Tuesday, July 31, 2012

Hari Terakhir Episod Julai




Assalamualaikum .


Moshi-moshi *bajet orang Jepun pulak.  Hihi

Hari ni lastday bulan Julai, tigapuluhsatu haribulan. Jumpa Julai tahun depan pulak ye, jika diberi lagi nikmat untuk bernafas. InsyaAllah masa tu dah habis belajar, amin. Sapa tak suka habis belajarkan, nak naik pentas untuk konvo, lepas tu mesti dapat bunga dan bebear lagi dan lagi. Best. Sebab kalau tak konvo, mana nak dapat bunga ros. Lainlah rumah dekat cameron. Kan?  ;-)

**Julai juga bulan anniversary mama abah. dah 24 tahun. 
(ni cupcakes untuk anniversary untuk lastyear punya)
alhamdulillah ;')


Alhamdulillah dah Ramadhan ke 11 kita semua kan, lambat lagi dapat berbuka puasa dekat rumah. Tunggu raya nuh baru balik. Rindunya nak sahur sesama, duk kolej asyik sahur sorang-sorang. Berkorban untuk berjaya. Dengan izinNya, insyaAllah berjaya, nak berjaya di dunia dan di akhirat kelak. 




**notakaki. tulisan agak cakar ayam -,-

Minggu ni je pun, ada tiga kuiz kena ngadap. Dah berlalu pun, namanya shortsem jangkamasa untuk submit assignment, kuiz, kuliah dalam 7 minggu je. Setiap kuliah, ada yang 2 chapter terus, kadang-kadang otak rasa dah tepu jugak, sebab baru nak fahamkan chapter tu, dah masukkan chapter baru. Lebih-lebih sekarang ni bulan puasa, kes mengantuk pun ada jugak. Hoho -___-


Hujung minggu lepas, sempat berbuka puasa rumah mak saudara dekat Puchong. Merasa juga makan bersama-sama keluarga. Walaupun bukan dengan mama abah sendiri. Makan nasi kerabu kuning, ohoooo sedap sedap. Laksam lagi. Rezeki jangan ditolak kan. Hihi  


Untuk internship ni tak tau lagi dapat kat mana. Stress sungguh !  >,<
Kelmarin ada dapat call dari company 'T-System', dekat Cyberjaya, suruh datang interview dekat sana 7hb Ogos ni. Cuak weh. Kalau dah cuak cuak ni, speaking entah ke mana lah kan. Bercakap dalam phone pun dah rasa seram sejuk -____-


Ce bagi tips sikit untuk interview nanti. Nak internship pun kena interview jugak T_____T


Aja - aja fighting  .....!!  *buat-buat tak cuak kejab.


;'(  


Haruslah seram sejuk.


xoxo
kiss and big hug

Friday, July 27, 2012

Saya Rindu Kelantan



Assalamualaikum .


Mood macam sedih sedih gitu, sebab dah rindu negeri tercinta.
Campaklah ke mana sekalipun, saya tetap sayang negeri tu. Kalau campak kat Korea sekalipun, negeri tu takleh nak tukarkan kecintaan padanya. Dah memang anak jati Kelantan. Gomo Kelate Gomo. Ehhh. Tak minat bola la. Saje je tu. Hihihi  (:


Tahun ni, aku berpuasa dekat kolej. Tahun lepas, diberi peluang berpuasa kat rumah. Dua tahun lepas, berpuasa dekat ukm jugak, masa tu semester satu tahun satu. Sekarang semester tiga tahun dua. Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk bernafas. 


Bulan puasa, kalau tak singgah bazar Ramadhan, macam tak lengkap je kan. Walau pergi beli sebungkus nasi je pun. Tengok orang ramai, jalan pun macam setapak-setapak je, ramai sangat. Lepas tu, macam macam jenis makanan yang dijual, berwarnawarni mata ni. Kejab nak beli tu, kejab nak beli ni. Nafsu bulan puasa bila pergi bazar, rasa nak beli semuanya. Beli pun, jangan membazir sudah.


7 hari berpuasa ni, bila pergi singgah ke bazar Bandar Baru Bangi Seksyen 1, masih tak jumpa lagi kuih kegemaran bila bulan puasa. Kuih jala emas, yang warna kuning tu, manis-manis tu. Memang manis, tapi takleh la nak makan banyak, makan sikit pun jadilah kan. Buat pemanis mulut. Eceh!

'Ni lah si jala emas'

'Ni plak kembar dia, si buah tanjung. Hihihi'


Kalau kuih onde-onde tu, memang ramai je orang jual. Kuih jala emas tu takde jumpa lagi. Kuih buah tanjung pun sama, macam takde jer. Rindunya nak makan kuih tu. Satu lagi yang dirindui, nak makan ayam percik. Ayam percik kat sini, lain dari yang lain. Yang Kelantan punya lagi sedap. Sungguh! Kalau pergi dekat Yati Ayam Percik, memang tak dapat dipertikaikan, orang beratur panjang nak beli.


'Tak tau paper bila ni, tak makan colek, tak sah doww..'


'Colek ayam campur dengan paru. Best woooo!'

Colek ayam. Glurp! Sangat keterliur-an *bahasa caca marba.
Kat Bangi ni ada ke orang jual colek ayam? Nak beli. Tu menu lepas solat terawih kalau dekat rumah. Beli dekat RM20 pun kadang-kadang masih tak cukup. Dah makan beramai-ramai kan. Itu yang seronok. 


Minggu depan mama datang KL, InsyaAllah boleh berbuka puasa sama-sama. Doakan yang terbaik untuk mama. Mama ada interview untuk naik pangkat, aritu pun dah tolak kena pergi Sweden dan Boston kerana anak-anak masih sekolah. InsyaAllah pasti ada rezeki yang terbaik yang dah diaturkan olehNya untuk keluarga kami.  ;')


**diri sendiri upload gambar,diri sendiri terliur. Huuuu -____-
*gambar dicekau dari abang google.


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails