Assalamualaikum >,<
Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 6 untuk semester 2 tahun 2. Cepat masa berlalu. Bermakna, sudah 6 minggu aku berjauhan dari rumah. Sangat rindu itu ini. Lebih lebih lagi makanan kat rumah. Asyik makan jer. Bila nak kurus tak tau. -,-
Dicekau dari abang google.
*Nampak menyelerakan, tapi rasa sayang nak makan pun ada. Comel sangat. Dah comel, kena lah rasa sedapkan. Baru puas hati beli mahal-mahal :)
Minggu depan dah balik wei, tak sabar. Dan aku akan pastikan DBK mandi buih sebelum balik. Kena bersih bersih nak berjalan jauh kan. Baru selesa. Tengok DBK pun suci bersih, lagi lah bersemangat nak balik. Duk sebut pasal DBK, 6 minggu jugak lah DBK tak mandi buih. Asyik mandi hujan.
Kejam gila tuan kau DBK. Seksa mata jugak tengok daki sana sini. Dah la warna pearl white. Kan sekarang mandi hujan, bazir money money je kalau pergi carwash. Kan ..
Habis sem ni, kena plak bertapa kat UKM untuk 7 minggu. Short sem punya pasal. Orang lain tengah bercuti sakan dekat rumah, aku lak tengah merindui masakan mama. Tak sanggup nak bayang lagi. Dah la time tu tengah berpuasa. Lagi parah. Dugaan la tu kan.
Habis je short sem, dah kena pergi Latihan Industri. Kejabnya masa berlalu. Dah tak lama nak habis belajar. Tengah fikir jugak ni nak praktikal kat company mana. Tapi, area Bangi je. Memang tak nak buat dekat Kota Bharu pun. Terpaksa berjauhan lagi dari rumah. Jumaat ni pun ada taklimat pasal Latihan Industri. Last week pun dah dengar talk dari company eProtea.
Kakak rindu meowww. Biasanya bila lama tak balik rumah, dah sampai rumah. Meoww dari jauh lagi berlari lari kucing pergi dekat kereta. Dia tau bau tuan dia kot. How sweet. Walau berbulan bulan tak jumpa, meowww tetap tak lupakan kakak. I miss u sayang.
xoxo
kiss and big hug



