunuh diri la. Macam-macam. Fikir pun dah tak rasional. Yang semuanya manis dah bertukar jadi pahit dan kelat mungkin?






Indahnya lagu ni.. Bawalah jalan pulang kepada mereka yang sentiasa sesat & diri ini. Dan berikan hidayah dan petunjuk dariNya .. Amin .



Di kesempatan ini, tak terluah di fikiran nak cerita overall jalan ceritanya buat kali ni. Maybe, ada part II dan seterusnya. Segagah mana kita pun, iman wajib gagah juga. Dunia kita yang semakin membuatkan kita sebagai manusia yang beragama Islam semakin hanyut. Ramai yang Islam atas dasar dalam IC. Disini Pelangi meluah perasaan ni, bukannya nak berlagak yang diri ni sentiasa perfect dan boleh jadi ustazah. Ni semua juga sebagai nasihat dan pedoman pada diri Pelangi sendiri...


xoxo
kiss and big hug

35 comments:

Cik Puan Tqah said...

hi dear.. tak salah nk berkawan.. asalkan ingat hukum Allah.. actually benda ni bergantung pada jodoh n rezeki jugak.cepat or lambat.. lepas kerja banyak lagi benda yang perlu difikirkan.. family.. kemahuan diri sendiri eg kereta, rumah, gadget.. plus fikirkan untuk berumah tangga.. tanggungjawab tu sangat besar dear :)

syuxer said...

kerna cinta yang tidak diredhai, maka cita2 terbelangkai dipertengahan jalan..

lumrah kehidupan, cinta adalah satu nikmat yang akan mengetuk pintu hati manusia bila terkena penangannya..ada yang tertewas dijalan yang terkutuk..

permainan cinta ini ada risiko..sapa yang berjaya mem"balance"kan ia punya risiko, maka perkhawinan akan jadi hadiahnya..kalau tertewas, maka cinta itu akan menjadi kenangan paling pahit..

apapun cinta selepas kawin insyaAllah sentiasa akan mekar disamping direstui oleh mak ayah serta diredhai oleh Maha Pencipta..

capailah cita-cita sebelum berani membuat keputusan untuk bermain dengan permainan cinta yang berisiko..

najihah sahami said...

kalau bercinta..even berkahwin pun, jangan letak 100% kepercayaan kat lelaki okeh. baik mana pun lelaki, dia akan buat perangai. so, beware.

hehehe...

:)

Rain said...

cinta itu tidak bersalah. perasaan yang suci menghamparkan kasih dan menyemai erat hubungan antara keluarga, kawan, Pencipta mahupun berlainan jantina...

diri sebenarnya yang perlu bijak mengendalikan situasi.

awalnya cinta satu semangat yang membakar melawan segala perasaan negatif termasuk perasaan malas.

kadang kala dalam mengenal terdapat perselisihan, masa ini yang membelenggu perasaan dan tumpuan terbelah bagi. bagi yang bergelar pelajar, pelajaran mungkin sedikit terganggu. masa ini memang kena kuat semangat agar cita yang dikejar masih menjadi prioriti..

hanya diri sendiri yang tahu setakat mana kemampuan, boleh imbangi cinta dan cita, teruskan.


salam sayang buat pelangi yang berseri :)

Mr feckry said...

cinta agung..hanya pada Allah

LiLy @ MaMaQiStInA said...

kalau bercinta berpada padalah..jangan sampai diberikan kepercayaan 100% pada pasangan kita..cinta yg kekal hanyalah padaNYA..

Wanie said...

peringatan untuk diri sendiri..:) harap tak kecewa dengan cinta yang ade skarang..aminn

Unknown said...

aku dah kasi entry kan..kata cinta tak salah..

nok gi jgk..esok2..

Mr.Superman said...

cinta yg x halal ibarat taik idung.walau masin,ia bknnya garam.

Namee Roslan said...

rasa macam sedih pun ada bila baca ni. ssh nk temu cinta yg jujur sesama manusia ni.. :(

aindzaya said...

ain selalu share satu perkara pada mereka2 yg suke berbicara tentang cinta..cintailah seseorang itu kerana ALLAH dari situ anda akan pelajari nikmat cinta =)

Anonymous said...

hmm cinta.. besarnyaaa:))

Jo Qusary said...

Kesimpulannya, jatuh la cinta pd umur 30 thn spt aku...

Unknown said...

bercintalah kepadaNYA..

suria lekatlekit said...

kalau kita jadi bunga jgn suruh pasangan jd lebah sebabnya lebah hanya hinggap & minum madu.. jd habis madu bunga di tinggalkan.. kalau kita jd bunga.. biarlah pasangan kita menjadi akar yg akan sentiasa membekalkan makanan agar bunga sentiasa kembang.. klau mati akar.. maka matilah bunganya sekali

Unknown said...

cinta owh cinta,,cinta Illahi yang kekal abadi,,,

Hans Hanis said...

bagi saya kena pandai bawa dan kawal diri

Rtp Farra Arisha said...

love is a small thing, but sometimes ada kerumitan dalam cinta jika tidak bersatu padu sesama kita! :'D

Unknown said...

emm bercinta tak salah..berkasih syaang la ikut landasan yg sebenar..jgn cinta mengawal diri kita..tp kita yang mengawal cinta tu supaya sentiasa di landasan yg betul :)

iPai said...

moga kita semua mendapat pengajaran daripada mesej cik pelangi

sama2 kita renung diri sendiri jua kan .. terima kasih cik pelangi ..

budak penjara said...

klu yg tngh study tu..xyah dok gatal kemaluan nk bercinta awal2..haha

afzalsukasuki said...

err abis kita bercinta ni camne?nak break?haa kang awk nangis..kahkahkah

PinKy MoMMa said...

masa akak dulu..memang sama sama dari tempat belajar yg sama ;)

cumanyer lain dept..tp kami jadikan itu sebagai semangat ecehhh..sama sama nak dpt cgpa best..kalau tak maluuu..

yg penting..jgn leka sangat hehe..pssttt a'ah duk area K.T dekat je ngan bandor ;p

hyz said...

kejarkan cita dulu baru cinta... cinta boleh datang dan pergi.. tapi cita?

Unknown said...

cinta la cita anda. :D

eB said...

i love roses :)

Daddylicious said...

semua itu dugaan ujian dari yang empunya kuasa....

Hanis MY said...

sebab tu tak boleh terlalu ikut nafsu dan perasaan... moga apa yg dilakukan adalah yg terbaik tuk kehidupan...

merahitujambu said...

byk persoalan tentang cinta ini...ermmm...

Unknown said...

"aku cinta padamu hanyalah ungkapan"

bukanretis said...

bercintalah pada yg ESA...lg bermakna :)

budak kecik said...

cinta Dia lagi bermakna.. :)

Totie@Tomy said...

cinta yang kekal abadi cinta kepada Allah...

Pondok Usang said...

anggap ianya dugaan yg mesti ditempuhi... =)

K said...

sendiri mau ingat. nice sharing and thought :)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails