Sunday, November 4, 2012

Rainbow Cake ♥



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum  .


Happy happy time. Nak buka cerita pasal 'rainbow cake'. Mesti terbayang-bayang, kek yang ada banyak layer, lepas tu colorful, comel gila, lagi buat sayang nak potong dan makan. Kan?

Sempena balik beraya aidiladha yang lepas, memang 26hb Oktober tu besday my abah yang ke-49. Dah la lewat nak order untuk kek, ramai yang dah tolak tempahan. Sedihnya jiwa, sedihnya hati. Dah la memang nak order 'rainbow cake', sebab tak pernah try lagi. Best tengok orang makan, best je tengok orang snap picture kek yang supercomel. Semua yang berkaitan dengan 'pelangi', gua rasa semua comel. Hehehe..

Nasib baik ada satu kakak ni yang ambik order saya, yeyeaa boleh la merasa 'rainbow cake', walaupun sebenarnya kek tu sempena besday abah. Saya plak yang ter-over lebih. Memang dah janji dengan kakak tu nak pick up the cake hari khamis which is 25hb, dah bagitau kakak tu yang saya yang akan pick up kek tu, sebab bertolak dari Bangi awal pagi, bajet sampai dalam tengah hari. Akhirnyaaaaaaaaaa jem melanda jalan wei. Janji hanya tinggal janji, glurp ! 

Kan sampai Kota Bharu dalam pukul 12 tengah malam, takkan nak kacau orang tidur. Pastu pagi raya tu, dah siap awal-awal nak bertolak balik kampung, memang kebiasaannya kita orang balik malam raya sebenarnya. Tapi, disebabkan saya yang sampai lewat, keterpaksaan bertolak pagi raya. Jadi nak pick up kek tu tak jadi lagi. Kesian akak tu still sms me. Sorry dear.

Malam hari raya tu pun stay kat kampung lagi, sebab ada tahlil untuk arwah pak saudara. Raya kali ni rasa sangat ketiadaan arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Alhamdulillah saya sempat pergi ziarah pusara arwah dan sedekahkan bacaan Yassin. Terkilan tak dapat nak tengok arwah pada hari dikebumikan aritu. Huhuhu -______-


Back to our topic please !


Ok. Ok, so sorry girls and guys. 'Rainbow cake' tu akhirnya berjaya di ambil pada hari raya kedua. Tu pun dah petang, banyak sangat rancangan itu ini kan. Biasalah raya, masa untuk 'the family'. Yeyeahhh jom tengok gambar 'rainbow cake'. Sedapppp sangat. Bila makan , nak makan lagi, rasa sayang nak makan pun ada, sebab comel sangat ! Maaf gambar tak berkualiti, pakai camera phone je, sebab camera tertinggal dekat kolej.  (^,^)

Comel je, warna warni :')

Sedappppp :')

Kan raya ke-3 dah kena balik Bangi dah, mama sempat tapaukan 'rainbow cake' untuk kita. Hihi Sebab mama kata nanti tak habis plak, sebab adik-adik semua akan balik uni masing-masing jugak. Buat bekal sikit sorang :')




Alhamdulillah, dapat juga makan 'rainbow cake'. Nak buat sendiri, kena tunggu waktu free, tengoklah cuti lepas praktikal ni. Yeyeaaaa ! Eh, november besday kita la. Duk jauh pada family, kena beli sendiri dan makan sendiri. Ala, tak syoknya. November juga anniversary kita. Thanksssss mewarna warnikan hidup kita. Nah cubitan dekat pipi :') 


Kat Bangi ni bila petang je, hujan je. Sempat la kita basuh dan jemur tudung ni. Tetiba nak jemur tudung ikut susunan warna. Comel plak rasa. Hihi :')

Esok dah Isnin.. Oh kerja ;'(

xoxo
kiss and big hug


28 comments:

Atifah Zulkifle said...

waahhh ♥ sedapnya.

Wadi AR said...

mesti rasa pun warni warni gak kan? rasa oren, pisang, epal, jambu air, anggur

Unknown said...

colourful kek ni...mesti sedap..minx sikit yer...haha

Liyaa Mf said...

Tengok org upload gambar rainbow cake ni memang cantek! Tp aku tak penah makan lagi. Musykil gak. Kdg cake yg cantek lebih2 ni rasanya tak r sebape kan? Tp sbb kau kata sedapp, okeyy aku percaya. Pasni mmg kena try :P

Raya korban aku tuhari pun rasa kehilangan gak sbb baru je dlm 2weeks before tu kehilangan Tok Ki belah husband. Tak sempat arwah nak tunggu sampai raya korban, beliau dah dijemput dulu :)

Ehem. Sidai tudung pun ala2 rainbow cake giteww. Gedikk :P

zuhanif said...

sedap sangat.... n cantik kek tu :) hai salam perkenalan :P

jaakechik said...

kek pelangi ni mmg comel, ramai yg duk kata sedap. tp x penah try pon lagi.. kena order jugak sebutir ni..hihi...

p/s : comey nyo jemur tudung, kreatif!

jaakechik said...

kek pelangi ni mmg comel, ramai yg duk kata sedap. tp x penah try pon lagi.. kena order jugak sebutir ni..hihi...

p/s : comey nyo jemur tudung, kreatif!

LuN@_aiDi said...

cumeeeiinyer rainbow cake!!
nak try buat ler..heh!!
doakan agar menjadi yea yunk^____^

nots said...

sedap nya lapar pulak ni. hihi pelangi pulak lagi. :D

kura said...

tudung pun warna warni. amboiii :P

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

sedapnyaaa,,dhla cantik tau,hehehe

wah tdung pon nk susun cm pelangi gak?hihihi

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

huyooo cm sedap jek,heheh

xboleh bla kn mamat tu,,menyempat jek,ahhaa

Ieqahgajah said...

awww shedapnye kek pelangi..

eee ieqah suka sgt tgok pic tudung ttu.. ohh tema pelangi kan :)

aindzaya said...

bestnyer dapat kek feveret di hari best day :(

dhiera zainudin said...

banyak sangat coloring dekat kek tu. tapi kek tu super cantik! sekarang ni memang musim ujan je~

Nik said...

haishhh..lama dah teringin nak makn rainbow kek ni.bila la dpt mkn ni :)

iAmCekbolat said...

sayangnyaaa nak makan !

boni kacak said...

tak terasa sayang ke nak makan?hehehehe

Unknown said...

wrna wrnie sungguh blogger nie ye... ^-^

AJ said...

cantik dan nampak yummyliciousnya...meh2, poskan ke rumah eyriqazz sekali..nak poskan tudung sekali pun boleh..hik3

FnF Simple Life said...

sgt comel warna2 pelangi pd kek tu. warna2 pelangi pada tudung kat ampaian tu pun sgt ceriaa.
Ampaian dan blok asrama tu pula mengingatkan sy pd kolej kediaman KIY (flatlet) tempat sy menginap masa belajar di UKM 10 tahun dulu.

Misz-ella said...

mmg sedap ke dik rainbow kek tu? kc tak penah rasa lagi.

Mas Sani said...

tgk je dh menyelerakan...kalo dpt mkn lg la kannnnn :)

Liza Razak said...

amboi jemur tudung pun dah macam layer rainbow cake..hehe

Anonymous said...

cantikkk dan nampak sedappp!
nnti beday chemay nak try beli kek ni laa.
heee
<3

محمد رازيق said...

cantik rainbow kek ni. wahh. nampk pun sodap. hehe. yg tudung2 tu pun da cam rainbow. hehe. salam kenal.

cik nana said...

sidai tudung camtu kretip ! macam rainbow kek jugak. hee

Namee Roslan said...

comelnya cake itu. nampak gebu je !! mesti sedap ! hehe. ni yang terus nk g kedai cake ni. hehe. tapi leceh gak kalau nak buat sndiri...layer by layer,,,haishh. perlu kesabaran yg tinggi. hehe

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails