Friday, January 6, 2012

Masalah Air Di UKM


Assalamualaikum ...

Sempat lagi up entry walau depan laptop ada buku. Tak off laptop, memang cam gini la jadinya. Baca buku 10 minit, baca mukabuku 20 minit. Bila nak sedar ni  -.-


Kolej tengah mengalami masalah air sekarang ni. Dah la musim exam. Boleh pulak masalah ni berlaku. Susah kot. Haish  T______________________T


Nak minum air pun susah. Kan nak refill jer air pakai mesin tu. Mesin tu nak proses cam mana, air pun takde. Nak mandi pun susah. Nak buang segala ehem-ehem pun susah. Semua susah. Even nak basuh tangan lepas makan nasi pun susah okey ... ^^


Kelmarin rilek jer, cool gitu sebab pagi memang takde air. Tapi, bila tengah hari.. Air dekat sinki ada pulak. Pasang wayar, tadah air sampai penuh baldi. Lepas tu kena angkut pulak naik tingkat 2. Tandas tingkat 2. Singki pulak duduk tingkat 1. Ngew Ngew Ngewwww..

 Dicekau dari abang google.

Sangat penat lengan nak angkut naik. Kalau hari-hari camni, badan makin tegap la weii. Tak yah pergi gim la kan. Sebab tu dah mendorong ke arah badan yang tegap. HAHAHA ..


Positif kot! *biar dalam hati tengah membara seperti bara.


Arini dengan semangat waja wira myvi viva honda. Drive la pergi masjid UKM. Ingat nak pergi mandi kat sana. Dengan senyum manis sambil goyang goyang baldi kat tangan. Pangggg!! Ada notis kat dinding *AIR TIADA*.. Terkesima seketika ..


Masa jalan nak pergi kat kereta, dengan penuh rasa malu bawak baldi pink tu, kepala otak duk fikir nak mandi kat mana ni. Takkan dekat Petronas kot. Hampa hatiku!


Rilek lagi. Pergi plak kolej Ungku Omar. Sebelah kolej saya. Dengan muka rilek dan cool gitu. Baru jer nak keluarkan baldi pink. Tegur geng awek tu, nampak dia cam bawak botol botol jerk. Tanya dia kolej ni ada air ke tak. Dia cakap hampeh jugak. Patut la nampak dia macam baru lepas mandi. Panas jer muka ni haaaa.. Rilek la. Dugaan la kakak !!


Geng awek tu kata la pergi la mandi kat kolej Za'ba. Kat atas bukit sana. Mulalah riverse kereta, pastu blah ke sana. Ngew Ngew Ngewwww.. 


Perasaan bawak baldi pink sambil goyang-goyang tu, tak seceria macam awal-awal pergi masjid tu. Ni muka ketat jer. Berdoa supaya ada air. HAHAHA.


Alhamdulillah dapat mandi jugak. Berhijrah punya lah sana sini semata-mata nak mandi. Nasib ada kereta. Sekali takde kereta. Mana nak cekau air ? Tadi nampak budak kolej saya berduyun duyun ke Pusat Kesihatan. Pusat Kesihatan tu memang depan kolej saya. Dah la mereka bawak baldi, towel kat leher, dengan bekas sabun segala. Sempoi habis..


Dengar khabar ni kes takde air sebab loji air kat Semenyih tu kenapa ntah. Tak tau dengan selanjutnya. Kesian UKM kena tempias. Mama, nak balik!! Eiiii. Nak study pun jadi rasa malas. *ALASAN :)


Dicekau dari abang google.
"Syiok jugak naik buai kat pantai, pastu ada suami kat tepi.Sambil baca novel lagi.Suami pulak duk cubit-cubit pipi & suap snek.Sweetnya...."

Berangan pulak! Pangggggggg........



Panjang plak dah entry kali ni. Ingat nak taip seciput jer. Jadi terover plak. Sorry semua. Terlebih nak meluah perasaan katakan. Awak, kita rindu awak. ^__^


xoxo
kiss and big hug

17 comments:

NER said...

UTM pun ada juga time takde air camni. Ada yang pegi kelas tak mandi, pastu terus mandi kat toilet fakulti hehe

syakirahmn said...

sapa datang bulan mesti stress ni air takdak -___-

haha. eh,tp dulu kakak kt ukm pn slalu ada masalah air.

sabar la ye ;)

GadisNotaPelekat said...

sian nye dye ..!! nak mandi hujan pon , hujan tak turun2 kan .. hek3 ..

kite nak rindu AWAK jugak bley ..?? :P

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

what up !
kalau air xde time nak buang air besar sangat merane mehhh ! air sgt penting dalam kehidupan !

khalila ishak said...

kalau xde elektrik boleh tahan lagi walaupun tepaksa bkipas surat khabar. kalau xde air................ mmg terasa sadis... huhu

Hanis MY said...

Mmg haru kalau takde air huhu...

Rtp Farra Arisha said...

duh, siksanya hidup tanpa air yang cukup. doing anything else pun serba rasa tak kena, kan? :'( i could feel what have you felt...

Anak Wak Mail said...

haha,,,dah bau wangi dah..

duduk rumah sewa tak de masalah air..hehe..:P

Saddila said...

alhamdulillah dapat mandi . kalau tak mandi ?? wooo nak study , tak selesa .

good luck exam ,kak :))

J.Syazwana said...

sabar k. hihihi
semalam pon ade member saya jadi fellow kat ukm and keje kat uniten mandi kat uniten. kesian betul. huhuhuhu

Acik said...

taim x dek air ni la baru sedar betapa air tu penting, kan! kalu x, air mengalir jer, kita wat dono gak! :)

Anonymous said...

hueh78787 susahnlah klau2 hari2 mcm ni.. pki perfume lebih tau

syuxer said...

isu air memang wajib berlaku dalam universiti mahupun kolej..letrik takpe lagi, air memang sori la..hehe..

berbau badan kalau tak mandi hehe..otak pun cam beku je kalau kepala tak kena air kan hehe..

hope masalah ini diselesaikan cepat2 hehe, sian bebudak nak makan megi n air nescafe malam2 buta nak study kan hehe..

sabo ajola dugaan camni..lumrah dunia student..tak rare kalau tak lalui semua tuh

erin moshimoshi said...

jom men buai dkt situ ...
sekali trbolos kebawah :)

Mohd Rizwan said...

sabar je la ea..msti tk mandi g kelas kn?? hoho..muchuk2x!! :P hehe

Qib said...

time xdaq ayaq la paling seksa kalau dok asrama.. lebih3.. lg kalau dok tingkat atas. saya ok je.. dok aras ground.. muahahahaha !~~~~

Namee Roslan said...

susah lah kalau xde air, nk mandi ssh, nk cuci baju ssh, nak buang air ssh..hehe. tapi sekarang dah ada air ke belum ?? :D

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails