Monday, November 28, 2011

Masih Belajar dan Pertunangan



Assalamualaikum ... Manusia yang menuntut di UKM dan semua agensi kerajaan di KL dan sewaktunya, hari ni cuti kan. Kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kalau tak silap Pelangi la.. Mana yang cuti tu, beronok-ronok kat rumah itu suatu yang paling best. Memang semua orang suka bila cuti. Takyah fikir pasal stress kerja, stress mengadap assignment, dan segalanya.


Ada yang plan nak pergi bercuti sana sini. Tak lupa juga yang save the date dengan pakwe makwe. Memang kalau pergi Midvalley hari ni, pasti penuh dan padat. Dalam KTM pun mesti padat juga. Cuti biasalah, semua nak habiskan masa dengan yang tersayang.


Dicekau dari abang google .



Pelangi je melepak kat bilik. Uruskan bilik yang tunggang terbalik. Bila hari cuti lah baru boleh uruskan pasal bilik. Kemas sana, kemas sini. Dah bila hari ada kuliah, habis kuliah pun dah pukul 6petang la. Malam plak sibuk nak buat kerja itu ini. Dugaan sebagai student camni lah.


Pertunangan ? Ataupun dengan kata lain. Mengikat perhubungan dengan lebih serius sebelum melangsungkan urusan perkahwinan. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum haram halal seperti mana hubungan bukan muhrim. Ikatan pertunangan juga bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa yang ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. 


 Dicekau dari abang google .


Apa pandangan korang mengenai pertunangan di alam masih belajar. Memang pandangan bagi setiap orang berbeza-bezakan. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju, ada yang tidak setuju langsung. Bila bertunang lama - lama, dugaan plak macam macam yang kena lalui. Kan kan kan ?


Bila lelaki menampakkan hubungan mereka lebih serius, memang si dia akan cuba untuk yang terbaik dalam hubungan. Berjumpa dengan keluarga si gadis dan inginkan pertunangan. Lelaki yang sudah merasakan kerjayanya sudah stabil dan ingin jadikan si gadis sebagai teman hidupnya yang halal. Tapi, si gadis masih di alam belajar. Kebiasaannya, ibu bapa si gadis kurang bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dikala usia anak gadis yang masih suam suam kuku untuk menjadi isteri, dengan kata lain juga, masih dalam proses menuntut ilmu. 


Memang, dah si gadis di alam menuntut ilmu, lelaki sentiasa risau / takut gadisnya disambar kumbang lain. Tu yang lelaki tu nak " to be serius " dengan ikat hubungan dengan pertunangan dulu. Adakah releven macam tu? Bagi Pelangi kan " Jodoh tak kemana kan ." Hehe :)


Dicekau dari abang google .

Pandangan Pelangi plak camni, belajar sampai habis, kerja dan kerjaya pun dah stabil, baru boleh langsungkan perkahwinan. Tapi, kita hanya merancang, Allah yang akan menentukan perjalanan rancangan kita tu cam mana. Berdoa dan berusahalah kan :)


Kat UKM ni pun, ramai je yang duk sebut " Haaa.. dia tu pun dah jadi tunang orang, patut lah muka berseri-seri, tunggu masa lepas belajar nak kahwin lewww tu ..."


Kat sini pun ramai jugak yang dah kahwin. Baru masuk semester dua untuk tahun 1, terus kahwin, umur pun baru 21 tahun. Dah jodoh dia awal nak buat cam mana kan. Semakin dewasa diri kita, semakin kita merasakan diri kita kurang ilmu dan kurang sempurna. Memang semua tak sempurna, tapi mencuba yang terbaik untuk menjadi sempurna. Insya-Allah :)


Cinta itu sesuatu yang suci. Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya. Cinta itu ibarat pelangi. Yang memberi warna kepada kehidupan ini. Cinta itu ibarat pelangi. Menenangkan mata, pendamai jiwa. Cinta itu ibarat pelangi. Siapa melihat pasti terinspirasi. Ya, cinta itu ibarat pelangi. Hanya cinta Ilahi itu, cinta yang hakiki. ♥ ♥ ♥


" Saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai. Akan tetapi, saya akan mencintai orang yang saya nikahi... " [ suka sangat ayat ayat kasih sayang ni. Heeee~ ] ♥


Ada info terbaik punya pasal Windows kat SINI. Thanks :)


xoxo
kiss and big hug

Saturday, November 26, 2011

Seni Batik | Kokurikulum Berkredit



Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H... Alhamdulillah diberi nikmat kesihatan yang baik. Semoga awak dan awak sihat juga. Tak sihat cepat cepat makan ubat. Sekarang memang musim hujan kan. Jangan leka nak main hujan pastu berangan duk berlari lari anak, nak tiru adegan dalam hindustan. Hik Hik Hikk..


Hari ni juga, bersamaan 26 November 2011 [Sabtu], berakhirnya kelas Seni Batik untuk sesi semester 1 2011/2012. Kejab je pejam celik, celik pejam dah hari terakhir. Maka, bila dah hari terakhir, segala karya wajib dihantar untuk pameran nanti. Memang tu selaku projek kepada kelab tu. 

Pelangi dan sebahagian ahli dan penyelia :)


Bagi pengetahuan awak dan awak sekalian, di UKM kan, mahasiswa / mahasiswi WAJIB ambik kokurikulum sebanyak 8 jam kredit. Kalau tak habiskan jam kredit tu, tak dapat konvo. Tau ? Memang sangat penting. Nampak leceh bukan sampai ke 8 jam kredit. Banyak tu. Universiti lain semua takde lah macam tu sekali kan? 


Gambar1 - Sesi Penyelia tunjuk ajar teknik canting atas kain.
Gambar2 - Candid ! HikHik. Tak ingat nama dia ni sapa. Ramai sangat sapa suruh ^_^



Untuk memenuhi 8 hasil pembelajaran. Antaranya adalah :
  1. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.
  2. Kemahiran komunikasi.
  3. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
  4. Kemahiran menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme.
  5. Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
  6. Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
  7. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
  8. Kemahiran kreatif & inovatif.

Kokurikulum di UKM juga sekarang bermula dengan teknik kontrak pembelajaran atau learning contract. Semua mahasiswa / mahasiswi kena settle kan sendiri. Nak pupuk 8 hasil pembelajaran tu. Bila dah jadi learning contract, untuk penilaian setiap mahasiswa / mahasiswa dengan menyiapkan projek. Projek bagi ahli Seni Batik adalah untuk Pameran Seni Batik UKM 2011. 


Untuk sem kali ni, seramai 43 ahli. Sem lepas dalam 10 orang macam tu. Sangat berbeza kot sem ni. Ramai yang amat. Nak handle satu satu susah gila. Kepala mahasiswi sorang-sorang lain kan. Jadi susah lah nak handle. Dalam 43 orang tu, semuanya gadis gadis. Takde jejaka. 


Hanya penyelia je jejaka. Best la kan dikelilingi gadis gadis. Sem lepas memang Pelangi join Seni Batik juga. Sem lepas juga jadi Pengerusi. Sem ni pun still lagi Pengerusi. Susah tau nak handle ramai ramai. Bila diberi tanggungjawab sedemikian, fuh.. Naik turun pejabat untuk itu ini. Settlekan kertas kerja la. Hantar learning contract kat pegawai di JPpel lagi. Mau tak muak pegawai kat Pejabat Kebudayaan nak tengok muka Pelangi setiap masa. Rasa dah turun 0.1 kg sebab naik turun tangga. HAHAHA (tipu..nak sedapkan hati la konon..)



Gambar1- Tu kaki Pelangi. Ngeee.. Time nak suruh Penyelia check karya ni diterima ke direject.
Gambar2 - Tu dah siap dikemaskan dengan mounting board.



Minggu depan dah start pameran untuk projek tu. 2 Disember hingga 4 Disember 2011. Dapat full marks bagi dua dua karya. Yeyeah. Alhamdulillah. =)


Tengok ! Sampaikan karya pun nama " PELANGI CHENTA ". ^^


Hari ni serius penat. Kelas dari pukul 9.00 pagi sampai 3.30 petang. Mabuk warna dah tengok segala jenis karya ahli semua. Tapi, warna pelangi tetap comel di hati ku. Chewah.. 


Ni dua karya Pelangi. ^_^


Sorry entry kali ni panjang macam surat cinta plak. Thanks pada korang yang sudi sudian yang baca. Tahniah pada cousin lelaki kita yang kahwin arini. Tak dapat nak pergi plak. Sadisnya. Dapat plak cousin baru dari Terengganu. Ruginya 28 November tak leh nak tolong sesi majlis hantar menantu. Selamat Pengantin Baru kepada mereka dan awak awak yang nak kahwin musim banjir ni. HEHE :)


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails